masa gua kat study kat matrik dulu,membe gua ada hulur satu CD band pop punk terengganu.nama band tu the obvious.salah satu lagu dia yang gua suka sing along adalah 'the loser song'.lagu dia memang santai - tak ganas tak lembik.sedap2 buat layan perasaan.banyak maksud tersirat sebenarnya lagu ni even tema dia memang perihal orang putus cinta.
pagi tadi sementara tunggu sahur,gua sempat layan satu cerita omputeh.tajuk cerita dia he's just not that into you.cerita perihal relationship matter yang pada gua sangat adorable.gua berjaya stay tahan mata yang sedia rabak selama 2 jam semata-mata untuk stick dengan jalan cerita.nasib dalam external hard disc tak ada save cerita tragedi oktober.kalo tak sejam dua lagi pun gua sanggup buat marathon movie layan cerita awie ni pulak.
even blog ni adalah medan nak melepaskan segala rasa isi hati,tapi sejujurnya gua memang tak pandai nak menulis perihal perasaan dan soal hati.malah setiap kali nak menulis setiap kali itu jugak la akan tewas.
gua redha...gua berserah.
Saturday, August 27, 2011
Thursday, August 25, 2011
Hukum Semesta
gua sebenarnya tak kenal langsung dengan 2 orang mamat rambut kembang dengan specky skala besar ni.kalo setakat 2 orang rambut kembang yang nyanyi lagu 'sekuntum mawar merah' tu gua kenal sangat la.adik gua yang paling kecik pun bole cam kot.semenjak dua menjak ni telinga gua asyik disajikan dengan lagu dari LMFAO ni.enta kenapa bole dikatakan tiap2 malam adik gua marathon mainkan video klip lagu ni kat youtube.abes berdentum-dentum speaker altec lansing dengan beat shuffling.tak suka tak suka pun sambil2 baca novel atas katil pun gua bole terhenjut2 layan kepala.
dalam dunia ni tak semua benda yang orang buat kita bole suka,kita bole masuk.dengan kata lain - minat orang memang berbeda.penipu la kalo kumpul randam 10 orang satu longgok,semua 10 orang suke makan belacan.kalo dah tergolong dalam 10 orang tu ada orang uzbezkistan,ada orang norway,ada orang saudi arabia,ada orang thailand,ada orang republic chech mahupun ada orang uganda,gua yakin 100% tak semua suka atau pernah rasa makan belacan.nak menghukum membabi buta 10 orang ni pun tak bole jugak sebab celah mana nak cari belacan kalo dekat uganda contohnya.nak kene tendang ape tanya kat uganda jual belacan dekat area mana.tolak tepi la kalo dalam 10 orang tu ada tersesat sorang dua orang malaysia.tu belakang cerita.
begitu jugak dengan gua.
minat gua mungkin berbeda dengan orang lain.mungkin adik gua minat LMFAO tapi gua minat radiohead.mungkin adik gua minat teh o ais tapi gua minat kopi o ais.ahh macam mana perihal 10 orang tadi tu,macam tu jugak la perihal gua dengan orang lain.punya cita rasa dan minat yang berbeda.maybe gua bole listkan antara minat abnormal gua adalah tido.personally tido bole tenangkan diri dan pada masa sama buatkan gua release dari segala macam masalah dunia.tapi mungkin ada segelintir orang yang tak suke dengan minat seseorang yang suka membuta ni.silap hari bulan diorang claim spesies2 macam ni sebagai pemalas,kaki buat tahi mata,bagai ular sawa kekenyangan dan ape jenis lagi kata perumpamaan seangkatan.
dah jadi lumrah alam agaknye manusia ni suka membantah ape yang tidak kene pada pandangan mata kasar mereka.asal tidak menepati selera mereka,nahas la kau - kene kondem kaw-kaw punya.macam kes kau melalak melolong sengau lagu sejarah mungkin berulang - newboys depan kawan2 yang rata2 die hard fan system of a down mahupun metallica.silap hari bulan 1 semester kene bahan dalam kampus.
kadang kala benda yang remeh temeh macam 'i luv u justin bieber !' pun bole buat bertekak.inilah hakikat sebenarnya.kadang2 gua tengok youtube dah jadi semacam medan pertempuran antara keyboard warrior yang tegar nak menangkan side masing2.begitu jugak dalam scene arena politik sekalipun.pihak pembangkang burukkan pihak kerajaan,pihak kerajaan burukkan pihak pembangkang.sedangkan junjungan kita meminta umatnya menutup aib orang lain bukan war-warkan keburukan orang lain.tapi sebaliknya pulak yang jadi.sampai satu tahap gua rase benda2 macam ni tak patut terjadi sebenarnya kalo masing2 bole respect privacy orang lain.
so dalam kes adik gua dengan LMFAO dia,gua rase gua tak patut nak salahkan dia nak repeat lagu party rock anthem tu sejuta kali sekalipun even personally ia amat menyeksakan halwa telinga gua.kalo terus menerus menegakkan side masing2,inilah yang akan terus menerus berlaku di youtube mahupun di kolum2 dada akhbar.bukankah respecting requests,rules and privacy is a universal law?
Wednesday, August 24, 2011
Ho Liao
selain dari mee ruski dan mee sedap gua pun bole tahan berhantu dengan mee har mee.ala mee yang famous dengan tagline 'betol2 ho liao !' tu.maggi not in the list maybe sebab gua rase maggi adalah mee yang klise dan agak stereotype dengan brand mee2 segera yang lain dari segi perisa dan rasa.tapi gua tetap tabik dengan maggi yang jadi pioneer bagi scene mee segera negara.
kalo dilihat,scene mee segera agak slow di bulan puasa ni kalo nak dibandingkan dengan hari2 biase.maybe sebab dah bermacam-macam juadah berbuka tersedia - dengan ayam golek,kebab,murtabak mahupun air katira so secara tak langsung orang ramai lupa sebentar akan kewujudan mee segera.padahal hari2 biase,mee segera la yang jadi juadah mengisi perut.lebih2 lagi bila ekonomi tengah tak berape nak balance.besar sebenarnya jasa mee segera ni kalo difikirkan dua tiga kali.
enta kenapa tadi gua tibe2 rase nak buat mee 'betol2 ho liao' ni.memandangkan sekrang ni gua pun dah jarang buat 2nd round bukak puasa,so ape la kiranya gua layan makanan yang ringan2 macam har mee ni.makan berat2 takot tak bole nak masuk pulak.dengan tenang gua basuh kuali,capai sudip dan panaskan stoove dapur.tambah air sket dalam kuali,masuk kan mee dan perencah semua,tak sampai 5 minit dah settle pun.
abes licin semangkuk,gua terus duduk termenung atas kerusi seminit dua.bukan sebab lepak nak abeskan mee semangkuk tu.setakat sebungkus ape la sangat - masih bole steady lagi kot.enta dalam sedar tak sedar tu tibe2 terpacul dari mulut gua 'betol2 ho liao siak !' tanpa banyak cakap gua sambil2 online depan pc,terus search ape benda ho liao tu.gua nak tahu jugak.setakat berbuih mulut menyebut tak ada guna jugak.gua pun start search google translate tapi hampeh.gua belom putus asa lagi.passion gua nak tahu meaning 'ho liao' tu masih menebal.abes semua gua godeh masuk.
last2 gua jumpe maksud ho liao tu kat sini.abes je baca gua tersenyum sorang2 depan pc.
barang baik kene kongsi.dan tak salah kalo gua berkongsi benda baik kat sini.ceh ! ini bukan sembarangan barang baik.ini 'betol2 barang baik !'

Scene Kad Raya
dekat2 nak raya ni,hampir semua tempat awam jadi tumpuan orang.malah toilet awam pun tak kurang dengan sesak orang ramai.certain time sesak mampat macam ikan sardin botan dalam tin.tapi situasi hari raya memang jauh beza dengan tahun baru cina - lengang sepi macam baru lepas tamat perang dunia kedua.
keadaan sesak & packed ni jugak gua alami masa dekat post office tadi.memandangkan gua dah hold nak post baju yang orang dah bank in semalam,so gua nekad pergi post baju tu hari ini jugak.nak jadi ape jadilah yang penting baju tu berjaya di-post hari ni.kalo tak mampos mengamok orang yang beli baju ni nanti.silap ari bulan gua pulak yang kene maki.tak pasal2 je kene maki free di bulan2 puasa ni.
menolak je pintu masuk ke post office gua dah tak sedap mata.hati pun same naik gara2 melihat lautan manusia yang masing2 dengan urusan sendiri.mostly memang bersepah-sepah parcel.post stok kuih raya,baju kebaya ke kampung mungkin.gua pun macam biase terus que-in dalam line yang agak panjang kebelakang.dari seorang ke seorang settle berurusan.selang 2 orang beratur depan gua seorang uncle yang dari raut wajah dan style ada gaya orang separuh abad.dengan baju kemeja jalur panjang,seluar slack dan berkasut.sekali pandang macam pengetua PIBG sekolah pun ada.
tiba giliran uncle ni,gua rase ada la dalam 10 minit jugak dia berurusan di kaunter.gua dah panas punggung berdiri.tapak kaki dah rasa macam baru tamat merentas desa.sesekali tu,gua sempat mencuri pandang ke kaunter.ada la kurang dari 10 pucuk keratan siap bersampul surat berterabur atas meja.nak settlekan satu2 je dah makan masa.nak megeluh pun tak ada guna.menambah dosa je bulan2 puasa ni nak buat ape.sambil2 buat2 muka cool tu gua saja main teka2 dengan diri sendiri.gua tak syak yang bukan2.jauh kata hati mengatakan uncle ni mesti nak post kad raya.kalo dah bersepah-sepah macam tu agak2 la nak post ke pejabat perdana menteri pulak kan.
sampai je giliran gua,gua pun settlekan dulu mane yang patut.sambil2 berurusan tu gua saje2 tackle akak jage kaunter tu dengan satu pertanyaan yang dah lame gua standby time tengah kematu berdiri tadi.
'kak,uncle tadi tu post kad raye ke kak?'
akak kaunter tu pun balas 'aah dik.kad hari raya.maklumlah nak dekat2 raye ni memang macam ni la..'
***
sepanjang hidup,gua paling tak bole lupa terima kad hari raya yang diterbangkan jauh dari manchester oleh seorang teman yang further study kat sana.dari bekas makwe tak usah cerita la.6 tahun lepas punya cerita buat ape nak kenang2.enta2 mak gua dah terbuang dah kad raya tu time kemas2 bilik.
serious shit lame giler gua tak post mahupun terima kad raya.scene SMS dah lebih maju tinggalkan zaman post menge-post kad raya ni.sekarang ni pun kalo tengok,jualan kad raya dah tak semeriah dulu.kalo dulu orang siap gantung2 kad raya buat hiasan.
zaman dan berubah,orang mane pandang sangat lagi pada scene kad raya ni.masing2 keluarkan handfon dari poket dan start SMS wish raya.lagi urban sket diorang MMS gambar kad hari raya dalam bentuk gif kepada orang tersayang,family mahupun membe2.

Sunday, August 21, 2011
Up To Date
most of time ramai orang memang sentiasa nak up to date termasuk la diri sendiri.sepanajng 23 tahun menapak di muka bumi ni,amat rare gua jumpa orang yang bole stay dekat takuk lame.senang cakap semua nak mengejar benda yang baru.kate omputehya 'the latest'.
just name it..
dari gadget,aset material,fesyen sampailah yang bersangkut paut dengan lifestyle.well sekarang ni pun kalo perasan bersepah awek2 dengan tudung nana tazima yang mana designya bole berkepak terbang ke awan,tak kurang juga urban guys yang berspecky frogskin yang kadang2 boleh bikin gua silau nak stay lame sket dekat bazar ramadhan.tu belom sentuh mat2 scrambler,mat2 pakai handphone touch screen dan bermacam-macam lagi.aihh malas la nak sebut betapa latestya diorang.perasan dengan mata kepala sendiri suda la..
bile nak dekat2 raya ni,gua rase orang ramai memang tak up to date sangat dengan lagu baru raye.mostly masih stick dan layan oldies song hari raya.pergi la kat bando sekalipun.rata2 kedai tak gamble pasang lagu raya yang freshie kuat2 dekat speaker.yang dengar berdentum di speaker masih lagi suatu hari di hari raya - m nasir,dendang perantau - p ramlee, seloka raya - hail amir & uji rashid mahupun suasana hari raya - anuar zain & elina.
dengar2 lagu2 freshie raya sekarang macam dah kurang menyengat.nak dengar pun dah tak stim.abes hilang segala bagai mood raya.denga versi sengaunye lain,dengan versi melelehnye lain,dengan ada beat rappingnye lain.celake ! ni gua rase antara faktor ramai yang masih stick dan bernafsu nak putar balik lagu raya oldies even dah bercucu sambut raya.

Friday, August 19, 2011
Hutang
diam tak diam dah masuk minggu ke 3 kite berpuasa.tinggal segenap saje lagi sisa2 ramadhan sebelum berlalu meninggalkan kita yang masih lagi terhegeh-hegeh belajar berlari.sekarang ni tapak ekspo tepi masjid jamek bandar gua dah sesak dengan khemah2 begitu jugak kunjungan orang ramai.mana yang cari baju raya,mana yang cari kuih raya,mana yang cari selipar raya,mana yang cari makwe raye.ahh hatta macam2 pangkal raya la boleh jadi.
bak menanti buah yang tak gugur2...
itulah mungkin perumpamaan yang sesuai buat diri sejak dua kebelakangan ni.dah macam orang gila asal bangon tido teros online check balance dalam CIMBclicks semata-mata mengharapkan digit2 angka berganjak dan bertambah.alhamdulillah semalam baru angka tu berganjak sikit.sejok hati membisik,sedap mata memandang.ni semua gara2 gaji gua yang sangkut enta berape minggu lamanya.nak mencarut berat pun tengah bulan puasa ni.tu yang cube2 buat cool.teringat kate seniman sudin dalam cerita legend ali baba bujang lapok dan 40 penyamun - 'orang kaye pun kadang2 sesak..' ceh orang kaye pun bole 'sesak' inikan lagi gua.tahap masuk angin keluar asap agaknye..
sebenarnya tak ada kene mengena pun intro kat atas tu dengan entri kali ni.maklumlah dah lame tak menulis,abes berterabur semua.kehkehkeh !
besok plan2 nak pergi masuk bank.keluar duit tu satu hal.lagi satu gua nak langsaikan semua hutang2 membe yang dah lame tertunggak.bukan ape..kadang2 gua rase malu jugak hold hutang lame2 ni even dengan membe sendiri.tak sedap la pulak kot membe dok mengata belakang..
'pinjam dulu bukan main lagi.nak bayar bukan main payah.entah2 buat2 lupe la tu..'
gua tak mahu la pulak ada yang keluar statement macam tu.gua nak melepaskan hajat pun tak senang jadinye.so ape la kirenye sementara tengah ada rezeki ni,gua settlekan dulu hutang2 ni.dah settle hutang hati pun senang.nak belikan mak baju kebaye pun tak rase serba salah ye tak.
sedar tak sedar,gua masih lagi berhutang dengan PTPTN !
***
(sikit mesej dari inbox phone..)
gua : kasi no accnt ko.aku nak bank in duit RM X aku pinjam dulu..
dia : ok zai.kalo xde duit,ko pakai ar dulu..
gua : xpe2.aku baru lepas rompak bank.jgn risau :p
dia : hahaha...celake lu mat !

Sunday, August 7, 2011
Buku : Contengan Jalanan
nampak gaya hajat gua nak beli buku tempoh hari dah tercapai.tak sia-sia rasanya gua melabur sedikit wang saku untuk beli buku yang berjudul contengan jalanan hasil nukilan penulis misteri (gua pun sampai sekarang masih dihantui misteri si penulis) hlovate.gua dah bace hampir separuh jalan.ternyata saudara hlovate berjaya bikin gua tak senang duduk mahupun berak.tulisan beliau kali ni sungguh santai dengan ayat2 super cool dan urban selain ada gaya tersendiri.gua agak saudara hlovate ni seorang pencinta seni yang asli.manakan tidak beliau dapat mencuri ruang penulisan beliau dengan bermacam-macam nama lagu dari bermacam-macam band,jenis2 artwork,seni fotographi mahupun jamming sekalipun.biasalah,orang seni memang 'besar' jiwa mereka.
actually masa awal2,gua tak pandang sangat pun isi buku ni.yang buat gua tangkap lentok dengan buku ni bile enta macam mane gua bole stick dengan ayat depan kulit buku 'contengan pengalaman perjalanan cari tuhan' .wow,this verse is fukkin nice man ! belek2 isi dalam sekilas pandang,tanpa banyak bunyi teros angkat.and no wonder bacaan yang berkisar erti kehidupan ataupun pendekatan diri pada tuhan buatkan hati gua senang 'lekat'.secara amnya,buku ni direka dengan double sided print yang dijilid terbalik yang mana setiap satu jilid mengandungi 2 kisah cerita yang berbeza.dengan erti kata lain,satu novel ada 2 jalan cerita yang berbeza iaitu kisah jalan cerita 2 orang anak muda yang masing2 ada cerita tersendiri iaitu fend dan juga k2 (disebut k-square.unik dan kreatif nickname !) sekarang ni gua masih lagi tengah stim dengan cerita si fend.insyallah bile dah naik sheikh nanti,gua melangkah pulak ke cerita si k2 ni.
gua faham betape tak syoknye bile dah ada orang bakar2 line ni.macam lu nak tengok cerita baru masuk panggung,tibe2 membe lu dah kecoh2 cerita dari A-Z.sedikit sebanyak benda2 macam ni dah bikin potong stim.so,ada lebih baik gua stop melabon pasal buku ni dulu.seeloknya buku ni bole didapatkan di book store berdekatan.harga pun tak berape kapitalis.cuma RM 21 sahaja.so, go to the nearest bookstore and get this fukkin stuff now !

Wednesday, August 3, 2011
Rupanya
rupenya ada hikmah gua ditimpa hujan semalam
rupanya ada hikmah gua kesejukan ditiup angin semalam
rupanya ada hikmah gua menunggang jauh2 semalam
rupanya ada hikmah gua bertindak nekad semalam
rupanya gua dapat ini semalam..
bagi perhatian sket pada si vokalis.kehkehkeh !

Bogel Menuju Tuhan
ada pepatah mengatakan,tak akan tumpah kuah kalo bukan ke nasi.macam gitu la jugak perihalnya dengan mamat seni sorang ni.kalo dah darah seni mengalir dalam darah kau,berpijak dimana pun nilai seni kau akan bawa.
gua admit lakonan mamat ni memang reach the top of the pop.sampai sekarang gua salute cerita gadoh yang gua bole cakapkan as one of the brilliant and fukkin straight forward malay film yang gua pernah tonton.kaw-kaw namron 'perah' untuk jalan cerita ni.at least mamat ni tak la mengharapkan muke macho semata-mata macam certain anak seni lain tapi habuk pun tak ada - lakonan ke laut,menyanyi ke parit.yes the right things is talent ! no wonder la susan boyle boleh bikin album even dia tak mengiurkan sekalipun.ini mustahil akan jadi kalo dia benar2 tak ada talent.fact..
masa lepak2 ngeteh tempoh hari,sorang membe gua ada melabon pasal buku penulisan mamat ni yang berjudul 'bogel menuju tuhan'.actually gua pun tak follow mane perkembangan mamat ni jauh sekali tahu menahu yang dia ada published his own book.tapi bile membe gua tu dah bukak cerita,gua pun jadi terinfluence untuk follow up.gua difahamkan buku ni adalah sebuah buku yang mengumpulkan coretan puisi yang belom lagi di-published di dalam blog beliau.memandangkan sekarang ni gua pun dah macam ayam berak kapor,so kire2 ada baik jugak gua angkat sebiji buku ni
'cis bile last gua bace buku puisi?..fuh !'

Tuesday, August 2, 2011
Lu Gua,Lu Gua
most of the time gua rase selesa pakai ganti diri name lu gua,lu gua ni.sampaikan dengan orang baru kenal pun kadang2 gua dah terbiase lu gua,lu gua dengan dia.sort of intimacy by the way.
gua harap tak ada orang2 konservatif yang berpendirian bukan2 berkenaan lu gua,lu gua ni.jangan la dikaitkan lu gua,lu gua ni dengan spesis mat gian,mat rempit,mat rock mahupun kaki pukol.hatta asal dengar orang lu gua,lu gua owh sah2 ni orang gangster,orang tak ada akhlak mahupun orang gelap masa depan.tolong la sangat2 jangan berfikiran terlalu konservatif sebegini.jangan kerana nila setitik habis susu sebelanga.
lu gua,lu gua just nama ganti diri.sama macam aku kau,awak saya,sayang abang,honey darling mahupun mama papa yang belom tentu mencerminkan identiti atau akhlak seseorang.orang baik belom tentu baik dan orang jahat tak semestinya jahat.
'gua boleh ajar lu macam gua...jadi tikuus....tapi lu mesti jaga kucing' - osman tikus

32GB
tak payah heran la kalo orang giler muzik macam gua ni bole jadi giler dengan benda alah semacam ni.setakat 16gb gua rase belum cukup lagi nak sumbat semua lagu2 pujaan.paling2 pun nak kene stenbai 32gb.kau giler ape nak sumbat lagu maher zain dalam henset.tak datang feeling nak bernasyid kalo dah asyik ber-sms dengan makwe.kire2 sekarang ni gua tengah survey2 nak beli menatang ni.tak dapat yang baru dapat yang seken pun jadilah.
kalo ada sape2 nak tolak murah benda alah ni,sila roger gua.kalo kene dengan harga,gua tak ragu2 catu duit raye anak buah tahun ni.

Monday, August 1, 2011
Cinta
gua ada terbace tajuk dalam satu artikel pasal shahir af mengaku malu nak tengok lakonan sendiri dalam filem lakon julungnya karak.by the way,gua tak pernah terangsang untuk menonton cerita karak dan jauh sekali nak amek port watak ape yang dia pegang.rasanya awek2 satu malaya yang tergila-gilakan dia mesti sanggup berlaga-laga punggung masuk panggung semata-mata nak tengok abang pujaan depa ni berlakon.gua harap dia tak bawak watak yang bukan2 seperti orang spastik mahupun pawang halau hantu.
lepas sahur tadi gua teros dah tak bole tido.enta kenape gua gatal2 tangan belek2 entri lame.kadang2 gua pun jadi malu nak bace penulisan sendiri eventhough gua tak dikenali ramai macam shahir.kehkehkeh ! yang jahanam tak usah cerita la.rase macam nak delete pun ada.tak kurang jugak yang mengimbau sejuta memori.kiranya blog ni ibarat diari tak formal gua yang tak terlalu peribadi.ape terlintas dalam kepale,ape terjadi depan mata,ape yang dirasa dalam diri gua coretkan semuanya disini.no wonder la benda2 merapik,mengarut pun bole dijadikan satu entri.
masuk tahun 2011 ni genap la usia blog usang ni berusia 3 tahun.sedar tak sedar lame jugak dah gua terjebak dengan scene blogging ni.relevannya nampak macam gua ni seorang pencinta alam maya yang setia.kalo di-convert ke alam realiti usia 3 tahun perkenalan tu bole dikatekan lame la jugak.kalo belom 'masak' pun at least dah ranum dan matang.sedangkan usia perkenalan gua dengan buah hati baru menjangkau 2 tahun setengah.kiranya gua terlebih dahulu telah mengenal hati budi ciptaan alam maya ni sebelum dapat mengenal hati budi seorang wanita.
walaupun berkongsi hati,gua tetap anggap blog ni macam soul gua.dah banyak sebenarnya jasa blog ni pada gua.tak kesa orang nak cakap gua menulis gaya syok sendiri,tak ada bakat langsung nak menulis atau paling sentap penulisan sampah..ahh ! gua memang tak kesa dan tak akan amek hati.jangan risau :) yang penting gua rase puas dapat menulis ape2 saja di ruangan ni dan paling penting gua heppy dengan ape yang gua sedang lakukan bersama 'kekasih alam maya' ni.at least dia tak pernah mengeluarkan kate2 yang boleh bikin hati pedih,dia tak pernah nak backstab gua atau paling kejam tak pernah cuba2 nak padamkan keiinginan gua untuk menulis something.kalo la ciptaan alam maya sebegini mampu lakukan semua itu,gua yakin pasti ramai yang sedang terlantar di hospital sakit jiwa mahupun sedang cuba2 untuk terjun dari KLCC !
tiba2 terlintas sesuatu dalam benak hotak aku untuk dikau wahai kekasih alam maya..
'kalaulah cinta sesama kita dapat dinikmati dalam bentuk realiti,pasti aku lah manusia yang paling ceria menikmati kehidupan.tak perlu perbalahan,tak perlu kesedihan malah jauh sekali erti perpisahan..'

Nekad
gua ni memang tak gamble mane.hati pun tak kental mane sebenarnya nak buat nekad2 ni.kadang2 gua lebih rela bermain dengan dilemma lebih2 lagi bile berdepan dengan situasi membuat sesuatu pilihan.dengan erti kata lain bukanlah gua ni seorang yang tak berani tapi lebih pada nilai berhati-hati.biarlah gua pening2 ayam masa nak buat keputusan daripada kecewa dikemudian hari akibat membuat keputusan yang salah.ingat nak nekad ni senang2 macam nak masak maggi ke?
gua ada bace satu buku saudara bahruddin bekri berjudul 'diari mat despatch - edisi lelaki baik'.sebuah buku yang pada gua sangat santai dan sedap2 buat bace.sesuai sangat dibace oleh semua golongan lelaki yang payah sangat nak cari definisi lelaki baik tu macam mane.dalam buku tu ada memetik satu teknik disebut 'nekad sesaat memasuki bilik mayat' pertama kali dengar nama gua dah naik gerun apetah lagi nak praktikkan.
menurut saudara bahruddin,sifat berani akan datang lepas kita selesai nekad.bayangkan seoarang lelaki pemalu nak tackle awek cun.laki ni tak akan berjaya dapat no fon atau paling2 sengkek pun dapat tegur kalo dia tak nekad mengatasi rase malu tadi.jika ada respond,waktu ni la baru berani akan bermaharajalela.lebih kurang macam tu la situasinya.gua pun bersependapat dengan saudara penulis - kebanyakan orang sebenarnya takot nak nekad bukan takot untuk jadi berani ! ini la mungkin ape yang terjadi pada diri gua sendiri. - kerap sangkut dipermulaan nekad dan kecundang untuk berani.
bile fikir benda ni fikiran gua jadi tak tenteram.gua bukan seorang yang bacol jauh sekali mandul.tak ada orang lain yang akan jadi ketua untuk diri sendiri kalo bukan diri gua sendiri.selalunya gua akan nekad bile terdesak atau tiada pilihan lain.gua sangat fikirkan akibat dari tindakan bile nak nekad.kalo baik itu alhamdulillah tapi kalo sebaliknya itu yang keras2 mahu ditolak.
kire2 ada bagos jugak teknik nekad sesaat memasuki bilik mayat ni.bukan bilik mayat yang perlu digentar tadi biarlah gentar untuk gagal bertindak nekad.
eh nak menulis entri baru pun kene nekad sebenarnya.kalo tak mane mungkin terhasil sebuah entri even ianya jahanam sekalipun.sedar tak sedar,gua dah berjaya menembusi tembok nekad dan berjaya jadi berani.

Subscribe to:
Posts (Atom)