Monday, January 3, 2011

Facebook Dan Zuckerberg Society



kemasyuran laman sosial facebook telah berjaya menjadikan mark zuckerberg seorang billinionaire paling muda di muka bumi ni.kalo nak tahu lebih lanjut pasal kreativiti mamat ni dan macam mane terciptanya facebook sehingga berjaya tenggelamkan empayar tom anderson better korang tonton sendiri the social network.yes gua admit laman sosial yang tak stereotype or tipikal macam facebook dengan pendekatan 'open crossing' untuk sape2 pemegang title zuckerberg society memberi comment terbuka telah membuatkan ramai yang berpaling arah pada facebook dan melupakan sejenak laman2 sosial yang lain seperti myspace,friendster,tagged mahupun Hi5.

hampir semua laman sosial yang disebutkan tu gua ada.cume dah tak berape nak aktif macam facebook.dah macam satu kemestian asal click musang berapi - di lebai google search,word pertama yang akan ditaip ialah facebook ! dan gua yakin ramai yang begitu.gua pun dah lupe bile gua sign up buat account profil fesbuk.kalo tak silap mase semester 5 dulu iaitu setahun setengah yang lalu.yela..benda free kan.bukan kene bayar pun nak sign up menatang ni.dan menjadi zuckerberg society membuatkan ramai yang berjaya dengan misi masing2 sama ada nak cari kawan2 lame yang dah lost contact,kawan2 sekolah,kawan baru or maybe for those yang tengah nak cari awek or balak - cinta siber ! begitu juga dengan diri sendiri yang telah berjaya dipertemukan dengan ramai kawan2 lame yang dah lost contact dan tak lupe jugak dengan kawan2 baru yang cool.bagus jugak ada facebook ni.memandangkan ramai sekarang dah beralih kepada facebook dan secara tak langsung menjadi zuckerberg society menjadikan proses mencari kenalan nampak lebih mudah.

tapi melalui pemerhatian,ada segelintir zuckerberg society yang menjadikan facebook bukan sebagai laman sosial untuk mencari kenalan dan rakan tetapi menjadikan ia sebagai medium menambah lawan - serang hendap,tumbuk rusuk dan tikam belakang.watdahel ! korang bayangkan la.lu orang update status facebook yang santai2 dengan tak ada niat nak kaco sape2,then tibe2 ada sorang dua badigol yang terus melulu menyerang dengan comment2 yang pedas dan betol2 tepek ke batang hidung sendiri.ape korang orang rase?padahal korang tak kaco pun dia berak or dia nak tackle anak dato sekali pun.padahal status korang tu rilex2 santai je tanpa diajukan pada sape2.umpama lu tuan rumah then tibe2 tetamu datang buat rumah lu macam rumah sendiri tanpa segan silu nak memaki tuan rumah.eh rase macam nak terajang pintu bilik kuat2 kan?sorang membe gua dah fade up nak bersosial di facebook gara2 badigol2 macam ni.asal dia update status facebook,tibe2 ada la badigol2 yang 'dengki' ni comment menyerang.kalo tak bersetuju pun tak payah la nak terus menyerang melulu dengan keluarkan statement yang bikin orang naik panas kan.dah la masuk 'rumah' orang tak beri salam,pastu nak buat onar plak.sape tak panas kan?actually gua pun alami situasi yang same bile ada sorang badigol2 ni kurang bersetuju dengan gua dan terus melulu kuarkan statement yang kurang sedap dibace.tapi gua siang2 dan malas nak amek kesa sangat dengan badigol2 macam ni.tak kuase la nak gado2 kat facebook.awal2 gua raise white flag ! i'm not those keyboard warrior ! and one more things, gua nak cari kawan bukan lawan.

kadang2 bile dah jadi macam ni,gua rase system 'open crossing' facebook ni tak berape relevan jugak sebab bole menyebabkan percanggahan,pertelingkaran dan juga lebih parah permusuhan sesama rakan sendiri.penah dulu gua perhatikan sorang friends gua yang dok bermaki hamun bergado dekat facebook.padahal yang dia dok maki hamun tu pun kawan sendiri merangkap membe gua jugak.sampai remove2 friends sendiri.hey come on la ! kalo dah private sangat macam myspace pun lame2 cepat bosan tapi bile dah open macam ni lain pulak jadinye.sebab tu gua suke update status yang santai2 tanpa nak terjah or tujukan ayat pedas pada sape2.kalo setakat nak bergurau pun berserta dengan ayat pancing 'hehehe..' 'kah kah kah !' or 'hahahah...' words ni jugak la yang banyak menyelamatkan keadaan sebenarnya.tak la nampak sangat keterlaluan kat situ.

pasti ramai yang tak ada masalah bile bersosial dalam facebook termasuk la diri gua.gua rase kretiviti mark zuckerberg banyak baiknye.selain medium cari kawan,facebook jugak dah jadi medium expand bussiness,penyebaran info terkini,medium politik mahupun sesi melepaskan tension bersama mafia wars atau farmville.tak lupe jugak pada yang tagged or invite ape2 event macam undangan majlis kawin,flyers event2 or gigs,reunion party dan tak lupe jugak gosip2 liar.ni semua benefits yang kite nampak melalui penggunaan facebook.tapi tu la..perangai sesetngah zuckerberg society yang bikin panas dan buat onar membuatkan someone macam membe gua tadi fade up nak bersosial dekat facebook.come on la.bak titah si mark zuckerberg 'dengan adanya facebook,manusia lebih mudah untuk berhubung dan berkomunikasi' bukan dengan adanya facebook kau bole tunjuk hero,kau keyboard warrior or kau hang jebat ! kalo facebook dah tak berfungsi sebagai laman mencari kenalan dan rakan,abes tu ia nak berfungsi sebagai laman menambah lawan ke ape?ini laman sosial ke laman sah-sial?

p/s : 'when you give everyone a voice and give people power, the system usually ends up in a really good place. So, what we view our role as, is giving people that power - mark zuckerberg'

1 comment:

  1. pergh..
    Berfakta siot post mung.

    aku rase aku sorang jer takde fesbuk.

    hahaha...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...