gua mendongak memandang ke langit.kelihatan awan nampak tenang walaupun dalam suram.langit jarang menipu.kalau gelap ia,maka akan turunlah hujan.sesekali berderum bunyi guruh.petanda awal rezeki bakal turun barangkali.dijadikannya langit untuk hidupan alam berteduh dari terik mentari.sesungguhnya ciptaan tuhan penuh dengan hikmah yang tersembunyi.cuma manusia yang malas nak cari ape yang disembunyikan oleh tuhan disebalik setiap kejadiaannya.dari jauh gua perhatikan gunung2 yang berkabus dilitupi hutan tebal yang menghijau - indah walaupun hanya sekilas pandang.mustahil manusia yang maju perabadan mampu mencipta semua ini.sesungguhnya ciptaan tuhan tiada tandingan.
petang ni gua rase bebas sangat - bebas dari segala macam kesibukan dunia.pagi tadi last presentation.terase beralih beban batu yang selama ni duduk bertenggek atas kepale.fuh ! buku ilmiah gua campak atas tilam,beg kuliah gua gantung kat kerusi,diari gua biarkan terbengkalai atas meja, seluar gua biarkan tersidai dekat ampaian.gua nak rase nikmat bebas walaupun hanya untuk seketika.kebiasaanya ape yang dilalui untuk seketika waktu lebih kita hargai berbanding ape yang dilalui saban hari,berbulan-bulan,bertahun-tahun atau sepanjang hayat sekalipun.sunyi, sepi dan tenang menyelubungi segenap pelusuk bilik.cuma bunyi ketukan halus papan kekunci tatkala menaip yang memecah kesunyian petang ni.alah..gua dah terbiasa dan terlali pun dengan sunyi2 ni.manakan tidak.sepanjang 4 tahun pengajian,hampir 2 tahun setengah jugak gua hidup tak ber-roomate.so boleh bayangkan la macam mane hidup bercakap sorang2 untuk hiburkan hati sendiri.bukan giler tapi belajar - belajar terima hakikat yang langit tak sentiasa cerah,dunia tak sentiasa ceria.
bersambung...
No comments:
Post a Comment