Monday, May 2, 2011

Kemarau #3 - Explore


sinaran suria menyelinap rawak masuk ke dalam bilik disebalik tirai yang hampir tertutup kemas.nampak kemas tapi tidak telus.tidak terkecuali segenap pelusuk alam yang terbentang luas ini.alangkah tumbuhan yang terlindung rapi dalam rimbunan hutan hujan tropika yang tebal bole berfotosintesis,inikan pula bagi hidupan alam lain yang terang2 tidak 'sembunyi'.sekejap tika,terasa bahang dek terik sinaran yang memaksa gua bingkas bangun walaupun mata masih memujuk untuk terus setia di ranjang.walaupun kelajuan putaran kipas sudah mencapai angka maximum tetapi masih belum mampu melawan fikrah alam semula jadi ciptaan tuhan.gua menarik nafas panjang.sedalam yang mungkin lalu dihembuskan dengan perlahan.terasa lapang dada dari segala macam kekusutan yang manjalar.sengal2 badan,pening kepale yang semalamnya bermaharajalela terasa semakin terlerai.itulah nikmat tidur.penawar dalam sepi.

dah menjadi lumrah kehidupan alam yang bertebaran ini untuk menyelami sesuatu yang baru,tersembunyi dan tersirat.manusia tak lekang dengan dunia reka cipta,teknologi dan saintifik mereka.begitu juga dengan haiwan dan tumbuhan.mereka mennyelami walaupun kadang kala tak dapat dicerna akal fikiran.mat salleh claim fikrah semula jadi ni sebagai explore atau bahasa saintifiknya menyelami.jangankan tidak wujud rancangan realiti explore race di kaca televisi dengan konsep menyelami (explore) sesuatu yang baru contohnya merentas negara yang mungkin 'dunia baru' pada peserta dan pada masa yang sama berlumba (race) - berlumba untuk menang dan menjadi yang terbaik.malahan rancangan itu sendiri terbentuk atas dasar 'sesuatu yang baru' yang belum lagi orang lain terfikir mahu buat atau cipta.itulah lumrah hidup manusia - untuk menyelami dunia yang baru disamping mencari kelainan dari sebelumnya.no wonder la kadang2 orang putih bole buat something new yang kadang2 tak pernah terfikir dek akal fikiran yang normal.macam gua tengok dalam youtube pasal explore beberapa pengkaji alam yang sanggup 'turun' ke dasar laut yang dalamnya gelap,sunyi dan menakutkan semata-mata nak buktikan kewujudan 'sungai dalam laut'.pelik bunyinya tapi itulah realiti dunia.

tak ada fikrah manusia normal yang mahu kembali belajar sesuatu yang mereka sudah sedia kuasai atau tahu.manakan mungkin manusia yang tahu membaca akan kembali belajar alphabet sedangkan dia sudah tahu membaca.begitu juga yang mahu mengenal angka sedangkan sudah mahir bab kira mengira.kenapa tidak dia belajar cara yang betul mendeklamasikan sajak sungguhpun dia sudah tahu membaca walaupun dia seorang yang buta.kenapa tidak dia belajar mengira kerataan permukaan tanah sungguhpun dia sudah mahir menyelesaikan teknik pembezaan yang rumit.inilah yang diterapkan sejak kita mula2 melangkah ke bangku sekolah.kita diajar mengenal abjad dan huruf untuk persiapan kita menyelami sesuatu yang lebih dalam - membaca,menulis mahupun mengira.hakikatnya kita diajar benda yang asas sebelum kita dapat menyelami sesuatu yang lebih dalam maknanya.

gua pun manusia normal yang tak lari dari sifat ingin menyelami sesuatu yang baru dan tersembunyi.dalam usia setahun jagung lagi gua dah terdedah dengan muzik.dan menjadi lumrah kehidupan alam menyelami sesuatu yang baru atas dasar nama 'minat'.sebab itu orang selalu cakap buatlah kamu sesuatu perkara atas dasar minat bukan sebab terikut-ikut atas secara terpaksa.kalo dah minat semua bole jadi.yang tak mungkin jadi pun bole terjadi.betapa hebatnya aura minat ni.minat kepada muzik menyebabkan gua jugak tak lari dari menyelami sesuatu yang baru.explore muzik gua bermula dengan sebuah boyband,backstreet boys.gua suruh mak gua beli kaset album millenium diorang.dari situ gua tahu lagu show me the meaning of being lonely dan i want it that way.minat akan datang secara tak sedar bile hadirnya keseronokan dan keseronokan bole wujud dari pelbagai macam cara.gua seronok putar main kaset itu berulang kali.tak pernah bosan walaupun lagu yang dimainkan itu sama - bukan sekejap bertukar menjadi lagu dari westlife mahupun dari blue.tetap sama iaitu dari backstreet boys.dari era boyband gua ke era yang selalu orang kalsifikasi sebagai 'keras' iaitu era rock.sampai sekarang gua tak faham ape yang kerasnya era ni.mungkin pertejemahan rock itu sendiri yang bermaksud batu.dan menjadi sifat umum batu itu sendiri yang keras secara zahirnya.gua mula kenal creed,white stripes,guns and roses mahupun kumpulan wings.lepas tu gua terjebak pulak dengan era rapcore,nu-metal.kali ni band2 seperti linkin park,limp bizkit dan crazytown jadi santapan.walaupun gua tak mahir nak rapping,tapi atas dasar expolore,gua bole sikit2 rapping lagu in the end mahupun my generation dan rollin.sifat ingin menyelami tak akan pupus dan tiada penghujungnya.gua lebih garang ke era grunge.awal2 era grunge gua tahu nirvana dan kurt cobain sahaje.mudhoney,soundgarden,pearl jam,screaming trees,TAD gua memang tak tahu.butterfingers not in the list lagi.lagu comes as you are yang menaikkan adrenalin halwa telinga gua untuk terus explore lagu2 nirvana yang lain macam in bloom,lithium mahupun polly.dari era grunge2 jugak la gua terjebak dengan scene2 grunge independent.lebih2 lagi tengah mengila lagu 'redline' dari shizuka yang kebetulan memainkan muzik grunge.dari situ la explore gua mula berkembang bak pokok bunga yang mengembang diawal pagi sewaktu mathari tegak memancar suria.gua tahu servent jamm,butterfingers,flossy,honey b.menyelami juga adalah satu perjalanan yang panjang dan mustahil untuk tamat.gua beralih pula pada muzik punk.gua suke buzzing gitar yang bising,ketukan drum laju mengalahkan libasan kipas helikopter dan gua suke petikan low-tune bass yang 'kejam' seperti yang selalu dimainkan matt freeman.dari situ gua kenal sex pistols,green day,sum 41,the offspring,blink 182 dan rancid.ini hanya sekadar beberapa genre muzik yang gua dapat coretkan.terlalu panjang dan luas untuk dicernakan satu persatu.sangat luas ibarat lautan tidak pernah kering.silap2 bole terhasil sebuah ensyklopedia bila dihimpun dengan rapi dan kemas.cukuplah sekadar evolusi rawak dari boyband,rock,grunge,metalcore,punk rock,ska dan reggae,britpop,hardcore,grindcore,thrash metal mahupun pop indon sekalipun.ini baru berseloroh pasal muzik.belum menyentuh ilmu sains,imu perubatan mahupun ilmu nak goreng telur mata goyang sekalipun.benarlah ilmu manusia ibarat setitik sahaja dari lautan yang meluas dan tidak bertepi.ilmu agung yang mencipta sekian alam ini juga yang tiada batasan.

bukan arif atau tidak yang menjadi persoalan.neil armstrong yang konon menjadi orang pertama menjejaki bulan pun satu dunia pertikaikan inikan pulak yang belum tahu nak mencucuk langit apetah lagi mengendong bulan.tak ada kelebihan pun bagi yang arif perihal ilmu dunia.mungkar dan nakir tak akan menyoal 'ape itu prinsip apchimedes?', 'adakah supernova hasil terciptanya sebuah galaksi? mahupun 'cliff burton dulu bassist untuk band ape?' tidak sama sekali.sesungguhnya tuhan benci orang yang pandai dunia tapi jahil akhiratnya.kadang2 gua leka dengan ilmu dunia sampai terlupa ilmu akhirat yang gua akan junjung dan bawa bersama kelak.tak guna jugak gua tahu setiap mata wang di serata pelusuk dunia tapi tak tahu nilai mata wang di akhirat kelak.bukan baht,bukan rupee,bukan euro,bukan rupiah,bukan dollar jauh sekali ringgit.just one currency - pahala.sedar tak sedar ini yang buatkan gua risau,gelisah dan jadi tak tenteram.tuhan tak pernah kejam sesama umatnya.alangkah si zalim pun boleh lembut hatinya,inikan pula para sakura.jauh disudut hati gua memohon agar insan yang cetek ilmu akhirat macam gua diberikan hidayah dan dibuka hati untuk menyelami dunia akhirat dengan izin dan kehendaknya.kalo bukan hari ini mungkin esok atau baragkali lusa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...