Sunday, June 19, 2011

Behind The Scene : Tour Maharaja Lawak Di Johor

satu siaran televisi yang gua rase bole masuk dengan gua ialah maharaja lawak.gua tak deny yang gua memang naik hantu dengan program ni.time layan raja lawak pun gua tak naik sheikh macam ni.giler babi la aura maharaja lawak ni.malahan orang yang dok follow tengok maharaja lawak pun lebih ramai rasenye kalo nak dibandingkan dengan zaman raja lawak dulu.maybe ada jozan kot.tu yang ramai kene rasuk histeria maharaja lawak.

minggu lepas maharaja lawak berlangsung live di stadium tertutup MBJB.ni kire tour terakhir maharaja lawak sebelum final minggu depan.dah alang2 depa turun johor ada baik jugak gua pergi tengok secara live.maklumlah bukan senang nak jumpe,nak tengok depa ni beraksi depan mata kepala sendiri.so plan2 random dengan 2,3 orang membe.at last kami decide pergi tonton maharaja lawak.tapi........itu pun kalo dapat pas masuk.rasenye mesti ramai orang johor yang turun nak tengok live maharaja lawak lebih2 lagi orang kulai.maklumlah kumpulan sepah kan dari sini.mau tak satu kampong turun support.

kul 11 pagi kami dah lincah siap2 gerak.cuaca agak panas pagi ni.nasib naik kereta membe gua.kalo naik moto alamat memang gua pun fikir 8 kali nak pergi.pung pang pung pang dekat2 pukul 1 jugak kami sampai kat depan stadium tertutup MBJB.betol2 depan city plaza bersebelahan depoh polis.mak datok ! bukan main ramai,bukan main panjang lagi orang beratur nak amek pas.bajet gua dah sampai awal (memandangkan pas masuk bole amek pukul 3 petang) rupanya gua silap.enta dah beribu orang beratur panjang nak dapatkan pas masuk.dalam hati gua dah 50-50.ni elak tak lepas masuk.kalo nasib baik bole la dapat masuk.dah macam celake lautan manusia beratur depan stadium tu.sampai2 gua dengan sorang membe terus beratur ikut barisan.nasib badan la beratur kat line agak belakang.depan2 memang dah pack orang beratur.mane yang lewat ha memang alamat beratur lagi belakang la jawabny.

ada la dalam 3 jam jugak kami beratur sambil2 cuci mata.awek yang datang bukan main lagi dressing.ada yang datang macam nak pergi main salji kat alaska.setakat terbonjol sana sini tu perkara biase la.ok la,dekat2 pukul 2.45 macam tu baru kaunter amek pas masuk dibuka.time ni la orang dah macam haram.time ni jugak la gua dah mule naik geram.mood jadi nak marah2,nak maki hamun semua.ni semua gara2 budak2 yang tak reti beratur.terus potong que ke depan amek pas.ini celake namenya.orang penat2 beratur panjang2 depa senang2 tanpa rase bersalah potong que orang.sorang pak cik kat belakang gua dah bising2.
'tak ada sivik la diorang ni.timbang rase la sikit orang yang beratur ni woi...'

lebih kurang macam tu la teriak abang belakang gua ni.ala bang.kalo cakap dengan orang bebal ni tak ada gune jugak.kite pulak naik bebal sama.

keadaan dah tak terkawal.polis,RELA dah macam abes tangan nak mengawal lautan manusia yang seakan hilang kawalan.







ni antara beberapa keping gambar yang gua smpat snap tempoh hari.giler babi riot tak?pic last tu gua sempat snap sorang budak pengsan (terbaring berbaju merah) semua pic ni gua snap time gua celah2 masuk ke depan.gua dah give up sebenarnya time ni nak beratur panjang.mane bole tahan kalo yang baru datang sedap2 potong que orang yang beratur kan.tapi gua tak berganjak pun.tak sanggup rasenye gua nak bersesak-sesak ditengah lautan manusia yang sedang menggila.dalam tengah menggila-gila tu gua sempat mengalih tumpuan kat sorang mak cik dengan anak kecik dia yang dah menangis akibat tak tahan diasak.giler jugak trivia maharaja lawak ni sampaikan mak cik tu pun sanggup rempuh lautan manusia dengan anak dia semata-mata nak saksikan sendiri maharaja lawak.gua tak tahu la ape kesudahan mak cik tu.sama ada dia dapat ke tak pas masuk.gua memang dah surrender time ni.dalam hati yang tadinye 50-50 dah menurun jadi 90-10.tinggal 10% je kebarangkalian gua nak dapat pas masuk.gua pasrah.mungkin tak ada rezeki gua nak tengok kali ni.tapi kalo bukan kali ni bile lagi kan?lepas ni final berlangsung kat shah alam.ni buatkan semangat gua dengan membe2 teros nak stay.1 je kami nak buat nanti - masuk curi.

lepas dah surrender,sempat gua layan talk show dari man raja lawak 5 dengan jehan.sempoi jugak si man ni dekat luar.tak terlepas jugak talk show ringkas dari abang jem kite -sallih yaakob sempena promosi rancangan dia yang bakal gantikan siaran maharaja lawak - salih yaakob i follow.

tapak kaki dah rase nak pecah sebab lame sangat berdiri.lenguh bukan main.dekat2 pukul 8 baru depa open door.time ni la semua berebut2 beratur.bertolak-tolak,bersesa-sesak.time ni la gua dapat rasekan suasana riot.memang giler babi riot.dah macam gua join demonstrasi pulak rasenye.kami cuba nak masuk curi tapi tak berhasil.kawalan orang astro bersama RELA dan pihak polis berjaya mematahkan cubaan kami.depa check semua satu2 pas masuk.ceh ! mane yang bernasib baik ada pas masuk dapat la masuk.gua dah mencarut berat time ni.harapan nak masuk curi pun macam tak berhasil nampaknye.jangan katekan yang taka da pas masuk ni tak bole masuk.sampaikan yang ada pas masuk pun ada yang sangkut lagi kat luar.orang astro cakap depa nak arrange betol2 kot2 dah tak ada kerusi kosong.

time ni orang2 yang ada tiket dah start maki hamun,marah2 kat orang astro,krew2 maharaja lawak,RELA dan jugak polis.abes diorang rempuh pintu masuk yang dah diikat dengan tali oleh pihak RELA dan polis.sampai terbuka ikatan tali.time ni la adengan rempuh merempuh,tolak menolak,jerit menjerit berlangsung.itu tak termasuk yang ketok2 dinding kaca.sumpah riot !

lepas dah ramai merusuh kat luar,baru krew2 maharaja lawak benarkan masuk.itu pun sorang dua sekaligus.tak masuk ramai2.time ni la orang sibuk merempuh nak terlepas masuk.2 orang membe gua terlepas masuk time adengan berasak-asak ni even dia tak ada pas.celake ! gua dengan sorang mmbe yang tak berjaya lepas masuk sebab gua tersepit dicelah lautan manusia yang seakan buas kelaparan.gua naik lemas dalam ramai2 macam tu.kali ni la rase give up gua dah sampai kemuncak.meamng tak da harapan la kali ni gua nak tengok.lebih2 lagi lepas tengok membe gua dah berjaya masuk curi.memang down jugak la.gua dengan sorang membe pun lepak2 tepi divider stadium.kami bual2 hampa sambil sedut2 udara segar malam.

jam dekat tangan dah masuk kul 9.45 malam.time tengah duduk2 berbual tu,ada sorang budak teriak dari arah atas sebuah tangga.

'wei,jom masuk..ikut sini sambil tangan tunjuk ke arah sebuah tangga..'

kami pun ape lagi.berlari laju ke arah tangga dan menaiki dengan girang.gua perhatikan belakang gua ramai yang follow masuk ikut tangga tu.berdebah sungguh.kalo tahu tak perlu susah payah beratur berpanas nak amek tiket.kalo tak ada tangga ni mesti satu hari ni gua sia2 kan begitu je.

masuk je dalam stadium tu memang bersepah-sepah manusia.mane yang duduk di bawah,mana yang berdiri di atas.hampir setiap pelusuk stadium dipenuhi lautan manusia.gua dengan membe tadi masih tercari-cari angle baik yang bole jadi pot kami.last2 gua dapat satu pot baik.betol2 menghadap pentas maharaja lawak.even dari jarak jauh tapi still nampak jelas.nampak AC mizal muncul je hati gua dah berbunga-bunga.dari satu persembahan ke satu persembahan gua dapat saksikan.sepah memang kelakar terok malam tu.ustazah norbaiyah wannabe.haha..salute la sepah ! puas bergelak tawa dalam tu even tapak kaki dah tak larat nak menapak.lenguh siak dari pagi sampai ke malam belasah berdiri je.tapi gua memang puas la malam tu lagi2 dapat jumpe taukeh jambu,rahim R2,man,jehan,abang jemm,kumpulan sepah dengan mata kepala sendiri :) awesome man !

1 comment:

  1. Maharaja Chaos! Maharaja lawak kat JB catat rekod persembahan maharaja lawak yang paling ramai pengunjung setakat ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...