masuk hari ni genap dah 17 hari kita menyambut syawal.diam tak diam dah 17 hari jugak kita selamat menyambut kemenangan setelah berhempas pulas sebulan berpuasa.tahniah kalo selamat tahan godaan syaitonirojim semasa ketibaan ramadhon tempoh hari.yang tewas tu cuba lagi dan terus mencuba.macam mana gaya nak tekel makwe pan asia,macam tu la jugak gayanya nak tekel diri dari godaan sayiton supaya tak curik2 makan meggi semasa matahari tegak atas kepala.
puasa tahun memang sejarah julung kali buat diri sendiri.berbeza dengan puasa tahun lepas mahupun sebelumnya.bercerita perihal puasa gua untuk tahun lepas,memegang takhta penganggur agung menjelang bulan ramadhon sesuatu yang bole dikira heaven jugak sebenarnya.makan minum sahur dan berbuka puasa semuanya disediakan oleh ibunda walaupun duit dalam tangan tak berapa nak lebat.so tak perlu risau nak fikir sampai tahap sakit kepala hotak celah mana nak cari duit beli makanan sahur dan bukak puasa macam era bergelar student dulu.semua tersedia lebih2 lagi bila duduk bersama keluarga tersayang.sekilas imbas mengenangkan detik ramadhon gua semasa bergelar penganggur agung sedikit sebanyak mengajar gua jadi seorang yang malas.ya sangat malas.kadang2 gua rasa macam useless sheep pun ada.jadi daysleeper hampir separuh siang hari.nasib la mak gua faham time tu gua baru abes belajar dan mahukan rehat seenak-enaknya setelah mengabadikan kepala hotak untuk menyiapkan projek final tahun semester ditambah lagi dengan sarat exam yang bole tahan kejam torture minda.so menjelang ramadhon tahun ni,gua selamat menjalankan ibadah puasa sebagai seorang pekerja kolar biru.dengan suasana yang jauh beza dari sebelumnya,gua berjaya harungi godaan syaiton untuk berpuasa dibulan ramadhon pada tahun ni dengan tenang dan steady.walaupun agak lepak melayan kerenah majikan dan kerja,gua masih mampu menahan diri dari berbukak puasa meggi kari panas semasa matahari sedang terpacak terik atas kepala.paling hell bila kene paksa stay up dekat kilang gara2 kemahuan majikan yang mahu gua settlekan kerja urgent sebelum dibenarkan pulang berbukak puasa.last2 gua terpaksa bukak puasa dekat kilang bertemankan pc old skool kilang.memang tak ngam feeling berbukak dekat tempat kerja ni sebenarnya.berkat kesabaran & sikit keteguhan iman senipis kuli bawang ni,alhamdulillah tahun ni gua dapat full kuota salah satu rukun islam ni.
rasanya belom terlambat gua nak wish salam lebaran.lambat 17 hari pun bole accept lagi ape.nasib la mood orang sambut raya ni tak sama macam mood makwe sambut besday.lambat wish seminit atau ada orang lain wish lagi awal dari kita dah mula nak tarik muka.cakap lupa nak wish besday diorang la ape.celaka jugak rasa dia bila dapat makwe pesen macam ni.berbalik pada cerita lebaran, tahun ni gua beraya dekat rumah moyang di larkin.kalo ikutkan hal ehwal hati, memang gua prefer raya kat rumah sendiri.lebih santai dan punk rokk ! tak banyak ragam dan tak banyak kerenah.raya tahun ni jugak sedikit berbeza buat diri sebab secara officialnya gua dah out of list dari terima sampul berisi duit.paling2 bangsat gua dapat ada la dalam RM30.tu pun belas ihsan sorang dua pak cik gua yang masih menaruh kepercayaan pada gua untuk menerima lagi duit raya.mungkin untuk kali yang terakhir memandangkan menjelang raya tahun ni,gua dah mula bekerjaya.daripada makan penendang free daripada pak cik mak cik,baik gua claim retired awal2 dari scene terima duit raya ni.mungkin gua dah perlu belajar terima hakikat yang gua dah mula masuk era pra-kocek pokai menjelang lebaran.setahun dua lagi gua dah kene belajar beratur panjang dekat kaunter bank muamalat untuk tukar duit raya.
bercerita pasal lebaran jugak,tahun ni la gua paling santai dan bersederhana dalam bershopping raya.tak macam raya tahun lepas walhal gua tengah jobless lagi time tu tapi shopping raya macam orang kaya keje pelantar minyak kat arab bersatu.ala...shopping raya pada gua paling heavy pun dekat bundle je.bukan gua ke butik2 korporat pun.jangan silap judgement.lepas dah bekerjaya ni pun gua masih stick dengan scene bundle,inikan lagi bab nak bershopping raya.75% kebarangkalian datang dari bundle.tapi raya tahun ni memang sejarah bila gua langsung tak beli ape2 buat pakai raya.pergi2 cari barang,satu pun tak ada yang lekat melainkan sepasang baju melayu teluk belanga.barang lain semua recycle tahun2 lepas punya.mana yang elok dan sedap2 masuk badan,itulah yang gua sarung buat pakai raya.
dalam meriah2 beraya,pasti ada yang sadisnya.macam jahanam la pulak kalo nak claim out of list dari terima duit raya sebagai moment sadis raya tahun ni.itu gua bole handle lagi walaupun rasa macam nak terajang pintu bila tengok budak hingusan asyik mengira duit raya.sadis yang gua maksudkan ada bersangkut paut dengan hal ehwal hati sebenarnya.cewah ! semenjak gua dah terputus kasih dan membujang kembali ni, raya tahun ni la gua tak pertama kali gua raya tanpa si dia.nak sedih pun tak ada guna sebab makwe lama tetap beraya sebagai makwe lama.KLMJ jugak kadang2 bila terkenang cerita raya dengan makwe lama ni.nasib la gua tak pernah kacau sambal kacang dengan makwe lama.mahu2 tak lalu seumur hidup nak makan sambal kacang menjelang syawal.naya je.btw,salam lebaran buat makwe lama dan terima kasih atas wish hari raya dari si dia :) walaupun beraya tanpa seseorang bergelar makwe, gua masih dapat berpeluang beraya ke rumah makwe membe2 yang rata2 mempelawa gua menemani mereka.malas la gua nak cerita panjang lebar pasal scene beraya rumah makwe ni.faham2 je la sesi bertemu bakal bapak mak metua ni dia punya mesra macam mana.gua yang menempel ni tumpang amek berkat dan restu je la.nak melebih2 nanti kene claim kacau daun plak.berat jugak tugas sandang gelaran jejaka tak bermakwe ni.berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
kah kah kah !
salam lebaran dari gua & TMOL..
amboi, dah raya ke 17 baru nk wish ea. haha, jangan risau takkan tarik muka punya.
ReplyDeletealhamdulillah,sedar juga kau ek kau tu dh x layak terima duit raya. buka setakat kena terajang, kena kerat 100 kali pun ada. haha