Friday, December 17, 2010

6-15-18-5-6-20 7-21-13-16

'mama always said life was like a box of chocolates'

forest gump - sebuah cerita arahan Robert Zemeckis yang diterbitkan pada tahun 1994 yang sekaligus melonjakkan nama tom hanks dalam lakonannya dalam filem ini.sebenarnya gua bukan nak mengulas or nak review panjang lebar pasal cerita forrest gump kat entri kali ni.just sort of it.rasenye ramai yang dah tengok filem ni dan mostly dah tahu jalan cerita dia macam mane - sorang mamat bernama forrest gump yang modalnya cuma duduk di sebuah bench sambil memakai pakai kemeja kot lengkap,dengan kasut nike putih sport yang kotor dengan sebuah briefcase kat sisi dan tak berhenti2 melabon pasal kisah kehidupannya.ye, jalan cerita dia memang simple tapi tak se-simple cerita 2 alam.this simple is brilliant ! setiap cerita yang mamat ni semangat melabon semuanya tak penah membosankan.dari seremeh2 bulu ayam yang terbang sampailah pada se-heavy time perang dan scene ronald keagen,JFK mahupun john lennon.2 jam lebih concentrate terpaku menonton.awesome !

ok kalo korang tengok scene awal2, mak dia tetap hantar dia pergi sekolah even mamat ni ada kelemahan IQ.lagi parah, mamat ni bukan je ada masalah IQ, tapi dia jugak ada physical disability.tulang kaki dia tak kuat untung menyokong pergerakan.so, terpakse pakai braces kaki.disebabkan ni, dia sering jadi bahan jenaka dan mangsa buli.sampailah satu masa dia dapat lari dari budak2 yang dok suke membuli dia sampailah braces kat kaki dia pecah.dan start dari tu, mamat ni jadi the great runner.yes great runner yang kene diberi arahan untuk berhenti dari berlari.kalo tak ada arahan stop 'sampai bile2 dia akan terus berlari tanpa berhenti sehingga berasa penat.haha..kelebihan ni membolehkan si forrest ni dapat biasiswa untuk mewakili diri untuk team american football universitinya.banyak try dilakukan oleh forrest sekaligus membantu team american footballnya meraih kemenangan even gua bantai gelak tengok larian mamat ni yang nampak tegak dan nak belok pun kene mesti tegak jugak.haha..

lepas tamat pengajian di universiti, si forrest ditawarkan jadi tentera.semasa berkhidmat sebagai tentera mamat ni ada berkawan dengan seseorang yang dia anggap dah mcm true blood dia.'you're my best buddy i've bubba..' tu lah kata2 forrest gump pada bubba, rakan sepasukan tenteranya yang 24/7 dok melabon pasal udang (shrimp) dengan si forrest sampailah hembusan nafas terakhir bubba yang mati di medan pertempuran walaupun telah cuba diselamatkan forrest.wasiat bubba buat forrest supaya take a look untuk family dia juga turut dilaksanakan oleh forrest.lepas tamat berkhidmat sebagai tentera, forrest telah beli sebuah kapal untuk tujuan menangkap udang sempena mengingati rakannya bubba.setelah berjaya dengan 'kerjaya' barunya sebagai penangkap udang profesional, sebahagian besar hasil wang tangkapan udang yang agak maju dan berjaya dilakukan olehnya bersama leutenant dant diserahkan kepada keluarga bubba.leutenant dan ialah bos kepada si forrest semasa dia berkhidmat sebagai tentera.si leutenat dan juga adalah antara beberapa orang rakan tentera selain bubba yang telah diselamatkan forrest tapi malangnya si leutenant dan ni amputated lepas kedua kaki dia terpakse dipotong lepas diserang hendap semasa pertempuran di vietnam yang menyaksikan forrest dianugerahkan medal of honour kerana ke-hero-annya.forrest juga dapat satu hobi baru semasa dia hampir tamat berkhidmat sebagai tentera iaitu bermain ping-pong.asalnya, mamat ni zero bermain ping-pong.berkat kesungguhan dia berlatih main hari2 siang malam,lastly mamat ni jadi pro table tennis player !

at once dia rase sunyi lepas kematian mak dan ketiadaan jenny (the only gurl yang mamat ni kenal dan sayang sangat) disisi, si forrest ni decide nak terus berlari to elsewhere.just random without any purpose.'i just ran because i want to ran..' jawab forrest bile ditanya wartawan.oleh sebab ke-random-an mamat ni berlari tanpa henti selama 3 tahun setengah, tak serta merta mamat ni jadi famous.banyak liputan media berkisarkan kisah larian mamat ni.dari berlari random seorang diri sampai la ramai follower yang sama nak follow dia berlari.cis, serious babak mamat ni berlari mengingatkan gua kat terry fox yang terkenal dengan marathonnya.gua dulu time kecik2 selalu buka tv dan setiap kali buka tv, selalu ada liputan media pasal terry fox run.gua ingat mamat terry fox ni sbb kaki sebelah dia yang pakai steel.sebab time tu gua giler minat kat orang bertulang besi - robotcop.so sebab tu gua bole ingat sangat dengan si terry fox ni disebabkan 'kaki tulang besi'nya.RIP fox ! kalo adam ada hawa, rumie ada julie, sid ada nancy, bonnie ada clyde, john lennon ada yoko ono, forrest ada jenny.yes, the only gurl he knew since childhood, the only gurl he loves a lot.everything just one and only.kalo la semua lelaki macam ni - setia pada yang satu, ha....ha....last2 mamat ni kawin jugak dengan jenny dan dapat seorang anak hasil hubungannya dengan jenny.jenny yang menghidap penyakit akhirnya mati setelah beberapa bulan berkahwin dengan forrest.dah la hidup mamat ni memang lonely ranger,tak ramai kawan dan tak berape nak sosial.last2 isteri plak mati dan ni gua rase epik paling sedih bagi mamat ni.

even forrest gump ni lurus dan tegak nak mampos, ditambah dengan lack of intelligence dan being lonely ranger tapi si forrest ni jujur buat ape yang dia buat.tak mengharap balasan dari ape dia buat jauh sekali nak dapat nama.ye, mamat ni tak pernah berniat or pasang cita2 nak jumpe face to face president john F kennedy mahupun legendary john lennon but he made it.dan lagi satu, masa berlari secara random selama 3 tahun setengah yang dibuat forrest adalah perkara giler.kurang rasional dan sukar diterima akal bagi manusia yang menjalani kehidupan normal macam kite.even kite akan fikir mamat ni buat something yang enta ape2, buang masa atau tak ada aral tujuan atau manfaat, tapi ape tersirat ialah the journey to gain experiences.bak titah auguste rodin 'nothing is a waste of time if you use the experience wisely' mana mungkin dengan duduk diam kau bisa dapat pengalaman.begitu juga buat benda yang sama tiap2 hari dalam hidup yang penuh perulangan bak titah billy joe armstrong dalam lagu redundunt.so dalam masa 3 tahun setengah berlari, bermacam tempat dilalui, bermacam pemandangan dinikmati dan bermacam ragam ditemui.its all about new experinces.ahh bermacam2 epic kejayaan mamat ni yang mostly berlaku secara random.kalo korang perasan kenape gua dari tadi asyik cerita pasal empunya diri si forrest gump ni je.yela..sket2 forrest gump, sket2 forrest gump.actually ni antara cerita paling bermakna bagi diri gua.cerita hidup mengajar erti kehidupan.ada feel cerita ni dengan jiwa gua sebab gua pun suke cakap pasal kehidupan.macam scene awal2 cerita si forrest gump duduk kat sebuah bangku sambil bercerita kisah kehidupannya dari kecik sampailah dia dewasa dan jadi bapak.yeah, because he loves to story about his life.so do i.i wish i have a lot of experience,sucessful epic like him.sampaikan gua ada tulis status dalam mukabuku 'kalo lah aku forrest gump' haha..tapi gua bukan forrest gump.gua huzaifa zahri..just a few words for him 'you're the man gump!'

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...