rasanya masih belum terlambat gua nak wish selamat hari raya buat semua saudara mara se-agama tak kira yang jauh nun disana mahupun yang dekat.yang tengah sibuk menghabiskan belen2 rendang raya yang dah jejak seminggu keras beku dalam peti ais,yeah this one is also for you.
hari ni dah jejak 7 syawal.diam tak diam dah 7 hari kita meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa.dan bile sebut pasal puasa,harap korang semua tak ada la lekuk lubang,tebuk sana sini sepanjang ramadhan.kalo bagai nak rak main mercun thunderclap,bawak makwe beraya keliling kampung,pergi open house sana sini tapi liat nak puasa tak berbaloi jugak.baik potong buat kali kedua dan belajar berpuasa semula macam budak2 1st time berkhatan.nak potong celah mana tu jangan tanya.serious shit gua memang tak ada jawapan spesifik.
selalunya setiap tahun,family gua akan pakat2 balik beraya di kampung.tahu ni cukuplah sekadar beraya di rumah sendiri.lame jugak sebenarnya gua tak beraya dekat rumah sendiri.even tak dengar suasana riuh rendah saudara mara,tapi gua bole katakan beraya di rumah sendiri jugak heaven,tenang dan sangat comfort.home sweet home la katakan.paling terasa bile tak ada scene rebut merebut remote control tv di pagi raya - tak ada la sorang nak tengok mtv raya,sorang nak layan sinetron raya mahupun nak bersama takbir raya.semak jugak kepala dibuatnya.kebiasaanya rutin aktiviti gua setiap kali lepas makan pagi raya adalah layan tv sejam dua selain daripada tido.gua tak pasti sama ada habit layan tv dipagi raya ni melekat pada gua sorang atau mungkin pada yang lain.yang pasti orang yang dah tak berapa in too sangat dengan tv macam gua pun bole terikut sama join depan tv layan slot raya.cis,kadang2 berhantu jugak slot raya ni !
teringatkan kata bapak membe gua time beraya ari tu 'awak ni kalo nikah dah tak payah ada mak bapak pun sah !' secara automatik gua rasa gua ni dah bole join geng2 senja walaupun angka 23 masih terlalu mentah dan bergetah.kira2 tahun ni gua dah lepas kouta dari dapat duit raya.memandangkan gua masih jobless dan berbekal sikit ayat klise 'dah kerja belum?' nampak gaya tahun ni gua masih terima angpau dari sedara mara yang bersimpati even tak se-lumayan zaman budak hingusan dulu.bile fikir2 balik gua tersenyum sorang2.dah 'senja' macam ni pun masih laku dapat duit raya.kehkehkeh ! the dream about hari raya still the angpau nor rendang or ketupat ! ye kan?
tahun ni ramai jugak membe gua balik beraya.paling2 sengkek pun ramai dapat cuti seminggu.tak macam raya tahun lepas.ada yang raya kedua dah kene masuk kerja.susah sebenarnya nak berkumpul,hang out,bertepuk bahu bile masing2 dah berkerjaya & buat haluan sendiri ni.lebih2 lagi bagi yang dah merantau jauh mencari rezeki.jangan kata nak nampak batang hidung,nak cium bau pun bukan main susah.alhamdulillah tahun ni gua dapat cipta satu rekod peribadi yang gua bole namakan sebagai LE TOUR DE RAYA.saja gua bagi nama rekod peribadi ni ala2 satu kejohanan jelajah basikal dunia tanpa henti memandangkan gua pun dah naik lupa nak henti beraya.dari sebuah rumah ke sebuah rumah beraya.jejak berpuluh buah rumah jugak yang sempat beraya - dari yang must on the list sampai yang tak pernah datang beraya,dari yang dah lama kenal sampai yang baru kenal sehari dua,dari yang jauh sampai yang merangkak pun bole sampai.akibatnya,dalam sejam jejak 3,4 kali jugak gua ulang alik masuk toilet sebab banyak sangat minum air !
sebenarnya,berkerut jugak gua fikir nak letak title entri ni tadi.nak letak title 'gua,raya dan.....' macam tak trill plak bunyinya.sempena hari raya yang mulia ni,gua telah selamat publish sebanyak 299 buah entri.secara automatiknya,entri kali ni adalah yang ke 300 ! kalo kene timing,hopefully raya tahun depan gua dapat menulis pada entri ke 400 pulak :)
FUYYYOOOOOOOOOO!! 300 ENTRY? PERGHHH!
ReplyDeleteKbai.
:P
KAMI kembali, hiyargh! Selamat hari raya, maaf zahir dan batin dari KAMI. :)
ReplyDelete