hidup berjiran ni memang kene pandai amek hati jiran tetangga,hormat menghormati,toleransi,beramah mesra,bertegur sapa dan bermacam lagi nilai murni kemasyarakatan.
sebelum bercerita dengan lebih lanjut,ada baik jugak kalo gua perkenalkan jiran sebelah menyebelah dengan rumah gua iaitu encik samsuddin dan juga encik mohammad atau lebih mesra gua panggil long mat merangkap pak long belah bapak gua.tapi tuhan lebih sayangkan pak long.pak long dah kembali ke rahmatullah 4 tahun lepas.yang tinggal hanyalah mak long.mak long gua ni merupakan akak kepada bapak gua.umur dia gua tak pasti dan gua tak tergerak hati nak bertanya.cukuplah sekadar gua menyebut sudah melangkaui batas warga emas.hubungan gua dengan mak long gua ok je even tak semesra mana.tak semesra mana tu bukanlah bermaksud gua tarik atau bermasam muka dengan dia.ish tak ada la sampai macam tu.kami ok..cuma ibarat teh o pesakit diabetes yang kurang 1 sudu gula kalo nak dibandingkan teh o orang sihat.begitulah gamaknya.
lebaran baru2 ni digunakan sebaik mungkin untuk 'beramah-mesra' dengan jiran tetangga.pelbagai cerita berjaya dihidangkan acapkali tour beraya ke rumah jiran.itu memang dah jadi trend.kata ramah mesra.so cerita2 pun haruslah yang mesra2 belaka.abang gua dengan kisah calon bini,adik gua dengan cerita sekolah asramanya..senang cakap masing2 ada cerita masing2.memandangkan gua baru je tamat belajar,so semacam biasa gua ditalu,dilempar,diserang dengan soalan berkenaan tempoh pengajian lalu.semua gua steady jawab denganm tenang dan yakin.padahal kepala gua terngiang-ngiang saat2 gemilang gua copy & paste assingment kawan2 mahupun anak toyol bawak masuk exam.bile ingat2 benda macam tu gua terus tak mahu ingatkan zaman belajar gua.
teros gua diaju dengan soalan standard lepas tamat blaja - kerja.bila gua cakap belom kerja dan masih menjawat jawatan jobless agung,diorang kasi ayat penyedap hati 'tak apa.belom ada rezeki lagi..' mendengarkan baris ayat sebegitu gua hanya mampu senyum tawar sambil buat memek muka cool.sebenarnya gua dah 2 kali kantoi interview.2 diffent company sekali dua2 gua sangkut.dalam hidup ni gua penah dengar ada orang kena badi mayat mahupun badi bangkai binatang yang quite famous dikalangan orang melayu kita.tapi gua menolak sekeras-kerasnya bila wujud badi interview.ke gua pioneer badi interview?kehkehkeh ! dalam sesi beramah mesra dengan jiran tetangga tempoh hari,gua terlepas kata pasal badi interview ni.berkali-kali mak long gua tanya apa sebab tak lepas sesi temuduga.gua yang nak membalas balik pun bukan main payah.sebenarnya ada reason kenapa gua kantoi.cuma gua tak realise benda tu masa 1st interview dan keep on doing on the next.bile gua fikir2 balik semua tu datangnya dari diri sendiri yang rasanya tak perlu gua sebutkan kat sini.biarlah gua sendiri yang realise benda tu dan ubah cara.the world not learning from you rite?
tadi gua terima panggilan telefon dari mak long.gua pun rasa hairan jugak tak ada angin tak ada ribut mak long tiba2 call nak jumpa sekejap depan rumah.tengok2 jam dah dekat pukul 11 malam.urgent case maybe sampai dekat2 tengah malam bersungguh-sungguh nak jumpa.gua pun on.dengan berseluar pendek jeans potong dan baju bundle leher dah gelebeh,gua selamba kuar depan rumah.mak long dah tercongok tunggu depan pagar rumah.belom gua sempat menuturkan sepatah ayat,mak long dah berbunyi..
'dengar mak cakap iff ada interview kan isnin depan?'
gua pun balas spontan dan ringkas 'ye mak long..'
jawapan mak long gua pun 2x5 - spontan dan ringkas 'alhamdulillah..'
suasana sunyi dan dingin malam tu dipecah belahkan dengan dialog kami.lagi kan pulak dengan suara lantang dan nyaring mak long.mau2 tenggelam kejap bunyi bising cengkerik.
tak da..sebenarnya mak long nak jumpa iff ni sebab besok pagi mak long dah nak kena pergi johor sebab ada majlis kawin.terlanjur tadi mak long tengah baca2 (faham2 je la baca2 dalam islam ni - almathurat,doa2 or bacaan2 harian dan seangkatan) tiba2 mak long teringat something nak suruh iff buat masa nak pergi interview tu.
gua hanya setia mendengar dan menadah telinga.
'baca bismillah 19 kali dan jugak doa haikal...doa haikal tu print atas kertas A4 dan lipat masuk poket..insyallah' pesan mak long dengan nada semangat ala2 Ernesto "Che" Guevara mengkerah gerilanya.
'doa haikal...?' sepatah terpancul dari mulut.tak kuat dan tak jugak selembut berbisik.sedap2 buat halwa telinga sendiri dengar.blur2 pun ye jugak.seriously ni 1st time gua dengar doa haikal.maklumlah ilmu gua ni secetek telaga separa kontang,iman gua ni senipis kulit bawang.insyallah gua search lebai google nanti.bismillah tu kalo tak pernah dengar memang alamat nak kene tendang.time tuisyen dulu enta beratus ribu kali agaknye gua dengar sifu (gua gelar cikgu tuisyen gua sifu.he's super sifu u know..) ucap 'bismillah..rock n' roll...' setiap kali sebelum test dimulakan.kadang2 gua rasa gua ni terlalu mengejar urusan seri paduka baginda sehingga terlupa ada yang lebih penting dari itu.gua sedar - gua alpha,gua pelupa..terima kasih buat mak long yang bagi kunci ketenangan yang selama ni gua cari2.kepada dia kita berpanjatkan doa dan kepada dia jugak kita bertawakal.
No comments:
Post a Comment