Saturday, September 24, 2011

Hantu Seberang 80-an

gua tak pasti sama ada youtube masih hit atau tidak semasa era 90-an.maklumlah gua mula kenal dan jatuh cinta mendalam dengan dunia siber pun ketika era millenium.malah pc old school pertama gua pun 'lahir' pada zaman millenium - pada tahun 2002.so bole dikatakan gua memang buta IT pada zaman 90-an.atau mungkin agak miserable kalo gua katakan gua langsung tak tahu nak guna browser untuk open lebai google sekalipun pada ketika itu.sebab tu gua tak tahu youtube ape cerita pada zaman 90-an.sekarang bukan macam zaman 90-an dulu.pc cikai2 dengan monitar besar gemuk sebiji tu pun dah macam haram dia punya mahal.jejak 2k jugak.no wonder la ramai tak mampu nak miliki sebiji pc masa tu.no wonder ramai yang buta IT masa tu.dah pc pun tak mampu inikan lagi laptop.not in the list la..sekarang ni mak cik felda pun dah pakai laptop sendiri.dah tahu nak skype dengan anak yang belajar jauh2 mahupun dan tahu baca berita harian online.silap2 youtube dan bole buat layan lagu oldies omputeh mahupun lagu bollywood era rishi kapoor mahupun amitabh bachan masa muda.

youtube memang dah listed as one of the most visited site.tolak tepi lebai google mahupun yahoo.dan tak mustahil youporn wujud sebab tempias dari youtube.tak perlu rasanya nak bukak cerita panjang lebar pasal youtube.rasanya semua dah tahu ape benda toutube ni,ape content dalam youtube ni,dan macam mana nak guna youtube ni.rasanya budak 1 hari baru pandai masuk youtube pun dah bole godeh youtube.nothing really matters.actually bukan gua nak berceloteh pasal youtube.dah tersimpang jauh sebenarnya.ok la memandangkan masa tahun 90-an gua totally out of some kind of youtube ni,so scene CD atau DVD masih lagi take over.time ni la DVD player tengah meletop.umah yang dilihat ada DVD player adalah rumah yang cool.ditambah lagi dengan set hi-fi.fulamak cukup forum.ada satu DVD player dah cukup memadai eventhough jenama ayam sekalipun.

masih gua ingat lagi waktu itu.sekitar tahun 1990 an macam tu.ketika gua masih bergelar budak hingusan.dunia kecil gua semacam horror giler babi,seram sejuk sampaikan terpaksa follow bontot mak setiap kali hendak ke dapur.kalo nak diikutkan rumah gua bukanlah pesen rumah kampung yang sesetengahnya terletak jauh di hujung dunia,dikelilingi hutan tebal atau mungkin jauh dari segala macam fasiliti awam.tidak sama sekali.alhamdulillah lokasi rumah gua cukup 'sifat' - tepi kanan kiri depan belakang ada jiran yang skala jarak sangatlah dekat.cukup segala fasiliti awam malah jauh sekali dikelilingi hutan tebal.so kalo nak dikatakan horror memang tak sangat la kalo nak dibandingkan dengan suasana rumah2 yang gua sebutkan atas tadi yang jauh lebih scary lebih2 lagi bila waktu malam.alhamdulillah rumah gua so far tak ada kejadian aneh.tak ada pulak gua terdengar aksi orang tenggek2 pinggan mangkuk dan orang mengetuk2 tempurung kelapa pada waktu malam atau mugkin terlihat kelibat atau terdengar suara aatau bisikan aneh.itu yang gua bersyukur sangat.setakat bunyi siling rumah tiba2 berbunyi seakan ada objek berlari itu dah jadi perkara buka aneh.malah gua dah naik lali dengan benda tu.tabiat kucing yang gemar stay atas siling dan mengejar tikus pada waktu malam barangkali.

dunia hitam ni terjadi semuanya gara2 DVD player dan juga CD pirates.dah jadi lumrah alam agakye orang menyalahkan objek2 tidak bernyawa acapkali berlaku sesuatu kurang elok pada diri sendiri.gua rasa time 80-an dulu meletop-letup dengan cerita seram dari seberang.bukan main calang cerita seram indonesia dulu kalo nak dibandingkan dengan sekarang yang dah mengarut.silap2 cerita seram thai pun belum cukup thrill nak fight2 dengan cerita seram indon era 80-an.terbayang wajah pelakon suzanna yang diberi jolokan 'the queen of indonesia horror' yang memang 'otai' dalam scene cerita seram indonesia pun dah cukup malapetaka.serious shit gua masih terngiang2 wajah scary suzanna dalam cerita sundal bolong eventhough sekarang ni gua dah tak layan cerita2 macam ni yang dulunya bikin dunia gua jadi gelap misteri dan dibayangi rasa takot yang teramat.sebenarnya gua bukan teringin sangat atau saje mengada-ngada nak pasang cerita ni.kalo boleh gua lagi tak mahu tengok cerita2 sebegini.better lagi gua tengok undertaker dalam WWE.tapi enta macam mana gua bole terjebak pun gua tak tahu.jangan katakan gua.mak nenek malah mak cik pak cik gua pun sama naik.sampaikan CD misteri mak lampir tu pun bole rotate dari satu tangan ke satu tangan.hmm what to say..

dah lama sebenarnya gua tak tengok cerita2 seram indon era 80-an ni.semenjak DVD player rumah hancor terbarai,sampaikan satu tahap gua jadi lupa dengan cerita2 sebegini.CD2 pun entah kemana tercampak.tak nampak kelibat langsung.memandangkan sekarang ni youtube dah bole take over role DVD player,tadi gua saje2 layan cerita sundal bolong dekat youtube.enta kenapa dalam banyak2 cerita yang diupload dalam youtube tu,gua bole naik syeikh tengok cerita ni.kadang2 benda2 random ni susah nak dijangka.dari satu part ke satu part selesai sampailah abes cerita.sedar tak sedar gua dah berjaya tonton cerita yang pernah jadi igauan ngeri gua time kecik2 dulu.rasanya cukuplah gua layan cerita sundal bolong je.tak sanggup rasanya nak layan cerita seram lain.ini pun dah cukup bikin gua tergiang2 kembali wajah suzanna yang lebih 'fresh' dari sebelum ni.jangan terbawa-bawa dalam mimpi suda.

gua sempat belek2 youtube kejap.saja tinjau trailer2 cerita seram indonesia.ternyata youtube tak mengecewakan halwa mata gua.agak bersepah trailer2 cerita seram indoesia.kalo nak tengok trailer cerita seram indon era 80-an gua awal2 raise white flag.tak tengok trailer pun gua dah bole bayangkan betapa scary,betapa horror,betapa creepynya jalan cerita.penah sorang membe berseloroh pada gua pasal scene cerita seram dari seberang.dari ape yang dilabon,gua tak syak kalo membe gua pun dulunya sorang kaki cerita seram indon era 80-an.tapi dalam rancak berborak,dia sempat mencelah something yang membuatkan ramai kaki cerita seram indon era 80-an jadi kecewa kononya cerita seram indon sekarang dah banyak merapik.dah tak se-trill dulu.paling celaka bila cerita2 sebegini dicampur aduk dengan adengan2 18SX.ada yang extra pundek siap jemput sorang dua pornstar untuk berlakon sama dalam cerita yang dikatakan seram.watdahel ! itu filem buletone ke apa?tak pasti sama ada untuk tujuan komersial mahupun ini suda jadi trend filem konon seram dari seberang.

bukan itu saja.melalui pemerhatian gua jugak,kelibat2 hantu dalam cerita2 seram sekarang dah macam super duper annoying.dengan mekap ke parit,dengan custom dress ke laut.sampai satu tahap gua rasa macam tak perlu plak nak tonjolkan 'the real hantu' dalam layar perak.takot jadi bahan gelak pulak.susah sebenarnya nak jadi hantu lebih dari hantu ni.

how i miss the indonesia hantu back in 80's !

1 comment:

  1. cerita hantu malaysia yang pakai CGI pun kalah lawan dengan cerita hantu indon lama-lama.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...