Saturday, November 5, 2011

2 In 1

gua rasa tak salah kalo mencuba benda yang baru asalkan jangan benda yang merapik meraban,yang mendatangkan kemudaratan,yang menjahanamkan diri sendiri mahupun yang sejak azali ditegah dan dilarang.

gua yakin art tu besar definisinya.kadang2 kencing sambil berdiri pun bole dikategorikan sebagai art blood jugak kalo kene pada tempatnya.

sometimes gua rasa semak tengok templete blogger ni.gua ada la jugak skodeng blog sorang dua awek.kira blogger famous la jugak.follower dia kalah ayah pin punya follower.ramai jejak beribu pun ada.gua buat kaji selidik sikit2 pasal dua tiga blogger ni.gua perhatikan dia punya hias blog memang tahap dewa awesome.dengan icon teddy bear bergerak,dengan lagu yang sedap2 buat layan kepala,jack sikit dengan tagline2 pawer pancing pakwe,extra nice dengan letak gambar2 bertudung ala hana tajima.perghh !

kadang2 bila bosan2 gua saja belek2 blog tutorial nak hias blog.tahu bunyinya agak annoying tapi kadang2 rasa teringin tu datang membuak-buak.ibarat gersang malam pertama.bukan sebab nak pancing makwe ke ape.saja nak bagi mata sedap memandang bila tengok blog sendiri.sebab gua pernah terbaca satu artikel mengatakan mood orang akan berubah-ubah dengan sight impression.dalam kes awek tadi,gua rasa ramai minat baca penulisan dia (termasuk gua) mungkin sebab sight impression orang kat blog dia even ceritanya sometimes termasuk dalam genre gedik santai,tapi everyone still hit the point.itu mungkin pada instinct gua.maybe yes maybe not.

memandangkan epik2 fail bab2 nak hias2 blog ni dah sampai ke satu tahap ledakan aneurysm,gua nekad tak mahu amek pot lagi pasal benda alah ni.macam apa gua sebotkan tadi - perasaan teringin tu datang membuak-buak.macam tak ada angin tak ada ribut tiba2 pokok kelapa bergoyang.amcam tu la perasaan 'ingin' ini datang tanpa diundang.

dengan adanya templete latest yang pada gua super duper kool,gua rasa ini satu peluang terbaik yang ditonjolkan pihak admin untuk blogger2 cetek kretiviti macam gua ni.'kool' kat sini membawa maksud yang deep sebenarnya.even kalah dari segi hiasan blog awek2 kreatif tadi,tapi ianya win dari segi complexity.design dia lebih pada simple but nice.tak complex dan tak messy.gua suka mood templete 'classic' berbanding yang lain.ianya nampak lebih kool ! mungkin gua ni dilahirkan untuk guna pakai.bukan dari genetik kreatif godeh sana sini macam mendiang steve jobs.

asalnya gua nak menulis secara ringkas perihal aidiladha gua pada tahun ni.enta macam mana bole tersimpang jauh dari cerita hari raya.ini semua gara2 sibok godeh setting templete blog.tukar itu tukar ini.last2 enta cerita apa gua tulis pun gua tak tahu.main sedap redah je.

kah kah kah !

by the way,selamat hari raya aidiladha semua :) selamat berkorban jangan terkorban !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...