Thursday, November 3, 2011

Kisah Tragedi Malu (KTM)


kalo nak diikutkan lama jugak la gua tak menjejakkan kaki ke kolompo (sebut kuala lumpur).makan bulan jugak tak ke kota metropolitan ni.gua ni pulak memang jenis bukan pesen nak melepak tak tentu arah lebih2 lagi kat tengah2 bandar besar macam kolompo tu.so ape jadah nak saje2 turun kolompo tu melainkan ada benda mustahak yang kene settlekan kat sana.meroyan macam mana pun hawa nafsu nak ke kinokuniya KLCC,gua tetap pendamkan dulu hajat itu dalam hati.

kelmarin gua kene turun kolompo sebab ada hal mustahak kene settlekan kat sana.kalo ikotkan hati memang gua malas nak turun lebih2 lagi bila tengah sangkak macam ni.nak tak nak gua terpakse pinjam sikit duit daripada keluarga.itu pun nenek macam tahu2 gua ni tengah sesak.belum sempat gua nak pinjam,dia awal2 dah hulur kat gua.maklumlah nak turun kolompo ni bukan ayam2 punya planning.meminjam kata seorang teman,'kat kolompo ni,keluar sikit duit,keluar sikit duit..'.lebih2 lagi orang bermusafir macam gua ni yang bukan anak kota yang urban,yang up to date dan master selok belok ragam kota besar.so kena la prepare semua tu dulu.duit tambang bas,duit makan minum,duit LRT,duit beli buku (kalo ye singgah bookstore),duit standby nak kene pow,duit klepet,duit tarik teh & kopi dan segala macam pangkat duit lagi.

semenjak terminal bas bersepadu (TBS) dah mula beroperasi,nampak gaya merasa la gua menjejakkan kaki ke terminal bas yang orang sebut2 agak gerek ni.gua tak tahu menahu langsung akan ke-gerek-an TBS ni dari sudut mana.ada sorang teman cakap nak beli tiket pun dah pakai sistem tunjuk IC semua.dah macam kat airport katanya.gua iyekan aje even gua memang tak pernah beli tiket bas tunjuk IC.first time menjejakkan kaki kat TBS ni gua memang rasa tempat ni ada potensi nak sesak macam puduraya.mungkin lebih hebat lagi.memandangkan gua sampai pun dah agak lewat malam,so memang tak sempat nak explore sekitar TBS.ditambah lagi terpaksa berkejar sebab dah janji dengan sorang membe yang akan pick up gua kat terminal KTM subang jaya nanti.tak sedap jugak nak buat orang menunggu lama.orang dah nak tolong dah kira beruntung.

lincah gua amek train pergi KL sentral dari TBS.eventhough jam di tangan dah menunjukkan waktu yang sesuai gantung kaki dekat rumah,orang tetap macam semut.gua terpaksa bersesak masuk komuter.dengan yakin gua melangkah masuk ke dalam satu pintu yang terbuka.terus cari tempat duduk kosong.alhamdulillah ada sebiji seat kosong,gua terus letak deuter yang pack giler babi dengan baju atas lantai dan terus lelapkan mata.sebelum lelapkan mata gua rasa macam something fishy dengan environment.semua dalam tu padang gua semacam macam la gua ni artis baru menang program realiti.ape yang tak kena gua merungut sorang.mata pun dah mengantuk,tanpa hiraukan sekeliling gua terus lelapkan mata.ada la dalam 5,6 minit,kaki gua terasa dikuis.bila gua bukak mata,sorang brader misai lewat awal 40-an pakai seragam biru tengah tenung gua dalam2.memek muka dia garang.macam sarjan misai dalam gerak khas pun ada.dalam tengah mamai2 tu dia bertanya.garang nada tonasi suara yang dilemparkan 'nak ke mana?' 'subang jaya' gua jawab spontan.brader polis tu terus suruh gua bangon dan halau gua dari seat.dia cakap gua salah masuk coach.yang gua masuk tu sebenarnya coach perempuan.patot la gua rasa macam ada benda tak kena masa baru2 masuk train tadi.patut la gua tak nampak belalai langung.semua lobang.celaka ! malas nak panjangkan cerita,gua terus angkat deuter kat lantai dan terus buat muka cool bangun dan beralih ke seberang.masa nak bangon tu gua perhatikan muka abang polis masih memandang tajam ke arah gua dengan misai masih melentik.betol2 marah barangkali.berang agaknya dengan sikap 'orang kota' murtad macam gua.

'bang,saya bukan orang kolompo.tu pasal la jakun sikit bang...'

tergerak jugak nak berkata macam ni sebelum beredar tadi.tapi bila fikir sesaat.macam kurang ajar la pulak.kang baik2 wak misai tu tak melenting,silap hari bulan gua pulak kene hayun depan orang ramai dalam train.ye saya salah abang polis.

sampai je kat KL sentral,gua masih lagi menahan malu.tapi gua cuba jugak buat tak tahu padahal dalam hati tuhan je yang tahu.rasa macam nak pakai topeng ala2 rey mysterio pun ada time ni.malu tak terkata lebih2 lagi bila terserempak awek2 dalam coach tadi yang asyik memandang slack.ada yang senyum2 sinis.tak mahu kalah jugak akak,mak cik2 sekeliling.celake ! turun dari train,gua tak terus gerak ke platform KTM KL sentral.saja lengah2kan tak mahu terus menerus beratur sekali dengan orang2 yang sama naik train dengan gua tadi.saja gua duduk2 dekat palang besi kat situ.bila orang yang menunggu dah bersesak ramai,baru gua beranikan diri beratur sekali untuk catch train ke subang jaya.

'setiap langkah yang berlalu akan menjadi sejarah dalam hidup dan sejarah itu jugalah yang mengajar kita untuk menjadi lebih matang..'

gua dah duduk selesa dalam train.yang pastinya kali ini bukan selaku belalai tunggal.gua perhatikan penumpang masih ada lagi yang terpaksa berdiri bersesak sementara menuju ke destinasi masing2.gua helah nafas panjang tanda lega.gua tunduk memandang ke lantai dan dalam sedar tak sedar,terukir senyum seorang diri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...