Wednesday, November 9, 2011

Gam-pang


'benda yang beckham pegang tu namanya inhaler.bukan gam..'

masa tengah tarik teh dengan membe2 sebentar tadi,dalam rancak2 berborak kencang pasal segala macam hal kehidupan ada sorang mamat dalam lingkungan 20-an datang menerpa ke arah meja kami berempat.mamat ni tanpa memberi salam,tanpa memperkenalkan diri,tanpa rasa segan silu tarik keluar satu kerusi kosong dari meja bersebelahan dan placing bersebelahan seorang membe.kami berempat diam seribu bahasa dan cuma memerhati tindakan si mamat ni.masing2 tak bersuara.sepi dan sebarang kata-kata.

'tumpang tanya sikit,pinjam lighter kejap..'

sepotong ayat terpacul keluar dari mulut mamat ni.gua perhatikan membe gua kat sebelah dah terpinga-pinga macam baru satu hari belajar dengar bahasa perancis.terpinga-pinga nak fahamkan ape maksud mamat ni mungkin.gua pun macam kaget jugak nak fahamkan pada awalnya.yela..kalo nak tumpang tanya tu mesti ada persoalannya.then sepatah haram persoalan pun tak ada dah tiba2 nak pinjam lighter apa kes?kalo ye pun nak pinjam lighter,straight forward suda 'dik,pinjam lighter..' membe gua sorang pun hulur lighter dia pada mamat ni.mamat ni bakar rokok dia dan terus bersandar kat kerusi.lepas sedut sepam dua,baru dia pulangkan semula lighter.membe gua yang bersebelahan ni buat derk je la even rasa janggal semacam.maklumlah dah la tak kenal then tak kenal diri asal usul terus tarik kerusi lepak semeja macam dah lama kenal kejadah apa namanya tu.

selang dua minit,mamat ni bangun dari kerusi dan pergi jumpa salah sorang waiter kedai.kami berempat cuma memerhati dari meja.mungkin nak order air atau makan agaknye.selang beberapa minit,kat tangan mamat ni ada setin air sprite.dengan setin air sprite ditangan,dia kembali balik semula duduk di kerusi.tapi kali ni di kerusi belakang meja kami yang kosong.sambil2 ketis rokok,mamat ni layan cerita orang minyak yang ditayangkan di skrin besar kedai.sprite diatas meja cuma dibelek-belek.tidak dibuka sama sekali.kami buat tak tahu dan terus berborak macam biasa.

dalam rancak berborak tu,sorang membe gua ni mula bukak cerita.menurut dari cerita membe,mamat ni penagih gam tegar.dia kata selalu la jugak nampak mamat ni merayap sorang2 sampai kat bandar.then pow duit orang2 kat bandar seringgit dua buat beli air dengan gam mungkin jugak rokok.sampaikan ada orang kampung bercerita yang abang mamat ni sampai tahap kerat tayar basikal dengan pisau semata-mata tak mahu bagi mamat ni merayap tak tentu pasal dan mencari bekalan gam dekat bandar.kalo dah stim semua benda jadi sedap.makan kayu rumput pun macam ratah ayam goreng kfc agaknya.mamat ni sanggup bawak basikal yang dah ditoreh dan sanggup mengayuh basikal bertayarkan rim besi ke bandar semata-mata nak cari barang.

patot la kusut semacam je muka masa nak pinjam lighter tadi.dengan cakap pun bersepah-sepah.kepala dah kena makan rupanya.

tak semena mena 'tap...'.satu bunyi kedengaran dari arah belakang meja.kami berempat memandang ke arah belakang meja.tin sprite yang masih belum dibuka dilempar ke dalam longkang bersebelahan meja.kami berempat cuma diam melihat insiden yang berlaku sekejap tadi.fuh ! nasib dia tak lempar ke arah kami.kalo tak mahu bocor jugak kepala yang kena.elak malam tu ada pulak yang kena masuk emergency wad.lepas insiden baling membaling tu berlalu,tak sampai 5 minit lepas tu,mamat ni bangun dari kerusi dan terus blah.

dikalangan membe2 rapat,kebanyakan sudah tahu yang gua ni kalah dengan golongan orang kurang siuman ataupun mat2 lalok ni.nak kata sampai tahap pasca fobia pun bole la jugak.bukan la gua prejudis atau discriminate orang2 macam ni.tidak sama sekali.mungkin cukuplah insiden2 tak dijangka macam ni yang buatkan gua ada reason kukuh untuk pasca fobia yang melanda gua selama ni.

gua ada baca satu artikel dalam ni.dianggarkan 5210 orang mati antara tahun 1994-2008 akibat menghidu gam.watdefak ! dalam kita endah tak endah,situasi ni dah kira parah dan kronik.tak cukup2 dengan kematian akibat najis dadah,ada pulak kematian akibat typo drugs lain.nak kata bangang tapi pergi sekolah.tahu kira duit,tahu beza tin gam dengan tin air sprite.tahu kah anda menghidu gam bole menyebabkan kerosakan otak yang serius?sikit hari bulan bole join geng tanjong rambotan.nak huha-huha sekalipun bukan macam ni caranya.ini menjahanamkan diri sendiri.dalam kes ni,gam tak salah.yang salah orang yang bangang tahap dewa raja ni yang dah tak ada kerja lain pergi hisap gam.then menyusahkan orang lain.orang2 macam ni badan besar tapi otak kecik.lagi kecik dari sebutir zarah agaknya.

kesian sebenarnya dengan mat2 lalok macam ni lebih2 lagi yang muda2 gagah tapi otak dah reput tunggu masa nak mati.masalahnya nak kesian dengan orang yang tak tahu nak kesiankan diri sendiri pun macam tak ada guna jugak.ibarat mamat selekeh tak stylo nak tackle awek berdenyut yang high taste lagi hot ! kesudahanya cuma mengundang kecewa dan tak membawa erti apa2.harap2 pihak berkenaan akan luluskan akta hidu gam dan lebih peka dengan 'penyakit' ini.jangan dah semakin meruncing baru nak terhegeh-hegeh bertindak.selalunya kat negara kita macam gitu la adat resminya.

1 comment:

  1. Saya sangat fobia dgn org gila dan org syndrom. Seriously, klu dah nmpk depa, lari selaju blh, tk kira laa kemana as long as tak nmpk org tu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...