Friday, December 30, 2011
2011,Epik Kehidupan Dan Buku Baru
diam tak diam,dah nak masuk tahun 2012.tahun 2011 bakal melabuhkan tirai.alhamdulillah nyawa masih dipanjangkan untuk bertemu tahun baru.moga2 tahun baru lebih bermakna dan lebih awesome.selamat merayakan kehidupan pada tahun baru !
2011 - nak ingat satu persatu ape yang jadi dalam life gua sepanjang tahun 2011 memang impossible.plus gua pun sekarang dah mudah sangat lupa.malah sampai satu tahap gua rasa penyakit lupa gua ni kalah orang alzemeir,melampaui orang senja.sampaikan bila gua lupa letak barang atau campak sepah sana sini,mak gua yang tolong ingatkan semula.for sake,this year umur gua baru cecah 23 sen.sapa parents dia ada pergi mekah,gua nak kirim kismis arab la.kahkahkah ! macam ape gua katakan tadi,it's imposible for me to memorize every single things happen in 2011.terlalu banyak sampaikan jika kapasiti kepala otak gua diformat pun belom tentu dapat ingat.randomly,cukuplah tahun 2011 akan dikenang sebagai tahun pasca hidup yang bergelumang dengan turun naik.tahun 2011 jugak gua buat kerja giler dengan tulis daily diari hasil pemberian hadiah hari lahir.kalo tak sampai tua gua tak pernah dan tak akan pernah ada daily dairi.malangnya tak bertahan lama.gua konsisten buat benda alah tu dalam 5,6 bulan macam tu.ingat bab kawin je perlukan konsisten?lepas tu gua dah diserang penyakit M.yes,sometimes tun M is rite on its own way.bak kata sorang membe gua 'kalo sifat malas tu sifat yang mulia,dah lama gua masuk syurga..' tapi sampai sekrang belom ada syurga untuk orang malas.ahh itu belum sentuh perihal minat baru,kene saman polis,dan bermacam hal lagi.terlalu banyak benda nak diselorohkan yang berlaku sepanjang tahun 2011.
mengenang tahun 2011,gua teringat akan new year eve tahun 2011.malam tu gua dengan sorang membe pergi makan malam kat taman sri pulai dekat2 area belakang UTM - restoran kasim.masa zaman study dulu,sebelum TTGB ada buat kempen boikot mapley,sebelum orang kondem mamak kasim sembelih biawak & dalam cawan teh ada tangkal,restoran kasim kira official pot cari makan dan ngeteh kami.after all,lepas dah dengar citer bukan2 pasal kasim,terus kami tak addicted dengan kasim.mengenang zaman study jugak,gua teringatkan era jadi mat kutu.enta kenapa bila zaman study dulu,gua jugak berkawan dengan sorang mat kutu (u know who you are peeps..) so chemistry nak jadi kutu agung tu nampak cerah.kalo tak ada benda nak buat,agak2 dan bosan melampau,memang la kami ke sana ke sini tak tentu arah.satu pengalaman hidup sebenarnya bila jadi mat kutu ni.tapi semacam biasa.bila sebut perihal kutu ni,menjadi dosa agaknya.dicemuh dipandang tipis.macam la mat kutu tak ada impian,tak ada harapan.setakat amek angin cuci mata tengok dunia luar tu kira jahanam jugak ke?bukan pergi merempit,curi ayam orang ke ape.nak terperap dekat hostel 24/7 jadi mati kutu pulak.so malam tu lepas abes isi perut,kami pun decide pusing2 area bandar.bandar johor malam2 tak ada ape benda sangat yang happening.paling2 king pun pasar karat,abes muda pun lepak stulang mahupun dangavbay.ini je la destinasi yang rasa bole pergi.last2 dah bosan2 kami melepak kat area danga bay sambil tengok reaksi orang ramai dimalam new eve.kadang2 malam new eve mengalahkan helloween party.dengan mercun cina nya lain.mat2 motor tak usah cakap.macam la wujud ustiah tahun baru mat motor.agaknya macam mana la new eve kat eropah ek?
tahun 2011 jugak dapat gua claim sebagai tahun transformasi.tahun 2011 melihatkan gua retired dari zaman study yang dah 17 tahun gua into kepada alam kerja yang usianya tak sampai setahun jagung.usia 17 tahun into dalam scene study adalah suatu jangka masa yang panjang.even quotes paling bangsat orang cerdik pandai 'proses pembelajaran adalah proses sepanjang hidup',pada gua usia 17 tahun dah extremely 'sepanjang hidup'.buat masa ni,biarlah gua peram dulu offer letter sambung master kat shelf.biar kasi masak ranum dengan anai2.buat masa ni gua belom tergerak nak continue zaman senja gua bergelar student.kalo tergerak pun niat,ianya semacam nak merentas sungai amazon.entah belom sempat dah jadi santapan pirana.but who know,future is unpredictable rite?
sepanjang 4 tahun di universitas,bermacam-macam benda gua facing.macam2 benda gua suka tak suka kene go through.malah sampai tahap hampir2 flunk pun ada.dalam hati gua cuma tuhan yang tahu.alhamdulillah dengan berkat setia bercinta sesama tuhan,dia izinkan gua sampai ke tahap ni.dalam banyak2 era study,tahun 2011 paling miserable,paling tak ngam,paling hell ! 2011 jugak the last year gua jadi super duper senior.bila bercakap bab senioriti ni,bagi gua tak ada ape yang hebat sangat pun bila kau dapat naik satu paku jadi senior.bukan bole take over the next naib canselor pun.cuma ada la sikit awesome-nya bila jadi senior ni.sikit je.tak luak mana pun.dalam ghairah bergelar senior ni,ada satu benda yang buat ramai final year student nak mengucap panjang.malah gua berani claim term paling horror dan watdefak yang student tak mahu dengar ialah final year projek (FYP).gua dulu semak kepala jugak nak decide tajuk projek.maklumlah,FYP ni bukan macam hunting hot chicks - sambil hisap rokok,muncung bersiul,hembus asap rokok 'O' shape,keluar ayat manis sepatah dua.ini benda serius yang silap decide bole jadi jatuh terduduk dibuatnya.last2 gua apply teknik 'nekad sesaat memasuki bilik mayat' yang disyorkan saudara bahruddin bekri dalam buku diari mat despatch - edisi lelaki baik.buat projek yang gua sendiri decide randomly.walhal satu benda gua tak tahu pasal projek tu.gua main bedal je asal bole.langit jugak nampak cerah bila dapat sorang supervisor yang gua bole claim agak cool,ngam ho mahupun tak canggung komunikasi dua hala.walaupun cuma 2 semester gua kene facing FYP ni,tapi impak dia memang kuat.giler babi mind torture tu bole rasa.bayangkan lah,gua penah duduk dalam lab yang gelap sorang2,dengan tak ada sapa dari 10 pagi sampai lewat semata-mata nak conduct the experiment.lagi hell bila result experiment semua macam haram dia punye observation.time ni la gua gasak main lagu 'metallica - hero of the day' live dari acer gua yang dah tenat sekarang ni sebagai peneman duka.
hari konvo gua pun enta dah makan berapa bulan berlalu.kadang2 datang rasa sayu bila terkenangkan bermacam-macam peristiwa yang terjadi semasa convovation day yang gua penah coretkan disini.at least gua happy bila dapat buat orang lain happy lebih2 lagi mak sendiri yang gua dah anggap macam true blood dunia akhirat.kalo arwah bapak dan atok gua masih ada,gua bole cakapkan hari itu adalah hari combo paling manis dalam life gua.sebahagian hidup gua membesar dengan 2 insan istimewa ni.semoga ceria & tenang disana,love..amin
gua minat some of sudirman evergreen song even gua tak membesar dengan lagu2 dia.semasa sudirman berpakaian baju jalur gemilang bersongkok bagai,gua masih di alam roh lagi.bagi gua he's the best entertainer ever made by malaya.lagu dia banyak berjiwa rakyat.salah satu lagu rakyat beliau yang gua tangkap stim ialah penganggur.gua suka lirik lagu tu.sangat jujur dan ikhlas.even ikhlas tu satu sifat yang susah nampak,tapi untuk lagu ni,gua tak peru nampak rasa ikhlas tu sebab lagu ni memang dah terang2 nampak sifat ikhlas tu.berseloroh pasal pengganggur ni,tahun 2011 berjaya buat gua terjebak dalam scene penganggur agung.lepas abes study,gua memang dalam mood huha-huha.kepala ingat nak enjoy selagi hayat masih dikandung badan.gua cuma keje sekejap as retailist kat sebuah pasaraya.itu pun lepas ekonomi bagai pelabuhan dipukul ombak.walaupun tak lama,gua anggap ianya satu pengalaman kerja yang sungguh meaningful.dari situ gua merasa macam mana berada dalam golongan minoriti yang bersuara kecil.gua merasa sendiri macam mana susahnya nak life surviving.time ni jugak la berat gua turun 5 kg.sampaikan terserempak membe lama claim gua main batu.atas bebrapa alasan,akhirnya gua kembali pada scene jobless.lama jugak gua jobless tak buat apa2 dekat rumah.gua cuma jual baju bundle through online untuk tampung duit kopi gua pergi negeteh dengan member.itu pun bukan main bercekik bagai.sampai tahap gua terpaksa pajak henfon bila dapat panggilan interview dekat kolumpo selain kasi settle urusan seri paduka baginda yang lain.akibatnya,gua tak redeem semula henfon tu sebab dah sangkak sangat time tu.syukur gua masih ada keluarga.kalo hidup berdikari mungkin sekarang ni gua dah dekat alam lain agaknya.gua steady pegang title jobless sambil rutin harian gua makan tido,makan tido.malam insomnia pagi jadi daysleeper.bangon tido check email bagai kot2 dapat panggilan kerja tapi kebanyakannya hampa.epik fail dalam scene jobless gua adalah bila gua sangut 4 kali interview straight.gua cuma mampu sedapkan hati sendiri bila lihat membe2 ramai berborak bakar line kat fesbuk pasal kerja.gua cuma beranggapan rezeki gua belum timbul.
dekat2 nak ending tahun 2011,barulah gua dapat kerja.alhamdulillah again.gua kerja dekat satu kilang buat base plate hard disc dekat salah satu area dalam johor yang paling hardcore dengan scene jemm-nya.berbekalkan wave 125 cabuk,gua harus teging tempuh benda2 macam ni.itu tak dikira isu berat sabit kesalahan jatuh mandatori lagi.diam tak diam,gua dan masuk 6 minggu ulang alik dari rumah ke tenpat kerja yang makan masa sejam.sampaikan budak2 kilang geleng kepala bila dengar gua buat benda 'gila' macam ni.itu belum berseloroh cerita hujan petir kilat sambung menyambung,cerita moto merajok tepi jalan bagai since the universal law for working is 'menoreh tetap menoreh !' ni bukan lagi zaman belajar bila hujan turun dengan senang hati bole skip kelas dan terus tarik selimut bantal dan bikin peta eropah.zaman heaven tu dah berlalu.sampai bila nak terus hidup bersandar pada kenangan.sampai masa kene berdiri sama realiti.sekarang dah masuk zaman tolak bantal buang selimut.suka tak suka kene redah.
memang betol orang kata,bila enter dunia kerjaya ni macam start a new life.seriously totally different dengan background life sebelum ni.jauh beza kalo nak dibandingkan dengan zaman study yang sangat enjoy & faking fun ! paling2 rabak pun fikir exam mahupun projek.menyampah2 dengan lecturer yang cerewet mengalah perempuan mengidam mempelam pun paling2 lama cuma satu,dua semester.naik semester baru dah dapat lecturer baru.memang tak ada masalah besar dari segi escapism.lain pulak ceritanya bagi orang kerja.kalo dah 10 tahun kerja hari2 mengadap muka boss yang annoying giler babi,sapa yang tak jadi gila babi?nak escapism celah mana kalo dah macam tu.nak main sorok2 dekat production line?nak wujudkan sistem semester dekat office?lagi sekali universal law kerja membisik 'menoreh tetap menoreh !' unless kau angkat kaki dari company.bila kerja ni banyak benda kau kene consider.gua pegang satu benda bila dah start kerja ni - the most valuable things while working is surrounding instead of salary' gaji berkepuk-kepuk but surrounding kerja macam tahi tak sedap jugak.elak nak bergosip bertepuk-tepuk bahu pun tak bernafsu.ahh nak menulis panjang perihal environment kerja pun gua belom ada banyak benda nak diceritakan.tunggu la gua buat sinopsis macam ni untuk tahun depan itupun kalo gua tengah naik syeikh dengan style penulisan ala2 novel ombak rindu mahupun bila YM sedang berbicara :p
in the end,usah diratapi benda yang dah berlalu pergi.jangan terus menerus hidup bersandar pada kenangan.let bygone be bygone.just move on.sempena menutup buku lama 2011 dan bukak buku baru 2012,gua ada satu pantun paling epik yang tiba2 datang terjah masa gua tengah layan mood menulis tadi.
ape barang plessing mitsubishi,
pancing makwe naik audi,
usah diratapi yang berlalu pergi,
semoga tahun baru lebih steady.
semoga tahun baru lebih kencang dan sukses dengan izinya insyallah :) selamat !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment