scene tarik teh dah semacam lali dengan kehidupan gua.dari zaman hingusan sampai dah besar tunjang ni gua masih lagi terjebak dan aktif dalam scene tarik teh dengan kaki2 teh yang lain.peredaran masa menyaksikan scene tarik teh dah semakin berkembang.lebih2 lagi dengan adanya mapley yang kebanyakan beroperasi 24 jam dalam sehari.memang tak patut dijadikan alasan nafsu shahwat lemah sebab seharian tak dapat tarik teh.mamak sana sini terang benderang.cuma mahu tak mahu je nak merayakan kehidupan.
bila orang dah ramai move on dengan scene tarik teh ni,gua dapat perhatikan scene ni dah mula mencapai satu tahap rare-nya yang tersendiri.dari era pak cik2 layan teh tarik bini dekat rumah,diorang dah mula pandai buat kelab kedai kopi (KKK) atau kelab kedai mamak (KKM) semata-mata nak kumpul kaki tarik teh.kadang2 orang senja ni bila mood bujang diorang datang,orang bujang pun kalah.ape korang ingat barang2 keperluan hidup je yang bole jadi barang rare?dalam zaman yang serba serbi gila ni,bekas makwe pun bole jadi benda rare jugak ape.
ahh gua menyampah betol la taip intro meleret2 pastu mati akal nak sambung.padahal main point pun tak masuk lagi.kehkehkeh ! memandangkan gua dah lama tak menulis,biarlah gua straight to the point terus.nanti agak2 mood nak menulis gua dah naik semula,bole la gua taip ala2 novel ombak rindu.
sebenarnya gua nak cakap satu benda je.
sekarang ni memang rare giler nak jumpa teh o suam segelas RM 0.80 !
kan?kan?
No comments:
Post a Comment