Monday, December 19, 2011

Memori Hujan


suasana bilik malam ni rasa dingin.tak seperti selalunya yang bole dikira agak bahang walaupun menjelang tengah malam.sejuk meresap sampai ke pangkal tulang.kaki terasa macam baru 10 minit berendam dalam ais walhal kipas bilik berputar tak ada la laju mana.cuma speed 1.lampu bilik dah dipadam.jauh beza dengan hari minggu yang seakan tiada kotak suis untuk mematikan lampu.cuma cahaya lampu suram bilik tidor yang menemani gua yang berseorang diri terlentang atas katil.masih merenung jauh didalam gelap.terkenang akan satu peristiwa.

pagi tadi semasa dalam perjalanan ke tempat kerja,gua ditimpa hujan yang dasyat.baju hujan kalis air yang sudah uzur langsung kedekut khidmat.abes lecun satu badan.office yang berhawa dingin sedikit sebanyak bikin gua kurang selesa.akhirnya,seharian gua tak berganjak dari kerusi malas pejabat.bukan malas berganjak disebabkan kerusi malas.tidak sama sekali.seluar yang lembap membuatkan gua rasa serba tak kena.dengan bau hapak lembap yang kurang menyenangkan.ditambah lagi dengan stokin dan sepatu yang basah.cukup forum untuk segala macam rasa tidak senang hati tak kira kepada diri sendiri mahupun orang sekeliling.akhir kata,angkat bendera putih jua akhirnya.gua tewas dengan situasi.

9-10 pagi..

12-1 tengah hari..

3-4 petang..

4.30 - 5.30 petang..

waktu pejabat ditemani dengan rintihan hujan yang tidak putus2 dari petala langit.diperhatikan dari jendela,hujan masih tidak surut bahkan terus menyembah bumi.melihat setitik demi setitik hujan yang mencurah membuatkan gua teringat memori zaman study.hujan dikira satu rahmat pada zaman study.hujan jugak umpama cuti am bagi pelajar.hujan jugak dianggap bahtera membedil mimpi.malahan hujan jugak dilihat sebagai pencetus segala rasa ketenangan dan kebebasan.

zaman study gua dah jauh melabuhkan tirainya.gua pasti akan rindu moment bila hujan turun semasa di kampus.gua pasti akan rindu segala macam ketenangan tatkala hujan turun semasa melayan mimpi di bilik.

gunalah rahmat yang satu ini sebaik mungkin sementara masih ada ruang.ruang bagi seseorang yang bergelar student amatlah luas untuk merasai nikmat ini.ianya mungkin akan menjelma bila engkau telah menjadi seperti aku,bila engkau sudah berdiri di tempat aku sedang berdiri,tapi percayalah nikmatnya jauh beda.

bila terkenangkan saat indah sebegini,terukir satu senyuman kurang gula dibawah sedar.gua sedar yang gua tak bole terus menerus bersandar pada kenangan.masa terus berlari.yang tinggal hanyalah memori.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...