semalaman gua tak dapat tido sedangkan gua dah sedaya upaya cuba pejamkan mata.dari posisi terlentang,mengiring,bertelekup dan enta segala macam bagai posisi semua gua dah try tapi tetap tewas.jam dah menunjukkan pukul 2 pagi.bilik sudah gelap.cuma bertemankan lampu bilik tidur yang suram2 kelam.abang dah selamat bermimpi.
gua runsing,gua buntu,gua mati kutu.gua capai creative 4gb abang di atas meja dan mainkan koleksi2 mp3 secara random.masuk 2 jam telinga dah tak tahan diasak.rasa macam dihiris-hiris dengan pisau cukur gillette.gasak lagu metal memanjang.beat2 double paddle pun terasa masih berlagu di gegendang telinga.giler abang gua ni !
ini tak bole jadi.gua terus switch off mp3.letakkan semula atas meja.gua amek posisi baring terlentang dengan tangan bersilang atas dada dan mata masih terbuka didalam gelap.susana pada masa ni memang sunyi.sesekali diselangi bunyi berdecit cicak berbicara barangkali.gua tak tahu dialek binatang.
gua termenung sorang diri dalam gelap.gua tak suka berdepan dengan situasi sebegini.serious shit memang tak gemar dan kalo bole mintak dijauhkan.suka tak suka dah ini sifat semulajadi diri sendiri.suka tak suka kena telan jugak.
gua cuba recall tempoh masa 5 tahun dulu.gua pun tak tahu kenapa dalam banyak2 benda gua sibok sangat nak recall pasal benda alah ni.langsung gua tak kesa perihal hidup yang lain.gua tak mahu nak serabutkan kepala dengan bermacam benda.lebih2 lagi la pasal benda yang enta belom tentu gua dapat gapai ke tak.itu lagi la gua tolak tepi.cukuplah gua stick pada satu benda yang penah gua lalui sabelum sampai detik sekarang ni iaitu 5 tahun.
transformasi satu realiti.gua percaya the process of changing in life.malah gua suka lagu everybody's changing dari keane.begitu jugak the immortal dari evanesence.tak ada benda yang perlu dipelikkan tentang perubahan seseorang.sebab hati manusia tuhan yang pegang.kalo dia nak lembutkan hati kau,berubahlah engkau dengan kehendaknya.
'nikmat yang gua ada semua pinjaman dari tuhan.cuma PINJAMAN ! bila2 masa kalo tuhan nak tarik segala pinjaman,dia bole buat..'
azimat ni la yang gua pegang dan sematkan dalam2 dalam kepala hotak selama ni.5 tahun lalu,inilah jugak kunci ketenangan.kunci untuk stay humble bak kata omputeh.agak2 bila gua alpha,cepat2 gua berpatah balik mencari azimat ni.mungkin ia dah tertimbus dalam pasir tebal.gua yang kena cari penyodok dan mula menggali semula.
gua rasa macam gua dah tak jumpa penyodok pasir.macam gua dah terlupa tempat azimat ni tertimbus.senang cakap macam dah hilang akal pun ada.tak tahu nak bertindak.mati seribu langkah,cacat kudrat akal.seperti orang berada yang telah kehilangan segala nikmat kesenangan.perasaan itulah yang kini ketat mencengkam diri.ibarat lemas tanpa air setelah 5 tahun yang lalu berlalu.
kadang2 tuhan sengaja limpahkan kita dengan segala macam nikmat yang tersembunyi pelbagai hikmah.sengaja nak uji sejauh mana tahap keimanan seseorang umatnya.tak susah cuma dengan 2 persoalan yang mudah yang samar2 jawapannya - 1) bila senang lupakah dia? 2) bila susah ingatkan dia?
semua manusia nakkan yang terbaik dalam hidup.begitu jugak dengan gua yang serba serbi hina dan alpha ni.gua bersyukur dengan segala nikmat yang dikecapi selama ni.tak kisah yang pernah digenggam atau sudah ditarik semula.benda yang baik gua telan dan benda yang buruk gua mintak dijauhkan.moga2 hati kita yang makin keras ni masih bisa untuk dilentur.kalo pun ianya satu transformasi,gua harap ianya satu transformasi yang diredai tuhan.
sebagai manusia kita memang tak lari dari buat kesilapan.tak kira la sama ada kita sedar,separa sedar mahupun langsung tak sedar akan kesalahan yang kita dah buat.mungkin sesama insan,mungkin sesama ciptaan atau lagi parah pada tuhan.kita bukan maksum.kesilapan tetap menjadi kesilapan.
ampunkan aku ya ALLAH atas segala ke-alphaan diri.andai diberi satu peluang,gua rindu gua 5 tahun dulu.
Tuhan sayang kita, sebab tu dia bagi ruang lagi ke kita untuk kita baiki segala salah silap untuk masa depan kita :')
ReplyDeleteTuhan dah janji, bila kita buat baik, kita akan dapat balasan baik. Bila buat jahat, dibalas jahat. Karma itu ada.
Tuhan sengaja turunkan sesuatu utk kita belajar. Kalau kita always in comfort zone, sampai bla kita nak sedar? Tapi bila kita on top kita selalu lupa itu smua dari Dia. bila2 Dia boleh tarik balik.
ReplyDelete'nikmat yang gua ada semua pinjaman dari tuhan.cuma PINJAMAN ! bila2 masa kalo tuhan nak tarik segala pinjaman,dia bole buat..'
dan it is a nice 'azimat'.
p/s : everybody's changing and immortal memang sangat best utk didengar lebih2 lg bila tengah stress and stuck in the middle of life.