'romance is showing you care...'
dilahirkan sebagai seorang yang tak romantis kadang kala menjadi satu masalah besar yag dihadapi kebanyakan lelaki.gua tahu bukan senang nak menjadi romantis lebih2 lagi bagi romantis yang dibuat-buat,yang tak asli,yang diciplak.biasa benda yang dicedok ni sukar bertahan lama - senang goyah dan mudah roboh.
masih segar lagi dalam ingatan akan satu babak jalan cerita sebuah filem seberang iaitu 'sang pemimpi' dimana bang zaitun,seorang pemuzik local yang dilihat kuat angin asmaranya menyatakan apakah rahsia dia bisa berbini 4,berpacaran sebanyak 47 kali pada si arai,pemuda berusia 17 tahun yang belum pernah berpacaran dan dalam diam jatuh hati pada seorang cewek bernama zakiah nurmala lalu ingin memikatnya.
bang zaitun bukan calang orang.walaupun watak bang zaitun hanya sebuah rekaan cerita,tapi kalo diadaptasi dalam dunia realiti angka 47 kali berpacaran dan 4 kali berkahwin suatu yang dasyat.silap hari bulan bole fight2 dengan salih yaakob.silap hari bulan bole terima pingat darjat dari kerabat diraja.
'belajarlah kau bernyanyi sambil bermain gitar.perempuan akan bertukut lutut..'
begitulah ujar bang zaitun pada arai diselangi dengan ketawa besar.tanda puas dengan apa yang dimiliki barangkali.inilah kunci,inilah penawar,inilah senjata dan inilah romantis abang zaitun.
***
flop poppy masa era indie,masa era album a decade ago memang awesome.memang ngam lagu2 dengan mood orang tengah jiwang karat.agak2 si dia tengah merajok atau minta perhatian,sesuai sangat mainkan lagu2 flop poppy album a decade ago ni.tak cair banyak mungkin sejok la sikit hati si dia bila mendengar.
gua dah google chord untuk lagu ni dan semalaman duduk strumming siap dengan goreng2 sekali.ala goreng dia tak banyak dan simple.goreng ala2 iron maiden jari gua pun bole naik terkehel.bole jadi fail.
gua sedar gua bukan insan terpilih yang tergolong dikalangan lelaki romantis,tapi sekurang-kurangnya dengan jalan alternatif sebegini gua cuba untuk jadi romantis dengan diri sendiri.kalo tak banyak pun,cukuplah memadai andai dapat membuatkan si dia tersenyum.
No comments:
Post a Comment