semalam gua saja merayap masuk bundle kat area2 bandar.
lama dah sebenarnya tak 'menyelam' sejak aidilfitri lalu.
biase bila menyelam ni,makan masa sejam dua tu perkara biasa.
kadang2 sampai naik sengal pinggang,naik lenguh kaki dibuatnya sebab lama sangat berdiri,membelek baju.
peluh,bau hangit,bau ketiak suma tak payah nak cerita.
dari satu helai ke satu helai baju.
dari satu ringer ke satu ringer.
memang gua tak suka nak lompat-lompat bila membelek baju bundle ni.harus belek satu persatu !
mungkin terselit baju baik2 kat celah2 himpunan baju sapa tahu.
kadang2 bundle besar2 ni diorang memang kurang arif sikit bab2 nak grading baju & harga.
mungkin jugak diorang tak tahu baju2 band,jenis2 kain,jenis2 brand mahupun baju vintage tu harganya bole jejak berpuluh-puluh malah jejak ratus di mudah.my.
sebab tu selalunya benda pertama yang gua akan cegar 1st time masuk kedai bundle adalah gantungan baju2 di dinding.
kalo dekat dinding dah gantung baju yang cantik2 dengan harga yang cantik2.
maybe rezeki selaman pun tak seberapa la jugak.
pergi bawak buah badan,balik bawak buah tangan bak kata orang cerdik pandai.
memang tak sia2 kunjungan kali ni.
dapat la sebiji baju yang dah lama gua usha kat mudah.my.
sebiji macam apa yang gua dapat semalam.cuma beza warna je.
cis,seller kat mudah tu bukak harga RM70 !
gua beli baju ni enta berapa kali ganda murah & berbaloi.tak jejak berpuluh ringgit yang pasti.
senyum segaris terukir dibawah sedar tak sedar.
mungkin digit 70 tu tak seberapa bagi orang gaji 2,3K mahupun student tajaan JPA.
tapi bagi orang seangkatan gua,digit 70 dah cukup besar nilainya.
berpeluh jugak ketiak terperap lama sangat dalam kedai.
badan rasa macam minta dibilas dengan air sabun.
masuk bundle biasa la tu.
ni bukan butik uniqlo mahupun giordano nak sejuk2 ada aircond bagai.
bundle ni macam nasik lemak jugak.
kalo nasi lemak ada kecang,ada telur,ada sambal,ada ikan bilis - yang semua golongan bole makan dan rasa.itu pun bagi tak ada masalah penyakit macam darah tinggi mahupun obesiti.
bundle ada tshirt,ada seluar,ada sweater,ada trucker caps,ada kemeja,ada blazer - yang bermacam saiz,pelbagai rupa yang semua orang bole pakai tanpa mengira had umur.itu pun bagi yang tak ada bundlephobia.
yeah,one size fits all !
gua ingat lagi masa era hip hop dulu.masa era too phat dengan anak ayam dulu.
pakai baju besar XXL benda yang biasa.seluar baggy kembang gedabak pun benda yang tak dihairankan.
tapi itu tahun 2001,tahun 2002.
zaman masih sekolah.
zaman masih bergelar budak hingusan.
sekarang tahun 2011.
zaman bergelar anak muda.
zaman bergelar orang bujang.
sayang seribu kali sayang.
baju ni besar - saiz XL.
pit to pit 21.5",top to bottom 28" !
kalo pakai memang almat sengaja cari pasal mengimbau kenangan silam.
payah sebenarnya gua nak pilih saiz baju ni.
sampaikan tak tahu menahu gua ni bertubuh badan saiz apa.
dulu masa muda2 bole la gua masuk S.
sekarang dah senja sikit ni kadang2 rasa M pun ada kala muat dan ada kala macam besar.
bergantung pada tag baju.
kalo begitu mungkin gua ni saiz SM la kot.entah..
yang pasti gua dah ukur siap2.
ngam2 gua pakai pit to pit 19",panjang dalam 25.5" macam tu.
nak tak nak gua kena cari tailor.
kasi repair,alter siap2..
baru comfort nak pakai.
baru tak digelar hip hop tua !
No comments:
Post a Comment