kalo lah diberi peluang untuk petik satu subjek paling killer sewaktu di sekolah menengah dulu,gua tanpa ragu2 akan listkan matematik tambahan sebagai subjek killer tu.subjek matematik tambahan bukanlah subjek ayam2 yang senang2 bole skor A1.gua dulu amek subjek ni bole tahan tercirit jugak dibuatnya.rekod fail pun pernah gua pegang.siap kena basuh dengan cikgu matematik tambahan gara2 prestasi yang sangat mengecawakan.maklumlah masa tu dah nak dekat trial SPM.cikgu mana yang tak bising bila tengok anak murid terkandas even kegagalan anak murid tak menjejaskan gaji guru yang tetap berjalan macam biasa.mendidik tu ibadah hakiki beb ! malah sepanjang 2 tahun facing subjek ni,gua memang kerap kali dapat C atau B baik dalam ujian mahupun trial SPM.inikan lagi nak menjamah A.puihh !
malam semalam gua diminta menjadi cikgu bagi ajar subjek matematik tambahan.nak dijadikan cerita petang semalam mak beriya-iya sangat belikan adik yang baru abes PMR buku KBSM matematik tambahan tingkatan 4,5.kira macam preparation awal la kononya.kalo time gua dulu,kalo beli pun elak diperam jadi pekasam.tak ada maknanya nak bukak buku tu.tunggu la dah naik tingkatan baru nak cari semula dalam rak.gua yakin budak2 lepas PMR dan bakal melangkah masuk ke tingkatan 4 sangat teruja dengan subjek 'baru' macam matematik tambahan,fizik,kimia mahupun biologi.so gua tak mahu padamkan semangat berkobar-kobar yang mungkin ada dalam jiwa adik.memandangkan gua tengah free sokmo,ada baik jugak gua buat kerja amal ajarkan adik yang baru nak berjinak-jinak dengan subjek matematik tambahan ni.gua tak menolak walaupun ia secara sukarela dan tidak bergaji sekalipun.
selak je buku yang masih keras kulit mukanya,teros gua cari table of content.belek satu persatu chapter yang dipelajari untuk sukatan tingkatan 4.malas nak jump lebih2 sampai masuk chapter2 budak tingkatan 5.owh chapter pertama dalam sukatan tingkatan 4 ialah function atau masa zaman gua belajar dulu disebut sebagai fungsi.6 tahun lepas mana ada cakap omputeh 'function' ni semua.time gua dulu semua dalam bahasa.nak jumpa term omputeh pun bukan main payah.sekarang je ni dah berubah.memandangkan gua dah lama khatam (ceh berlagak giler gua..) buku KBSM matematik tambahan,secara automatiknya segala memori dan daya ingatan gua akan ilmu hisab ni dah hilang entah ke pelusuk serebrum yang mana.mungkin dah melayang keluar dari kepala hotak pun ye jugak.segala ilmu yang gua pernah belajar abes luput ditelan masa.ditambah dengan tak ada revision mahupun refreshment,ini menambahkan lagi kesukaran gua nak catch up semula ape yang pernah gua pelajari dulu.teros gua jadi lupa nak selesaikan beberapa contoh masalah yang diberi.kena soalan yang basic2 pun ada kalanya sangkut apetah lagi jumpa soalan2 senggama minda tahap KBKK (kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis).silap haribulan elak hantuk kepala kat tembok dibuatnya.
sebelum ni memang gua ada pasang azam tinggi nak jadi chekgu even gua ni pemegang ijazah seorang jrutera.malah masih menebal lagi passion untuk menjadi seorang pendidik biarpun tengok gaya gua ni tak ada langsung gaya seorang guru.sekilas imbas macam kutu kerak ada la - selekeh,nampak tak terurus.tak berketerampilan la bak kata orang professional.seriously fizikal appearance memang knocked out.tak salah rasanya orang2 macam gua ni menjadi golongan pendidik asalkan niat di hati tak selekeh.kalo pun layak menggapai azam yang masih samar2 ini,gua tak ragu2 letak option subjek mengajar matematik.lagipun gua memang minat ilmu hisab sejak dibangku sekolah lagi.jadi apalah kiranya gua berkongsi minat yang satu ni dengan anak didik.andai diberi peluang,gua tidak akan menolak.
macam apa kata cikgu tuisyen merangkap sifu gua dulu,
'a fierce dog once a little puppy..'
kalo anjing yang garang pun asalnya cuma seekor anak anjng yang kecil dan jinak,tak ada apa yang perlu dirisaukan.lebih2 lagi ilmu hisab macam subjek matematik tambahan ni.susah2 mana pun pasti ada jalan penyelesaianya.ala macam makan kacang tong garden depan tv plasma LCD 52".sweet !
peh otak gua dah gersang je tengok buku KBSM matematik tambahan ni.tak tahan ! tak tahan !
No comments:
Post a Comment