dalam dunia ni,tak semua benda kita boleh diterima bulat2 dan serap dalam kepala hotak.sometimes,ada benda yang kita terpaksa 'ditipu hidup-hidup' dan percaya bulat2 sebab kita terlalu mentah untuk percaya perkara yang sahih dan lagi benar.
contoh mudah - menjadi seorang budak mentah (disebut : budak kecik) memang menebal dengan sifat ingin tahu.kadang2 mereka gemar bertanya hal yang kadang2 diluar jangkaan kita untuk menjawab walhal kita tahu jawapannya.memang itu sifat semulajadi budak mentah - ingin selalu exlore dan ingin tahu.mungkin semasa kita kecil,kita selalu bertanya kepada mak yang sedang mengandung bila nak 'keluar' adik baru.mak kita akan menjawab nanti dah besar perut ni keluar la adik dari perut dan dapat la kamu adik baru.tanyalah bapak sekalipun.pasti jawapan sama akan diberi.
walhal seperti yang kita sedia tahu,kelahiran bukanlah dari perut tapi melalui rahim.menjadi budak mentah terlalu 'mentah' untuk memahami apa itu rahim.malah jauh sekali nak ambil tahu yang ibu mengandung selama 9 bulan.kalo tahu pun mungkin lepas diberitahu oleh ibu bapak.itu pun mungkin masuk telinga kanan keluar telinga kiri.yang kita tahu hanya bila mahu keluar adik baru.itu sahaja detik yang kita nantikan.sebab itu kita yang mentah ni terpaksa ditipu hidup-hidup oleh orang yang lebih makan garam demi kebenaran yang kebanyakanya kita belum bersedia untuk terima dengan waras akal.
jangankan kata masih mentah,selepas menjangkau usia matang pun,kadang2 kita selalu pertikaikan benda2 yang sahih lagi benar.menjangkau usia 23 tahun masih banyak lagi yang gua perlu tahu dan explore.masih cerahlah lagi peluang untuk ditipu dan tertipu.
it's rather being cheatin than stand dumb fool between your legs :)
No comments:
Post a Comment