kilat petir sambung menyambung kat luar.yang tadinya matahari terik memancar suria hilang dimamah titisan hujan yang mencurah curah.deringan telefon dari si dia subuh tadi membuatkan aku terjaga seketika dan terlena kembali di ranjang.dentuman sesuatu yang bagaikan suatu letupan membuatkan aku tersentak dari alam mimpi dan bingkas bangun menghadap tuhan.barangkali bunyi seakan letupan yang menyadarkan aku itu suatu tanda tuhan mengasihi hambanya mungkin.alhamdulillah..
mataku masih cerah menyala.sejak dari subuh tadi aku gagal lelapkan mata.aku bingkas bangun dari katil menuju ke laptop yang terletak atas meja study.kesungguhan aku setting line wifi tidak pernah terputus.pagi ni aku betul2 semangat nak setting line wifi kat laptop aku.harapan cuma satu......gua mahukan internet ! aku tak kesah sebelah bilik aku ni hutan tebal dan bukannya hostel perempuan,aku tak kesah berperang dengan monyet asalkan bukan berperang sesama manusia.tapi aku angkat kesah kalo tak ada internet.aku masih try cari2 line p1wimax.kot2 ada signal yang laju dan gua bole curik line dia.aishh kalau tuan punye badan tahu aku curi line wifi dia secara curi agak2 mati aku kene pukul.orang keluar duit bayar aku sedap2 klepet.try punye try,yeah akhirnya berjaya jugak.berjaya dengan cara yang halal.bukan dengan mencuri dan kebarangkalian aku kene pukul sebab curi wifi pun jadi 1/1000000..
tune tido aku sedkit 'lari'..dekat 2 bulan lebih aku merasa tilam bantal empuk katil kat umah.masuk semster baru dapat bilik baru,dapat katil baru..aku ni pulak jenis yang susah nak tido bile bertukar2 tempat tido.aku kene set balik semua berkenaan tido aku.baru bole feel nak tido..kelas?erm...tanya budak2 kelas semua jawab tak tahu kelas start pukul berape.tanya budak2 sivik pun jawab tak tahu.dah orang sivik tak tahu inikan lagi aku.aku pun assume je la tak tahu jugak.haha..maklum lah 1st day naik semster ni memang lemah sikit nak pergi kelas2 ni.paling2 yang semangat lembu gila pun freshie2.macam gua jugak dulu2 time jadi freshie.banjir ke,taufan ke nak jugak pergi kelas.lame2 hilang semangat lembu giler tu.lebih2 lagi dah masuk tahun 4 ni.lembu giler pun dah jadi tak gier.nampak kain merah pun dah jadi tak stim.buat dono je..lagi tambah syok,hujan2 macam ni berselibung,off or slow down kan kipas,tarik bantal dan tido.fukkin 'A' ! lepas ni jangan sesekali menyalahkan hari hujan jika tidak dapat meneruskan urusan kehidupan kerana hujan itu rahmat dan rezeki dari tuhan..
No comments:
Post a Comment