Friday, December 30, 2011

2011,Epik Kehidupan Dan Buku Baru


diam tak diam,dah nak masuk tahun 2012.tahun 2011 bakal melabuhkan tirai.alhamdulillah nyawa masih dipanjangkan untuk bertemu tahun baru.moga2 tahun baru lebih bermakna dan lebih awesome.selamat merayakan kehidupan pada tahun baru !

2011 - nak ingat satu persatu ape yang jadi dalam life gua sepanjang tahun 2011 memang impossible.plus gua pun sekarang dah mudah sangat lupa.malah sampai satu tahap gua rasa penyakit lupa gua ni kalah orang alzemeir,melampaui orang senja.sampaikan bila gua lupa letak barang atau campak sepah sana sini,mak gua yang tolong ingatkan semula.for sake,this year umur gua baru cecah 23 sen.sapa parents dia ada pergi mekah,gua nak kirim kismis arab la.kahkahkah ! macam ape gua katakan tadi,it's imposible for me to memorize every single things happen in 2011.terlalu banyak sampaikan jika kapasiti kepala otak gua diformat pun belom tentu dapat ingat.randomly,cukuplah tahun 2011 akan dikenang sebagai tahun pasca hidup yang bergelumang dengan turun naik.tahun 2011 jugak gua buat kerja giler dengan tulis daily diari hasil pemberian hadiah hari lahir.kalo tak sampai tua gua tak pernah dan tak akan pernah ada daily dairi.malangnya tak bertahan lama.gua konsisten buat benda alah tu dalam 5,6 bulan macam tu.ingat bab kawin je perlukan konsisten?lepas tu gua dah diserang penyakit M.yes,sometimes tun M is rite on its own way.bak kata sorang membe gua 'kalo sifat malas tu sifat yang mulia,dah lama gua masuk syurga..' tapi sampai sekrang belom ada syurga untuk orang malas.ahh itu belum sentuh perihal minat baru,kene saman polis,dan bermacam hal lagi.terlalu banyak benda nak diselorohkan yang berlaku sepanjang tahun 2011.

mengenang tahun 2011,gua teringat akan new year eve tahun 2011.malam tu gua dengan sorang membe pergi makan malam kat taman sri pulai dekat2 area belakang UTM - restoran kasim.masa zaman study dulu,sebelum TTGB ada buat kempen boikot mapley,sebelum orang kondem mamak kasim sembelih biawak & dalam cawan teh ada tangkal,restoran kasim kira official pot cari makan dan ngeteh kami.after all,lepas dah dengar citer bukan2 pasal kasim,terus kami tak addicted dengan kasim.mengenang zaman study jugak,gua teringatkan era jadi mat kutu.enta kenapa bila zaman study dulu,gua jugak berkawan dengan sorang mat kutu (u know who you are peeps..) so chemistry nak jadi kutu agung tu nampak cerah.kalo tak ada benda nak buat,agak2 dan bosan melampau,memang la kami ke sana ke sini tak tentu arah.satu pengalaman hidup sebenarnya bila jadi mat kutu ni.tapi semacam biasa.bila sebut perihal kutu ni,menjadi dosa agaknya.dicemuh dipandang tipis.macam la mat kutu tak ada impian,tak ada harapan.setakat amek angin cuci mata tengok dunia luar tu kira jahanam jugak ke?bukan pergi merempit,curi ayam orang ke ape.nak terperap dekat hostel 24/7 jadi mati kutu pulak.so malam tu lepas abes isi perut,kami pun decide pusing2 area bandar.bandar johor malam2 tak ada ape benda sangat yang happening.paling2 king pun pasar karat,abes muda pun lepak stulang mahupun dangavbay.ini je la destinasi yang rasa bole pergi.last2 dah bosan2 kami melepak kat area danga bay sambil tengok reaksi orang ramai dimalam new eve.kadang2 malam new eve mengalahkan helloween party.dengan mercun cina nya lain.mat2 motor tak usah cakap.macam la wujud ustiah tahun baru mat motor.agaknya macam mana la new eve kat eropah ek?

tahun 2011 jugak dapat gua claim sebagai tahun transformasi.tahun 2011 melihatkan gua retired dari zaman study yang dah 17 tahun gua into kepada alam kerja yang usianya tak sampai setahun jagung.usia 17 tahun into dalam scene study adalah suatu jangka masa yang panjang.even quotes paling bangsat orang cerdik pandai 'proses pembelajaran adalah proses sepanjang hidup',pada gua usia 17 tahun dah extremely 'sepanjang hidup'.buat masa ni,biarlah gua peram dulu offer letter sambung master kat shelf.biar kasi masak ranum dengan anai2.buat masa ni gua belom tergerak nak continue zaman senja gua bergelar student.kalo tergerak pun niat,ianya semacam nak merentas sungai amazon.entah belom sempat dah jadi santapan pirana.but who know,future is unpredictable rite?

sepanjang 4 tahun di universitas,bermacam-macam benda gua facing.macam2 benda gua suka tak suka kene go through.malah sampai tahap hampir2 flunk pun ada.dalam hati gua cuma tuhan yang tahu.alhamdulillah dengan berkat setia bercinta sesama tuhan,dia izinkan gua sampai ke tahap ni.dalam banyak2 era study,tahun 2011 paling miserable,paling tak ngam,paling hell ! 2011 jugak the last year gua jadi super duper senior.bila bercakap bab senioriti ni,bagi gua tak ada ape yang hebat sangat pun bila kau dapat naik satu paku jadi senior.bukan bole take over the next naib canselor pun.cuma ada la sikit awesome-nya bila jadi senior ni.sikit je.tak luak mana pun.dalam ghairah bergelar senior ni,ada satu benda yang buat ramai final year student nak mengucap panjang.malah gua berani claim term paling horror dan watdefak yang student tak mahu dengar ialah final year projek (FYP).gua dulu semak kepala jugak nak decide tajuk projek.maklumlah,FYP ni bukan macam hunting hot chicks - sambil hisap rokok,muncung bersiul,hembus asap rokok 'O' shape,keluar ayat manis sepatah dua.ini benda serius yang silap decide bole jadi jatuh terduduk dibuatnya.last2 gua apply teknik 'nekad sesaat memasuki bilik mayat' yang disyorkan saudara bahruddin bekri dalam buku diari mat despatch - edisi lelaki baik.buat projek yang gua sendiri decide randomly.walhal satu benda gua tak tahu pasal projek tu.gua main bedal je asal bole.langit jugak nampak cerah bila dapat sorang supervisor yang gua bole claim agak cool,ngam ho mahupun tak canggung komunikasi dua hala.walaupun cuma 2 semester gua kene facing FYP ni,tapi impak dia memang kuat.giler babi mind torture tu bole rasa.bayangkan lah,gua penah duduk dalam lab yang gelap sorang2,dengan tak ada sapa dari 10 pagi sampai lewat semata-mata nak conduct the experiment.lagi hell bila result experiment semua macam haram dia punye observation.time ni la gua gasak main lagu 'metallica - hero of the day' live dari acer gua yang dah tenat sekarang ni sebagai peneman duka.

hari konvo gua pun enta dah makan berapa bulan berlalu.kadang2 datang rasa sayu bila terkenangkan bermacam-macam peristiwa yang terjadi semasa convovation day yang gua penah coretkan disini.at least gua happy bila dapat buat orang lain happy lebih2 lagi mak sendiri yang gua dah anggap macam true blood dunia akhirat.kalo arwah bapak dan atok gua masih ada,gua bole cakapkan hari itu adalah hari combo paling manis dalam life gua.sebahagian hidup gua membesar dengan 2 insan istimewa ni.semoga ceria & tenang disana,love..amin

gua minat some of sudirman evergreen song even gua tak membesar dengan lagu2 dia.semasa sudirman berpakaian baju jalur gemilang bersongkok bagai,gua masih di alam roh lagi.bagi gua he's the best entertainer ever made by malaya.lagu dia banyak berjiwa rakyat.salah satu lagu rakyat beliau yang gua tangkap stim ialah penganggur.gua suka lirik lagu tu.sangat jujur dan ikhlas.even ikhlas tu satu sifat yang susah nampak,tapi untuk lagu ni,gua tak peru nampak rasa ikhlas tu sebab lagu ni memang dah terang2 nampak sifat ikhlas tu.berseloroh pasal pengganggur ni,tahun 2011 berjaya buat gua terjebak dalam scene penganggur agung.lepas abes study,gua memang dalam mood huha-huha.kepala ingat nak enjoy selagi hayat masih dikandung badan.gua cuma keje sekejap as retailist kat sebuah pasaraya.itu pun lepas ekonomi bagai pelabuhan dipukul ombak.walaupun tak lama,gua anggap ianya satu pengalaman kerja yang sungguh meaningful.dari situ gua merasa macam mana berada dalam golongan minoriti yang bersuara kecil.gua merasa sendiri macam mana susahnya nak life surviving.time ni jugak la berat gua turun 5 kg.sampaikan terserempak membe lama claim gua main batu.atas bebrapa alasan,akhirnya gua kembali pada scene jobless.lama jugak gua jobless tak buat apa2 dekat rumah.gua cuma jual baju bundle through online untuk tampung duit kopi gua pergi negeteh dengan member.itu pun bukan main bercekik bagai.sampai tahap gua terpaksa pajak henfon bila dapat panggilan interview dekat kolumpo selain kasi settle urusan seri paduka baginda yang lain.akibatnya,gua tak redeem semula henfon tu sebab dah sangkak sangat time tu.syukur gua masih ada keluarga.kalo hidup berdikari mungkin sekarang ni gua dah dekat alam lain agaknya.gua steady pegang title jobless sambil rutin harian gua makan tido,makan tido.malam insomnia pagi jadi daysleeper.bangon tido check email bagai kot2 dapat panggilan kerja tapi kebanyakannya hampa.epik fail dalam scene jobless gua adalah bila gua sangut 4 kali interview straight.gua cuma mampu sedapkan hati sendiri bila lihat membe2 ramai berborak bakar line kat fesbuk pasal kerja.gua cuma beranggapan rezeki gua belum timbul.

dekat2 nak ending tahun 2011,barulah gua dapat kerja.alhamdulillah again.gua kerja dekat satu kilang buat base plate hard disc dekat salah satu area dalam johor yang paling hardcore dengan scene jemm-nya.berbekalkan wave 125 cabuk,gua harus teging tempuh benda2 macam ni.itu tak dikira isu berat sabit kesalahan jatuh mandatori lagi.diam tak diam,gua dan masuk 6 minggu ulang alik dari rumah ke tenpat kerja yang makan masa sejam.sampaikan budak2 kilang geleng kepala bila dengar gua buat benda 'gila' macam ni.itu belum berseloroh cerita hujan petir kilat sambung menyambung,cerita moto merajok tepi jalan bagai since the universal law for working is 'menoreh tetap menoreh !' ni bukan lagi zaman belajar bila hujan turun dengan senang hati bole skip kelas dan terus tarik selimut bantal dan bikin peta eropah.zaman heaven tu dah berlalu.sampai bila nak terus hidup bersandar pada kenangan.sampai masa kene berdiri sama realiti.sekarang dah masuk zaman tolak bantal buang selimut.suka tak suka kene redah.

memang betol orang kata,bila enter dunia kerjaya ni macam start a new life.seriously totally different dengan background life sebelum ni.jauh beza kalo nak dibandingkan dengan zaman study yang sangat enjoy & faking fun ! paling2 rabak pun fikir exam mahupun projek.menyampah2 dengan lecturer yang cerewet mengalah perempuan mengidam mempelam pun paling2 lama cuma satu,dua semester.naik semester baru dah dapat lecturer baru.memang tak ada masalah besar dari segi escapism.lain pulak ceritanya bagi orang kerja.kalo dah 10 tahun kerja hari2 mengadap muka boss yang annoying giler babi,sapa yang tak jadi gila babi?nak escapism celah mana kalo dah macam tu.nak main sorok2 dekat production line?nak wujudkan sistem semester dekat office?lagi sekali universal law kerja membisik 'menoreh tetap menoreh !' unless kau angkat kaki dari company.bila kerja ni banyak benda kau kene consider.gua pegang satu benda bila dah start kerja ni - the most valuable things while working is surrounding instead of salary' gaji berkepuk-kepuk but surrounding kerja macam tahi tak sedap jugak.elak nak bergosip bertepuk-tepuk bahu pun tak bernafsu.ahh nak menulis panjang perihal environment kerja pun gua belom ada banyak benda nak diceritakan.tunggu la gua buat sinopsis macam ni untuk tahun depan itupun kalo gua tengah naik syeikh dengan style penulisan ala2 novel ombak rindu mahupun bila YM sedang berbicara :p

in the end,usah diratapi benda yang dah berlalu pergi.jangan terus menerus hidup bersandar pada kenangan.let bygone be bygone.just move on.sempena menutup buku lama 2011 dan bukak buku baru 2012,gua ada satu pantun paling epik yang tiba2 datang terjah masa gua tengah layan mood menulis tadi.

ape barang plessing mitsubishi,
pancing makwe naik audi,
usah diratapi yang berlalu pergi,
semoga tahun baru lebih steady.

semoga tahun baru lebih kencang dan sukses dengan izinya insyallah :) selamat !

Wednesday, December 28, 2011

Scene Rare Tarik Teh


scene tarik teh dah semacam lali dengan kehidupan gua.dari zaman hingusan sampai dah besar tunjang ni gua masih lagi terjebak dan aktif dalam scene tarik teh dengan kaki2 teh yang lain.peredaran masa menyaksikan scene tarik teh dah semakin berkembang.lebih2 lagi dengan adanya mapley yang kebanyakan beroperasi 24 jam dalam sehari.memang tak patut dijadikan alasan nafsu shahwat lemah sebab seharian tak dapat tarik teh.mamak sana sini terang benderang.cuma mahu tak mahu je nak merayakan kehidupan.

bila orang dah ramai move on dengan scene tarik teh ni,gua dapat perhatikan scene ni dah mula mencapai satu tahap rare-nya yang tersendiri.dari era pak cik2 layan teh tarik bini dekat rumah,diorang dah mula pandai buat kelab kedai kopi (KKK) atau kelab kedai mamak (KKM) semata-mata nak kumpul kaki tarik teh.kadang2 orang senja ni bila mood bujang diorang datang,orang bujang pun kalah.ape korang ingat barang2 keperluan hidup je yang bole jadi barang rare?dalam zaman yang serba serbi gila ni,bekas makwe pun bole jadi benda rare jugak ape.

ahh gua menyampah betol la taip intro meleret2 pastu mati akal nak sambung.padahal main point pun tak masuk lagi.kehkehkeh ! memandangkan gua dah lama tak menulis,biarlah gua straight to the point terus.nanti agak2 mood nak menulis gua dah naik semula,bole la gua taip ala2 novel ombak rindu.

sebenarnya gua nak cakap satu benda je.

sekarang ni memang rare giler nak jumpa teh o suam segelas RM 0.80 !

kan?kan?

Monday, December 19, 2011

Memori Hujan


suasana bilik malam ni rasa dingin.tak seperti selalunya yang bole dikira agak bahang walaupun menjelang tengah malam.sejuk meresap sampai ke pangkal tulang.kaki terasa macam baru 10 minit berendam dalam ais walhal kipas bilik berputar tak ada la laju mana.cuma speed 1.lampu bilik dah dipadam.jauh beza dengan hari minggu yang seakan tiada kotak suis untuk mematikan lampu.cuma cahaya lampu suram bilik tidor yang menemani gua yang berseorang diri terlentang atas katil.masih merenung jauh didalam gelap.terkenang akan satu peristiwa.

pagi tadi semasa dalam perjalanan ke tempat kerja,gua ditimpa hujan yang dasyat.baju hujan kalis air yang sudah uzur langsung kedekut khidmat.abes lecun satu badan.office yang berhawa dingin sedikit sebanyak bikin gua kurang selesa.akhirnya,seharian gua tak berganjak dari kerusi malas pejabat.bukan malas berganjak disebabkan kerusi malas.tidak sama sekali.seluar yang lembap membuatkan gua rasa serba tak kena.dengan bau hapak lembap yang kurang menyenangkan.ditambah lagi dengan stokin dan sepatu yang basah.cukup forum untuk segala macam rasa tidak senang hati tak kira kepada diri sendiri mahupun orang sekeliling.akhir kata,angkat bendera putih jua akhirnya.gua tewas dengan situasi.

9-10 pagi..

12-1 tengah hari..

3-4 petang..

4.30 - 5.30 petang..

waktu pejabat ditemani dengan rintihan hujan yang tidak putus2 dari petala langit.diperhatikan dari jendela,hujan masih tidak surut bahkan terus menyembah bumi.melihat setitik demi setitik hujan yang mencurah membuatkan gua teringat memori zaman study.hujan dikira satu rahmat pada zaman study.hujan jugak umpama cuti am bagi pelajar.hujan jugak dianggap bahtera membedil mimpi.malahan hujan jugak dilihat sebagai pencetus segala rasa ketenangan dan kebebasan.

zaman study gua dah jauh melabuhkan tirainya.gua pasti akan rindu moment bila hujan turun semasa di kampus.gua pasti akan rindu segala macam ketenangan tatkala hujan turun semasa melayan mimpi di bilik.

gunalah rahmat yang satu ini sebaik mungkin sementara masih ada ruang.ruang bagi seseorang yang bergelar student amatlah luas untuk merasai nikmat ini.ianya mungkin akan menjelma bila engkau telah menjadi seperti aku,bila engkau sudah berdiri di tempat aku sedang berdiri,tapi percayalah nikmatnya jauh beda.

bila terkenangkan saat indah sebegini,terukir satu senyuman kurang gula dibawah sedar.gua sedar yang gua tak bole terus menerus bersandar pada kenangan.masa terus berlari.yang tinggal hanyalah memori.

Sunday, December 18, 2011

Open Table


orang tua2 penah berpesan,gaji pertama seeloknya keluarkan sikit untuk jamu tetamu.
baru dapat berkat.baru dimurahkan rezeki.
nampak gaya dah sampai seru gua nak open table.

bab nak open table tu bukanlah masalah besar.
cuma kadang2 gua naik heran,kenapa orang biasanya open table dengan siakap 3 rasa?
sampai sekarang gua tercari-cari jawapan munasabah disebalik persoalan yang satu ni.
apakah siakap 3 rasa pun ada trend macam fixie bike?

masalahnya bukan sekali dua gua terkena.
malah hampir setiap kali membe2 yang sudah sampai seru open table,
pasti siakap 3 rasa yang menjadi juadah santapan.
kenapa tidak ketam masak lemak cili api?
kenapa tidak sembilang masak gulai?

dikalangan membe2,sudah ramai yang awal2 memesan siakap 3 rasa.
lagi jahanam nak order dekat restoran seafood atas laut !
gua langsung tak membantah.
gua lebih pada mood bagi chance.
sekali sekala open table ape ada hal.
yang nak dibelanja pun bukan orang lain.
yang kenyang sama pun perut sendiri jugak.

kalo jadi insyallah hujung bulan ni.
kalo rasa sapa2 nak join majlis keramaian ni,bole kontek gua dengan segera.
tempat duduk dengan meja terhad.
first come first serve.
kehkehkeh !

Sunday, December 11, 2011

Nasi Ambang


semenjak kerja ni,bole dikatakan hari2 gua singgah gerai tepi jalan jual sarapan sebelum pergi kerja semata mata nak beli sebungkus nasi ambang.

ada banyak sebab gua terpaksa bercinta seketika dengan nasi ambang.salah satu sebab utama adalah kilang gua punya kantin off.tak ada siapa nak handle tender runner kantin.jahanam kan?kedua,sistem kilang gua dah macam celaka - setiap kali nak keluar kilang tak kira la nak lunch,nak pergi bank,nak jumpa customer,nak pergi beli nombor ekor ke mesti kena ada gate pass yang perlu ada approval signature boss besar.leceh sebenarnya sistem gate pass ni.sikit hari bulan mood boss tengah tak berapa nak sedap,tak pasal2 dapat tempias kene marah.ketiga, masa lunch yang terhad sampaikan gua penah hilang nikmat nak layan ikan bakar cicah dengan kicap pedas bila rushing2 macam ni.itu pasal gua prefer bungkus siap2 sebungkus nasi ambang sebelum ke tempat kerja.

minggu lepas genaplah seminggu gua terjebak dalam scene nasi ambang ni.tak deny nasi ambang mak cik tepi jalan tu memang power.mana taknya nasi dia banyak,ayam dia besar2,sayur campur suun dia pun bole tahan berlambak.sampaikan gua pun naik mengah jugak nak abeskan sebungkus tu sorang2.bila difikirkan dua tiga kali,memang tak rugi laburkan duit RM3 untuk makan lunch macam ni instead spend duit makan luar yang kadang2 tak relevan dan ada kalanya sampai bertaraf 5 star.

tapi power macam mana sekalipun pun nasi ambang dia sampai satu tahap gua jadi fedap jugak nak menjamah nasi ambang.sekarang ni nafsu makan gua memang tak ubah macam orang UK baru sehari jumpa lontong kering.

***

lama jugak gua dah tak timbang berat badan.sejak sibuk memburuh ni,jangan kata nak timbang berat badan,nak shaver misai pun kadang2 gua bole miss.giler tak giler la penangan dunia baru ni.

tadi saja gua tarik keluar bathroom scale bawah almari mak gua.gua pijak atas penimbang.indicator menunjukkan angka 60 kg !

gua tak salahkan nasi ambang.

Wednesday, December 7, 2011

Bila Rindu..



Girlfriend in a coma
I know, I know
It's serious
Girlfriend in a coma
I know, I know
It's really serious

There were times
When I could have
Murdered her
But you know
I would hate anything
To happen to her
No I don't want
To see her

Do you really think
She'll pull through?
Do you really think
She'll pull through?
Oh

Girlfriend in a coma
I know, I know
It's serious
By, by, by, by
By, by, baby, goodbye
There were times
When I could have
Strangled her
But you know
I would hate anything
To happen to her
Would you please
Let me see her

Do you really think
She'll pull through?
Do you really think
She'll pull through?
Oh

Let me whisper
My last goodbyes
I know
It's serious

Thursday, November 24, 2011

Rumah Sewa


masa study dulu,ramai dikalangan membe yang mengeluh harga makanan dekat johor ni mahal.
lebih2 lagi dari pantai timur.
gua tak deny ape yang diorang cakapkan.ada betolnya jugak.
selain dari makanan,gua rasa johor pun tak lari dari bayangan rumah sewa yang mahal.
masih belom bole fight2 harga umah sewa dekat melaka - teres setingkat 3 bilik dengan master bedroom pun baru RM300 !
dekat johor,umah jenis stendet2 pun harga dia bole lepas iphone 3GS 8gb seken.
itu belom masuk cerita duit deposit.
memang rasa macam nak terajang pintu sekuat hati.

cari umah sewa ni macam cari makwe jugak.
kene btol2 ngam puas hati.
tak bole sedap sauk je.
kene sabar.kene teliti.

Sunday, November 20, 2011

Isnin



Monday is my favorite time of year

I'm gonna tell you what I really think I like about Mondays
Cause they feel like Saturdays
When you don't gotta go to work
Every day is a holiday
I wake up when I want to
I do anything I wanna do
Can't wait for Tuesday

I really never liked Fridays (I don't)
I can't do what I wanna do (Like to)
Sold out at the movies (Go out)
Can't eat at the restaurants (Weekends)
Everybody want a good time
But the bar's full of cigarette smoke
I think I'll stay home
I think I'll wait for Monday

I live a 5 day weekend
I gotta year long holiday
Thank God it's Monday
The only place that I gotta go be
Is at the show or on the first tee
Thank God for irony
Nevermind the aggravation, modulation
Gimme another key

I'll tell you why I like Tuesdays (Wednesday)
Cause the're kinda like Christmas (New Years)
Come to think about Wednesdays (Thursday)
Are a little like Hanukkah (Every day is good)
Thursday's Thanksgiving
I'm talking about good living
I'll think I give thanks
Thank God it's monday

***

ahad bermaksud satu.
isnin pula bermaksud dua.
dua erti yang beda.

ada yang liat untuk bangkit.
ada yang menyampah nak join assembly.
ada yang rage against traffic jam.
ada yang berpekak telinga dihamun boss.

isnin lah ramai yang muka kelat.
isnin jugak la ramai yang naik darah.
isnin jugak la ramai yang terkena sawan.
isnin jugak la ramai yang diserang sakit.

bukan semudah yang disangka nak menempuh isnin.
terima kasih isnin.

Thursday, November 10, 2011

Trend Kahwin



stenbai la siap2 susun kad jemputan ikut turutan.
elak ada rumah yang termiss plak.
dah kenyang isi perut dengan nasi minyak,
jangan la pulak lupa bilas dengan duit salam kaut.

selamat pengantin baru !

Wednesday, November 9, 2011

Gam-pang


'benda yang beckham pegang tu namanya inhaler.bukan gam..'

masa tengah tarik teh dengan membe2 sebentar tadi,dalam rancak2 berborak kencang pasal segala macam hal kehidupan ada sorang mamat dalam lingkungan 20-an datang menerpa ke arah meja kami berempat.mamat ni tanpa memberi salam,tanpa memperkenalkan diri,tanpa rasa segan silu tarik keluar satu kerusi kosong dari meja bersebelahan dan placing bersebelahan seorang membe.kami berempat diam seribu bahasa dan cuma memerhati tindakan si mamat ni.masing2 tak bersuara.sepi dan sebarang kata-kata.

'tumpang tanya sikit,pinjam lighter kejap..'

sepotong ayat terpacul keluar dari mulut mamat ni.gua perhatikan membe gua kat sebelah dah terpinga-pinga macam baru satu hari belajar dengar bahasa perancis.terpinga-pinga nak fahamkan ape maksud mamat ni mungkin.gua pun macam kaget jugak nak fahamkan pada awalnya.yela..kalo nak tumpang tanya tu mesti ada persoalannya.then sepatah haram persoalan pun tak ada dah tiba2 nak pinjam lighter apa kes?kalo ye pun nak pinjam lighter,straight forward suda 'dik,pinjam lighter..' membe gua sorang pun hulur lighter dia pada mamat ni.mamat ni bakar rokok dia dan terus bersandar kat kerusi.lepas sedut sepam dua,baru dia pulangkan semula lighter.membe gua yang bersebelahan ni buat derk je la even rasa janggal semacam.maklumlah dah la tak kenal then tak kenal diri asal usul terus tarik kerusi lepak semeja macam dah lama kenal kejadah apa namanya tu.

selang dua minit,mamat ni bangun dari kerusi dan pergi jumpa salah sorang waiter kedai.kami berempat cuma memerhati dari meja.mungkin nak order air atau makan agaknye.selang beberapa minit,kat tangan mamat ni ada setin air sprite.dengan setin air sprite ditangan,dia kembali balik semula duduk di kerusi.tapi kali ni di kerusi belakang meja kami yang kosong.sambil2 ketis rokok,mamat ni layan cerita orang minyak yang ditayangkan di skrin besar kedai.sprite diatas meja cuma dibelek-belek.tidak dibuka sama sekali.kami buat tak tahu dan terus berborak macam biasa.

dalam rancak berborak tu,sorang membe gua ni mula bukak cerita.menurut dari cerita membe,mamat ni penagih gam tegar.dia kata selalu la jugak nampak mamat ni merayap sorang2 sampai kat bandar.then pow duit orang2 kat bandar seringgit dua buat beli air dengan gam mungkin jugak rokok.sampaikan ada orang kampung bercerita yang abang mamat ni sampai tahap kerat tayar basikal dengan pisau semata-mata tak mahu bagi mamat ni merayap tak tentu pasal dan mencari bekalan gam dekat bandar.kalo dah stim semua benda jadi sedap.makan kayu rumput pun macam ratah ayam goreng kfc agaknya.mamat ni sanggup bawak basikal yang dah ditoreh dan sanggup mengayuh basikal bertayarkan rim besi ke bandar semata-mata nak cari barang.

patot la kusut semacam je muka masa nak pinjam lighter tadi.dengan cakap pun bersepah-sepah.kepala dah kena makan rupanya.

tak semena mena 'tap...'.satu bunyi kedengaran dari arah belakang meja.kami berempat memandang ke arah belakang meja.tin sprite yang masih belum dibuka dilempar ke dalam longkang bersebelahan meja.kami berempat cuma diam melihat insiden yang berlaku sekejap tadi.fuh ! nasib dia tak lempar ke arah kami.kalo tak mahu bocor jugak kepala yang kena.elak malam tu ada pulak yang kena masuk emergency wad.lepas insiden baling membaling tu berlalu,tak sampai 5 minit lepas tu,mamat ni bangun dari kerusi dan terus blah.

dikalangan membe2 rapat,kebanyakan sudah tahu yang gua ni kalah dengan golongan orang kurang siuman ataupun mat2 lalok ni.nak kata sampai tahap pasca fobia pun bole la jugak.bukan la gua prejudis atau discriminate orang2 macam ni.tidak sama sekali.mungkin cukuplah insiden2 tak dijangka macam ni yang buatkan gua ada reason kukuh untuk pasca fobia yang melanda gua selama ni.

gua ada baca satu artikel dalam ni.dianggarkan 5210 orang mati antara tahun 1994-2008 akibat menghidu gam.watdefak ! dalam kita endah tak endah,situasi ni dah kira parah dan kronik.tak cukup2 dengan kematian akibat najis dadah,ada pulak kematian akibat typo drugs lain.nak kata bangang tapi pergi sekolah.tahu kira duit,tahu beza tin gam dengan tin air sprite.tahu kah anda menghidu gam bole menyebabkan kerosakan otak yang serius?sikit hari bulan bole join geng tanjong rambotan.nak huha-huha sekalipun bukan macam ni caranya.ini menjahanamkan diri sendiri.dalam kes ni,gam tak salah.yang salah orang yang bangang tahap dewa raja ni yang dah tak ada kerja lain pergi hisap gam.then menyusahkan orang lain.orang2 macam ni badan besar tapi otak kecik.lagi kecik dari sebutir zarah agaknya.

kesian sebenarnya dengan mat2 lalok macam ni lebih2 lagi yang muda2 gagah tapi otak dah reput tunggu masa nak mati.masalahnya nak kesian dengan orang yang tak tahu nak kesiankan diri sendiri pun macam tak ada guna jugak.ibarat mamat selekeh tak stylo nak tackle awek berdenyut yang high taste lagi hot ! kesudahanya cuma mengundang kecewa dan tak membawa erti apa2.harap2 pihak berkenaan akan luluskan akta hidu gam dan lebih peka dengan 'penyakit' ini.jangan dah semakin meruncing baru nak terhegeh-hegeh bertindak.selalunya kat negara kita macam gitu la adat resminya.

Sunday, November 6, 2011

ROKES


masa turun kolompo tempoh hari,gua sempat jugak singgah ke uya distro yang terletak kat seksyen 15 subang jaya.memandangkan hari tu gua stay umah membe kat seksyen 1,so alangkah dah berpijak di bumi subang jaya,apelah kiranya gua sekali jalan ke aim place dibawah jajahan subang jaya.lagi pun membe gua ni selalu jugak lepak chill dekat uya dengan housemate dia dan tahu lokasi uya distro itu sendiri.ini dah kira bonus dalam trip perjalanan gua ke kolompo tempoh hari.kalo tak sekarang bila lagi kan.alang2 menyeluk pekasam biar ke pangkal lengan.kalo sebelum ni gua cuma dengar2 nama uya distro dari kalangan blogger mahupun buyers buku2 bebas diselitkan jugak dengan tontonan beberapa video pelancaran kitab terfaktab dan juga novel awek chuck taylor di youtube,hari itu gua sendiri dah berjaya menjejakkan kaki ke uya distro.

menurut kata membe gua,area sekitar uya distro ni adalah tempat chill yang jadi tumpuan ramai orang metropolitan yang gemar lepak kat area2 sini.memang betol.gua perhatikan banyak sangat bistro,cafe mahupun francais2 macam starbuck mahupun subways.itu belom masuk deretan kolej2 swasta yang tumbuh bak cendawan lepas hujan di area yang gua kira kurang sesuai disebabkan banyak faktor especially environment.faktor luas kawasan yang terhad.dengan main road yang tak berapa nak smooth.dengan kiri kanan deretan kedai mahupun orang yang parking kereta.bila dah open kolej,mana sesak dengan sidewalk lagi bila budak2 kolej balik lalu lalang kat situ.giler !

uya distro ni memang bertemakan konsep santai.lokasinya yang terletak on 2nd floor of corner lots menambahkan lagi rasa privacy dan mood chill tu.sometimes ada band performance,ada event mahupun discussion.dengar2 yana samsudin yang berlakon cerita adnan sempit tu pun ada tumpang jugak kerepek kat situ.patut la ada tampal poster bini-biniku gangster kat uya.dalam tu ada ruangan macam bilik kecik siap set sofa,desk mahupun shelf yang meletakkan susunan buku2.tak kurang jugak art shelf yang menempatkan artwork frame.kalo agak2 ada talent dan tangan berseni,bole jugak nak tumpang hasil artwork kat sini untuk dijual.selain dari ruang buku2 bebas,uya distro jugak ada jual clothing macam jersey,baju2 band,gurl accesories,etc.

panjang pulak gua menulis pasal uya ni.padahal asalnya nak intro sikit je.melalut sampai masuk 2,3 perenggan.aiseh ! ok skip..

berbalik cerita asal,gua dapat sambar novel awek chuck taylor dengan rokes tempoh hari.tergerak jugak nak angkat kitab terfaktab sekali,tapi bila memandangkan duit pun ngam2 dan takot overrun budget,terpaksa hold dulu niat yang satu tu.bukan rezeki gua hari tu.terpaksa la tunggu rokes masuk MPH atau popular.kehkehkeh ! walaupun rokes dah lama on sale (dah masuk 3,4 bulan),gua baru berpeluang dapatkan rokes tempoh hari.tak up too date giler gua ni.orang dah pakai gear 4 gua baru masuk nak masuk gear 2.

rokes bukanlah sebuah majalah untuk mat rok.jauh sekali isi didalamnya menceritakan hal2 musik rok.rokes adalah sebuah majalah yang santai.tak berat sampai ke tahap migrain nak membacanya.bak kata abang jef bahri selaku ketua pengarang 'siapa-siapa pun ada rock masing-masing dalam diri mereka tak kira la samaada ustaz ke, askar ke, cikgu tadika, makcik makcik, tukang gunting rambut, kerani sekolah, tukang masak, ejen insurans dan sebagainya dan pemuzik rock pun kadang-kadang tak rock..' oleh itu,majalah ini sesuai dibaca oleh semua tak kira mat desperate,mat bunga,mat ofis,mat bonzer mahupun mat kopiah - no big deal.bagi isu pertama ni,'hujung minggu saya' dipilih sebagai tema random.bermacam-macam cerita berkenaan hujung minggu dikongsikan dalam majalah ini.kontribute semua kolumnis memang pada tahap terbaik.

bagi yang stress memikirkan masalah dunia,gua rasa tak perlu resahkan hati pergi beli kit kat kat seven eleven untuk tenangkan diri.cukuplah dengan membaca rokes sudah memadai nak buatkan segala rasa stress tu hilang.kalo tak luak pun,cukuplah buat kita lupa sekejap akan segala masalah yang melanda.ketawa besar jugak dibuatnya bila baca rokes ni.kadang2 dalam serius2 berwawancara terselit jugak pertanyaan2 spontan humor dan ayat2 power yang bisa mencuit hati.

tak payah nak tunggu krismas pun tak pe untuk dapatkan majalah rokes ni.majalah mangga yang mahal tu bole pulak beli tiap2 bulan tak miss,apalah kiranya bagi majalah yang keluar 4 bulan sekali ni.rasa2 malas nak cari kat kedai,bole cari dekat sini.

Saturday, November 5, 2011

2 In 1

gua rasa tak salah kalo mencuba benda yang baru asalkan jangan benda yang merapik meraban,yang mendatangkan kemudaratan,yang menjahanamkan diri sendiri mahupun yang sejak azali ditegah dan dilarang.

gua yakin art tu besar definisinya.kadang2 kencing sambil berdiri pun bole dikategorikan sebagai art blood jugak kalo kene pada tempatnya.

sometimes gua rasa semak tengok templete blogger ni.gua ada la jugak skodeng blog sorang dua awek.kira blogger famous la jugak.follower dia kalah ayah pin punya follower.ramai jejak beribu pun ada.gua buat kaji selidik sikit2 pasal dua tiga blogger ni.gua perhatikan dia punya hias blog memang tahap dewa awesome.dengan icon teddy bear bergerak,dengan lagu yang sedap2 buat layan kepala,jack sikit dengan tagline2 pawer pancing pakwe,extra nice dengan letak gambar2 bertudung ala hana tajima.perghh !

kadang2 bila bosan2 gua saja belek2 blog tutorial nak hias blog.tahu bunyinya agak annoying tapi kadang2 rasa teringin tu datang membuak-buak.ibarat gersang malam pertama.bukan sebab nak pancing makwe ke ape.saja nak bagi mata sedap memandang bila tengok blog sendiri.sebab gua pernah terbaca satu artikel mengatakan mood orang akan berubah-ubah dengan sight impression.dalam kes awek tadi,gua rasa ramai minat baca penulisan dia (termasuk gua) mungkin sebab sight impression orang kat blog dia even ceritanya sometimes termasuk dalam genre gedik santai,tapi everyone still hit the point.itu mungkin pada instinct gua.maybe yes maybe not.

memandangkan epik2 fail bab2 nak hias2 blog ni dah sampai ke satu tahap ledakan aneurysm,gua nekad tak mahu amek pot lagi pasal benda alah ni.macam apa gua sebotkan tadi - perasaan teringin tu datang membuak-buak.macam tak ada angin tak ada ribut tiba2 pokok kelapa bergoyang.amcam tu la perasaan 'ingin' ini datang tanpa diundang.

dengan adanya templete latest yang pada gua super duper kool,gua rasa ini satu peluang terbaik yang ditonjolkan pihak admin untuk blogger2 cetek kretiviti macam gua ni.'kool' kat sini membawa maksud yang deep sebenarnya.even kalah dari segi hiasan blog awek2 kreatif tadi,tapi ianya win dari segi complexity.design dia lebih pada simple but nice.tak complex dan tak messy.gua suka mood templete 'classic' berbanding yang lain.ianya nampak lebih kool ! mungkin gua ni dilahirkan untuk guna pakai.bukan dari genetik kreatif godeh sana sini macam mendiang steve jobs.

asalnya gua nak menulis secara ringkas perihal aidiladha gua pada tahun ni.enta macam mana bole tersimpang jauh dari cerita hari raya.ini semua gara2 sibok godeh setting templete blog.tukar itu tukar ini.last2 enta cerita apa gua tulis pun gua tak tahu.main sedap redah je.

kah kah kah !

by the way,selamat hari raya aidiladha semua :) selamat berkorban jangan terkorban !

Thursday, November 3, 2011

Kisah Tragedi Malu (KTM)


kalo nak diikutkan lama jugak la gua tak menjejakkan kaki ke kolompo (sebut kuala lumpur).makan bulan jugak tak ke kota metropolitan ni.gua ni pulak memang jenis bukan pesen nak melepak tak tentu arah lebih2 lagi kat tengah2 bandar besar macam kolompo tu.so ape jadah nak saje2 turun kolompo tu melainkan ada benda mustahak yang kene settlekan kat sana.meroyan macam mana pun hawa nafsu nak ke kinokuniya KLCC,gua tetap pendamkan dulu hajat itu dalam hati.

kelmarin gua kene turun kolompo sebab ada hal mustahak kene settlekan kat sana.kalo ikotkan hati memang gua malas nak turun lebih2 lagi bila tengah sangkak macam ni.nak tak nak gua terpakse pinjam sikit duit daripada keluarga.itu pun nenek macam tahu2 gua ni tengah sesak.belum sempat gua nak pinjam,dia awal2 dah hulur kat gua.maklumlah nak turun kolompo ni bukan ayam2 punya planning.meminjam kata seorang teman,'kat kolompo ni,keluar sikit duit,keluar sikit duit..'.lebih2 lagi orang bermusafir macam gua ni yang bukan anak kota yang urban,yang up to date dan master selok belok ragam kota besar.so kena la prepare semua tu dulu.duit tambang bas,duit makan minum,duit LRT,duit beli buku (kalo ye singgah bookstore),duit standby nak kene pow,duit klepet,duit tarik teh & kopi dan segala macam pangkat duit lagi.

semenjak terminal bas bersepadu (TBS) dah mula beroperasi,nampak gaya merasa la gua menjejakkan kaki ke terminal bas yang orang sebut2 agak gerek ni.gua tak tahu menahu langsung akan ke-gerek-an TBS ni dari sudut mana.ada sorang teman cakap nak beli tiket pun dah pakai sistem tunjuk IC semua.dah macam kat airport katanya.gua iyekan aje even gua memang tak pernah beli tiket bas tunjuk IC.first time menjejakkan kaki kat TBS ni gua memang rasa tempat ni ada potensi nak sesak macam puduraya.mungkin lebih hebat lagi.memandangkan gua sampai pun dah agak lewat malam,so memang tak sempat nak explore sekitar TBS.ditambah lagi terpaksa berkejar sebab dah janji dengan sorang membe yang akan pick up gua kat terminal KTM subang jaya nanti.tak sedap jugak nak buat orang menunggu lama.orang dah nak tolong dah kira beruntung.

lincah gua amek train pergi KL sentral dari TBS.eventhough jam di tangan dah menunjukkan waktu yang sesuai gantung kaki dekat rumah,orang tetap macam semut.gua terpaksa bersesak masuk komuter.dengan yakin gua melangkah masuk ke dalam satu pintu yang terbuka.terus cari tempat duduk kosong.alhamdulillah ada sebiji seat kosong,gua terus letak deuter yang pack giler babi dengan baju atas lantai dan terus lelapkan mata.sebelum lelapkan mata gua rasa macam something fishy dengan environment.semua dalam tu padang gua semacam macam la gua ni artis baru menang program realiti.ape yang tak kena gua merungut sorang.mata pun dah mengantuk,tanpa hiraukan sekeliling gua terus lelapkan mata.ada la dalam 5,6 minit,kaki gua terasa dikuis.bila gua bukak mata,sorang brader misai lewat awal 40-an pakai seragam biru tengah tenung gua dalam2.memek muka dia garang.macam sarjan misai dalam gerak khas pun ada.dalam tengah mamai2 tu dia bertanya.garang nada tonasi suara yang dilemparkan 'nak ke mana?' 'subang jaya' gua jawab spontan.brader polis tu terus suruh gua bangon dan halau gua dari seat.dia cakap gua salah masuk coach.yang gua masuk tu sebenarnya coach perempuan.patot la gua rasa macam ada benda tak kena masa baru2 masuk train tadi.patut la gua tak nampak belalai langung.semua lobang.celaka ! malas nak panjangkan cerita,gua terus angkat deuter kat lantai dan terus buat muka cool bangun dan beralih ke seberang.masa nak bangon tu gua perhatikan muka abang polis masih memandang tajam ke arah gua dengan misai masih melentik.betol2 marah barangkali.berang agaknya dengan sikap 'orang kota' murtad macam gua.

'bang,saya bukan orang kolompo.tu pasal la jakun sikit bang...'

tergerak jugak nak berkata macam ni sebelum beredar tadi.tapi bila fikir sesaat.macam kurang ajar la pulak.kang baik2 wak misai tu tak melenting,silap hari bulan gua pulak kene hayun depan orang ramai dalam train.ye saya salah abang polis.

sampai je kat KL sentral,gua masih lagi menahan malu.tapi gua cuba jugak buat tak tahu padahal dalam hati tuhan je yang tahu.rasa macam nak pakai topeng ala2 rey mysterio pun ada time ni.malu tak terkata lebih2 lagi bila terserempak awek2 dalam coach tadi yang asyik memandang slack.ada yang senyum2 sinis.tak mahu kalah jugak akak,mak cik2 sekeliling.celake ! turun dari train,gua tak terus gerak ke platform KTM KL sentral.saja lengah2kan tak mahu terus menerus beratur sekali dengan orang2 yang sama naik train dengan gua tadi.saja gua duduk2 dekat palang besi kat situ.bila orang yang menunggu dah bersesak ramai,baru gua beranikan diri beratur sekali untuk catch train ke subang jaya.

'setiap langkah yang berlalu akan menjadi sejarah dalam hidup dan sejarah itu jugalah yang mengajar kita untuk menjadi lebih matang..'

gua dah duduk selesa dalam train.yang pastinya kali ini bukan selaku belalai tunggal.gua perhatikan penumpang masih ada lagi yang terpaksa berdiri bersesak sementara menuju ke destinasi masing2.gua helah nafas panjang tanda lega.gua tunduk memandang ke lantai dan dalam sedar tak sedar,terukir senyum seorang diri.

Monday, October 24, 2011

Mati


sumber : KAMIHIDUP

selama 23 tahun hidup,gua tak pernah tahu menahu atau nak amek tahu yang rukun solat semuanya berjumlah 126 rukun.tonggang terbalik sujud rukuk enta diterima tuhan entahkan tidak.takkan bila sampai ajal menjemput baru nak ambik tahu perihal pengetahuan ugama.

bila mendengar berita kematian rakan seawal lingkungan umur mahupun jauh lebih muda,buatkan gua terfikir sejenak.

'entahkan cukup bekalan yang gua nak bawak ke akhirat kelak?'

'entahkan cukup atau tidak pahala yang telah dibuat?'

'macam mana kalo gua mati esok lusa tapi amalan gua tak mencukupi lagi?'

kalo bole semua orang tak mahu mati.alangkah orang yang sudah tahu dia akan ke syurga pun tidak mahu mati,inikan pulak gua yang enta belum tentu nak hidu bau syurga.bukan gua menolak mati.mati itu pasti.cuma gua risau,gua kaget kalo mati tanpa bekalan yang secukupnya.ibarat terkapai2 lemas dalam air yang deras laju mengganaz.

Hipokrit !


gua pernah tertipu dan tak rela ditipu lagi.kalo gua sorang tak kesa lagi,tapi macam mana dengan 24.8 juta penduduk malaysia yang lain?itu belum kira mubarak,suparno,nguyen mahupun pradip.

action mengalahkan jackie chan,lawak mengalahkan will ferrell,CGI mengalahkan avatar,horror mengalahkan the blair witch project,thrill mengalahkan friday the 13th.cis ! semua nak gempak,nak hebat,nak menanag,nak champion.tapi hakikatnya sampah belaka.

'TRAILER FILEM LOCAL KEBANYAKANNYA HIPOKRIT !'



Saturday, October 22, 2011

Gua Dan Sum 41







tengok balik video klip ni,gua teringat memori zaman sekolah layan tape ALL KILLER NO FILLER.zaman pop punk budak nakal dengan attitude giler2.masih gua simpan lagi koleksi tape sum 41 dari album all killer no filler,does this look infected dan juga chuck dalam almari kaset.dah berhabuk agaknya kaset2 tu sebab dah lama tak play sejak walkman terbarai.sampai sekarang gua cuba belajar main gitar lagu pain for plessure tapi tak pass-pass.

masa baru masuk form 2 dulu,ada sorang membe gua conteng beg dia dengan logo band sum 41.time ni gua tak layan sangat sum 41 sebab zaman ni zaman nu metal linkin park,zaman rapcore limp bizkit mahupun era grunge nirvana tengah melanda gua.tapi still penah dengar lagu in too deep masuk mtv channel 5 dulu.

penah masa eskot pergi pertandingan reka cipta peringkat sekolah2,gua dengan kawan ada curi2 pasang kaset does this look infected dalam kereta cikgu yang bawak kami.dah pasang curi2 satu hal,volume tuner plak tahap pecah gegendang telinga.yang tak sedapnya,cikgu gua ni kira islamik dan warak jugak la.orang2 masjid.jangan katakan sum 41,elak search pun not in the list.bahkan dalam kereta dia penuh kaset mengaji.bukak radio pun IKIM memanjang.datang kami,abes kereta dia berdentum dengan lagu pop punk budak nakal ! nyaris2 kantoi dengan cikgu tapi nasib sempat cover line bila terlihatb kelibat cikgu hendak ke arah kereta.

masuk form 4,single we're all to blame dari album chuck masuk radio.time ni gua dah advance sikit.dah pakai discman.cap ayam jenama sonar.made in china agaknya.bole jadi berkerut dahi nak beli sebiji discman jenama sony mahupun panasonic.pertama kali dengar single we're all to blame ditambah lagi dengan video klip yang super duper bosan membuatkan gua sedikit kaget - sound transformation dari ala pop punk /punk rock kepada ala2 riff metal metallica.awal2 gua rasakan album chuck dah macam lari dari roots pop /punk rock yang dibawa sum 41.setelah diulang dengar,dari kelima-lima album sum 41,gua paling adore album chuck !



walaupun dave baksh (guitarist) dah keluar sum 41 dan buat band dia sendiri (brown brigade),gua tetap salute album terbaru,screaming bloody murder yang masih ada tempias riff metal ala2 album chuck.even tak semantap riff2 metal dalam album chuck,at least ianya berjaya mengubat rindu gua pada hasil kerja tangan si dave baksh sebelum ni.oh ya,gua pun sebenarnya suka brown brigade cover lagu iron maiden 'hallowed be thy name'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...