Friday, April 30, 2010

Selamat Hari Buruh...









'mereka lebih mengenal erti susah senang kehidupan...'

Antara Kudrat Dan Darjat

'they say jump,you say how high' - zach de la rocha

parentz membe gua baru je pergi menunaikan umrah.hari tu sebelum busy memburuh,gua ada tanya dia.'bape ribu total budget sorang pergi buat umrah?'

RM10,000 lebih kurang..

*********************************

hari ni budak2 kilang memang balik dengan muke ceria.tak la kelat macam selalu.mana taknya.hari ni dapat gaji,1 hari duduk mengular kat kilang sebab production tak jalan,besok lusa cuti kerja.memang la heaven.rezeki esok hari buruh agaknya..

kecoh satu kilang tanya 'berape nko bulan ni?' sambil bertukar2 slip gaji.gua dah faham sangat dengan senario macam ni.bukan 1st time gua terjebak situasi macam ni.

nampak 2 orang mamat bangla sedang berbual sesuatu.tak se-kecoh minah2 kilang yang macam dah kene sawan menang loteri.gua pun saje pergi kat meja 2 orang mat bangla ni.

'u tak dapat gaji?'

'belom.i gaji lambat.kilang bagi slip gaji dekat agen dulu,kata salah seorang dari mamat ni..'

kenape kilang tak kasi u all terus slipgaji macam diorang ni?'

'sebab agen we all ada potong sikit gaji untuk bayar mereka..i terikat dengan agen.kene bayar agen bile nak berkerja di malaysia'

berapa agen mintak?,gua bertanya..'

'kene bayar agen RM15,000 untuk 3 tahun berkerja.lepas tu hantar balik bangladesh'

gua geleng kepale.mereka ni berkerja 10jam sehari (tu tak termasuk OT..) tapi gaji mereka kene potong.bile gua tanya berape gaji mereka dapat lepas kene pancung dengan ajen..diorang cakap ada la RM350 mcm tu...

peh ! tersentap gua.kalah tambang pergi buat umrah.sampai macam tu penindasan oleh agen kapitalis cialat terhadap mereka.ape la nasib mereka.dah la susah di negara sendiri.susah penat memerah keringat di negara orang,hak mereka pulak diragut kejam oleh malaun2 ini.ya,mereka tiada suara nak menegakkan hak yang sepatutnya mereka dapat.mereka diperhambakan macam binatang.ape lagi yang memuaskan mereka selepas berhempas pulas memerah keringat berkerja macam robot yang diberi arahan kalau bukan dengan ganjaran gaji yang setimpal dengan penat lelah mereka.ganjaran untuk perut sendiri,family nun jauh di kampung,anak bini di perantauan berkemungkinan.tak kan hak serupa itu pun turut dirampas.dah mengalahkan pergi buat umrah charge dikenakan agen kepada mereka.ape lagi yang mereka ada?hak istimewa?DEB?ceh!..kalo gua pun gua marah.cari rezeki halal merantau jauh2 ke negara orang,last2 dipermainkan serupa ini.kalo setakat janji kosong berupa tempat tinggal jangan cakap la.rumah teres 4 orang tinggal la..f-ing la ! 'indah khabar dari rupa'..

'saya dengki dengan gaji2 besar mereka - kata arif (bukan nama sebenar)

Wednesday, April 21, 2010

Permulaan..

'The revolution is not an apple that falls when it is ripe. You have to make it fall - che guevara'

kelmarin gua duduk2 ngeteh dengan 2 orang membe.sorang membe gua ni ada main band.kire bole pergi band dia ni.siap dapat invitation perform international event.kat hong kong,indonesia,UK la.walaupun nama band dia tak sekencang bunkface,hujan mahupun butterfingers tapi bagi gua kalo dah dapat invitation main international,peh hati sape tak berbunga kan.band yang naik secara underground dengan main gig2 kecik sampaikan la ke event2 besar macam tu.kire berbaloi la..jadi excited berborak sebab gua pun minat musik.so tak ada masalah nak duduk semeja borak hal musik,band dia sambil kene milo ais kaw.dalam rancak berborak,satu benda gua dapat tangkap.gua dapat realize kenape band membe gua ni bole pergi jauh sampai dapat invitation perform international event,kenape muse bole digilai,kenape nirvana bole bertahan sampai kurt mati,kenape green day bole steady dari zaman kegemilangan dookie sampai la sekarang.begitu juga band2 yang dah dianggap otai,legend seperti iron maiden,kreator,etc..lihat sahaja nirvana dan pearl jam.kenapa pearl jam lebih mellow,glam berbanding nirvana yang raw,kotor?sebab ape?sebab mereka berevolusi dalam mencari kelainan berkarya.mereka tidak stereotype dan tipikal dalam berkarya.hakikatnya,manusia mudah bosan dengan something yang dianggap tipikal dan stereotype.ada ke orang nak dengar klon sebijik NOFX sedangkan NOFX telah lame melompat lompat sejak 1983 lagi?

Friday, April 16, 2010

Siaran Tergendala

'apakah dengan membeli coklat kat godiva dikatakan romantik?atau fine dine kat shangri-la hotel?Atau membeli rantai mutiara berharga RM40,000?itu ke romantik?melancong ke paris,scuba diving kat hawaii atau belikan kereta Porche sebijik?macam tu ke?' - Luqman Amirullah Bin Yusof

bile cakap romantik je nak kene ayat berbunga2,nak kene yang spesial,membelai jiwa yang keterlaluan,tangkap leleh,tangkap lentok..macam itu ke romantik?

cis ! kuat juga mental slavery muda mudi ni.kate pak wahab tepi kampung baru..

pemilik blog pencen menyampuk..

'ada yang selesa menjadi romeo dan juliet dan ada juga yang selesa seperti sid vicious dan nancy spungen...'

Monday, April 5, 2010

Kuala Lumpur !

'Sesat di Kuala Lumpur
Dosa dan pahala bercampur

Tapi kita perlu hidup

Kita perlu terus hidup

Terima kasih tuan dan nyonya
Doa sejahtera kami pohonkan

Pada Tuhan Maha Kuasa
Tuhan Maha Kuasa


Mungkin kita kan temui kebahagiaan
Di Kuala Lumpur

Dan mungkin kita akan kecewa

Mungkin kita akan jadi kaya dalam lumpur
Mungkin kita akan terpedaya

Mungkin ada jalan di Kuala Lumpur
Jalan bahagia
Mungkin kita akan kecewa

Mungkin kita akan jadi alpa serta lupa
Dan Mungkin kita kan terpedaya

Mungkin kita akan jadi kaya serta lupa
Mungkin kita lupa pada asalnya'

lirik 'sesat di kuala lumpur' oleh kembara.lagu yang terkandung dalam original soundtrack kembara seniman jalanan yang penah hot satu tika dulu.lakonan sifu (kutu giler nampak mase dia berlakon cite ni.haha..)sebuah cerita arahan nasir jani yang bertemakan erti kehidupan anak muda yang terpaksa survive untuk hidup.tak lupe jugak dengan kritikan terhadap golongan yang memandang sinis kepada golongan rambut panjang atau bahasa jawanya 'rockers'.gua suke jugak dengan lakonan pyan habib.quote 'idop mesti kene teruskan brader' yang bagi gua masih fresh lagi walaupun cerita ni dah lame ditelan mase.tp sayangnya gua belom wujud lagi zaman tu.gua adalah generasi Y (menurut nami) dan bukan anak muda yang membesar sewaktu zaman batu (rock) tengah mendadak naik.first time dengar lagu ni mase zaman sekolah2 lagi.tp gua belom cukup urban lagi sebab cume tahu lagu tapi tak tahu tajuk lagu tu.haha..maklumlah,zaman mak kasi duit skola RM2 mane la ramai sgt duit nak pegi cc research kat internet,nak beli mp3 lagi la tak dapat.ditambah mase tu umah belom ada internet.pc kalo ada pun pun memang super old school.stok2 ke laut je.

'rambut lurus kene pergi salun kasi keriting,atas rambut kene ada jambul tinggi,kasut jenama aliph,yang berada mampu pakai kasut nike,seluar mesti ketat,rantai kat seluar yang diclamp dengan beg duit,baju band2 atau jaket...'

ujar ustaz akhil hayy semasa zaman rock beliau di dalam bukunya yang berjudul 'kaya sebelum miskin' sebelum mendapat hidayah Allah untuk berjuang ke jalan yang diredainya.

enta kenape dua tiga hari ni kemaruk main lagu ni.berulang kali plak tu.tak bosan2 jgk..bak kate membe gua 'lagu kalo dah champion,makin usia pun orang nak dengar lagi'.ye gua akui statement dia.lihat saja lagu hotel california.sampai hari ni masih jadi playlist di ruang radio2.bahkan menjadi permintaan.itu lagu yang berkualiti.tahap champion..gua tak tau ape jadi kalo dulu eagles sepakat letak tajuk lagu ni 'meletop' rather than hotel california.pasti gua akan jadi super duper risau sekarang ni.tak senang duduk ! tp nape gua tak risau langsung bile adam & stacy ada lagu diorang 'meletop' ha?

actually lagu sifu ni macam ada ngam dengan gua.seakan ada chemistry bonding.mungkin ape yang sifu cube nak kongsi dalam lagu ni ada persamaan secara tak langsung dengan ape gua alami dengan kota bernama kuala lumpur.ye gua memang bukan pelesit kota.gua anak kampung.mane ada LRT,mane ada bangunan cakar langit,mane ada gedung2 besar kapitalis kat tempat gua.kalo ada pun billion.ape la sgt kan kalo nak dibandingkan dengan times square,pavilion,suria KLCC & seangkatan..sejak kenal buah hati,dekat KL la tempat port nak jumpe..maklum la percintaan 'hujung dunia' memang banyak dugaan..kalo dulu adalah sangat rare nak jejak kaki ke KL.kalo ye pun pegi sebab gig.tp agak2 la gua nak turun KL tiap2 minggu sebab gig!mau papa dibuatnya..

kalo dulu gua cume tau pudu.sampai je kat pudu gua dah stuck.nak ke arah mane seterusnya memang kosong la dalam kepale hotak ni.bak kate m nasir 'sesat di kuala lumpur' tapi gua baru sampai pudu dah sesat.duduk la temanggu sorang2 tgk gelagat lautan manusia kat pudu tu.tp sejak kenal buah hati aku dah tau sket2 selok belok kat KL ni.baru gua tau macam mane realiti sebenar orang2 kotaraya ni.gua penah kene tipu oleh orang yang memang mengalahkan malaikat.tapi last2 songlap duit gua..tu semua pengajaran buat diri gua.gua pegang satu je sejak tu 'orang berkopiah,bertasbih pun gua dah tak bole caye' semua hanya wajah pura2 bertopengkan wira.hipokrit ! dan disini juga gua belajar tidur kat kedai mamak,serambi,bangku2 taman permainan & tak terlepas juga surau.at least gua merase macam mane kehidupan homeless yang terpakse survive ditengah2 kesesakan KL tu.nko kat umah sedap2 landing atas katil empuk,busuk2 pun toto pun dah ada yang merungut2 tp cube nko bayangkan homelss yang tidur kaki lima,tempat2 kotor yang dipenuhi tikus,lipas & segala jenis binatang.bagi nko meamng jijik tapi bagi mereka ni 'dimana tapak kaki aku berpijak,disitu la tempat tidurku'

kadang2 gua terfikir sejenak memikirkan nasib pekerja2 asing yang dikerah keringat mereka oleh si malaun tapi upah gaji bape kerat je.life kat KL memang jauh beza dengan tempat gua.kalo kat tempat aku pun gaji RM1500 dah bole bercekik2 inikan lagi yang duduk kat KL dengan gaji RM1500.tak ke basah kepale nak survive?biase la KL.keluar sket duit.mane ada free..gua dulu nyaris2 kene tipu dengan mat meter.mentang2 mase tu gua zero selok belok jalan KL ni.so senang2 dia nak temberang.kalo ye pun nak cari rezeki tapi jangan lah nak cari rezeki dengan cara nak kencing sana sini.nko bayangkan la mat2 meter ni nak charge RM15 perjalanan dari pudu ke terminal rapid masjid jamek.padahal jalan kaki tak sampai 10 minit pun.diorang jadi driver aku,aku kene charge RM15 ! hotak dia..

setiap kali perjalanan pulang menaiki bas meninggalkan warga kota,perasaan gua bercampur.pahit,manis,riang,geram..bercampur baur bagaikan rojak buah yang digaul dengan petis ! ada rasa pedasnya,manisnya dan juga masamnya.begitu la realitinya.maybe lepas ni gua tak tahu ape jadi bile berada di kota bernama kuala lumpur.mane tahu aku akan mencari rezeki di kuala lumpur,menetap di kuala lumpur atau mungkin bercinta dengan kuala lumpur.mungkin banyak lagi yang akan aku belajar.ya belajar erti sebuah kehidupan !


Saturday, April 3, 2010

Londang Dekat Melaka Bukan Dekat England..



'Lie...Lie...Lie....'


ni cebisan lirik 'flat earth society' dari kugiran band punk rock california bad religion.ape sebenarnya yang cube disampaikan oleh guitarist mr.brett melalui lagu ini?ape yang cube dicernakan dari minda waras anda?aku yakin fan2 mereka sudah tahu yang band kegemaran mereka ni terdiri daripada golongan intelektual yang tidak hanya memfokuskan minat,idea mereka terhadap muzik semata2 tapi lebih kepada menyampaikan idea menerusi lagu2 mereka dan secara tak langsung mengajak kita sama2 berfikir tentang ape yang ingin disampaikan.sampai atau tidak mesej yang ingin disampaikan itu terpulang pada individu.rajin ko research dapat la ko 'tangkap' ape isinya tp kalo hanya sekadar nak mendengar muzik,itu sahaja la yang engkau dapat.simple..

flat earth society mengisarkan percanggahan pendapat atau mungkin juga percanggahan teori sains mengenai bentuk sebenar muka bumi yang sebagaimana telah di-claim sebagai berbentuk rata (flat) oleh sebuah pertubuhan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'flat earth society'.'Lie...Lie...Lie....' itu sendiri jelas menunjukkan penentangan terhadap teori ahli pertubuhan ini.jelas sekali yang ianya menolak sekeras2 teori yang mengatakan muka bumi berbentuk rata dengan menganggap ia sebagai sains palsu atau name scientifiknya 'pseudoscience'.haha...pening bukan nak claim ape sebenarnya bentuk muka bumi kita yang semakin tua ni.dasyat2..

dulu kite disuruh telan bulat2 yang bentuk muka bumi ni berbentuk sfera.masih aku ingat lagi dengan buku teks KBSM sains darjah 4 yang terang2 cakap 'bumi berbentuk sfera'.terngiang2 juga kata cikgu yang mengajar aku subjek sains mase tu,cikgu yeek yang dok berkali2 cakap 'bumi berbentuk sfera ye bukan bulat' dalam slank chinese dia dan aku juga super yakin yang cikgu2 sains kat seluruh pelusuk akan ajar benda yang same jugak.ada cikgu nko ajar 'bumi bentuk segitiga ke?or bentuk polygon ke?'tak ada kan.seribu kali sayang.mase tu kite telan bulat2 even tak tahu pun benda alah ape sfera tu.kalo macam sekarang pun budaya 'telan bulat2' ni masih wujud lagi.mungkin penjelasan yang diluar batasan pemikiran atau faktor malas nak amek port sangat punca budaya ni terus menjalar hingga ke hari ni.memetik kate seorang lecturer yang ajar aku 'saya tak salahkan awak semua,tapi kadang2 saya nak salahkan juga mangkuk ayun yang acuh tak acuh mendidik awak.main pakai ajar je tapi ape yang sedang awak belajar pun awak tak tahu'

mungkin teori yang dikemukakan ahli2 flat earth society ni sedikit banyak membuat ramai berhalusinasi sejenak.lagi bengang pasti pengkaji muka bumi dan alam semesta yang dah pegang bulat2 teori bentuk bumi ini.tak kan selama ni kita ditipu oleh fakta sains yang mengatakan bumi adalah sfera.kalo macam tu ape guna aku betol jawab soalan exam isikan tempat kosong 'bumi berbentuk _____' ?tapi bile dipertimbangkan lagi,tak bole jugak nak salahkan teori pertubuhan ni membabi buta.mungkin mereka ada bukti kukuh claim bentuk muka bumi ni adalah flat.kalo tak tak kan mereka berani nak prove teori mereka sampaikan wujudnya sebuah pertubuhan,yela..setiap manusia ada pendirian masing2.percanggahan pendapat,pendirian,teori atau idea tak bermaksud seseorang itu perlu dihukum,disisihkan hanya kerana itu jalan yang mereka pilih..kan?

Friday, April 2, 2010

Hello 2010 !



ye aku tau skrg dah masuk bulan april tahun 2010.bukan 1 januari 2010 mahupun 31 disember 2009.ada sebab nape aku letak title entry kali ni 'hello 2010'..gua tujukan hello tu buat diri sendiri yang baru je bangun dari berhibernasi setelah sekian lame menyepi.dan ini tak bermaksud aku telah lenyap dalam dunia penulisan ni.memang blog ni dah bersarang,tp semangat nak menulis masih ada.cuma sedikit merundung atas beberapa faktor (paling ketara sbb penyakit M ! sorry geng) mintak2 lepas ni aku bole bangkit semula dan terus menulis,menulis dan terus menulis..

***************************

sejak dua menjak ni,aku rase muka buku (facebook) paling famous skrg ni.dulu ada myspace,friendster,tagged,etc..tp sume laman sosial (bukan laman sah-sial..) ni tenggelam dek populariti fesbuk yang sedang meningkat naik macam pelajar2 AF musim baru.abes konker la senang cakap.memang tak sia2 la lu create fesbuk mark zuckerberg.mamat ni santai2 create fesbuk kat dorm dia dulu,last2 satu dunia gunekan laman ni.

'ala bukan ape sangat.fesbuk je kot.bukan duit poket keluar pun main fesbuk ni '

memang la cakap bukan ape sgt fesbuk ni.yela benda free.baik register fesbuk sume free,send comment,msg sume free & dapat awek,balak fesbuk pun free tp jgn tak tau bape besar untung laman ni.kalo ada share dgn fesbuk tak ape jugak.diorang dapat untung,kita dapat awek,balak kat fesbuk.haha..hentam saje la labu.

nak buat macam mane kan.kalo dah suke semua bole jalan.macam aku jgk.sebab dah menggila main fesbuk ni,semua tu tolak tepi.bising2 musik grindcore,sebab aku bole 'masuk' layan juga.begitu juga dengan selipar crocs.dulu berape kerat la sangat nak pakai selipar crocs ni.yang tak berkenan cakap mcm selipar kampung la,selipar jamban la.tp last2 tengok ape dah jadi.macam trend plak dah.meminjam quote kurt cobain 'we're so trendy we can't even escape ourselves'.hmm bile dah femes,sume bantai pakai crocs.yang dulu sibuk mengutuk2 pun dah angkat sepasang dua.siap buat koleksi berwarna warni lagi.baru2 ni kat pesta konvo U aku,ada la dalam 3 kedai open jual selipar crocs ni.kenape tak buka booth jual selipar ni mase pesta konvo yang lepas2?takot rugi tak dapat bayar sewa tapak booth yang super mahal (pada pandangan aku) - RM1400 untuk 6 ari ! peh basah kepale nak cari duit cover modal..

****************************

study week = minggu belajar

tp aku rase memang tak relevan lg dgn term tu.aku rase pihak universiti kene tukar dari study week jadi 'assignment week' atau 'projek week'.fenomena lecturer kasi assignment,projek last2 minute (dekat2 final exam atau mase study week) menyebabkan term study week ni macam indah hanya pada nama.tp realitinya student sume sibuk terkontang kanting fikir nak siapkan assignment yang berlambak2 sampai mase nak study pun terganggu.ada membe aku cakap salah lecturer sebab tak mahu kasi keje awal2 suruh siapkan.paling champion satu assignment time study week.ada yang cakap salah due date submit assignment.sepatutnya due date submit sume benda alah ni sebaiknya sebelum study week.ni tak.last day sblum nak holiday,semalamnya baru due date.mane student tak naik lemak.ironinya bile tengok due date submit lame lagi,mule la rilex,bermalas malas.bile dah dekat due date baru nak gelabah,kelam kelibut.so salah sape?lu fikir2 la sendiri..

so dengan ape yang melanda aku sekarang ni,aku tak perlu rase lagi yang study week tu adalah minggu untuk fokus mentelaah pelajaran tp lebih kepada minggu nak siapkan keje2 yang terbengkalai.kalo ye pun study week,haha...gua akan gelak je la.aku rase lu semua tahu kenape aku hanya mampu tergelak..

************************************

april fool memang dah semacam 'habit' pulak aku tengok.dah macam taksub pulak masyarakat dengan 'budaya pandang ke barat' ni (nape tidak pandang ke palestin?) lu tau tak sejarah april fool ni?ke awk rase benda ni macam hepy go lucky festival? april fool ni sebenarnya adalah 'bahan jenaka' tentera kristian semasa menipu penduduk islam sepanyol satu tika dulu.so ape motif kite yang majoriti beragama islam nak celebrate benda alah ni dengan gelak tawa dan bersuka ria?

aku tak angkat kesa aku kene prank semalam.bukan telinga aku tersembur darah pun bile orang gelak2.buat ape aku nak mengamok tak tentu pasal sampai nak muntahkan rase bengang aku dalam blog aku.tenang2 suda kan..

adalah lebih baik kalo orang gelakkan aku sebab post benda mengarut bodoh kat wall fesbuk daripada orang gelakkan aku sebab prank april fool.yang disana ketawa,kite yang buta tuli ni pun nak turut sama ketawa tp tak tahu akar umbi ape yang kite ketawakan..


oh ya hepy besday dania hime.moga panjang umur & murah rezeki.lari budget la nak kasi hadiah :p


ok la.jumpe di next entry.selamat !


p/s : blog ni baru & masih panas.yang menariknya pemilik blog masih kacak & still single ! hihi :p check it out ya !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...