'they say jump,you say how high' - zach de la rocha
parentz membe gua baru je pergi menunaikan umrah.hari tu sebelum busy memburuh,gua ada tanya dia.'bape ribu total budget sorang pergi buat umrah?'
RM10,000 lebih kurang..
*********************************
hari ni budak2 kilang memang balik dengan muke ceria.tak la kelat macam selalu.mana taknya.hari ni dapat gaji,1 hari duduk mengular kat kilang sebab production tak jalan,besok lusa cuti kerja.memang la heaven.rezeki esok hari buruh agaknya..
kecoh satu kilang tanya 'berape nko bulan ni?' sambil bertukar2 slip gaji.gua dah faham sangat dengan senario macam ni.bukan 1st time gua terjebak situasi macam ni.
nampak 2 orang mamat bangla sedang berbual sesuatu.tak se-kecoh minah2 kilang yang macam dah kene sawan menang loteri.gua pun saje pergi kat meja 2 orang mat bangla ni.
'u tak dapat gaji?'
'belom.i gaji lambat.kilang bagi slip gaji dekat agen dulu,kata salah seorang dari mamat ni..'
kenape kilang tak kasi u all terus slipgaji macam diorang ni?'
'sebab agen we all ada potong sikit gaji untuk bayar mereka..i terikat dengan agen.kene bayar agen bile nak berkerja di malaysia'
berapa agen mintak?,gua bertanya..'
'kene bayar agen RM15,000 untuk 3 tahun berkerja.lepas tu hantar balik bangladesh'
gua geleng kepale.mereka ni berkerja 10jam sehari (tu tak termasuk OT..) tapi gaji mereka kene potong.bile gua tanya berape gaji mereka dapat lepas kene pancung dengan ajen..diorang cakap ada la RM350 mcm tu...
peh ! tersentap gua.kalah tambang pergi buat umrah.sampai macam tu penindasan oleh agen kapitalis cialat terhadap mereka.ape la nasib mereka.dah la susah di negara sendiri.susah penat memerah keringat di negara orang,hak mereka pulak diragut kejam oleh malaun2 ini.ya,mereka tiada suara nak menegakkan hak yang sepatutnya mereka dapat.mereka diperhambakan macam binatang.ape lagi yang memuaskan mereka selepas berhempas pulas memerah keringat berkerja macam robot yang diberi arahan kalau bukan dengan ganjaran gaji yang setimpal dengan penat lelah mereka.ganjaran untuk perut sendiri,family nun jauh di kampung,anak bini di perantauan berkemungkinan.tak kan hak serupa itu pun turut dirampas.dah mengalahkan pergi buat umrah charge dikenakan agen kepada mereka.ape lagi yang mereka ada?hak istimewa?DEB?ceh!..kalo gua pun gua marah.cari rezeki halal merantau jauh2 ke negara orang,last2 dipermainkan serupa ini.kalo setakat janji kosong berupa tempat tinggal jangan cakap la.rumah teres 4 orang tinggal la..f-ing la ! 'indah khabar dari rupa'..
'saya dengki dengan gaji2 besar mereka - kata arif (bukan nama sebenar)
No comments:
Post a Comment