Tuesday, October 22, 2013

Jodoh

menjangkau usia 25 tahun bukanlah satu perkara asing bila bercakap soal jodoh.rata2 kawan sebaya tak kire pesen ape pun kebanyakan dah selamat salam goncang tangan tok kadi.memang tak pelik atau ajaib bila usia 25 tahun dah bole start kumpul kad jemputan kawin kawan2 yang datang tanpa diduga.

bagi bujang suku abad macam aku ni,menjangkau umur 25 tahun jugak bukanlah satu perkara ajaib bila digasak padu dengan pertanyaan tentang jodoh.pertanyaan nakal 'eh engkau bile nak kawin?' memang selalu terjah gegendang telinga tanpa diduga.tak bole nak disekat atau ditahan.suke tak suke kau kene terima hakikat yang orang lebih suke tanya kau soalan 'eh bile nak kawin?' berbanding 'eh bile nak mati?'.beza sgt jika nak dibandingkan dengan tahan nafsu nak tukar sport rim kereta dengan tahan nafsu diaju soalan bab kawin sedemikian rupa.at least puake2 tahan nafsu nak tukar sport rim tu bole handle lagi.bayangkan kau tengah sedap2 layan feeling tengok ombak rindu,datang soalan bab kawin ni.silap ari bulan feeling ombak rindu ke mana,x pasal2 ong bak 2 yang terjah perut pengaju soalan.

sampai ni aku masih belom ada jawapan tepat untuk pertanyaan soal jodoh ni.ustaz youtube selalu pesan ape yang kita cakap seharian adalah suatu doa.kalo setakat nak joking,memang konfiden cakap kawin tanggal 30 februari.tapi itu serupa doa macam ape ustaz youtube cakap.rock2 kapak belah tengkorak atau belah kapak mana pun,terdetik jugak sikit sebanyak nak cari peneman hidup senang susah.eh giler ape engko.abes rock kurt cobain pun dia kawin jugak dengan courtney love.inikan lagi aku yang tak rokk langsung ni.soal jodoh ni tuhan dah tentukan.masa yang tentukan - lambat,awal atau ekspress.time will tell bak kata omputeh tu.

buat masa ni cukuplah aku stenbai satu jawapan kukuh yang jodoh tu satu rahsia tuhan.alangkah rahsia sesama manusia pun kadang2 kita bukan main mahu simpan,sorok dalam2 & tak mahu heboh2,inikan lagi rahsia antara tuhan yang aku pun sendiri tak tahu apetah lagi hendak dihebohkan.

selamat berahsia semua !
Published with Blogger-droid v1.5.8

Sunday, September 15, 2013

Hiatus

malam bersama mimpi,
siang terbenam sunyi,
jika semalam ditikam hati,
harap esok masih menanti.

hidup bagai merpati,
terbang bebas simbolik sejati,
pancaroba hidup tak pernah berhenti,
semoga tabah sentiasa meniti.

layu kiambang dipinggir kali,
hijau dedaun tak lagi suci,
gundah hati mencakar naluri,
dari insan berkurun sepi.



Huzaifa Zahri
16th September 2013
2.59 pagi
Published with Blogger-droid v1.5.8

Saturday, March 9, 2013

Comeback

dah masuk bulan 3 ni baru  nak buat comeback.comeback apekebenda namanya tu..

Cover album wings 'hukum karma' versi rimba bara
dah tengok rock Oo? tu citer pertama aku tengok time pecah panggung.cerita omputeh power mana pun aku memang tak penah beli on time hari pertama tayangan.tapi entahlah kenapa citer arahan mamat khalid ni berjaya cipta satu rekod peribadi buat diri sendiri.

ahh sebenarnya aku dalam mood hiatus lagi ni.setelah lama aku tak menjenguk blog usang ni jauh sekali updet entri baru, so aku rase entri ringkas tak cukup sifat ni cukup memadai dijadikan pembuka kata merangkap 'pembuka mood' untuk aku menulis kembali.insyallah ada cerita aku rajin2kan diri menaip dan memerah keringat untuk merapik di dunia fana blogging ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...