Saturday, April 30, 2011

Ape Dah Jadi Dengan Scene Local Film?


sebenarnya gua nak menaip pasal epik cerita paling fail pernah gua tonton di wayang semalam iaitu PENUNGGU ISTANA tapi sorang membe gua, kucai yang same2 totnton dengan gua cerita ni dah review pasal cerita ni dalam blog dia.review dia pasal cerita ni cukup jujur macam ape gua rase - kelaut dan serius fail ! gua rase cerita nak menipu penonton macam ni tak perlu ditayangkan kat wayang.buat penonton rase nak terajang pintu masuk wayang kuat2 lepas abes tonton.harga tiket RM 11 buat makan dinner plate kat KFC lagi awesome rasenye.lain la kalo macam cerita paranormal activity.even ia sebuah cerita dokumentari tapi tak la nampak sangat unsur2 nak klepet dan 'lawak'.kalo nak menipu,menipu sampai orang percaya kita tak menipu.cis wakena beb ! ape la nak jadi dengan mutu scene local film sekarang ni.beza dengan scene cerita dulu2.even zaman p ramlee tak ada efek CGI yang gempak,tak ada tayangan trailer mengalahkan titanic atau tak ada barisan pelakon berdenyut2 macam lisa surihani atau nora danish tapi cerita dulu still tak bosan even dah tengok lebih 20 kali.itu beza cerita dulu dengan sekarang.masterpiece ! gua rase kalo p ramlee hidup lagi sekarang ni,dia pun geleng kepale tengok scene local film.lumpuh tunggu masa untuk mati.

pernah sampai satu masa gua jadi jaded nak tonton local film.tak kire la kat tibi heboh2 menggila promosi atau sehebat mane pun review dalam internet.only one word - no way ! those bullshit not enough strong to make me 'stim' ! mostly benda macam ni semua jauh panggang dari api.bukan gua ni tak mahu support local film ke ape.gua tak ada masalah langsung nak support scene local film.macam2 cerita dari pelbagai pelusuk negara gua dah tengok.tak kira la dari iran,UK,spain,brazil mahupun area2 middle east sekalipun.semua gua bole layan dengan syarat jalan cerita dia sedap.jangankan cerita panjang, alangkah cerita pendek yang tak popular dan tak masuk wayang pun gua bole layan,so no wonder la local film yang ada depan mata dan heboh diperkatakan gua tak bole nak layan.sebenarnya bukan tak mahu support cume gua dah naik serik.benda2 bersangkut paut dengan serik ni biasenye orang tak akan buat lagi.cukuplah sekali dua then terus tak nak dah.sebab tu gua cakap awal2,sampai satu mase scene local film buat gua jadi jaded.gua penat nak melayan 'kerenah' scene local yang bagi gua dah lumpuh tunggu masa nak mati je.satu masa dulu,bersepah sepah cerita pasal rempit keluar panggung.ada sampai bergado2 sesama director pasal kes curik2 scene or plot cerita.ini namenye bengap.mane tak timbul isu2 macam tu.dah bersepah2 cerita rempit so of course la plot cerita pun berkenaan rempit.dan bile bercakap pasal rempit,memang tak lari dari scene lumba,kejar mengejar,pukul sana sini.so no wonder la semua cerita pun akan ada plot cerita yang lebih kurang sama macam tu.so ape hal tibe2 nak keluar isu pasal curik2 scene kan?kalo tak mahu timbul isu2 curik mencurik ni,kenape dari awal2 tak buat cerita yang bukan ada bersangkut paut dengan rempit.kalo gua jadi director seriously dari awal2 gua dah tong sampahkan cerita pasal rempit2 ni.

nak buat cerita ni tak perlu nak ada efek CGI yang gempak2,tak perlu nak makan belanja besar2,tak perlu cari pelakon yanga ada nama or kata pasarnya 'popular'.ape ada pada popular?bile lu popular orang puja,bile lu dah tak popular orang lupa.macam tu je permainan popular ni - simple.tak ada ape pun yang gahnya dengan popular pada gua.tapi dah menjadi budaya orang kite banyak menilai orang seni atas nama popular bukan atas nama bakat.tambah lagi kalo ada rupe.terok macam mane pun bakat,ada muke memang bole 'pergi'.no wonder la orang masuk program realiti kalo ada rupe even bakat tak berape sangat bole 'pergi'.seriously,gua sangat minat dengan denzel washington.mamat ni muke memang tak ada,tapi dia ada bakat berlakon.dan tak ada masalah gua bole minat hampir semua lakonan dia.tak plak gua menilai dia sebab popular.gua rase dia jauh lagi popular dari shahizey sam.kalo kat malaysia lu muke pecah rumah,even ada bakat tak ke mane sangat la der.eh ape lancau gua boleh ajuk cakap adnan sempit.at least sebab adnan sempit la si shahizey sam ni dinobatkan bintang anugerah popular berita harian 2010.dapat kereta dapat rumah.gua jadi adnan sempit ape gua dapat?habuk pun tak dapat.ceh gua tengah bercerita pasal local film.jauh tersimpang.macam ape gua cakap, budjet,para pelakon,atau efek2 ni kire bonus.yang penting jalan cerita dan mesej yang nak disampaikan.bukan cerita yang semua nak nampak gempak tapi sampah belake.gua sampai sekarang tertunggu tunggu cerita seterusnya dari afdlin shauki.just one word for him - freaky in brilliant ! last gua tengok cerita mamat ni dekat wayang ialah papadom.memang gua sangat berpuas hati.tak rugi pelaburan tiket gua untuk cerita ni.blend yan cukup cantik dan awesome.ada unsur lawak,sinis,nasihat dan yang penting ada mesej positif pada penonton.cerita cuci sekalipun.still ada unsur2 lawak yang seperti kebiasaanya tapi still ada mesej berguna disebaik cerita tu.kadang2 gua rase kesian dengan penonton local scene.pada gua cerita yang sampah2 pun diorang bole claim cerita tu best giler,sedap giler dan sewaktu dengannya.ape yang bestnya pada diorang?adakah sebab yang berlakon tu farid kamil atau fasha sandha?ahh kalo sebab tu cerita bole jadi best gua rase mentaliti penonton local film dah kene virus.lagi terok dari virus trojan.ada orang heboh2 rekomen 'best giler cerita A ni.aku baru lepas tengok dekat wayang dengan awek aku tadi.serious best ! baik ko pergi tengok..' aku tanya cerita ape?dia cakap jangan pandang belakang congkak.gua pulak jenis yang tak mahu cepat melatah.gua amek cerita ni dari sorang membe dan tengok kat laptop.lu orang tau..tak sampai 10 minit gua dah tekan "X" kat atas hujung kanan GOM player.sampai sekarang gua tercari cari ape yang bestnya yang heboh diperkatakan penonton2 filem local.sudah2 la dengan lawak sold out begini.kadang2 sampai naik pelik gua.eh ke gua yang pelik?

mood gua masih bengang lagi lepas kene 'wakena beb' semalam.ni semua gara2 trailer yang konon gempak la padahal sampah giler babi.dengan gua sekali kene klepet.buat sesuatu tindakan berkiblatkan emosi adalah sangat tidak elok sebenarnya.so, gua nak cakap awal2 yang segala benda yang gua menaip ni bukan berlandaskan emosi tapi luahan jujur dari ape yang gua lalui,gua perhati dan gua alami.gua sangat kecewa dengan scene filem local sekarang ni.gua cukup bimbang kalo2 mentaliti penonton local film jahanam dek cerita yang entah ape2 sampai tak tahu nak beza mane satu cerita yang ada kualiti dan sebaliknya.menjelmalah wahai p.ramlee alaf baru.itu je harapan gua buat local film sekarang ni.yang lain sudah mati.maafkan saya scene local film.

Thursday, April 28, 2011

Kemarau #2 - Bebas

gua mendongak memandang ke langit.kelihatan awan nampak tenang walaupun dalam suram.langit jarang menipu.kalau gelap ia,maka akan turunlah hujan.sesekali berderum bunyi guruh.petanda awal rezeki bakal turun barangkali.dijadikannya langit untuk hidupan alam berteduh dari terik mentari.sesungguhnya ciptaan tuhan penuh dengan hikmah yang tersembunyi.cuma manusia yang malas nak cari ape yang disembunyikan oleh tuhan disebalik setiap kejadiaannya.dari jauh gua perhatikan gunung2 yang berkabus dilitupi hutan tebal yang menghijau - indah walaupun hanya sekilas pandang.mustahil manusia yang maju perabadan mampu mencipta semua ini.sesungguhnya ciptaan tuhan tiada tandingan.

petang ni gua rase bebas sangat - bebas dari segala macam kesibukan dunia.pagi tadi last presentation.terase beralih beban batu yang selama ni duduk bertenggek atas kepale.fuh ! buku ilmiah gua campak atas tilam,beg kuliah gua gantung kat kerusi,diari gua biarkan terbengkalai atas meja, seluar gua biarkan tersidai dekat ampaian.gua nak rase nikmat bebas walaupun hanya untuk seketika.kebiasaanya ape yang dilalui untuk seketika waktu lebih kita hargai berbanding ape yang dilalui saban hari,berbulan-bulan,bertahun-tahun atau sepanjang hayat sekalipun.sunyi, sepi dan tenang menyelubungi segenap pelusuk bilik.cuma bunyi ketukan halus papan kekunci tatkala menaip yang memecah kesunyian petang ni.alah..gua dah terbiasa dan terlali pun dengan sunyi2 ni.manakan tidak.sepanjang 4 tahun pengajian,hampir 2 tahun setengah jugak gua hidup tak ber-roomate.so boleh bayangkan la macam mane hidup bercakap sorang2 untuk hiburkan hati sendiri.bukan giler tapi belajar - belajar terima hakikat yang langit tak sentiasa cerah,dunia tak sentiasa ceria.

bersambung...

Wednesday, April 27, 2011

Kemarau #1 - Pantas

petang semalam cuaca sedap2.panas tak hujan pun tak.angin petang pun sepoi2 bertiup terjah masuk melalui jendela.hutan bersebelahan bilik gua seperti biasa - jarang sunyi dari riuh rendah dengan bingitan gerombolan sang monyet- bising dan nampak garang.mungkin itu petanda mereka marah atau sedang berusik sakat sesama sendiri.enta gua pun tak tahu yang sebenarnya.kalo manusia tahu dialek monyet,mungkin dah lame gua mengerti dan terjemahkan.tapi apelah sangat ilmu manusia kalo nak dibandingkan dengan maha pencipta.bagai galaksi di petala langit dengan keranda 7 kaki bawah pusara.sangat kontra dan tiada tandingan.

gua yang seperti kebiasaan petang cume berbaring bawah kipas sambil ditemani tiupan angin kipas yang seperti ingin bawa masuk bersama ke alam khayalan.sungguh asyik barangkali pukulan manja angin kipas pada waktu petang sebegini.kalo betul2 dinikmati bole membangkitkan nostalgia.ini mungkin rasional kenapa gua suke amek mood petang cara begini. sesaat dua gua pandang salah satu propeler kipas yang sedang ligat berputar.gua cube tenung dan 'follow' putaran propeler yang satu itu.makin lame gua tenung makin sakit mata dibuatnya.kire2 kelajuaan kipas ni dah jejak maximum speed.anak mata gua pun ikut sama berpusing cuma tak sampai tahap pening2 lalat je.sambil2 gua tenung kipas tu,terdetik sesuatu dalam hati gua.ye, kate hati tak akan pernah mati.dalam suasana tenang sebegitu hati gua berbisik 'jangankan masa saje yang laju berputar,dalam sedar tak sedar semua benda memang tengah laju berputar'. gelek gerudi inul pun lebih laju 'berputar' kalo nak dibandingkan dengan gelek dangdut mas idayu.kalo tak jangankan bole lekat nama gerudi.lumrah alam jugak berjaya membuktikan kerja2 menggerudi kebiasaanya dibuat dengan laju bagi dapatkan momentum dan impak yang besar.ahh ape kaitan gerudi plak ni.melalut jauh pulak gua ni.berbalik cerita asal,yes gua admit benda2 tu semua.bagi gua memang mase cepat berlalu meninggalkan manusia yang sentiasa dalam kerugian mengejar masa.bile kire2 semula, gua rase sekejap sangat dah nak masuk bulan ramadhan semula.padahal sedar tak sedar, terase baru saja kite meninggalkan bulan ramadhan yang lalu.memang benar kata hati.manusia bukan pengejar masa yang agung.

lembu kalo tak ditambat dia akan berjalan tanpa haluan.mungkin ke arah jalan yang selamat atau sebaliknya.nasib kalo lembu tu berjalan sendiri ke arah bendang tapi apa akan terjadi bile lembu itu mati dianggar lori?adakah itu jugak dikira ke arah yang selamat?sudah semestinya ianya tidak selamat apetah lagi terlihat jasad lembu yang awalnya sihat,gemok dan elok ciptaanya sudah hancur digilis lori di atas muka jalan.macam tu jugak la dengan manusia yang duduk dia atas muka bumi yang sama tapi dengan haluan yang berbeza - hidup ke arah yang selamat atau sebaliknya.kadang2 sambil baring2 tu gua terfikir ape jadi kat gua ni bile 10 tahun akan datang.adakah gua macam ape yang gua fikirkan sekarang.masa tetap akan berubah.januari 2011 tetap tidak akan sama dengan januari 2014.mase remaja tak akan pernah sama dengan tua, nikmat sihat tak akan dirase bile sudah jatuhnya sakit.freshie yang baru masuk alam universitas pun tak akan same perwatakan dengan senior yang dah faham selok belok alam universitas.kehkehkeh ! owh ye, bile cakap pasal alam universitas ni, kire2 tak sampai sebulan je lagi gua dah nak tamatkan alam ni.secara selayang pandang, sisa 4 tahun pembelajaran gua dah dekat sampai ke penghujungnya.rase macam baru sebulan dua gua masuk belajar dulu.pejam celik pejam celik dah nak dekat abes.pantas sungguh masa berlalu.lepas ni gua pasti akan rindukan alam ni - alam yang banyak buat gua kenal erti hidup,sape gua dan perangai manusia yang bermacam beza.betol cakap cikgu tuisyen bahasa inggeris gua dulu. "nanti awak dah abes sekolah,dah merantau tempat orang, baru awak akan faham dengan dunia.masa tu la awak akan kenal bermacam2 ragam orang.sekarang ni memang awak tak mengerti sebab awak pun kenal dengan orang yang rata2 awak dah kenal sejak dari zaman sekolah rendah lagi.." yup.sekarang gua dah separa mengerti.maybe pengertian itu akan lebih luas lagi bile gua meniti alam pekerjaan pulak.biasa lah.hidup kan satu proses pembelajaran.

bersambung...

Tuesday, April 19, 2011

Bile Berseloroh Pasal email


ramai orang cakap sekarang zaman fesbuk.nampak tak urban bile tak ada fesbuk.time zaman mespes dulu pun keluar statement macam tu.begitu jugak time tengah kemaruk berfrenster.gua yang time tu haram jadah tak tahu pasal laman2 sosial ni pun bole terjebak same.tapi gua admit frenster memang bikin gua cepat muak.kalo mespes bole handle lagi.sebab dulu aku create mespes pun sebab nak add profil band2 independent je sambil dengar,download lagu2 diorang airplay kat profil page diorang.sekarang je dah tak cool.nak 'curi' lagu2 gune IDM pun dah tak lepas.tapi gua still bole curi lagi lagu dari mespes.ada la cara dia..

ahh lupekan kejap pasal laman2 sosial.bukan niat gua pun nak menulis pasal benda alah tu.sebenarnya gua nak berseloroh pasal email.bukan ape sangat pun email ni kalo nak dibandingkan dengan fesbuk yang memang tengah tembak langit sekarang ni.sikit2 fesbuk sikit2 fesbuk.zaman sekarang ni bukan macam dulu.orang surf internet 1st diorang buat - check email.mostly time tu pun contact through email.mane ada lagi zaman2 laman sosial.bertapa bertuah dan advancenye zuckerberg society sekarang ni.even email sekarang ni dah terlalu kuno kalo nak compare dengan fesbuk,gua tetap admit email jugak mainkan peranan penting.yela..kalo nak tackle awek through email memang la nampak tak urban kan.kalo nak tackle awek kat fasbuk even belom kenal mane but still ada picture, nak geli2 lebih2 pun tak ada hal.ni kalo pakai email kepale hanguk dia nak nampak muke,elak feel pun tak bole datang.

seingat gua,gua ada email pun mase nak create frenster dulu.lame dah.tahun 2006 kalo tak silap.kalo tak sebab gua terjebak dengan frenster,memang sampai kiamat la gua tak tahu macam mane nak buat email, nak gune email.gua cume ada satu email je.yes gua ingat..agak konsisten jugak gua bukak mespes,fesbuk,yahoo messenger,tagged dengan pakai 1 email.so lu orang bole bayangkan la macam mane email gua bole berlambak lambak dengan notification dari laman2 sosial.memang hell banyak dia.jejak berpuluh ribu ! sampai tak larat kepale hotak nak bukak,belek bace satu persatu.kadang2 orang send email kat gua pun,bukan main payah nak cari email yang dihantar tu.maklumlah dah bercampur banyak2.macam nak tangkap seekor tikus yang tersesat kat ladang gandum - nasib bole tangkap bile terjumpe,nasib tak dapat tangkap bile terlepas.

baru2 ni gua bukak lagi satu email.ni pun sebab dah terpakse lepas salah satu account laman sosial aku kene hacked.celake betol sape punye kerja ni.abes dia godeh profil gua.tulis benda bukan2, letak gambar bukan2.cis hawau betol ! lepas gua tukar email baru,baru diorang tak dapat hack account gua.so sekarang ni gua dah bole manage 2 account email serentak.tak la padat sangat email gua yang satu tu.kalo tak sebelum ni semua nak sumbat ke situ, mau tak senak kawan tu.actually gua ada reason nape gua tak mahu create banyak2 email ni.bukan malas ke ape.tapi seriously gua ni memang pelupe terok.dulu blog ni hampir tinggal terbengkalai sebab gua lupe email & password.nasib gua try & error last2 dapat jugak ingat.tu pun makan mase try & error. begitu jugak dengan beberape laman sosial yang lain.kebanyakan memang gua loss.gua rase kene ada la satu program yang bole kite save email & password dan at the same time kite bole view in case kite terlupe.sebab gua dah banyak kali kene macam tu.tu pasal la gua prefer stick pada 1 email yang gua paling setia bersama - xzaipangx@yahoo.com

baru2 ni kerajaan ada sediakan 1 email percuma untuk 18 juta rakyat bawah konsep 1 malaysia.gua ingat ada lagu 1 malaysia je,rupe2nye email 1 malaysia pun ada jugak.giler babi jugak 1 malaysia ni.no wonder la one of cafe kat universitas gua bole jual air cedok pakai name air 1 malaysia.tapi ada bagus jugak depa buat konsep email 1 malaysia ni.tujuan diorang nak memudahkan komunikasi rakyat dengan pihak kerajaan.of course la.kate rakyat didahuukan pencapaian diutamakan.so gua rase dah ngam la tu dengan konsep email 1 malaysia ni - rakyat pun jadi mudah nak kontek dengan kerajaan.harap2 lepas ni tak ada la gua dapat surat naik mahkamah la,surat saman trafik melalui pos laju la (ini memang celake.nganjing ke ape?) at least gua yang ada hutang dengan PTPTN ni pun senang nak check belen hutang.or kalo gua nak pergi kursus pra kahwin pun senang nak ekjas.jangan mengade2 kalo nak deal lembu korban pun nak pakai email.memang nak kene pelempang.

last word, gua harap email 1 malaysia ni ada benefit dia buat rakyat dan berjaya dilancarkan.gua tunggu email gua.harap2 dapat pangkal name yang cantik2 :p pada sape2 yang rase nak kontek gua tapi still malu2,bole direct terus ke email gua yang baru roseofpain88@yahoo.com.insyallah gua reply nanti.jangan malu2.alangkah dulu awek scotland pun gua layan,inikan pulak awek2 malaya.no wonder la gua tak layan.kahkahkah !

Friday, April 1, 2011

Bila Pen Bertemu Kertas


PTS publications memang cool ! tak sangka sorang coursemate gua dalam senyap2 dah jadi penulis.

Menuju Kehadapan



kalo mood tengah tak berape sedap & sedih2,ada elok jugak play lagu ni.lagi ngam time matahari nak tenggelam dekat2 masuk senja.sambil baring sorang2 pandang siling,bukak kipas full speed & pasang lagu ni memang feeling dia lain macam.bole lupe sementara pada segala macam masalah yang tengah melanda.memang berpuaka lagu ni.lagi angker dari nabilla villa !

serious gua tak tipu.benda2 serious macam ni gua jarang nak melawak..

notakaki : mirae = menuju kehadapan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...