Saturday, January 29, 2011

Barang Baik Kene Kongsi

last aku tulis entry ni mase bulan ogos 2009.sekarang dah nak masuk bulan febuari 2011.makan setahun lebih jugak la beza masa entri tu dengan entri the latest ni.ternyata walaupun dah makan tahun,aku stil ingat lagi dengan 'wasiat' dalam entri tu.

***
bagaikan menanti buah tak gugur,pencarian mp3 band punk rock lagenda air sick pilots telah temui jalan buntu.sebarang bantuan pun tak berjaya disumbangkan.lebai google,soulseek dah puas digodeh.tapi hasilnya tak nampak jugak.

lepas pakat2 dengan abang aku,kate sepakat dicapai.sebuah radio pemain kaset telah dibeli.jename meck harga tak sampai RM 100 ! dah tu je satu2 radio pemain kaset yang ada kat kedai tu.dari kan tak ade,beli la jugak.

bertindak DIY dengan buat line in rekording gune mp3 creative abg aku yang disambung pada radio meck tadi.cut & edit2 sket gune software kat pc dan hasilnye agak memuaskan la.

so all punk rocker,copy je link kat bawah ni & paste kat new tab window korang kalo nak download mp3 band ni.

band : air sick pilots
album : are flying high
origin : singapore
genre : fast punk rock !
label : first stance records
released : 2000

tracklist :
http://www.mediafire.com/?e3jqifweywaunmx
http://www.mediafire.com/?g69c8ajenj9ct77
http://www.mediafire.com/?p4ujbbsxmy3rd5u
http://www.mediafire.com/?p98urbd1eqjj6xx
http://www.mediafire.com/?ksh2snjrox4ikcb
http://www.mediafire.com/?4dfp4j8v9mjbc4r
http://www.mediafire.com/?r9l7e3n7hq3y4d2
http://www.mediafire.com/?i6o2kcpqu5i9qdg
http://www.mediafire.com/?zbo7u7385b27mb7
http://www.mediafire.com/?wbxc6qzx8r1u8vt
http://www.mediafire.com/?1b26uxkhbj4l6wo

cover :
http://www.mediafire.com/imageview.php?quickkey=2yfkpko8rbz8o3e&thumb=4

Friday, January 28, 2011

Melancap Lebih Mase?Oh Tidak...

internet kat umah memang superb.speed dia punye pergi memang kencang.blogwalking pun heaven rasenye.time blogwalking,enta macam mane bole terjebak dengan jadah ni pun aku tak tahu.lepas usha2 line nampak benda ni bukan melancap lebih mase (MLM).MLM2 ni memang faking la.walaupun terjumpe benda alah ni secara random,dengan yakin & berani aku sign up.hidup kalo nak random mesti mau berani ye tak?

lepas bace FAQ,konsep benda alah ni simple je.korang kire macam advertiser la.keje korang tolong promotekan je advertiser kat mane2 (facebook,blog or twitter ke) then dapat la sket komisien if ada yang klik banner korang tu.tak perlu la nak tergile2 cari upline downlline or ape jadah lagi line.lebih kurang macam tu la permainan dia.

ala just for fun.nak target sampai 40 juta jadi partnership dr rozmey la.kahkahkah !

Tuesday, January 25, 2011

Cerita Sekolah #1 : Histeria

hari ni aku berpeluang belek2 akhbar berita harian kepunyaan kolej.ikutkan hati nak je aku bawak naik terus ke bilik.baru datang feel nak membace.tu pun kot2 ada muke artis2 berdenyut berbikini ke.kalo setakat belek2 pic bik mama je nak buat ape.kalo kucai dia suke la.dari satu helaian muke surat ke satu helaian muke aku belek.senario pilihanraya masih hangat dan panas.felda tenang masih belum tenang agaknye.paling tak bole blah kisah restoren tertinggi kat dunia - at mosphere kat dubai.ini bangang.double bangang - ape jadah nak makan pun kene naik tinggi2.lagi menyusahkan adalah.ahh sekarang ni semua nak buat tinggi2,nak hebat2,semua nak tunjuk kote.sekali tu aku terbace kisah ni.ye kisah dekat temerloh yang menyaksikan seorang budak tingkatan 3 yang terkena histeria dan cube nak mengugut terjun dari bangunan sekolah.ceh ! ini memang betol2 kes rare.setakat histeria jerit2,terajang pintu,cekik kawan2 tu dah perkara biase.tapi kes terjun2 bangunan ni memang brutal dan jarang keluar paper.jangan kate ustaz mengucap panjang,bomba pun same2 beristigfar.

histeria dengan budak2 sekolah memang tak dapat dielak.umpama budak terejal dengan cikgu disiplin.kalo sebelum2 ni pun bersepah2 kisah budak2 sekolah kene histeria masuk paper tapi sampai ugut2 terjun bangunan sekolah belom ada lagi kot.even aku tak pernah jadi mangsa histeria time kat skolah dulu,tapi aku banyak simpan memori bile sebot pasal histeria ni.lagi satu kebiasaanya cerita2 seram histeria ni banyak kene kat budak2 yang duduk asrama berbanding budak2 sekolah harian.adik aku banyak kali bercerita dekat mak aku pasal membe asrama dia kene histeria tiap kali cuti balik umah.ceh ! tapi jangan kate kat sekolah harian tak banyak kes histeria beb.aku ni yang sekolah harian pun penuh kisah2 serangan histeria ni.

* kau giler ape ingat ni back diving stage..

ok ceritanya macam ni.mase aku form 4 dulu,kelas aku ditempatkan kat blok yang paling old school berbanding blok2 yang lain mase tu.tapi2 se-old school blok tu tak ada terbiar sampai berkulat dinding or sampai bilik kosong jadi pot budak2 main pakau.tak ada la sampai jadi macam tu.still in control dan dijage.cat dinding pun kerap tukar.kelas2 yang kosong tak digune pun masih dijage,dibersihkan.memang tak nampak scary pun blok tu kalo dipandang sekali imbas dengan mate kasar.blok yang same jugak dihuni budak2 form 6 dan officially jadi blok untuk budak2 form 6 sejak2 sekolah aku bukak intake budak2 form 6 iaitu mase aku form 3.kire baru jugak la intake form 6 time tu.naik bulu la budak2 time tu nak usha2,nak berkenalan dengan akak form 6 yang rata2 berdenyut2 dan bergetah2.buah rambutan kalo ranum masak ni sedap beb berbanding buah rambutan yang mude2.tak faham kau pergi blog serius obe.kahkahkah !

so sejak kemasukan budak2 form 6 ni,blok yang dulunya banyak kelas2 kosong ni dah dipenuhi dengan akak2,abang2 senior.so time ni la banyak kes2 histeria jadi.ape yang masih aku ingat,mostly histeria berlaku pada hari jumaat dan majoriti mangsa yang kene of course akak2 form 6 ni tadi.pandai benda tu pilih mangsa.nak yang ranum2 sedap2 masak je.terjerit2,terpekik2,pengsan sane,pengsan sini.memang macam2 style.macam2 ikhtiar ustaz dan pihak sekolah - buat bacaan yassin lain,bagi minum air yassin lain,panggil ustaz2 yang tahu ilmu2 ugama ni lain.tapi kes serangan histeria kerap jadi jugak time tu.

scene histeria kat sekolah aku time tu memang dasyat.ish dasyaaaaaat ! benda ni memang kerap kali jadi.bole buat cerita seram bersiri kalo dikumpulkan dari episode awal sampai akhir.kadang2 dalam seminggu mesti ada sorang dua kene serang histeria.tak payah nak pelik kalo tibe2 terdengar budak terjerit2,terpekik2.so time tu ramai la keluar kelas sebok2 nak tengok.cikgu disiplin pun tak terkate ape dah.serious memang kerap berlaku.bole kate tiap2 minggu ada kene serang histeria dan mostly hari jumaat.kadang2 gua naik pelik jugak.kenape hari jumaat jadi selected day budak nak kene serang histeria.kenape bukan hari isnin atau hari khamis.banyak teori konspirasi yang timbul tak kire dari mulut budak2 atau cikgu2.ada cakap ni semua bawaan dari budak2 form 6 dari sekolah lame depa,yang cakap benda tu terase terancam lepas tempat dia kene hijack dengan budak2 form 6 ni.actually kat blok tu ada sebuah tandas lame yang dah tak digunakan lagi.sejak tandas baru dibina,tandas lame ni terus sepi tanpa 'pengguna'.makan tahun jugak tandas lame ni tak beroperasi.start aku masuk form 1 lagi tandas lame ni dah tak digunakan.so kire makan lebih 4 tahun la tandas ni terbarai macam tu je.mungkin tandas lame ni yang dicop pot hijack tu barangkali.start form 5 kelas aku dah tukar ke blok lain.budak2 form 6 masih lagi kat blok old school tu.tapi mase aku form 5 dah tak ada sangat dengar2 budak kene serangan histeria2 ni.kire dah cool la scene2 histeria time ni.tak la se-brutal mase aku form 4 dulu.ustaz pun dah bole senang mengajar,guru besar pun dah tak penat kaki turun naik tangga.kire everything dah back to normal dan under control.sejak dah lame tak jadi budak sekolah ni,aku memang dah tak tahu kes2 serangan histeria ni ada jadi lagi ke tak.maklum la.dah lame tak pergi sekolah.warna seluar sekolah pun dah lupe.haha..harap2 la tak ada lagi kes2 serangan histeria ni hendaknye.

cis bile kenang2 balik zaman sekolah memang macam2 cerita.tak kire dari seram,seronok,duka,tragis dan bermacam2 lagi.ape barang pergi sekolah masuk kelas dengar cikgu mengajar,pergi library study add math balik kelas pergi prep.tak happening la jadi budak sekolah macam tu kan.ok nanti rajin aku sambung lagi cerita sekolah #2.selamat !

p/s : 'won't you believe it?it's just my luck.no recess ! you're in high school again - kurt donald cobain'

Monday, January 24, 2011

5 PAGI

sekarang ni jam dah menunjukkan pukul 5.25 pagi.suasana kat luar memang tenang dan sunyi sambil diselangi bunyi cengkerik yang sesekali memecah keheningan pagi.dari tingkap bilik aku dapat melihat hanya terdapat sebiji dua jiran depan bilik aku yang masih terang biliknya.kebanyakannya dah light off menandakan sedang ramai yang masih dilena mimpi barangkali.aku yang terjage pukul 5 tadi terus tak bole nak pejamkan mata.dah pakse2 pun tak mau pergi jugak.last2 aku bangkit dari katil.give up punye pasal.sejak dua menjak ni aku kerap kali jugak terbangun jauh2 pagi.aku pun tak tahu la kenape.nak kate ada rase benda pelik tak ada pulak.kene nightmare pun tak ada.tapi enta la...yang peliknye aku selalu sangat terjage sekitar pukul 5 pagi macam tu.bukan hari ni je.tapi dah banyak kali aku perhatikan.ok aku tak mahu fikir bukan2.kalo besok terjage jugak aku buat dek je.

Sunday, January 23, 2011

Bile Berseloroh Tentang Sticker


lepas isyak tadi telefon gua berbunyi.nada dering i'll do anything dendangan jason mraz berkumandang menandakan ada mesej masuk.aku pun tekan button open message.siol number tak kenal.ahh ! aku memang menyampah nak layan number2 yang tak kenal ni.

dia : salam..ni abg black kan?

aku pun reply (dalam hati 'ceh ! kenal adik aku rupenye.mesti mamat ni tak silap orang..')

aku : wslm.aah..sape ni?
dia : ak la,haziq.bdk SSP yg jmpe ko kat busstop hr tu,ingt x?

cibs haziq mane plak ni.celah bustop mane plak aku terserempak dengan mamat ni?memori aku benar2 tak mampu nak recall sape bayangan disebalik nama haziq ni.

aku : haziq mane ek?
dia : dpan fkm..time tu ko ada presentation.tp dtg lambat.ak nak mintak tlng wat sticker kereta..sem ni je,sem dpn aku dah bole buat sendiri.bleh x?

owh bile dia mention dalam mesej macam tu baru aku dapat recall sape haziq ni.rupenye mamat ni junior aku time sekolah dulu merangkap junior course aku.bermatian jugak aku cube nak recall sape membe gua si haziq ni.

***

actually si haziq ni baru 1st year.time aku jumpe dia tempoh hari dia frehie lagi.baru masuk alam universitas.masih merasakan nak break the rules tu adalah dosa besar.sekarang ni dia dah masuk semester 2.kat universiti aku ni ada 1 rules.bagi sape2 yang baru 1st year memang tak dibenarkan bawak transport sendiri.dengan kate lain bile masuk 2nd year barulah dibenarkan bawak kancil,c70,scrambler,vespa,bulldover,kren atau toe truck sekalipun.mase aku jadi 1st year student lagi aku dah tak berape setuju dengan rules ni - membataskan pergerakan ! kau bayangkan la.nak pergi kelas susah,nak pergi makan susah,nak pergi beriadah susah,nak pergi dating pun lagilah susah.semuanya bergantung kat perkhidmatan bas yang kadang2 tak punctual.kene beramai2,berhimpit2,kejar2 mase semata2 nak gunekan perkhidmatan bas.sirius leceh ! tu pun bas biase limit2 sampai pukul 9 malam.lepas tu kala ada urgent or emergency case mane gelabah nak cari transport.peh memang sengal ubi la sape yang create rulez yang menyusahkan macam ni.macam la budak2 1st year tu tak tahu nak memandu kenderaan bermotor.

so bile membe aku tadi tu mintak tolong gunekan nama aku untuk daftar sticker kereta dia,so aku pun teringat kisah2 lame aku dulu.actually aku time semester 2 dulu dah bawak motor even secara illegal masuk U tanpa sticker.awal2 aku pun goyang jugak takot2 kene tahan dengan guard time nak masuk U.kalo guard dah tahan tanya sticker mane,then kat motor or kereta tak ada sticker memang alamatnya nak terima surat cinta la.tak payah cakap banyak.lebih2 lagi time tu bole dikatekan tiap2 weekend aku balik rumah.so probability aku nak kene saman memang agak tinggi la berbanding kalo aku pakai moto setakat dalam kawasan kampus je.time tu aku rase nilai sekeping sticker tu dah macam passport untuk melepasi imegresen nak masuk ke singapura.lebih kurang macam tu la perumpamaanya.ada sticker even ko rembat pun dah cukup manis la time tu..ahh tapi time tu aku gamble je.nasib la kalo kene saman ke ape.yang penting aku memang fade up dah nak tunggu2 bas ni.aku pun ada reason kenape aku bawak moto time tu.mase semester 1 memang bas official transportation aku.korang bayangkan la aku terpakse keluarkan duit hampir RM30 untuk tambang 2 hala pergi balik ke rumah-universitas.dah la makan mase nak tunggu bas.kalo nasib tak baik kene berdiri lebih kurang 45 minit dalam bas untuk perjalanan pulang ke rumah.beza dengan ride motor.tuang minyak full tsnk RM5-6 dah bole lepas balik rumah.mase pun tak banyak wasting dengan menunggu bas yang maha membosankan.

alhamdulillah sepanjang 1 semester tu aku memang tak penah sangkut dalam road block yang dibuat pak guard.pandai2 nak lari bile jumpe road block dalam U.nak hidup punye pasal.kene tahan dengan guard mase tu memang ada tapi kantoi pasal sticker memang tak ada.mase dah masuk 2nd year baru aku start daftar sticker dan officially jadi legal driver.hehe..dan sepanjang 4 tahun study kat sini,cume mase 2nd year je aku mendafter sticker.masuk 3rd year dan sekarang ni dah final year haram tak penah daftar langsung.taktik2 nak lepas dari kene tahan dengan guard semua dah dalam kocek.tak perlu mengucap2 panjang lagi dah time facing dengan guard depan enterance gate.ape yang perlu dibuat cume angkat tangan je bile lalu depan post guard.aku dah curahkan ilmu2,petua2,taktik2 ni dekat membe aku tu.dengan harapan dia dapat la jugak curahkan ilmu ni pada membe2 1st year yang lain.tapi tengok tindak tanduk dia masih ragu2,takot2 lagi dengan ajaran aku ni.takpe aku faham.budak2 1st year memang suci dan mudah rase berdosa bile break the rules.aku pun dulu penah rase macam ape dia rase.teringat kate cikgu tuisyen aku dulu 'a fierce dog once was a little puppy..'

p/s : start entry ni aku dah tak pakai 'gua,lu'..aku pakai 'aku,kau'.ok?

Friday, January 21, 2011

Matematik Sekolah Rendah

sejak2 elaun masuk ni,penting jugak buat kertas kire2.kang sedap2 asyik cucuk duit,last2 nak keluar RM 10 pun tak lepas.penah kene macam tu?dilemma jugak nak buat keputusan beli sebiji gadget ni.fuhh !

RM 4000
- RM 350
__________
RM 3650
- RM 100
__________
RM 3550
__________

****

#1st choice : laptop HP

RM 3550
- RM 2299
__________
RM 1251
__________

ape yang ok?
- laptop sedap dah.spec sume cantik.tak perlu nak tokok tambah ape2 dah..

ape yang kureng ok?
- takot lari budget.peh mane duit makan,duit konvo,duit stimboat tambak,buku hutang.sakit jugak nak survive bile balance saving tinggal sekerat tu je.

#2nd choice : laptop dell inspiron - free DOS.

RM 3550
- RM 1699
__________
RM 1851
__________

ape yang ok?
- memandangkan ianya free DOS,so secara tak langsung bole banyak saving berbanding 1st choice tadi.ala install window senang je.modal CD windows pirate pun paling2 RM 20 !
- balance saving pun masih di tahap separa selamat.tak perlu sangat nak ikat2 perot.tapi kene jugak hati2 bile berbelanje.

ape yang kureng ok?
- seriously spec dia bole tahan cantik sebenarnya.tapi tak la secantik HP tadi.

#3rd choice : kalo susah2 sangat sebiji ipod touch 32GB pun jadi la.hehe..

RM 3550
- RM 850
__________
RM 2700
__________

ape yang ok?
- alang2 harga ipod touch pun dah turun,baik jugak kalo berangan2 angkat sebiji teros.ipod lame pun dah jahanam.
- duit konvo lepas,makan nasi kukus pun tak yah berkire sangat.cume jangan boros sangat je la.

ape yang kureng ok?
- 3550 atau 2700?.ahh siot la bile banyak sangat fikir2 antara 2 ammount ni.
- tak merase laptop baru.rase2 ipod touch dah cukup ke nak ubat 'perit' tak dapat laptop baru?

Tuesday, January 18, 2011

Kota Singa


care jugak kalo ada sekeping pic berlatar belakang merlion park ni.buat2 simpan jadi kenangan.

***

dah lame gua pasang angan2 nak pergi kota singa.even gua ni stay johor,tapi gua memang tak penah lagi berpeluang jejakkan kaki ke sane.sepatutnya semester ni dah plan baik nak pergi.tapi nampak gaye kali ni macam terpakse bersandar pada kenangan lagi la jawabnye.buat mase ni,status kewangan seakan tak mengizinkan.lagi sekali gua highlight 'terpakse'.

gua ada bace beberapa entry (klik sini dan sini) berkenaan short trip mamat ni ke kota singa dalam blog dia.nice review plus snap shoot cun2.tapi statement dia just spend RM44 = $18 singapore dollar je untuk ke singapore memang betol2 bakar line.terase menebal plak passion nak ke sane.aihh !

Monday, January 17, 2011

Ok Gua Update

cerita #1 : '2'

kadang2 bile umor dah meningkat ni,rase macam dah perlu buat perubahan..
kalo sebelum ni selalu sangat terlepas yang '2' tu,maybe sekarang dah bole latih2 diri sket2 jage '2' tu even kadang2 termiss or terlajak jugak untuk yang ke '2' tu.
alasan2 klise seperti liat bangon dan kesejukan keheningan pagi yang super duper ngam bile ada selimut rasenye dah tak releven untuk dijadikan penyebab.

cerita #2 : elaun

dah masuk minggu ke 3,duit elaun masih sangkut dan tak masuk2.tak macam semseter2 lepas.cepat dan mesra pengguna.tapi semester kali ni,depa buat perangai sampaikan isu elaun ni jadi topik hangat dibualkan kat kedai mamak.dengar2 elaun masuk lepas tahun baru cina.means ada 2 weeks more untuk survive.ceh tak konsisten langsung ! pc fair yang baru2 berlangsung tu pun bagi gua fail.buat pc fair time belom masuk elaun.ingat kalo elaun dah masuk bole la usha2 kot2 ada yang berkenan terus sambar tapi hampeh.gua yang merancang nak beli laptop pun terpakse hold dulu.time ari tu lepak2 ngeteh kat mamak,membe gua ada berbunyi

'eh JPA ni dah la masuk duit lambat.pastu masuk la lebih sket..'

ye gua faham.sampai gua pun dah fade up nak pergi check balance saving kat ATM.memang benar penantian tu satu penyeksaan.yang tak sedapnye time sesak2 macam ni la terbayang2 stim boat tambak,prosperity burger la.memang betol2 bakar line.


cerita #3 : akaun facebook

sekarang ni dah mule ada yang jaded dengan facebook.facebook makin hari makin membosankan dan sedikit sebanyak banyak curi kehidupan gua.tergerak jugak tempoh hari nak deactivate or nak permenantly delete account.satu benda gua consider bile nak delete facebook - susah nanti nak contact membe2.last2 fikir punye fikir gua cancel nak delete or deactivate account.sekarang ni dah tak releven lagi contact gune email.dulu2 bole la contact through email time mark zuckerberg belom sunat lagi.kalo bukak yahoo mail,memang penuh notification2 feedback dari laman sosial.jejak berpuluh atau mungkin beratus ribu.ahh sekarang zaman berfesbuk.faham2 suda.sekarang ni pun kalo online malas dah nak jengok2 sangat.biar je.kalo tak serious leka.sedar tak sedar paling2 cikai pun makan sejam dua mengadap menatang tu.so sekarang ni adalah lebih baik belajar nak manage mase dari terus menerus terkene candu facebook.

cerita #4 : lonely ranger

masuk semester ni dah 4 kali gua duduk single.means dalam total 8 semester,dah 4 semester gua tak ada roomate.memang gua tak penah duduk single room.bilik double tapi duduk single memang mengundang macam2 feeling.mostly bile dah lonely ranger ni buatkan kite lebih kerap terfikir tentang macam2 benda di sekeliling kite.beza bile kite dikelilingi suasana meriah kawan2 sebilik atau serumah yang berbagai ragam sehinggakan kadang kala buatkan kite terlupe sejenak dengan masalah kite.stay singe banyak mengajar kite mengenal diri kite sebenarnya.seriously gua rase benda tu sepanjang 4 semester gua stay single.one of them gua lebih menjadi diri sendiri & tak hipokrit.kalo ada roomate kadang2 lu jadi orang lain.lebih2 lagi roomate lu tu tak rapat or tak sekepale dengan lu.mesti lu rase macam terbatas or terpakse cover2 nak take action.tapi bile stay single,kite akan jadi lebih jujur dalam membuat tindakan dan selesa untuk jadi diri sendiri.

cerita #5 : diari seorang lelaki

ni bukan diari seorang lelaki lagu pretty ugly tu.dan bile bercakap pasal lagu ni,teringat memori time kat matrix dulu sebab lagu ni pun meletop2 time gua kat matrix.ceritanya macam ni.one day before dinner kelas gua,sorang budak kelas gua ni mintak tolong gua tuliskan lirik lagu ni.oh ye time matrix dulu aktiviti2 surf internet memang terbatas.laptop pun tak ada lagi time tu.so gua memang totally tulis lirik tu based on ape gua dengar.actually gua pun main pakai hentam je.sebab gua tak berape hafal pun lirik dia.bait2 lagu pun gua fail especially bile nak masuk part bridge.on the dinner,tibe2 diorang prank gua dan suruh gua nyanyi lagu tu.siap bagi lirik yang gua tulis tu.bagger ! mati2 gua tak tahu gua kene prank macam tu.ingat diorang saje2 suruh gua tulis lirik tu.time perform amek kau ! lirik ke mane,tune ke mane,sampai part bridge gua lost.haha..teringat2 balik buat gua gelak sorang2.ok actually gua tak pernah pun tulis diari before this.sepanjang 22 tahun,never ! on besday ari tu,buah hati ada kasi hadiah.berserta sekali dalam tu sebuah diari.so dah name diari pun diari muslimin 2011,so ape jadah gua nak peram sampai 2012.so gua pun gunekan la sebaik mungkin.even ni 1st experience dalam life,tapi banyak jugak benda gua belajar dari entiti bernama diari ni.gua jadi lebih menghargai moment2 dalam kehidupan.kalo before this kerap terlepas pandang pada benda2 remeh dalam kehidupan harian,tapi sekarang ni gua lebih appreciate benda tu sume.tak kire la dari yang remeh temeh sampailah yang heavy mane sekalipun.dan bile ada diari ni,gua dapat rase yang sekarang ni gua senang lupe.kadang2 nak recall ape yang berlaku semalam pun susah.banyak benda nak difikirkan barangkali.yeah i'm old but i'm happy..

p/s : figura tak ada kene mengena.saje letak buat amek mood.

Wednesday, January 12, 2011

Menyesal


pc fair dah start berlangsung kat U gua yang dijangka selama 3 hari bermula hari ni.mule2 gua tak tahu pun ada pc fair.tengok2 depan dewan sri meranti (DSI) memang ramai orang.ingat ada ape2 event korporat.so gua buat dek jela.sampailah gua terpandang satu poster.belek2 punye belek,tenung punye tenung,owhh pc fair rupenye.mati2 gua ingat event korporat.

petang tadi pergi usha jap.saje2 je nak tengok barang2.nak beli memang tengah kering.duit elaun pun belom masuk.enta ape kes plak kali ni lewat masuk.tak macam semester2 lepas.sengsara jugak gua dibuatnya.kunjungan memang ramai.agak meriah jugak la kali ni mostly among student2.barang2 pun bole tahan.baru2 ni abg gua ada beli sebiji external hard disc toshiba 500GB berharga RM230.tapi gua nampak model same,harga cume RM 185 ! banyak jugak beza.sayang abg gua dah beli awal.kalo tak dah lame gua rekomen.eksesori komputer pun bersepah.membe gua sempat sambar sebiji keyboard HP just RM10.begitu jugak dengan laptop dan pc - acer,dell,sony,toshiba,ISUS dan HP.

lepas dah bosan pusing2 dalam tu,gua pun keluar dengan sedikit rase menyesal dan dilemma.serious gua menyesal pergi pc fair ni.serious rase macam nak terajang pintu DSI tu kuat2 tanda protes.pc fair kali ni memang betol2 buat gua tak senang nak tido malam ataupun sedikit sebanyak kaco stim gua time berak nanti.actually gua bukan beriya sangat nak pergi pc fair ni.ala setakat barang2 tu gua rase biase2 je dan bole dapat kat kedai2 komputer taman U.pc fair tahun lepas pun gua tak pergi.melainkan la kalo gua memang betol2 tengah cari barang komputer.salah satu sebab yang betol2 buat gua beriya2 nak pergi pc fair kali ni adalah sebab gua nak usha2 laptop sebab gua bercadang nak beli laptop baru semester ni.laptop old school gua tu masih sihat dan gagah lagi sebenarnya.baru2 ni pun gua baru upgrade RAM dia.dah kurang sket makian bertalu gua mase tunggu loading musang berapi.dah sedap pun dan tak la slow macam dulu.even gua sayang lagi kat laptop yang rata2 cakap old school gaban ni (model lame kot.budak2 U gua pun tak ada pakai jenis old school macam ni melainkan gua) tapi gerak hati gua seperti menyuruh gua cari penggantinya.dah tiba masa gua melepaskan dia pergi - 'kalo sayang tinggal2kan' semalam gua baru pergi usha2 laptop kat taman U.gua dah aim sebiji.dalam RM21xx.tapi bile fikir2 balik macam overlimit.kalo overlimit pun cadang2 gua angkat je yang RM 16xx.tadi time usha2 kat pc fair gua bole plak berkenan kat sebiji sony vaio yang harga dia cecah RM23xx.watdahel ! lagi la bikin gua overlimit.gua pulak jenis kalo dah berkenan gua memang nak teros grab.kalo tak gua akan menyesal dikemudian hari.tu la satu bad habit dalam diri gua yang gua pun tak berape nak suke.actually gua suke kat sony vaio tu pun sebab screen dia 15" berbanding acer 14" yang gua usha semalam.dan ni la reason kenape gua beli acer old school gua ni yang mempunyai screen 15" berbanding rata2 laptop time tu yang kecik2 molek screennye.screen besar baru layan nak tengok movie.kalo membe nak tumpang laptop layan blue pun tak berat hati.kah kah kah !

ahh sekarang ni perasaan gua memang tengah berkecamuk.menyesal pulak gua pergi pc fair kali ni.lebih baik gua pergi semayang asar kat mesjid sultan ismail (MSI) depan dewan tu tadi :p ahh menyesal pun dah tak gune.nasi dah jadi bubur.


Tuesday, January 11, 2011

Waktu Pejabat

IM mengejut pagi2 bute dari sorang membe.

***

dia : wei awal online?selalu waktu macam ni dok membongkang lg.

gua : aku ada kelas sebenarnya pukul 8.

dia : dah tu?

gua : terlajak bangun siot.

dia : hahahaha..osman tikos keje mencopet pn start pkul 8.x lewat,ikut wktu pjbt.hahaha..

gua : hahaha..

Monday, January 10, 2011

Disclaimer



ari tu gua ada dengar mak gua main video lagu ni kat youtube.dengar2 sekali imbas macam gua penah dengar lagu.tapi macam kelentong plak gua dengar lagu2 oldies era mak gua.ingat punye ingat last2 baru gua dapat tangkap ni lagu dalam cerita hantu kak limah balik rumah kalo tak silap.ala dalam scene johan makan meggi dengan usop tu.

terus gua search youtube kot2 ada trailer hantu kak limah balik rumah yang ada scene johan dengan si usop makan meggi.tapi hampa.last2 gua terjumpe la video bawah ni.yes ! siap ada lagi main lagu soley soley ni dalam video tu.memang tepat jangkaan gua lagu ni memang lagu dalam filem hantu kak limah balik rumah - scene johan dengan usop makan meggi.terus gua search 'middle of the road - soley soley mp3 mediafire' dan terus download.layan jugak soley soley ni.buat2 layan jiwa petang2 pun menarik jugak.heh !

Friday, January 7, 2011

Basikal

kadang2 bile tengok orang berbasikal ni,naik sangap plak kaki nak mengayuh.ahh ! kalo JPJ tak bagi green light amek lesen awal,gua rase scene basikal masih meriah lagi kot sekarang ni.

- BMX

-chopper


-mountain bike


gambar atas ni tiga model standard basikal kat malaysia.ahh ketiga2 model basikal tu gua dah ada dan penah bawak time sekolah dulu.sekarang ni je tak active main basikal.kalo dulu memang berhantu.sanggup abeskan duit raye semate2 nak bikin basikal.last2 hilang jugak kene rembat.

tapi model ni gua memang tak penah ada dan tak penah merase feel bawak dia macam mane.

sayang seribu kali sayang trend fixies bike ni tak muncul time scene basikal tengah jadi kegilaan budak2 basikal zaman gua dulu (tak macam sekarang,semua dah main motor je) memang sekarang ni tengah trend fixie bike.baru2 ni gua turun melake ada terjumpe segerombolan budak2 fixie bike sane.kalo kat johor ni memang la selalu jumpe.kat KL jangan cakap la.

'zai, lu xnak main fixie bikes??haha... - jimmy neutron'


p/s : kalo diberi peluang kembali ke masa silam,gua tak akan lupe nak berbasikal semula.siyes !

Monday, January 3, 2011

Facebook Dan Zuckerberg Society



kemasyuran laman sosial facebook telah berjaya menjadikan mark zuckerberg seorang billinionaire paling muda di muka bumi ni.kalo nak tahu lebih lanjut pasal kreativiti mamat ni dan macam mane terciptanya facebook sehingga berjaya tenggelamkan empayar tom anderson better korang tonton sendiri the social network.yes gua admit laman sosial yang tak stereotype or tipikal macam facebook dengan pendekatan 'open crossing' untuk sape2 pemegang title zuckerberg society memberi comment terbuka telah membuatkan ramai yang berpaling arah pada facebook dan melupakan sejenak laman2 sosial yang lain seperti myspace,friendster,tagged mahupun Hi5.

hampir semua laman sosial yang disebutkan tu gua ada.cume dah tak berape nak aktif macam facebook.dah macam satu kemestian asal click musang berapi - di lebai google search,word pertama yang akan ditaip ialah facebook ! dan gua yakin ramai yang begitu.gua pun dah lupe bile gua sign up buat account profil fesbuk.kalo tak silap mase semester 5 dulu iaitu setahun setengah yang lalu.yela..benda free kan.bukan kene bayar pun nak sign up menatang ni.dan menjadi zuckerberg society membuatkan ramai yang berjaya dengan misi masing2 sama ada nak cari kawan2 lame yang dah lost contact,kawan2 sekolah,kawan baru or maybe for those yang tengah nak cari awek or balak - cinta siber ! begitu juga dengan diri sendiri yang telah berjaya dipertemukan dengan ramai kawan2 lame yang dah lost contact dan tak lupe jugak dengan kawan2 baru yang cool.bagus jugak ada facebook ni.memandangkan ramai sekarang dah beralih kepada facebook dan secara tak langsung menjadi zuckerberg society menjadikan proses mencari kenalan nampak lebih mudah.

tapi melalui pemerhatian,ada segelintir zuckerberg society yang menjadikan facebook bukan sebagai laman sosial untuk mencari kenalan dan rakan tetapi menjadikan ia sebagai medium menambah lawan - serang hendap,tumbuk rusuk dan tikam belakang.watdahel ! korang bayangkan la.lu orang update status facebook yang santai2 dengan tak ada niat nak kaco sape2,then tibe2 ada sorang dua badigol yang terus melulu menyerang dengan comment2 yang pedas dan betol2 tepek ke batang hidung sendiri.ape korang orang rase?padahal korang tak kaco pun dia berak or dia nak tackle anak dato sekali pun.padahal status korang tu rilex2 santai je tanpa diajukan pada sape2.umpama lu tuan rumah then tibe2 tetamu datang buat rumah lu macam rumah sendiri tanpa segan silu nak memaki tuan rumah.eh rase macam nak terajang pintu bilik kuat2 kan?sorang membe gua dah fade up nak bersosial di facebook gara2 badigol2 macam ni.asal dia update status facebook,tibe2 ada la badigol2 yang 'dengki' ni comment menyerang.kalo tak bersetuju pun tak payah la nak terus menyerang melulu dengan keluarkan statement yang bikin orang naik panas kan.dah la masuk 'rumah' orang tak beri salam,pastu nak buat onar plak.sape tak panas kan?actually gua pun alami situasi yang same bile ada sorang badigol2 ni kurang bersetuju dengan gua dan terus melulu kuarkan statement yang kurang sedap dibace.tapi gua siang2 dan malas nak amek kesa sangat dengan badigol2 macam ni.tak kuase la nak gado2 kat facebook.awal2 gua raise white flag ! i'm not those keyboard warrior ! and one more things, gua nak cari kawan bukan lawan.

kadang2 bile dah jadi macam ni,gua rase system 'open crossing' facebook ni tak berape relevan jugak sebab bole menyebabkan percanggahan,pertelingkaran dan juga lebih parah permusuhan sesama rakan sendiri.penah dulu gua perhatikan sorang friends gua yang dok bermaki hamun bergado dekat facebook.padahal yang dia dok maki hamun tu pun kawan sendiri merangkap membe gua jugak.sampai remove2 friends sendiri.hey come on la ! kalo dah private sangat macam myspace pun lame2 cepat bosan tapi bile dah open macam ni lain pulak jadinye.sebab tu gua suke update status yang santai2 tanpa nak terjah or tujukan ayat pedas pada sape2.kalo setakat nak bergurau pun berserta dengan ayat pancing 'hehehe..' 'kah kah kah !' or 'hahahah...' words ni jugak la yang banyak menyelamatkan keadaan sebenarnya.tak la nampak sangat keterlaluan kat situ.

pasti ramai yang tak ada masalah bile bersosial dalam facebook termasuk la diri gua.gua rase kretiviti mark zuckerberg banyak baiknye.selain medium cari kawan,facebook jugak dah jadi medium expand bussiness,penyebaran info terkini,medium politik mahupun sesi melepaskan tension bersama mafia wars atau farmville.tak lupe jugak pada yang tagged or invite ape2 event macam undangan majlis kawin,flyers event2 or gigs,reunion party dan tak lupe jugak gosip2 liar.ni semua benefits yang kite nampak melalui penggunaan facebook.tapi tu la..perangai sesetngah zuckerberg society yang bikin panas dan buat onar membuatkan someone macam membe gua tadi fade up nak bersosial dekat facebook.come on la.bak titah si mark zuckerberg 'dengan adanya facebook,manusia lebih mudah untuk berhubung dan berkomunikasi' bukan dengan adanya facebook kau bole tunjuk hero,kau keyboard warrior or kau hang jebat ! kalo facebook dah tak berfungsi sebagai laman mencari kenalan dan rakan,abes tu ia nak berfungsi sebagai laman menambah lawan ke ape?ini laman sosial ke laman sah-sial?

p/s : 'when you give everyone a voice and give people power, the system usually ends up in a really good place. So, what we view our role as, is giving people that power - mark zuckerberg'

Jangan Tido Lewat

habit tido lewat time cuti semester telah terbawak2 sampai balik kampus.semalam gua susah giler nak tido malam sebab dah terbiase tido lewat mase cuti semester tempoh hari.

akibatnya gua miss kelas pagi ni sebab bangun lewat.runsing jugak kepale bile tak dapat tido malam ni.kalo time cuti rilex2 kat umah tak pe lagi.bangun2 lewat pun tak ada mende nak buat kat umah.masalahnye semester baru dah buka.dah kene sibok2 pagi2 pergi kelas.

***

check2 timetable semester baru tadi.tengok2 cume hari rabu je kelas start pukul 8.tersenyum lebar gua menyalin timetable tadi :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...