Sunday, January 23, 2011

Bile Berseloroh Tentang Sticker


lepas isyak tadi telefon gua berbunyi.nada dering i'll do anything dendangan jason mraz berkumandang menandakan ada mesej masuk.aku pun tekan button open message.siol number tak kenal.ahh ! aku memang menyampah nak layan number2 yang tak kenal ni.

dia : salam..ni abg black kan?

aku pun reply (dalam hati 'ceh ! kenal adik aku rupenye.mesti mamat ni tak silap orang..')

aku : wslm.aah..sape ni?
dia : ak la,haziq.bdk SSP yg jmpe ko kat busstop hr tu,ingt x?

cibs haziq mane plak ni.celah bustop mane plak aku terserempak dengan mamat ni?memori aku benar2 tak mampu nak recall sape bayangan disebalik nama haziq ni.

aku : haziq mane ek?
dia : dpan fkm..time tu ko ada presentation.tp dtg lambat.ak nak mintak tlng wat sticker kereta..sem ni je,sem dpn aku dah bole buat sendiri.bleh x?

owh bile dia mention dalam mesej macam tu baru aku dapat recall sape haziq ni.rupenye mamat ni junior aku time sekolah dulu merangkap junior course aku.bermatian jugak aku cube nak recall sape membe gua si haziq ni.

***

actually si haziq ni baru 1st year.time aku jumpe dia tempoh hari dia frehie lagi.baru masuk alam universitas.masih merasakan nak break the rules tu adalah dosa besar.sekarang ni dia dah masuk semester 2.kat universiti aku ni ada 1 rules.bagi sape2 yang baru 1st year memang tak dibenarkan bawak transport sendiri.dengan kate lain bile masuk 2nd year barulah dibenarkan bawak kancil,c70,scrambler,vespa,bulldover,kren atau toe truck sekalipun.mase aku jadi 1st year student lagi aku dah tak berape setuju dengan rules ni - membataskan pergerakan ! kau bayangkan la.nak pergi kelas susah,nak pergi makan susah,nak pergi beriadah susah,nak pergi dating pun lagilah susah.semuanya bergantung kat perkhidmatan bas yang kadang2 tak punctual.kene beramai2,berhimpit2,kejar2 mase semata2 nak gunekan perkhidmatan bas.sirius leceh ! tu pun bas biase limit2 sampai pukul 9 malam.lepas tu kala ada urgent or emergency case mane gelabah nak cari transport.peh memang sengal ubi la sape yang create rulez yang menyusahkan macam ni.macam la budak2 1st year tu tak tahu nak memandu kenderaan bermotor.

so bile membe aku tadi tu mintak tolong gunekan nama aku untuk daftar sticker kereta dia,so aku pun teringat kisah2 lame aku dulu.actually aku time semester 2 dulu dah bawak motor even secara illegal masuk U tanpa sticker.awal2 aku pun goyang jugak takot2 kene tahan dengan guard time nak masuk U.kalo guard dah tahan tanya sticker mane,then kat motor or kereta tak ada sticker memang alamatnya nak terima surat cinta la.tak payah cakap banyak.lebih2 lagi time tu bole dikatekan tiap2 weekend aku balik rumah.so probability aku nak kene saman memang agak tinggi la berbanding kalo aku pakai moto setakat dalam kawasan kampus je.time tu aku rase nilai sekeping sticker tu dah macam passport untuk melepasi imegresen nak masuk ke singapura.lebih kurang macam tu la perumpamaanya.ada sticker even ko rembat pun dah cukup manis la time tu..ahh tapi time tu aku gamble je.nasib la kalo kene saman ke ape.yang penting aku memang fade up dah nak tunggu2 bas ni.aku pun ada reason kenape aku bawak moto time tu.mase semester 1 memang bas official transportation aku.korang bayangkan la aku terpakse keluarkan duit hampir RM30 untuk tambang 2 hala pergi balik ke rumah-universitas.dah la makan mase nak tunggu bas.kalo nasib tak baik kene berdiri lebih kurang 45 minit dalam bas untuk perjalanan pulang ke rumah.beza dengan ride motor.tuang minyak full tsnk RM5-6 dah bole lepas balik rumah.mase pun tak banyak wasting dengan menunggu bas yang maha membosankan.

alhamdulillah sepanjang 1 semester tu aku memang tak penah sangkut dalam road block yang dibuat pak guard.pandai2 nak lari bile jumpe road block dalam U.nak hidup punye pasal.kene tahan dengan guard mase tu memang ada tapi kantoi pasal sticker memang tak ada.mase dah masuk 2nd year baru aku start daftar sticker dan officially jadi legal driver.hehe..dan sepanjang 4 tahun study kat sini,cume mase 2nd year je aku mendafter sticker.masuk 3rd year dan sekarang ni dah final year haram tak penah daftar langsung.taktik2 nak lepas dari kene tahan dengan guard semua dah dalam kocek.tak perlu mengucap2 panjang lagi dah time facing dengan guard depan enterance gate.ape yang perlu dibuat cume angkat tangan je bile lalu depan post guard.aku dah curahkan ilmu2,petua2,taktik2 ni dekat membe aku tu.dengan harapan dia dapat la jugak curahkan ilmu ni pada membe2 1st year yang lain.tapi tengok tindak tanduk dia masih ragu2,takot2 lagi dengan ajaran aku ni.takpe aku faham.budak2 1st year memang suci dan mudah rase berdosa bile break the rules.aku pun dulu penah rase macam ape dia rase.teringat kate cikgu tuisyen aku dulu 'a fierce dog once was a little puppy..'

p/s : start entry ni aku dah tak pakai 'gua,lu'..aku pakai 'aku,kau'.ok?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...