Wednesday, December 29, 2010

Made In China



murah,kurang berkualiti,cepat terbarai,senang ditong sampahkan,master copycat & ramai orang senang kene klepet.tu description yang bole diberi bile sebut product2 made in china.

dulu time tengah giler mp3, gua pun penah jadi mangsa klepet barang made in china ni.time tu memang tak fikir la barang china ke hape janji dapat mp3 dah cukup manis.tak sampai 3 bulan pakai,mp3 tu dah terbarai.ceh ! dah terhantuk baru tersedar.cukuplah sekali.

baru2 ni (tak ada la baru sangat,makan sebulan dua jugak dah) kat tempat gua ada buat phone fair.memandangkan tempat gua ni memang jarang ada event or ape2 jenis fair (melainkan fun fair) so kire phone fair ni dapat menarik ramai orang datang.serious crowded giler ! ada la sorang membe ajak usha2.gua on je.sampai kat sane, bertimbun2 tag 'iphone murah !,blackberry murah !' kalo harga iphone kat situ sebiji bole dapat RM250-RM400 berbanding harga iphone ori yang cecah riban2, ceh watdahel la kan.then ape lagi.naik meroyan la orang2 yang dah lame mengidam nak pakai iphone tu.tak kurang juga beberapa kenalan yang sama beli dek tertipu dengan iphone made in china ni.pakai satu hari besok dah ada problem.message tak bole send la,tak bole call la, wi-lan tak function la.kene sorang kenalan ni lagi la.dia punye iphone china yang baru beli ada problem.then nak mintak tukar dah tak bole.dealer cakap kene tambah duit kalo nak tukar yang baru.ah memang sah la dah kene klepet.yang sedihnya ramai yang kene klepet tu majoritinya melayu.

gua penah bertekak dengan sorang membe pasal barang china ni memandangkan sikap membe ni yang 'asal bole pakai' tanpa fikir mutu dan kualiti barang yang dibeli.setakat murah tapi pakai sekejap dah terbarai tak gune jugak kan.baik la keluar duit lebih sket beli barang yang ada kualiti asal puas hati dan dapat gune barang tu lebih lame.kualiti tak semestinya yang branded kan.laptop acer still ada kualiti even tak la sebranded sonny vaio atau apple macbook.same je beli barang murah.then rosak nak kene beli lagi.kat situ je dah nampak pembaziran.kepuasan tak dapat tapi duit kene keluar.

tak semua product china ni terbarai dan tak ada kualiti.kalo tengok product china macam haier still ada kualiti dan lepas SIRIM.umah gua pun pakai toaster haier.sampai sekarang steady je buat roti bakar.produk made in china yang dimaksudkan ialah yang cap ayam (tak ada brand) sebab gua penah terbace yang produk2 cap ayam ni sebenarnya dibuat dari recycle material.contoh mesin basuh yang dah rosak terbarai akan dilonggokan.pekerja akan pilih mane komponen yang masih elok lalu diasingkan untuk digunapakai semula.komponen2 ni akan dibawa ke kilang untuk dipasang pada casing mesin basuh yang baru.dah terciptalah sebuah mesin basuh yang 'baru' then dijual laris macam goreng pisang.

p/s : 'in the end, the customer doesn't know or care, if you are small or large as an organisation.she or he only focuses on the garment hanging on the rail in the store - Giorgio Armani'

Monday, December 27, 2010

Kasih Atan #3

dah lame jugak gua tak menyentuh pasal kesihatan.dalam entri sebelum ni gua penah menyentuh pasal isu kesihatan yang sedikit terjejas semasa sedang buat latihan praktikal dulu iaitu hidung selsema dan berair diikuti dengan bersin yang tak berkesudahan.sampaikan straight 1 hari kat kilang dari masuk keje sampai balik keje tak renggang dengan sapu tangan.kalo ikutkan hati memang nak sumbat dalam2 hidung ni dengan tisu.panas hati bile hidung berair tak henti2.

masa buat latihan praktikal jugak, gua terpakse facing satu masalah berkaitan isu kesihatan.actually gua facing benda alah ni dah lame pun.sejak dari sekolah rendah lagi kot.cume gua je yang buat dek tak mahu layan.at first ingat benda ni masalah biase dan tak perlu nak amek kesa sangat.last2 benda ni melarat2 time memburuh lepas SPM dulu then sampailah gua buat praktikal tempoh hari.masalah yang gua alami ialah cepat berpeluh.tapi yang peliknya gua cepat berpeluh dekat area muka.yup start dulu peluh mesti kat area muke berbanding badan yang jarang begitu jugak dengan kaki atau tangan.gua pun naik hairan.asal gua bergerak sikit,buat keje sikit mula la peluh keluar kat muke.sampaikan budak2 kilang tego sebab diorang ingat gua ni nervous ke hape.padahal bukan sebab nervous pun.rase steady je kot.so benda ni sedikit sebanyak mengganggu gua nak buat keje time tu.yela,maksud mengganggu tu bile gua nak buat keje, nak betulkan mesin time tu lah jugak nak kesat2 peluh dengan sapu tangan.belum masuk yang usha2 semacam.memang la tak selesa nak berkerja macam tu.tapi gua bersyukur sebab peluh ni tak la busuk or masam.at least tak ada la keluarkan bau2 yang buat orang lagi kurang senang.tu yang gua bersyukur sangat.

last2, gua bukak internet cube search ape symptom berkaitan or penyebab yang sebabkan gua kerap berpeluh kat area muke berbanding kebiasaan orang yang cepat berpeluh dibahagian badan.gua buka forum,search health center,wikipedia.last2 gua dapat tahu yang masalah kesihatan ni dinamakan hyperhidrosis



gua bace sume then baru gua tahu.benda ni ada kene mengena jugak dengan gen.adik gua yang bongsu tu pun ada jugak symptom ni.adik gua pun cepat berpeluh kat tangan.gua penah pergi farmasi tanya ada ubat tak untuk kurangkan rembesan peluh kat certain area badan.orang farmasi tu cakap buat ape nak slow down kan rembesan peluh.lagi berpeluh lagi bagus.banyak toksik keluar la, lagi sihat tubuh badan la enta ape lagi orang farmasi tu cakap.dia tak tahu side effect orang yang tanggung seksa ni macam mane.mungkin akak tu tak faham ape individu penghidap hyperhidrosis ni tanggung.time bace forum lagi la buat gua tersentap.ada sorang akak tu comemnt, dia keje dalam pejabat air cond pun boleh berpeluh.peh lagi parah ! tu tak masuk yang rase malu time nak bersalam sebab tapak tangan dia kerap berpeluh.yang kene sindir lain.ramai jugak la yang berkongsi masalah hyperhidrosis yang mereka alami.mostly semua nak tips or cari jalan alternatif nak settlekan masalah kesihatan ni.tak kurang juga yang meluahkan perasaan sebab masalah ni buatkan diorang hilang keyakinan diri bile berdepan dengan orang ramai.dari ape yang diorang luahkan,kongsikan tu same dengan je dengan ape gua rase macam ape yang entri ni panjang lebar luahkan (highlight last sentences dalam first paragraph..) terngiang2 kate2 mak gua 'sape nak dapat sakit.semua orang tak nak sakit.tapi kalo tuhan dah nak kasi sakit, kena la redha disamping ikhtiar cari ubat nak sembuhkan sakit kite tu..' ye gua faham,gua rase.

Gud Luck Malaysia !



gua memang puji corak permainan antara malaysia lawan indonesia semalam.gua tak sabar2 nak tengok final match malaysia-indonesia rabu ni.harap2 malaysia boleh main macam semalam dan sekaligus bawak balik piala suzuki.berakhirlah hendaknya kemarau 16 tahun piala suzuki..

Saturday, December 25, 2010

The Queers


selain green day, band ni jugak ada potensi boleh pergi.track catchy dan banyak part sing along.even suare si vokalis tak lah semerdu billie joe armstrong tapi still sedap untuk didengar.lirik diorang pun ok.give a try for them guys..



Yeah, I was thinking that my life was all through
But now it ain;t since I got you
Oh honey don't, don't you be so cool
Stick with me, I'll stick with you
Yeah, you taught me wrong from right
And now I brush my teeth every night
Oh honey don't, don't you be so cruel
Stick with me, I'll stick with you
I used to think some girls were really the most
But I know better now

Is this infatuation or just my imagination...
I'm daydreaming my life away 'cause of you

Yeah, I love the funny clothes that you wear
And the little things you do to your hair
Oh honey don't, don't you be so cool
Stick with me, I'll stick with you
I used to think some girls were really the most
But I know better now
I always wished I always hoped
And they always let me down
So don't say maybe 'cause I need you baby now

Is this infatuation or just my imagination...
I'm daydreaming my life away 'cause of you

Friday, December 24, 2010

Mood Hari Natal



setiap kali menjelang perayaan christmas, gua tak pernah miss tonton home alone 1 & 2.home alone 3 & 4 gua rase biase2 aje tanpa lakonan mantap mccaulay caulkin.

tadi gua berpeluang tonton cerita terbaru lakonan jack black iaitu gulliver's travels.even cerita ni tak ada kene mengena atau bersangkut paut dengan mood hari natal tapi memandangkan gua memang 'berhantu' dengan cerita2 lakonan jack black, gagahkan la jugak diri meredah lautan manusia yang crowded & pack nak mampos tadi.maklum lah besok cuti.plus malam ni christmas nite.mane yang keluar celebrate christmas,keluar dating dan tak kurang jugak bersama keluarga.gua terpakse bertolak2 tadi nak naik lif sebab dah crowded sangat sampai kene tunggu 2 kali lif turun naik baru dapat masuk lift.

'waiting for gulliver's travels is like waiting for ejaculation' itu yang ditulis kat status fesbuk berbulan2 dulu sebelum cerita di keluar cinema.kini, ejakulasi itu sangat nikmat untuk dinikmati.gulliver's travels - memang puas hati dan berbaloi tonton cerita ni.kalo bagi 1 choice vote cerita paling cool 2010, yes gua akan pilih gulliver's travels ! dari the pick of the destiny, saving silverman, year one, envy, nacho libre dan paling diingati the school of rock sampai lah turn gulliver's travels, semuanya tak pernah kecewakan halwa visual gua.plot cerita relaks2 la dulu.pergi wayang bawak awek or balak then beli 2 tiket couple seat dan duduk concentare tonton.

serius gua penat hari ni.tak ada mood nak menulis sangat.oh ye, besok gua pasti akan tonton home alone 1 & 2.so, selamat menyambut hari natal for those christian.

tata..

Thursday, December 23, 2010

Memories

sisa2 cuti semester tinggal lagi berapa hari je lagi.mood excited waktu awal2 cuti makin lame dah makin kurang.sejak membe2 dah ramai berkerja, nak kumpul ramai2 duduk semeja chill pun dah agak susah.maklum lah orang dah bekerja.so mane yang masih study dan same2 tengah cuti semester je la yang ada nak ajak mengeteh.

baru2 ni sorang membe lame ada balik cuti.lame jgk la tak nampak batang hidung membe sorang ni.maklumlah cari rezeki kat tempat orang.jauh plak tu.so bile dah dapat chance nak lepak same, memang la tak disia2 kan.bermacam2 cerita yang dibualkan.tapi kan dalam banyak2 yang dibualkan bab cerita kisah2 zaman skola jugak paling menyeronokkan.

gua dah 5 tahun tinggalkan alam persekolahan.dulu time skola, kerap kali dengar mak gua cakap

'mak kalo dapat nak masuk skola balik..'

ceh ! dulu time skola tak la rase sangat.tapi bile dah lame tinggalkan alam ria sekolah, baru lah dapat rase macam ape mak gua rase.sekarang baru gua faham kenape orang2 yang dah tak bersekolah ni asyik 'rindu' nak ke skola.

p/s : tak usah cepat melatah bile buat sesuatu yang kite rase annoying pada waktu sekarang sebab berkemungkinan besar ia akan buat kite tersenyum pada masa akan datang.

Friday, December 17, 2010

6-15-18-5-6-20 7-21-13-16

'mama always said life was like a box of chocolates'

forest gump - sebuah cerita arahan Robert Zemeckis yang diterbitkan pada tahun 1994 yang sekaligus melonjakkan nama tom hanks dalam lakonannya dalam filem ini.sebenarnya gua bukan nak mengulas or nak review panjang lebar pasal cerita forrest gump kat entri kali ni.just sort of it.rasenye ramai yang dah tengok filem ni dan mostly dah tahu jalan cerita dia macam mane - sorang mamat bernama forrest gump yang modalnya cuma duduk di sebuah bench sambil memakai pakai kemeja kot lengkap,dengan kasut nike putih sport yang kotor dengan sebuah briefcase kat sisi dan tak berhenti2 melabon pasal kisah kehidupannya.ye, jalan cerita dia memang simple tapi tak se-simple cerita 2 alam.this simple is brilliant ! setiap cerita yang mamat ni semangat melabon semuanya tak penah membosankan.dari seremeh2 bulu ayam yang terbang sampailah pada se-heavy time perang dan scene ronald keagen,JFK mahupun john lennon.2 jam lebih concentrate terpaku menonton.awesome !

ok kalo korang tengok scene awal2, mak dia tetap hantar dia pergi sekolah even mamat ni ada kelemahan IQ.lagi parah, mamat ni bukan je ada masalah IQ, tapi dia jugak ada physical disability.tulang kaki dia tak kuat untung menyokong pergerakan.so, terpakse pakai braces kaki.disebabkan ni, dia sering jadi bahan jenaka dan mangsa buli.sampailah satu masa dia dapat lari dari budak2 yang dok suke membuli dia sampailah braces kat kaki dia pecah.dan start dari tu, mamat ni jadi the great runner.yes great runner yang kene diberi arahan untuk berhenti dari berlari.kalo tak ada arahan stop 'sampai bile2 dia akan terus berlari tanpa berhenti sehingga berasa penat.haha..kelebihan ni membolehkan si forrest ni dapat biasiswa untuk mewakili diri untuk team american football universitinya.banyak try dilakukan oleh forrest sekaligus membantu team american footballnya meraih kemenangan even gua bantai gelak tengok larian mamat ni yang nampak tegak dan nak belok pun kene mesti tegak jugak.haha..

lepas tamat pengajian di universiti, si forrest ditawarkan jadi tentera.semasa berkhidmat sebagai tentera mamat ni ada berkawan dengan seseorang yang dia anggap dah mcm true blood dia.'you're my best buddy i've bubba..' tu lah kata2 forrest gump pada bubba, rakan sepasukan tenteranya yang 24/7 dok melabon pasal udang (shrimp) dengan si forrest sampailah hembusan nafas terakhir bubba yang mati di medan pertempuran walaupun telah cuba diselamatkan forrest.wasiat bubba buat forrest supaya take a look untuk family dia juga turut dilaksanakan oleh forrest.lepas tamat berkhidmat sebagai tentera, forrest telah beli sebuah kapal untuk tujuan menangkap udang sempena mengingati rakannya bubba.setelah berjaya dengan 'kerjaya' barunya sebagai penangkap udang profesional, sebahagian besar hasil wang tangkapan udang yang agak maju dan berjaya dilakukan olehnya bersama leutenant dant diserahkan kepada keluarga bubba.leutenant dan ialah bos kepada si forrest semasa dia berkhidmat sebagai tentera.si leutenat dan juga adalah antara beberapa orang rakan tentera selain bubba yang telah diselamatkan forrest tapi malangnya si leutenant dan ni amputated lepas kedua kaki dia terpakse dipotong lepas diserang hendap semasa pertempuran di vietnam yang menyaksikan forrest dianugerahkan medal of honour kerana ke-hero-annya.forrest juga dapat satu hobi baru semasa dia hampir tamat berkhidmat sebagai tentera iaitu bermain ping-pong.asalnya, mamat ni zero bermain ping-pong.berkat kesungguhan dia berlatih main hari2 siang malam,lastly mamat ni jadi pro table tennis player !

at once dia rase sunyi lepas kematian mak dan ketiadaan jenny (the only gurl yang mamat ni kenal dan sayang sangat) disisi, si forrest ni decide nak terus berlari to elsewhere.just random without any purpose.'i just ran because i want to ran..' jawab forrest bile ditanya wartawan.oleh sebab ke-random-an mamat ni berlari tanpa henti selama 3 tahun setengah, tak serta merta mamat ni jadi famous.banyak liputan media berkisarkan kisah larian mamat ni.dari berlari random seorang diri sampai la ramai follower yang sama nak follow dia berlari.cis, serious babak mamat ni berlari mengingatkan gua kat terry fox yang terkenal dengan marathonnya.gua dulu time kecik2 selalu buka tv dan setiap kali buka tv, selalu ada liputan media pasal terry fox run.gua ingat mamat terry fox ni sbb kaki sebelah dia yang pakai steel.sebab time tu gua giler minat kat orang bertulang besi - robotcop.so sebab tu gua bole ingat sangat dengan si terry fox ni disebabkan 'kaki tulang besi'nya.RIP fox ! kalo adam ada hawa, rumie ada julie, sid ada nancy, bonnie ada clyde, john lennon ada yoko ono, forrest ada jenny.yes, the only gurl he knew since childhood, the only gurl he loves a lot.everything just one and only.kalo la semua lelaki macam ni - setia pada yang satu, ha....ha....last2 mamat ni kawin jugak dengan jenny dan dapat seorang anak hasil hubungannya dengan jenny.jenny yang menghidap penyakit akhirnya mati setelah beberapa bulan berkahwin dengan forrest.dah la hidup mamat ni memang lonely ranger,tak ramai kawan dan tak berape nak sosial.last2 isteri plak mati dan ni gua rase epik paling sedih bagi mamat ni.

even forrest gump ni lurus dan tegak nak mampos, ditambah dengan lack of intelligence dan being lonely ranger tapi si forrest ni jujur buat ape yang dia buat.tak mengharap balasan dari ape dia buat jauh sekali nak dapat nama.ye, mamat ni tak pernah berniat or pasang cita2 nak jumpe face to face president john F kennedy mahupun legendary john lennon but he made it.dan lagi satu, masa berlari secara random selama 3 tahun setengah yang dibuat forrest adalah perkara giler.kurang rasional dan sukar diterima akal bagi manusia yang menjalani kehidupan normal macam kite.even kite akan fikir mamat ni buat something yang enta ape2, buang masa atau tak ada aral tujuan atau manfaat, tapi ape tersirat ialah the journey to gain experiences.bak titah auguste rodin 'nothing is a waste of time if you use the experience wisely' mana mungkin dengan duduk diam kau bisa dapat pengalaman.begitu juga buat benda yang sama tiap2 hari dalam hidup yang penuh perulangan bak titah billy joe armstrong dalam lagu redundunt.so dalam masa 3 tahun setengah berlari, bermacam tempat dilalui, bermacam pemandangan dinikmati dan bermacam ragam ditemui.its all about new experinces.ahh bermacam2 epic kejayaan mamat ni yang mostly berlaku secara random.kalo korang perasan kenape gua dari tadi asyik cerita pasal empunya diri si forrest gump ni je.yela..sket2 forrest gump, sket2 forrest gump.actually ni antara cerita paling bermakna bagi diri gua.cerita hidup mengajar erti kehidupan.ada feel cerita ni dengan jiwa gua sebab gua pun suke cakap pasal kehidupan.macam scene awal2 cerita si forrest gump duduk kat sebuah bangku sambil bercerita kisah kehidupannya dari kecik sampailah dia dewasa dan jadi bapak.yeah, because he loves to story about his life.so do i.i wish i have a lot of experience,sucessful epic like him.sampaikan gua ada tulis status dalam mukabuku 'kalo lah aku forrest gump' haha..tapi gua bukan forrest gump.gua huzaifa zahri..just a few words for him 'you're the man gump!'

Wednesday, December 8, 2010

Glory

gua kire dekat masuk 2 tahun jugak la gua dah dapat celebrate besday gua dengan blog TMOL ni - dua post gua dedicate untuk hari kelahiran gua iaitu semasa angka 20,21 dan kali ni pada angka 22.secara tak langsung, gua dah kenal dan bercinta dengan 'kekasih gelap alam maya' ni selama lebih 2 tahun setengah.diam tak diam, dah makan jugak kewujudan blog ni yang pada asalnya cume sebuah medium untuk menjadi teman ketika gua dirundum kesunyian dulu.tak kurang juga tempat meluahkan perasaan dan juga medan melepaskan kepuasan menulis dari segala macam benda tak kira yang mengarut atau serius.

hari ni besday gua yang ke 22.dah semakin dewasa gua ni.tapi kepale masih nak huha huha lagi.memetik quotes seorang membe gua 'tua usia adalah proses biasa bagi manusia. setiap manusia akan tua. aku, kau, mereka, rosmah mansor, semuanya akan tua bila tiba masa. tapi yang tak bagusnya bila jiwa kita tua. jiwa yang tua ni lah yang akan menyebabkan kita tua sebelum masanya..' yup ! biarlah umur makin meningkat sebab umur tu just angka yang akan terus meningkat dalam kitaran hidup seorang manusia.asal jangan jiwa tua sebelum usia sudah la.

banyak jugak wish besday dari membe2 dekat fa
cebook.kalo gua penah naik emo (ala gua memang suke melayan perasaan sebenarnya..) dalam entri ni, tapi dengan peringatan wish2 besday dekat muka buku dan tak lupa jugak through sms, gua rase sangkaan jahat dalam entri tu sekadar mainan perasaan.yela..bile kita emosi, kita akan bertindak sejajar dengan emosi kita.begitu juga bile kita sedih, kita akan menangis, bile kite suke, kita akan ketawa.so bile gua rase gua kehilangan rakan2, gua akan cube meluahkan perasaan yang gua 'seakan' kehilangan kawan.tapi ternyata sangkaan gua tu salah.just a feeling..yes bad feeling.hakikatnya masih ramai kawan yang menyayangi diri ni..

time besday gua kali ni, bole plak gua kene suprise dengan buah hati.senyap2 je dia beli hadiah.tau2 pagi tadi sampai je kat umah.gua da cakap awal2, tak payah susah2 belikan hadiah.tapi orang perempuan ni memang dilahirkan pemurah hati agaknye.dia belikan jugak hadiah walaupun kite tak mintak.hehe..btw thanks syg ! luv so much :)


p/s : pretty cool shirts.thanks honey..

p/s : heppy birthday untuk diri gua yang ke 22.haha..

Pseudo-Insomnia

menjadi daysleeper setelah bersengkang mata berjaga pada malam hari adalah rutin biase gua sepanjang cuti semester.bole dikatakan tiap2 semester rutin ni berulang-ulang.berjaga malam dengan surf internet memang buatkan diri lupe dengan masa tido.so, waktu siang adalah revenge terbaik untuk cover balik masa tido yang telah dikorbankan.kadang2 ada jugak rase bersalah dalam diri sendiri lebih2 lg bile terkenang quote orang2 tua atau mak2 yang selalu terjerit2 'bangun lewat, mane rezeki nak masuk !' ceh !

insomnia - biase dikaitkan dengan orang yang susah nak tido malam.individu yang menghidap insomnia, dia susah tido even rase mengantok atau dah bersusah payah pakse diri untuk tido.tapi beza dengan situasi gua.gua tak ada masalah nak tido malam.letak la kepale ni atas bantal atau just beralaskan lengan,memang boleh nyenyak tido lebih2 lagi bile dah ngantok teramat.masalah gua tak tido malam sebab leka surf internet malam2 sampai gua abaikan masa malam yang sepatutnya digunakan untuk tido bukan sebab gua ni individu menghidap insomnia yang tulen.so kire gua ni pseudo-insomnia la.boleh macam tu?



Receiving department, 3 a.m.
Staff cuts have socked up the overage
Directives are posted
No callbacks, complaints
Everywhere is calm

Hong Kong is present
Taipei awakes
All talk of circadian rhythm

I see today with a newsprint fray
My night is colored headache grey
Daysleeper, daysleeper, daysleeper

The bull and the bear are marking
Their territories
They're leading the blind with
Their international glories

I'm the screen, the blinding light
I'm the screen, I work at night

I see today with a newsprint fray
My night is colored headache grey
Don't wake me with so much
Daysleeper

They cried the other night
I can't even say why
Fluorescent flat caffeine lights
Its furious balancing

I'm the screen, the blinding light
I'm the screen, I work at night

I see today with a newsprint fray
My night is colored headache grey
Don't wake me with so much
Don't wake me with so much. The
Ocean machine is set to 9
I'll squeeze into heaven and valentine
My bed is pulling me,
Gravity
Daysleeper, daysleeper
Daysleeper, daysleeper, daysleeper

Tuesday, December 7, 2010

Game Masturbation


sekarang baru gua faham, kenape membe2 U gua yang rata2 mat gamers semacam kene candu dengan benda alah ni.gua yang dah lame tak in dengan scene game2 ni pun bole jadi pelik dengan kefanatikan mereka dengan menatang ni.

'aku bile dah nak dekat exam, aku uninstall game ni.bole jadi ketagih ! kalo setakat sejam dua takpe lagi, ni sampai 4,5 jam menghadap main - wan'

gua cube nak mengelak dari terkena candu game berhantu ni.tapi pengaruh rakan2 yang sama2 tengah cuti seakan sama2 mengheret gua ke kancah puaka ni.gua berharap kerajaan bole tubuhkan rehab untuk orang2 ketagihan PES ! ini masalah berat.kalo najib main PES denagn rosmah pun, gua rase dia setuju dengan cadangan gua ni.merawat lagi baik dari mencegah.tak begitu?

Sunday, December 5, 2010

Siri Jom Jalan : Melaka














nota kaki :

1) melaka memang banyak membangun.beza dengan melaka 3 tahun lalu time gua study kat melake.jalan dah makin lebar, menara tinggi pun dah ada & jalan pun makin sesak ! melaka maju 2010 la katekan..syabas tok ali !

2) melaka memang seronok.ada area kampung, ada area bandar.tak la rase urban sangat or rase remote sangat bile ada kat melaka.

3) perjalanan menaiki moto memang mencabar.lori trelar dan bas express lebih laju dari moto pada kelajuan 140Km/j ! lepas ni gua dah tak heran kalo dengar eksiden dekat lebuhraye boleh korbankan berpuluh nyawa..

4) bayaran naik menara taming sari memang tak relevan.so, gua tak jadi nak naik menara taming sari tempoh hari.gua makan dinner plate + cheesy wedges kat KFC pun still murah lagi dari bayaran naik menara taming sari tu..

5) serious shit tempoh masa tunggu lampu merah traffic light kat melaka lame.jejak 120 saat ! kate membe gua 'orang hisap rokok pun bole lepas sebatang sementara tunggu lampu hijau..'

6) kelibat kedai mamak agak susah dikesan di melaka.tak seperti johor yang bersepah2 dengan mamak stallnya.yang banyak gua nampak adalah fast food restaurant.eh orang melaka memang suke fast food ea?

Thursday, November 25, 2010

Sekeping Nota Kecil Buat Seorang Kawan



'you're human.everyone makes mistakes.so what, man? you're still my best friend - envy movie'

apesal gua rase gua macam semakin hilang kawan?

hari2 gua rase gua makin lost contact dgn kawan2.rase macam sorang2 membe lari dan terus hilang dari kehidupan gua.hakikatnya gua bukan se-teging Robert Neville yang boleh explore dunia yang sunyi dengan hanya bertemankan seekor anjingnya, Samantha.serious gua tak se-teging Robert Neville mahupun great lonely ranger as alexander supertramp !

hp gua pun bole katekan 1 hari tak pernah nak masuk mesej 'lame tak dengar cerita kau?ape kabo kau?' 'kau ingat aku lagi tak?kat mane kau sekarang? lame dah tak jumpe kau' kalo ye pun gua contact dgn awek gua atau paling2 dengan sorang dua kawan.contact dalam hp gua memang bersepah.tapi yang masih contact dgn gua ada la bape kerat.yang lain memang tak ada kontek.last2 lost contact dan secara rasminya gua hilang sorang demi sorang kawan..

gua ada la jugak kenal kawan baru sama ada secara langsung atau tak langsung.gua layan macam biase.tak ada la gua over atau buat palat dengan kawan2 gua.buat macam biase2 aje.tapi gua still rase nak dapat 'lekat' friendship tu susah.ada orang sekali kenal, ajak lepak kene teh tarik dah boleh masuk.terus masuk kepale.last2 jadi kamcheng.padahal kenal gitu2 jek.tak ada kenal cara special mane pun..

kadang2 benda ni buat gua rase macam gua ni ada masalah pergaulan.susah nak bergaul, nak cari kawan or nak terus ada kawan.tapi sepanjang gua kenal diri gua, kalo gua suke berkawan dgn orang tu, gua kawan macam biase.bile gua rase tak masuk dengan orang tu, gua tak ada la tunjuk gua tak suke.gua still kawan macam biase jugak (yela..even dalam hati tak berape bekenan, tapi tak sedap la nak tunjuk kan..) tapi yang peliknya gua susah jugak nak keep the friendship.

ke gua ada masalah nak berkawan atau cari kawan baru?

ke gua tak pandai nak approach orang untuk dijadikan kawan?

ke gua tak menghargai kawan?

p/s: kalo ada kawan2 yang kenal gua, gua nak mintak maaf kalau2 lu orang terase dengan gua, maybe gua ada tersalah aku, terkasar bahasa , kot2 gua ni tak pandai nak appreciate nilai persahabatan or maybe gua ni selfish.seriously i miss your friendship ! gua cube nak buat kawan, tapi gagal.maafkan gua kawan..

Friday, November 12, 2010

Cerita Pendek #1

sekapur sireh:
post ni adalah berdasarkan kisah benar yang gua alami mase kene PLKN dekat bentong,pahang kire2 4 tahun lalu.

bab 1 : This is not nice..
gua ni dari sekolah rendah sampai masuk sekolah menengah kat daerah pontian.sebuah daerah kecil dekat negeri johor.gua tak pernah ada chance celah dari johor untuk bertukar skola.jauh skali gua dapat panggilan mane2 sekolah elit macam MRSM, SBP.so, gua sekolah harian macam biase & memang tak pernah ada pengalaman duduk asrama.banyak rutin harian dihabiskan di rumah je.mse aku form 5 dulu, kecoh budak2 ni semak senarai nama yang naik kene pergi PLKN.gua memang berdoa gua tak terpilih.ramai membe2 kamceng gua time skola dulu terselamat.bile gua check 'tahniah ! anda layak mengikutu program khidmat negara..' kepale bana dia tahniah! memang mengeluh panjang la gua time tu.

bab2 : goodbye sweet home.see u later !
dipendekkan cerita, gua pun selamat celah dari rumah.bas yang sepatutnya bertolak pagi terpakse ditunda sbb masalah teknikal.last2 petang jugak dalam pukul 4 mcm tu baru bas bertolak.kelam kelibut ! mase perjalanan dari tempat gua sampai pahang makan mase dekat 7 jam jugak.bole lalok gua dalam bas tu dibuatnya.finally, gua sampai kem dekat2 pukul 12 tgh malam..check in, bagi dorm, no katil.mate gua pun dah ngantok.gua baring2 terus tido..cis tu la pengalaman pertama gua duduk asrama.maybe its new experience, but i have to make use of it !

bab 3 : kehidupan baru
'kehidupan kat PLKN memang palat !' tu keluhan aku mase baru2 memulakan kehidupan baru kat sini.bangun seawal 5.30 pagi.dah la sejok giler.kem gua tu dikelilingi hutan kot.mane tak sejuk.berselibing selimut tebal pun meresap rase sejok tu kat kaki.gua yang dah biase duduk rumah & terbiase bangun standard pukul 6.30 pagi untuk pergi sekolah memang rase benda ni abnormal.ye, gua tak biase dengan benda ni semua.paling gua benci bab kene tgu orang abes pakai tandas baru bole gune.aihh ! time awal2 gua agak bosan jugak dengan aktiviti2, program seperti kawad pagi2, kene keluar jogging ramai2 dalam skuad lebih kurang 2km, masuk kelas & buat aktiviti yang maha membosankan dan macam2 lagi.ada la lebih kurang seminggu gua rase macam tu.lepas tu gua dah rase ok.mostly sbb dah kenal ramai membe2, budak2 dorm yang berbilang negeri.ada dari pahang, selangor, terengganu, kolumpo, dan tak lupe jugak dari johor.masing2 dah mesra.tak la malu2 tikus macam baru masuk awl2 dulu.

bab 4 : ape mende tu?
malam hari memang sejok kat sane.gua selalu terjage dari tidur untuk selimut seluruh badan termasuk kaki gua yang kesejokan.bunyi2 cengkerik memecah keheningan malam hari.disertai dengan dengkuran beberape dorm mate gua yang lena dibuai mimpi.kadang2 gua terjage sebab rase nak buang air.tapi gua tahan.gua tak berani time tu nak pergi tandas sorang2 memandangkan lokasi tandas yang terletak belakang dorm aku.agak seram dan sunyi jugak la tandas tu.gua rela tahan kencing sampai tgu ada orang bangun or sampai dekat2 pukul 5.30 pagi time budak2 ni semua kene paksa bangun.dalam menahan tu, gua ada terdengar bunyi seakan orang berlari2 kat ruang hujung dorm.seakan orang berkejar-kejaran.gua fikirkan mule2 ianya mungkin bebrape membe2 gua yang tak lena tido & buat kerja bangang dengan main kejar2.tapi tengok jam dekat2 pukul 3,4 pagi gua rase macam tak logik plak.kalo ikutkan hati nak je aku buka selimut yang menyelubungi tubuh aku dan berpaling ke arah hujung dorm.tapi bile memikirkan yang aku ni agak penakot, gua batalkan niat tu.gua biar je bunyi seakan orang berkejaran tu sambil dalam kepale hotak aku terfikir2 siapakah gerangan makhluk yang berkejar kejaran tu.adakah dia membe2 gua?cikgu2? atau binatang2?

bab 5 : story tak enak didengar..
selalu lepas abes kelas, ada slot untuk sharing session.sape2 bole pergi depan dan share ape2 je pengalaman, isi hati atau story dengan budak2 kelas yang lain.gua tak pernah share ape2 cite time tu since gua ni agak pemalu & under dog berbanding yang lain.ada yang cerita pasal zaman sekolah, pasal family, pasal itu pasal ini.sampailah ada sorang membe gua (dia same sekolah dgn gua dulu..) share story dia.mendengarkan intro story dia je,gua dah rase mcm semacam.mcm ada yang tak kene.membe gua ni pun bercerite la tentang pengalaman seram dia alami mase sepanjang kat kem.dia kate dia ada nampak lembaga rambut panjang serba putih berdiri kat tepi katil sorang budak cine.tapi dia tak berape ingat cine mane (sbb dalam dorm gua ada 2,3 orang budak cine..) sbb dia tengah mamai2 terjage tido time tu.arghh dah la dulu katil gua sebelah katil sorang budak cine time tu.huh ! dia bersurah lagi pasal dia terjumpa jelmaan seakan membe dorm gua.time tu dia pergi sembahyang kat surau.dia berdua dgn sorang lagi dorm mate gua.tak ada budak2 lain dah dalam surau tu melainkan mereka berdua.then lepas abes smyg dia nak tutup pintu surau since dorm mate gua yang lagi sorang tu dah abes smyg dah blah dulu.so tinggal la membe gua ni sorang nak tutup pintu surau.mase dia nak tutup pintu tu,tibe2 ada sorang lagi keluar.seakan raut wajah membe dorm mate gua yang sorang lagi.jalan sepintas lalu.membe gua ni terpaku,terkesima.nak tegor pun jadi terkedu.bile balik2 dorm dia tanya mamat yang seakan muke jelmaan yang dia nampak tadi, tapi budak tu cakap la dia smyg kat dorm je.abes sape jelmaan yang seakan muke membe dorm mate gua yang last keluar tu?budak2 perempuan dah nangis2 dengar membe gua ni story.gua pun dah tak keruan jugak.tapi gua cover baik.since gua pun actually ada story dengar bunyi seakan orang berkejaran yang turut buat gua ada dalam igauan tapi gua malas nak kecoh2..

bab 6 : ????
start dari membe gua tu bukak cerite pasal benda2 aneh ni, budak2 dorm gua dah ada yang start gabung2 katil.termasuk la gua.haha..sebelom tido,gua ingat pesan mak gua time gua nak bertolak dulu.bace surah 4 'kool' dan letak yassin bawah bantal sebelum tido! nak jadi cerite, satu malam tu gua kene serang lagi angin kus kus nak terbuang air.gua terjage tapi gua tak bangkit dari tido.macam biase la.gua rela menahan.bole senak pundi kencing gua ni dibuatnya.sekali lagi, gua terdengar bunyi seakan orang berlari2 di sudut belakang dorm.gua tak pasti la sama ada gua sorang je dengar atau ada dorm mate gua yang lain pun turut same terdengar bunyi aneh ni.makin lame gua dengar, makin rancak bunyi seakan orang berkejar2 ni.shit ! gua ingat dah ilang.ada lagi dia rupenye keluh gua dalam ati.sesekali tu gua rase seolah2 ada kelibat orang berdiri betul2 sebelah kepale aku baring.actually dekat PLKn dulu, susunan katil adalah berderet2 dan ada satu laluanpergi ke locker yang memisahkan jarak antara katil sebelah dengan yang sebelah lagi.dan juga rasekan entiti tu seakan berjalan mealui laluan kecil sebelah katil aku dan berdiri tegak kat penjuru tempat aku letak kepala semasa baring.kata hati kuat megatakan entiti tu seolah2 berdiri betul2 kat kedudukan kepale gua.nasib time tu gua selibung abes satu badan termasuk kepale dgn selimut.kalo tak mau melalak jugak gua mase tu.disebalik selimut tebal tu, gua tak sudah2 bace ayat kursi.berkali2 gua ulang bace dengan harapan gua dijauhkan dari gangguan makhluk2 halus.lepas gua bace ayat kursi, gua rase entiti tu hilang kejap.sebentar lagi, gua rase dia seolah2 kembali lagi.gua terus bace sampai la gua pagi dekat2 ketua dorm mate gua light on lampu dorm.cis dekat bape jam jugak gua kene ganggu dengan benda alah tu.nasib la gua tak diapa-apakan.

bab 7 : ha tu dia...
seingat gua time gua kene ganggu dengan benda alah tu, mase tu minggu ke 2 gua kat situ.minggu ke 2 jugak yang paling horror.banyak benda2 aneh tapi benar berlaku sepanjang dan minggu ke 2 tu.budak kene rasuk, budak histeria, budak menari kuda kepang makan kace (budak ni dari pontian jgk.same bas dengan gua..), budak pengsan tepi pokok besar & mulut berbuih2 dan macam2 lagi.gua pun dah tak ada dengar lagi bunyi seakan orang berkejaran2 time tengah2 pagi.dipendekkan cerita,ada satu malam,lepas ro-call gua dengan sorang membe gua dalam perjalanan balik dorm.tibe2 membe gua dengan nada cemas menyapa gua..

'eh zai cube ko tgk tu...'
'ape dia?
'tu ha..dekat2 tandas kelas tu.cepat2...'

gua nampak ada satu kelibat lembaga hitam tinggi lampai, rambut agak mengurai panjang seolah2 lari sepintas kilat menyelusup masup ke dalam tandas.ye, sungguh pantas pergerakan kelibat tu.kalo lambat sesaat membe gua roger gua, maybe gua tak nampak nak lihat dengan mata kepale sendiri kelibat tu.gua rase makhluk yang gua nampak tu la yang agaknye ganggu gua.yang selalu gua dengar bunyi seolah orang berkejaran mungkin datangnya dari makhluk itu.itu hanya tanggapan gua.hanya tuhan je yang tahu..

Saturday, November 6, 2010

Tenggelam Timbul

gua ingat lagi first time rumah gua beli pc.seingat aku time tu tahun 2002 mase gua form 2.beli pun dengan membe pak cik gua.dalam Rm2xxx mcm tu.dengan kapasiti hard disc yang seingat aku hanya 9gb dgn rem 256, window 1998.boleh bayangkan mcm ne super lembap pc kat umah gua time tu.tapi time tu mane la da internet kat umah gua macam skrg ni.plus gua pun tak pandai nak download2 apetah lagi tau ape jadah internet download manger (IDM) tu.tak ada ape sgt file2 dalam pc tu.ada pun bape buah lagu mp3.tu pun beli2 dah ada dalam pc tu.so tak ketara sgt lembapnya pc gua ni.tapi time tu gua mane tau ape tu hard disc, ape tu rem, ape tu grafik card, ape tu motherboard, ape tu processor.kalo gua tahu agaknya gua dah upgrade jadi lebih power & laju.ape yang gua tahu asal ada komputer gua bole install game.SEGA game compilation - tu la CD pc game pertama gua beli.ada macam2 kompilasi game dalam CD tu keluaran SEGA entertainment - sonic, daytona USA, worm, entah ape game lagi dalam CD tu gua pun dah tak ingat.gua suruh pak cik gua install game2 tu & start tu la gua layan pc game.macam2 CD pc game aku beli lepas tu.ada sebuah kedai komputer kat area umah aku.kedai cine,name kedai tu H2O.kat situ la aku slalu beli CD game, kat kedai tu jgk la gua hantar betolkan pc gua ni sampai cine kedai tu gelak2 kan pc gua.dah la charge mahal pastu nak gelak2 kan pc gua.mentang2 la pc gua old school.pantek ! time era game counter strikes (CS), half life (HL) tengah meletus dulu, gua pun tak terlepas install game ni kat pc.ramai yang prefer CS dari HL time tu.kedai cc semua takterlepas install game ni.game ni buat cc jadi tempat panas dulu.polis rush budak ponteng skola, mak bapak cari anak hilang then jumpe2 tgh main game tembak2 kat cc sampaikan cikgu tuisyen gua pun dulu serbu jugak cc ni sbb time tu ada bdk ponteng tuisyen dengan lepak main menatang ni.cheat lompat la, peluru penuh la, hilang2 la, nyawa penuh la - tu antara cerita2 yang kerap kali membe gua bukak time kat skola.gua diam je dengar sambil tadah telinga sbb gua tak follow CS.reason gua tak follow 1 je - sbb gua tak pandai nak create pihak lawan dalam game tu walaupun dah berpuluh2 kali membe gua ajar mcm mane nak create musuh kite.last2 gua install je game HL, adik beradik CS tapi tak yah pening2 kepale create pihak lawan.HL uplink - tu la first game HL yang gua install dan gua dapat completekan mission dia since HL uplink ni la mission dia paling pendek.tapi macam pundek tak ada ending.dulu2 scene game memang meriah, jadi kegilaan remaja2.seingat gua zaman kegemilangan scene game ni bermula time gua penghujung sekolah rendah, berajak sampai gua masuk form 1 dan zaman kejatuhannya masa gua form 2 sebelum scene snooker mula merebak dalam jiwa anak2 muda kat tempat gua time tu.

snooker - sejenis sukan yang sering kali dapat tanggapan negatif.ye stigma tu seolah2 dah macam melekat & digam rapi dengan gam gajah atau gam UHU.bile sebut snooker mak bapak tak senang duduk, bile sebut snooker jadi pot orang berjudi, minum arak,hisap rokok.bile sebut snooker jadi tempat polis selalu rush dan enta ape lagi stigma2 seumpama ni.gua pun naik heran.ye gua admit gua tak pandai main snooker sampai sekrang.gua bukan poser snooker, gua bukan raja snooker macam od lakonan saiful apek dalam cite champion tu.nak pegang kayu snooker (que) tu pun gua tak tahu.apetah lagi nak pukul side, nak stop ball, nak pleasing, nak kasi bola save dan ape lancau lagi tu.lagi la gua failed.ramai membe2 gua yang pandai main snooker ni.maybe gua dikalangan yang tak terpilih untuk berjinak dengan sukan ni.kadang2 gua rase gua ni memang tak up too date lgsung.time membe2 gua giler main CS, gua main HL.time diorang giler tonjol2 bola gua pulak lebih suke follow diorang, lepak2 kat dalam pusat snooker tu tengok diorang main.even gua tak main tapi gua membesar dengan suasana scene snooker.kalo orang cakap kat pusat snooker ni ada bimbo, ada ayam gua tak rase tu main reason mak bapak semua jadi gelabah.sepanjang pengalaman gua lepak2 kat pusat snooker, gua tak nampak pulak agas2 ni merayau2 goda laki dan gua bole cakap nisbah belalai dgn lobang same dgn 10:1 ! kalo isu hisap rokok nak jadi isu utama, hmm that's the one thing.tapi nak hisap rokok kat mane2 pun bole.dalam tandas skola pun jadi. kat belakang kedai acet tu dulu pun ramai budak2 isap rokok lepas balik skola agama.gua dulu lepas balik skola agama pun lepak kedai cine tu skali dgn membe2 gua yang hisap rokok.tak ada masalah pun.tak kan la nak jadikan alasan tempat snooker ni pusat membiak perokok tegar atau pusat snooker ni bukan tempat belajar main snooker tapi tempat belajar hisap rokok.aiseh man..abes macam mane dgn segelintir membe2 gua yang tak hisap rokok tapi datang ke pusat snooker just nak main snooker je?adakah dia perokok tegar or individu yang baru nak belajar hisap rokok?macam mane plak dgn gua ni yang suke2 dtg ke pusat snooker ni?nak belajar main snooker tak kan nak belajar kat umah kot.celah mane nak cari meja, que, bola dia?peralatan sukan ni bukan ayam2 murah.telan belanja jugak nak ada set snooker.bagi gua, snooker tu satu sukan yang cool & santai dan tak ada reason nak claim snooker ni benda negatif since gua dulu jadikan pusat snooker ni sbgai pot release tension lepas balik kelas tuisyen.sambil2 rehat2 layan air cond, dapat jugak borak2, lepak2 dgn membe2.tak ada pulak gua main judi, togok arak, hisap rokok dalam tu..sekarang pun gua tengok ramai membe2 gua dah slow dgn snooker ni.ada la sekali dua pergi tonjol kalo dah bosan sgt tak tahu nak buat ape..biase la.setiap zaman ada kegemilangan & kejatuhannya.now here's come shuffle..

shuffle ni pun gua tak tahu sape yang gerakkan scene ni kat tempat gua.gua tgk ramai budak2 je yang join.tapi scene ni kejap je gua nampak.tak sehebat kegemilangan scene game CS dgn scene snooker tadi.bile sebot shuffle - topi NY senget, seluar baggy diselangi dgn riben2 glow in the dark dan berkasut.gua penah sekali turun dataran mase sambutan merdeka 2 or 3 tahun lepas.dalam lautan manusia tu tak kecuali la mat skaters, mat rempit & jugak mat shuffle ni.dari jauh dah nampak riben2 glowin the dark sambil joget2 ke kiri ke kanan, ke depan ke blkg.dekat satu gerombolan jugak la pamerkan aksi shuffle diorang.hebat anak2 merdeka scene shuffle ni.gua pun tak berani nak belajar2 takot terkelepet plak kaki ni.haha..ada sekali gua bukak youtube.belek punye belek,gua terjumpe video budak2 shuffle tempat gua ni.gua tau tu budak2 shuffle tempat gua sbb kat title video tu siap ada nama tempat gua.tengok2 background dan tempat diorang terkinje2 shuffle tu pun gua dah dapat detect memang sah2 tu video shuffler2 tempat gua..sekarang gua tengok mat2 shuffle ni pun dah slow.tak ada pulak gua pusing2 bandar nampakterjumpe gerombolan ni lagi.memandangkan sambutan hari kemerdekaan pun dah 2 tahun tak disambut sebab jatuh pada bulan ramadhan, so sepanjang 2 tahun la gua dah tak nampak kot2 ada mat2 shuffle ni turun padang lagi untuk bershuffle..ok dulu sebelum wujud shuffle mapple ni, ada satu lagi scene yang wujud kat tempat gua iaitu scene mat2 skaters.pot diorang kat skate park bersebelahan dgn dataran pontian.dah lame scene ni bertapak.time gua skola rendah lagi kot gua dah nampak petang2 orang main skate kat skate park tu.sampai la gua masuk sekolah menegah pun masih ada agi generasi baru yang terus main skate.ada la bebrape budak skola gua dulu yang gua kenal main skate jugak.sampai malam merdeka pun mat2 skaters ni ada buat performance.gua lagi suke tgk budak2 skate dari layan mat2 shuffle ni terkinje2.dulu time gua bawak basikal balik tuisyen pun kadang2 gua lalu depan skate park tu tengok bdk2 ni main skate.even gua tak pernah ada pengalaman main extreme game ni, tapi gua suke dengan skating ni.gua suke tgk X game kat astro.tak kesa la skate, BMX ke..its kinda of fun actually..mat2 skaters ni stylo dari segi pemakaian diorang.aku suke tgk style mat2 skaters.nampak cool dan serious gua lagi tertarik dari riben2 glow in the dark mat2 shuffle tadi.

membe gua kucai penah melabon pasal scene2 underground kat area dia semenyih, cheras, kajang yang penah meriah satu masa dulu.dia cakap dia form 2 dah layan butterfingers.paling2 busuk pun cakap ACAB budak2 kenal.budak2 skola dia ramai yang skinhead.dia pun penah ikot jamm dgn membe2 skinhead dia time dia skola2 dulu.sampai dia mengaku yang dia tak pulangkan kaset butterfingers 1.2 miligrams yang membe dia kasi pinjam.cipan kucai ! itu kat kajang, scene underground kat tempat gua pun tak terkecuali. memang ada cume gua je tak sempat nak into time scene ni tengah rancak dulu.kalo tak wujud scene ni, mana mungkin wujud band2 seperti dewata, puncak aspirasi, carbon 4' teen, honey b, forty miles apart & sewaktu dengannya.itu band2 lame2 yang ada dah RIP.sekarang ni yang gua tahu masih aktif dan baru tumbuh pun macam dewata, forty miles apart, carbon 4' teen, green love.gua penah pinjam CD pontian compilation dari sorang membe gua.time tu gua form 4.gua tak ingat CD tu release tahun berape.agaknye time meriah scene underground kat tempat gua,pada masa tu gua tengah layan kaset linkin park, limp bizkit atau dub kaset exist era mamat agaknye.sayang seribu kali sayang gua tak sempat nak join scene ni.time skola dulu, abang gua ada cite pasal kewujudan band hardcore membe dia.xsayang semuax kalo tak silap gua name band tu.ala membe2 dia tu pun budak skola gua jugak since adik beradik gua sume satu skola.membe gua almi pun ada cite pasal scene underground kat tempat gua melalui zine2 lame yang dia bace.kire meriah jugak la scene underground kat tempat gua ni siap masuk cite dalam zine.dulu ada bukak satu kedai bundle dekat tepi laut pontian.kedai bundle kunt.ada la jugak jual CD, kaset2 undergrond.tak lepas jugak yang mainstream2 yang tak se-glamour green day atau backstreet boys.sblum kedai tu tutup, gua sempat la beli kaset thursday dgn the get up kids kat kedai tu.time tu nak beli CD pun susah sbb tak ada discman.so main kaset je la..sekarang ni pun dah tak meriah sgt scene underground kat area gua.dah slow atau mungkin lenyap ditelan generasi justin bieber mahupun generasi lady gaga.

ahh banyak lagi scene2 nak cite kat tempat gua ni.gua pun penat dah nak menaip.gua yakin kat tempat kau orang mesti wujud jugak scene2 seumpama ni.atau lagi menarik scene2 yang kau orang same2 lalui.yang mungkin masih wujud sampai hari ni atau dah kelam ditelan mase.apepun macam ape aku cakap pasal facebook.'hebat mane pun kegemilangan facebook sekrang ni, maybe one day gua pun akan tinggalkan facebook ni macam gua tinggalkan zaman myspace, friendster, tagged or Hi5' just time will tell when it happen..

'We do not remember days,we remember moments. ' - Cesare Pavese
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...