Wednesday, December 29, 2010

Made In China



murah,kurang berkualiti,cepat terbarai,senang ditong sampahkan,master copycat & ramai orang senang kene klepet.tu description yang bole diberi bile sebut product2 made in china.

dulu time tengah giler mp3, gua pun penah jadi mangsa klepet barang made in china ni.time tu memang tak fikir la barang china ke hape janji dapat mp3 dah cukup manis.tak sampai 3 bulan pakai,mp3 tu dah terbarai.ceh ! dah terhantuk baru tersedar.cukuplah sekali.

baru2 ni (tak ada la baru sangat,makan sebulan dua jugak dah) kat tempat gua ada buat phone fair.memandangkan tempat gua ni memang jarang ada event or ape2 jenis fair (melainkan fun fair) so kire phone fair ni dapat menarik ramai orang datang.serious crowded giler ! ada la sorang membe ajak usha2.gua on je.sampai kat sane, bertimbun2 tag 'iphone murah !,blackberry murah !' kalo harga iphone kat situ sebiji bole dapat RM250-RM400 berbanding harga iphone ori yang cecah riban2, ceh watdahel la kan.then ape lagi.naik meroyan la orang2 yang dah lame mengidam nak pakai iphone tu.tak kurang juga beberapa kenalan yang sama beli dek tertipu dengan iphone made in china ni.pakai satu hari besok dah ada problem.message tak bole send la,tak bole call la, wi-lan tak function la.kene sorang kenalan ni lagi la.dia punye iphone china yang baru beli ada problem.then nak mintak tukar dah tak bole.dealer cakap kene tambah duit kalo nak tukar yang baru.ah memang sah la dah kene klepet.yang sedihnya ramai yang kene klepet tu majoritinya melayu.

gua penah bertekak dengan sorang membe pasal barang china ni memandangkan sikap membe ni yang 'asal bole pakai' tanpa fikir mutu dan kualiti barang yang dibeli.setakat murah tapi pakai sekejap dah terbarai tak gune jugak kan.baik la keluar duit lebih sket beli barang yang ada kualiti asal puas hati dan dapat gune barang tu lebih lame.kualiti tak semestinya yang branded kan.laptop acer still ada kualiti even tak la sebranded sonny vaio atau apple macbook.same je beli barang murah.then rosak nak kene beli lagi.kat situ je dah nampak pembaziran.kepuasan tak dapat tapi duit kene keluar.

tak semua product china ni terbarai dan tak ada kualiti.kalo tengok product china macam haier still ada kualiti dan lepas SIRIM.umah gua pun pakai toaster haier.sampai sekarang steady je buat roti bakar.produk made in china yang dimaksudkan ialah yang cap ayam (tak ada brand) sebab gua penah terbace yang produk2 cap ayam ni sebenarnya dibuat dari recycle material.contoh mesin basuh yang dah rosak terbarai akan dilonggokan.pekerja akan pilih mane komponen yang masih elok lalu diasingkan untuk digunapakai semula.komponen2 ni akan dibawa ke kilang untuk dipasang pada casing mesin basuh yang baru.dah terciptalah sebuah mesin basuh yang 'baru' then dijual laris macam goreng pisang.

p/s : 'in the end, the customer doesn't know or care, if you are small or large as an organisation.she or he only focuses on the garment hanging on the rail in the store - Giorgio Armani'

Monday, December 27, 2010

Kasih Atan #3

dah lame jugak gua tak menyentuh pasal kesihatan.dalam entri sebelum ni gua penah menyentuh pasal isu kesihatan yang sedikit terjejas semasa sedang buat latihan praktikal dulu iaitu hidung selsema dan berair diikuti dengan bersin yang tak berkesudahan.sampaikan straight 1 hari kat kilang dari masuk keje sampai balik keje tak renggang dengan sapu tangan.kalo ikutkan hati memang nak sumbat dalam2 hidung ni dengan tisu.panas hati bile hidung berair tak henti2.

masa buat latihan praktikal jugak, gua terpakse facing satu masalah berkaitan isu kesihatan.actually gua facing benda alah ni dah lame pun.sejak dari sekolah rendah lagi kot.cume gua je yang buat dek tak mahu layan.at first ingat benda ni masalah biase dan tak perlu nak amek kesa sangat.last2 benda ni melarat2 time memburuh lepas SPM dulu then sampailah gua buat praktikal tempoh hari.masalah yang gua alami ialah cepat berpeluh.tapi yang peliknya gua cepat berpeluh dekat area muka.yup start dulu peluh mesti kat area muke berbanding badan yang jarang begitu jugak dengan kaki atau tangan.gua pun naik hairan.asal gua bergerak sikit,buat keje sikit mula la peluh keluar kat muke.sampaikan budak2 kilang tego sebab diorang ingat gua ni nervous ke hape.padahal bukan sebab nervous pun.rase steady je kot.so benda ni sedikit sebanyak mengganggu gua nak buat keje time tu.yela,maksud mengganggu tu bile gua nak buat keje, nak betulkan mesin time tu lah jugak nak kesat2 peluh dengan sapu tangan.belum masuk yang usha2 semacam.memang la tak selesa nak berkerja macam tu.tapi gua bersyukur sebab peluh ni tak la busuk or masam.at least tak ada la keluarkan bau2 yang buat orang lagi kurang senang.tu yang gua bersyukur sangat.

last2, gua bukak internet cube search ape symptom berkaitan or penyebab yang sebabkan gua kerap berpeluh kat area muke berbanding kebiasaan orang yang cepat berpeluh dibahagian badan.gua buka forum,search health center,wikipedia.last2 gua dapat tahu yang masalah kesihatan ni dinamakan hyperhidrosis



gua bace sume then baru gua tahu.benda ni ada kene mengena jugak dengan gen.adik gua yang bongsu tu pun ada jugak symptom ni.adik gua pun cepat berpeluh kat tangan.gua penah pergi farmasi tanya ada ubat tak untuk kurangkan rembesan peluh kat certain area badan.orang farmasi tu cakap buat ape nak slow down kan rembesan peluh.lagi berpeluh lagi bagus.banyak toksik keluar la, lagi sihat tubuh badan la enta ape lagi orang farmasi tu cakap.dia tak tahu side effect orang yang tanggung seksa ni macam mane.mungkin akak tu tak faham ape individu penghidap hyperhidrosis ni tanggung.time bace forum lagi la buat gua tersentap.ada sorang akak tu comemnt, dia keje dalam pejabat air cond pun boleh berpeluh.peh lagi parah ! tu tak masuk yang rase malu time nak bersalam sebab tapak tangan dia kerap berpeluh.yang kene sindir lain.ramai jugak la yang berkongsi masalah hyperhidrosis yang mereka alami.mostly semua nak tips or cari jalan alternatif nak settlekan masalah kesihatan ni.tak kurang juga yang meluahkan perasaan sebab masalah ni buatkan diorang hilang keyakinan diri bile berdepan dengan orang ramai.dari ape yang diorang luahkan,kongsikan tu same dengan je dengan ape gua rase macam ape yang entri ni panjang lebar luahkan (highlight last sentences dalam first paragraph..) terngiang2 kate2 mak gua 'sape nak dapat sakit.semua orang tak nak sakit.tapi kalo tuhan dah nak kasi sakit, kena la redha disamping ikhtiar cari ubat nak sembuhkan sakit kite tu..' ye gua faham,gua rase.

Gud Luck Malaysia !



gua memang puji corak permainan antara malaysia lawan indonesia semalam.gua tak sabar2 nak tengok final match malaysia-indonesia rabu ni.harap2 malaysia boleh main macam semalam dan sekaligus bawak balik piala suzuki.berakhirlah hendaknya kemarau 16 tahun piala suzuki..

Saturday, December 25, 2010

The Queers


selain green day, band ni jugak ada potensi boleh pergi.track catchy dan banyak part sing along.even suare si vokalis tak lah semerdu billie joe armstrong tapi still sedap untuk didengar.lirik diorang pun ok.give a try for them guys..



Yeah, I was thinking that my life was all through
But now it ain;t since I got you
Oh honey don't, don't you be so cool
Stick with me, I'll stick with you
Yeah, you taught me wrong from right
And now I brush my teeth every night
Oh honey don't, don't you be so cruel
Stick with me, I'll stick with you
I used to think some girls were really the most
But I know better now

Is this infatuation or just my imagination...
I'm daydreaming my life away 'cause of you

Yeah, I love the funny clothes that you wear
And the little things you do to your hair
Oh honey don't, don't you be so cool
Stick with me, I'll stick with you
I used to think some girls were really the most
But I know better now
I always wished I always hoped
And they always let me down
So don't say maybe 'cause I need you baby now

Is this infatuation or just my imagination...
I'm daydreaming my life away 'cause of you

Friday, December 24, 2010

Mood Hari Natal



setiap kali menjelang perayaan christmas, gua tak pernah miss tonton home alone 1 & 2.home alone 3 & 4 gua rase biase2 aje tanpa lakonan mantap mccaulay caulkin.

tadi gua berpeluang tonton cerita terbaru lakonan jack black iaitu gulliver's travels.even cerita ni tak ada kene mengena atau bersangkut paut dengan mood hari natal tapi memandangkan gua memang 'berhantu' dengan cerita2 lakonan jack black, gagahkan la jugak diri meredah lautan manusia yang crowded & pack nak mampos tadi.maklum lah besok cuti.plus malam ni christmas nite.mane yang keluar celebrate christmas,keluar dating dan tak kurang jugak bersama keluarga.gua terpakse bertolak2 tadi nak naik lif sebab dah crowded sangat sampai kene tunggu 2 kali lif turun naik baru dapat masuk lift.

'waiting for gulliver's travels is like waiting for ejaculation' itu yang ditulis kat status fesbuk berbulan2 dulu sebelum cerita di keluar cinema.kini, ejakulasi itu sangat nikmat untuk dinikmati.gulliver's travels - memang puas hati dan berbaloi tonton cerita ni.kalo bagi 1 choice vote cerita paling cool 2010, yes gua akan pilih gulliver's travels ! dari the pick of the destiny, saving silverman, year one, envy, nacho libre dan paling diingati the school of rock sampai lah turn gulliver's travels, semuanya tak pernah kecewakan halwa visual gua.plot cerita relaks2 la dulu.pergi wayang bawak awek or balak then beli 2 tiket couple seat dan duduk concentare tonton.

serius gua penat hari ni.tak ada mood nak menulis sangat.oh ye, besok gua pasti akan tonton home alone 1 & 2.so, selamat menyambut hari natal for those christian.

tata..

Thursday, December 23, 2010

Memories

sisa2 cuti semester tinggal lagi berapa hari je lagi.mood excited waktu awal2 cuti makin lame dah makin kurang.sejak membe2 dah ramai berkerja, nak kumpul ramai2 duduk semeja chill pun dah agak susah.maklum lah orang dah bekerja.so mane yang masih study dan same2 tengah cuti semester je la yang ada nak ajak mengeteh.

baru2 ni sorang membe lame ada balik cuti.lame jgk la tak nampak batang hidung membe sorang ni.maklumlah cari rezeki kat tempat orang.jauh plak tu.so bile dah dapat chance nak lepak same, memang la tak disia2 kan.bermacam2 cerita yang dibualkan.tapi kan dalam banyak2 yang dibualkan bab cerita kisah2 zaman skola jugak paling menyeronokkan.

gua dah 5 tahun tinggalkan alam persekolahan.dulu time skola, kerap kali dengar mak gua cakap

'mak kalo dapat nak masuk skola balik..'

ceh ! dulu time skola tak la rase sangat.tapi bile dah lame tinggalkan alam ria sekolah, baru lah dapat rase macam ape mak gua rase.sekarang baru gua faham kenape orang2 yang dah tak bersekolah ni asyik 'rindu' nak ke skola.

p/s : tak usah cepat melatah bile buat sesuatu yang kite rase annoying pada waktu sekarang sebab berkemungkinan besar ia akan buat kite tersenyum pada masa akan datang.

Friday, December 17, 2010

6-15-18-5-6-20 7-21-13-16

'mama always said life was like a box of chocolates'

forest gump - sebuah cerita arahan Robert Zemeckis yang diterbitkan pada tahun 1994 yang sekaligus melonjakkan nama tom hanks dalam lakonannya dalam filem ini.sebenarnya gua bukan nak mengulas or nak review panjang lebar pasal cerita forrest gump kat entri kali ni.just sort of it.rasenye ramai yang dah tengok filem ni dan mostly dah tahu jalan cerita dia macam mane - sorang mamat bernama forrest gump yang modalnya cuma duduk di sebuah bench sambil memakai pakai kemeja kot lengkap,dengan kasut nike putih sport yang kotor dengan sebuah briefcase kat sisi dan tak berhenti2 melabon pasal kisah kehidupannya.ye, jalan cerita dia memang simple tapi tak se-simple cerita 2 alam.this simple is brilliant ! setiap cerita yang mamat ni semangat melabon semuanya tak penah membosankan.dari seremeh2 bulu ayam yang terbang sampailah pada se-heavy time perang dan scene ronald keagen,JFK mahupun john lennon.2 jam lebih concentrate terpaku menonton.awesome !

ok kalo korang tengok scene awal2, mak dia tetap hantar dia pergi sekolah even mamat ni ada kelemahan IQ.lagi parah, mamat ni bukan je ada masalah IQ, tapi dia jugak ada physical disability.tulang kaki dia tak kuat untung menyokong pergerakan.so, terpakse pakai braces kaki.disebabkan ni, dia sering jadi bahan jenaka dan mangsa buli.sampailah satu masa dia dapat lari dari budak2 yang dok suke membuli dia sampailah braces kat kaki dia pecah.dan start dari tu, mamat ni jadi the great runner.yes great runner yang kene diberi arahan untuk berhenti dari berlari.kalo tak ada arahan stop 'sampai bile2 dia akan terus berlari tanpa berhenti sehingga berasa penat.haha..kelebihan ni membolehkan si forrest ni dapat biasiswa untuk mewakili diri untuk team american football universitinya.banyak try dilakukan oleh forrest sekaligus membantu team american footballnya meraih kemenangan even gua bantai gelak tengok larian mamat ni yang nampak tegak dan nak belok pun kene mesti tegak jugak.haha..

lepas tamat pengajian di universiti, si forrest ditawarkan jadi tentera.semasa berkhidmat sebagai tentera mamat ni ada berkawan dengan seseorang yang dia anggap dah mcm true blood dia.'you're my best buddy i've bubba..' tu lah kata2 forrest gump pada bubba, rakan sepasukan tenteranya yang 24/7 dok melabon pasal udang (shrimp) dengan si forrest sampailah hembusan nafas terakhir bubba yang mati di medan pertempuran walaupun telah cuba diselamatkan forrest.wasiat bubba buat forrest supaya take a look untuk family dia juga turut dilaksanakan oleh forrest.lepas tamat berkhidmat sebagai tentera, forrest telah beli sebuah kapal untuk tujuan menangkap udang sempena mengingati rakannya bubba.setelah berjaya dengan 'kerjaya' barunya sebagai penangkap udang profesional, sebahagian besar hasil wang tangkapan udang yang agak maju dan berjaya dilakukan olehnya bersama leutenant dant diserahkan kepada keluarga bubba.leutenant dan ialah bos kepada si forrest semasa dia berkhidmat sebagai tentera.si leutenat dan juga adalah antara beberapa orang rakan tentera selain bubba yang telah diselamatkan forrest tapi malangnya si leutenant dan ni amputated lepas kedua kaki dia terpakse dipotong lepas diserang hendap semasa pertempuran di vietnam yang menyaksikan forrest dianugerahkan medal of honour kerana ke-hero-annya.forrest juga dapat satu hobi baru semasa dia hampir tamat berkhidmat sebagai tentera iaitu bermain ping-pong.asalnya, mamat ni zero bermain ping-pong.berkat kesungguhan dia berlatih main hari2 siang malam,lastly mamat ni jadi pro table tennis player !

at once dia rase sunyi lepas kematian mak dan ketiadaan jenny (the only gurl yang mamat ni kenal dan sayang sangat) disisi, si forrest ni decide nak terus berlari to elsewhere.just random without any purpose.'i just ran because i want to ran..' jawab forrest bile ditanya wartawan.oleh sebab ke-random-an mamat ni berlari tanpa henti selama 3 tahun setengah, tak serta merta mamat ni jadi famous.banyak liputan media berkisarkan kisah larian mamat ni.dari berlari random seorang diri sampai la ramai follower yang sama nak follow dia berlari.cis, serious babak mamat ni berlari mengingatkan gua kat terry fox yang terkenal dengan marathonnya.gua dulu time kecik2 selalu buka tv dan setiap kali buka tv, selalu ada liputan media pasal terry fox run.gua ingat mamat terry fox ni sbb kaki sebelah dia yang pakai steel.sebab time tu gua giler minat kat orang bertulang besi - robotcop.so sebab tu gua bole ingat sangat dengan si terry fox ni disebabkan 'kaki tulang besi'nya.RIP fox ! kalo adam ada hawa, rumie ada julie, sid ada nancy, bonnie ada clyde, john lennon ada yoko ono, forrest ada jenny.yes, the only gurl he knew since childhood, the only gurl he loves a lot.everything just one and only.kalo la semua lelaki macam ni - setia pada yang satu, ha....ha....last2 mamat ni kawin jugak dengan jenny dan dapat seorang anak hasil hubungannya dengan jenny.jenny yang menghidap penyakit akhirnya mati setelah beberapa bulan berkahwin dengan forrest.dah la hidup mamat ni memang lonely ranger,tak ramai kawan dan tak berape nak sosial.last2 isteri plak mati dan ni gua rase epik paling sedih bagi mamat ni.

even forrest gump ni lurus dan tegak nak mampos, ditambah dengan lack of intelligence dan being lonely ranger tapi si forrest ni jujur buat ape yang dia buat.tak mengharap balasan dari ape dia buat jauh sekali nak dapat nama.ye, mamat ni tak pernah berniat or pasang cita2 nak jumpe face to face president john F kennedy mahupun legendary john lennon but he made it.dan lagi satu, masa berlari secara random selama 3 tahun setengah yang dibuat forrest adalah perkara giler.kurang rasional dan sukar diterima akal bagi manusia yang menjalani kehidupan normal macam kite.even kite akan fikir mamat ni buat something yang enta ape2, buang masa atau tak ada aral tujuan atau manfaat, tapi ape tersirat ialah the journey to gain experiences.bak titah auguste rodin 'nothing is a waste of time if you use the experience wisely' mana mungkin dengan duduk diam kau bisa dapat pengalaman.begitu juga buat benda yang sama tiap2 hari dalam hidup yang penuh perulangan bak titah billy joe armstrong dalam lagu redundunt.so dalam masa 3 tahun setengah berlari, bermacam tempat dilalui, bermacam pemandangan dinikmati dan bermacam ragam ditemui.its all about new experinces.ahh bermacam2 epic kejayaan mamat ni yang mostly berlaku secara random.kalo korang perasan kenape gua dari tadi asyik cerita pasal empunya diri si forrest gump ni je.yela..sket2 forrest gump, sket2 forrest gump.actually ni antara cerita paling bermakna bagi diri gua.cerita hidup mengajar erti kehidupan.ada feel cerita ni dengan jiwa gua sebab gua pun suke cakap pasal kehidupan.macam scene awal2 cerita si forrest gump duduk kat sebuah bangku sambil bercerita kisah kehidupannya dari kecik sampailah dia dewasa dan jadi bapak.yeah, because he loves to story about his life.so do i.i wish i have a lot of experience,sucessful epic like him.sampaikan gua ada tulis status dalam mukabuku 'kalo lah aku forrest gump' haha..tapi gua bukan forrest gump.gua huzaifa zahri..just a few words for him 'you're the man gump!'

Wednesday, December 8, 2010

Glory

gua kire dekat masuk 2 tahun jugak la gua dah dapat celebrate besday gua dengan blog TMOL ni - dua post gua dedicate untuk hari kelahiran gua iaitu semasa angka 20,21 dan kali ni pada angka 22.secara tak langsung, gua dah kenal dan bercinta dengan 'kekasih gelap alam maya' ni selama lebih 2 tahun setengah.diam tak diam, dah makan jugak kewujudan blog ni yang pada asalnya cume sebuah medium untuk menjadi teman ketika gua dirundum kesunyian dulu.tak kurang juga tempat meluahkan perasaan dan juga medan melepaskan kepuasan menulis dari segala macam benda tak kira yang mengarut atau serius.

hari ni besday gua yang ke 22.dah semakin dewasa gua ni.tapi kepale masih nak huha huha lagi.memetik quotes seorang membe gua 'tua usia adalah proses biasa bagi manusia. setiap manusia akan tua. aku, kau, mereka, rosmah mansor, semuanya akan tua bila tiba masa. tapi yang tak bagusnya bila jiwa kita tua. jiwa yang tua ni lah yang akan menyebabkan kita tua sebelum masanya..' yup ! biarlah umur makin meningkat sebab umur tu just angka yang akan terus meningkat dalam kitaran hidup seorang manusia.asal jangan jiwa tua sebelum usia sudah la.

banyak jugak wish besday dari membe2 dekat fa
cebook.kalo gua penah naik emo (ala gua memang suke melayan perasaan sebenarnya..) dalam entri ni, tapi dengan peringatan wish2 besday dekat muka buku dan tak lupa jugak through sms, gua rase sangkaan jahat dalam entri tu sekadar mainan perasaan.yela..bile kita emosi, kita akan bertindak sejajar dengan emosi kita.begitu juga bile kita sedih, kita akan menangis, bile kite suke, kita akan ketawa.so bile gua rase gua kehilangan rakan2, gua akan cube meluahkan perasaan yang gua 'seakan' kehilangan kawan.tapi ternyata sangkaan gua tu salah.just a feeling..yes bad feeling.hakikatnya masih ramai kawan yang menyayangi diri ni..

time besday gua kali ni, bole plak gua kene suprise dengan buah hati.senyap2 je dia beli hadiah.tau2 pagi tadi sampai je kat umah.gua da cakap awal2, tak payah susah2 belikan hadiah.tapi orang perempuan ni memang dilahirkan pemurah hati agaknye.dia belikan jugak hadiah walaupun kite tak mintak.hehe..btw thanks syg ! luv so much :)


p/s : pretty cool shirts.thanks honey..

p/s : heppy birthday untuk diri gua yang ke 22.haha..

Pseudo-Insomnia

menjadi daysleeper setelah bersengkang mata berjaga pada malam hari adalah rutin biase gua sepanjang cuti semester.bole dikatakan tiap2 semester rutin ni berulang-ulang.berjaga malam dengan surf internet memang buatkan diri lupe dengan masa tido.so, waktu siang adalah revenge terbaik untuk cover balik masa tido yang telah dikorbankan.kadang2 ada jugak rase bersalah dalam diri sendiri lebih2 lg bile terkenang quote orang2 tua atau mak2 yang selalu terjerit2 'bangun lewat, mane rezeki nak masuk !' ceh !

insomnia - biase dikaitkan dengan orang yang susah nak tido malam.individu yang menghidap insomnia, dia susah tido even rase mengantok atau dah bersusah payah pakse diri untuk tido.tapi beza dengan situasi gua.gua tak ada masalah nak tido malam.letak la kepale ni atas bantal atau just beralaskan lengan,memang boleh nyenyak tido lebih2 lagi bile dah ngantok teramat.masalah gua tak tido malam sebab leka surf internet malam2 sampai gua abaikan masa malam yang sepatutnya digunakan untuk tido bukan sebab gua ni individu menghidap insomnia yang tulen.so kire gua ni pseudo-insomnia la.boleh macam tu?



Receiving department, 3 a.m.
Staff cuts have socked up the overage
Directives are posted
No callbacks, complaints
Everywhere is calm

Hong Kong is present
Taipei awakes
All talk of circadian rhythm

I see today with a newsprint fray
My night is colored headache grey
Daysleeper, daysleeper, daysleeper

The bull and the bear are marking
Their territories
They're leading the blind with
Their international glories

I'm the screen, the blinding light
I'm the screen, I work at night

I see today with a newsprint fray
My night is colored headache grey
Don't wake me with so much
Daysleeper

They cried the other night
I can't even say why
Fluorescent flat caffeine lights
Its furious balancing

I'm the screen, the blinding light
I'm the screen, I work at night

I see today with a newsprint fray
My night is colored headache grey
Don't wake me with so much
Don't wake me with so much. The
Ocean machine is set to 9
I'll squeeze into heaven and valentine
My bed is pulling me,
Gravity
Daysleeper, daysleeper
Daysleeper, daysleeper, daysleeper

Tuesday, December 7, 2010

Game Masturbation


sekarang baru gua faham, kenape membe2 U gua yang rata2 mat gamers semacam kene candu dengan benda alah ni.gua yang dah lame tak in dengan scene game2 ni pun bole jadi pelik dengan kefanatikan mereka dengan menatang ni.

'aku bile dah nak dekat exam, aku uninstall game ni.bole jadi ketagih ! kalo setakat sejam dua takpe lagi, ni sampai 4,5 jam menghadap main - wan'

gua cube nak mengelak dari terkena candu game berhantu ni.tapi pengaruh rakan2 yang sama2 tengah cuti seakan sama2 mengheret gua ke kancah puaka ni.gua berharap kerajaan bole tubuhkan rehab untuk orang2 ketagihan PES ! ini masalah berat.kalo najib main PES denagn rosmah pun, gua rase dia setuju dengan cadangan gua ni.merawat lagi baik dari mencegah.tak begitu?

Sunday, December 5, 2010

Siri Jom Jalan : Melaka














nota kaki :

1) melaka memang banyak membangun.beza dengan melaka 3 tahun lalu time gua study kat melake.jalan dah makin lebar, menara tinggi pun dah ada & jalan pun makin sesak ! melaka maju 2010 la katekan..syabas tok ali !

2) melaka memang seronok.ada area kampung, ada area bandar.tak la rase urban sangat or rase remote sangat bile ada kat melaka.

3) perjalanan menaiki moto memang mencabar.lori trelar dan bas express lebih laju dari moto pada kelajuan 140Km/j ! lepas ni gua dah tak heran kalo dengar eksiden dekat lebuhraye boleh korbankan berpuluh nyawa..

4) bayaran naik menara taming sari memang tak relevan.so, gua tak jadi nak naik menara taming sari tempoh hari.gua makan dinner plate + cheesy wedges kat KFC pun still murah lagi dari bayaran naik menara taming sari tu..

5) serious shit tempoh masa tunggu lampu merah traffic light kat melaka lame.jejak 120 saat ! kate membe gua 'orang hisap rokok pun bole lepas sebatang sementara tunggu lampu hijau..'

6) kelibat kedai mamak agak susah dikesan di melaka.tak seperti johor yang bersepah2 dengan mamak stallnya.yang banyak gua nampak adalah fast food restaurant.eh orang melaka memang suke fast food ea?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...