Friday, October 26, 2012

Review: Sinister Movie

terlebih dahulu gua ingin amek kesempatan untuk ucapkan selamat hari raya aidiladha buat semua muslimin dan muslimat sekalian.walaupun sambutan hari raya aidiladha tak semeriah seperti sambutan aidilfitri, tapi gua tetap merasakan aidiladha meriah sebab masih berpeluang makan nasi himpit dengan rendang daging,sambal kacang, lodeh & ayam masak merah.bukankah hari raya orang melayu cukup sinonim dengan makanan tradisi ni?dan mungkin ramai tak perasan, selain duit raya (baca: budak kecik), rancangan televisi mahupun gambar raya di fesbuk, rendang daging, ayam masak merah dan sambal kacang jugak menyumbang kepada kemeriahan hari raya. bagi yang tak setuju, cuba tahun depan sambut hari raya dengan bertemakan bihun goreng basah ataupun nasi beriani kambing gam.kalau tak luak pun,sikit sebanyak dah potong stim hari raya .memang lain 'stim' bila makan ketupat pagi raya dengan makan bihun goreng basah.cubalah..

semalam petang time lepak ngeteh dengan kutu2 tarik teh, kami ada borak kosong pasal sambutan hari perayaan yang kerap jatuh pada hari jumaat.memang gua perasan benda alah ni dalam tempoh setahun dua lepas dan menolak sekerasnya kalo ada teori illuminati mahupun cakap atas pagar yang bukan2 pasal jatuhnya kebanyakan perayaan pada hari jumaat.'fenomena' seperti ni terus mengingatkan gua pada cerita knowing lakonan nicholas cage.dalam cerita tu ada satu keping kertas yang tentera kod tarikh berlakunya sambungan bencana alam.at least ada la jugak evidence nak cakap ianya satu teori sains ke ape.beza sangat dengan gua yang tak ada azimat dalam bentuk tarikh jauh sekali terjumpa kod rahsia tertanam belakang rumah.bagi gua, benda ni satu norma - satu kebetulan mungkin.giler jugak nak fikir deep sangat pasal benda macam ni.cukuplah gua perlu tahu yang kiamat akan jutuh pada hari jumaat.celaka apa gua merapik sampai masuk cerita kod tarikh dan apa kaitan dengan hari raya korban plak?

tolak tepi cerita pasal hari raya korban.jauh sangat dah gua menyimpang ni.

kalo diikutkan, lama jugak gua tak into dengan scene wayang gambor.makan bulan jugak kalau dikira-kira balik.last gua layan wayang pun cerita ice age 4.itu pun lepas kene bakor dengan housemate umah sewa.celaka apa gua penat2 baru balik keje dia ajak layan wayang gambor.nasib cerita ice age 4 tu tak heavy dan bole kasi mood santai2.pesen cerita melayu murahan elak gua dah siap-siap pasang kuda-kuda masuk tido.akibat dah lama sangat berehat dari scene wayang gambor, semalam gua berpeluang redeem kemarau wayang gambor yang melanda semenjak dua ni dengan tonton cerita yang kira baru jugak keluar panggung.tajuk cerita dia sinister.filem arahan scott derrickson bertemakan horror dan ada sikit unsur alam ghaib.memang 'jahat' cerita ni.berkali jugak gua terlepas makian separuh sedar.tak sangka sekarang ni bukan tenung lama2 makwe berdenyut & pakai seksi je bole tambah dosa, tengok cerita horror pun bole jadi sebab manusia tambah dosa.

gua memang cukup lemah bab nak review2 ni.memang tak pandai dan bukan masuk dalam kepakaran gua la senang cerita.tapi memandangkan gua dan cakap awal2 yang cerita ni 'jahat', so gua terpaksa la review dengan ringkas dan 'jahat'.dah jadi lumrah alam agaknya kebiasaan orang memang suka nak tahu dan amek pusing pasal benda yang 'jahat'.orang tak nak amek tahu artis mana yang pergi tunaikan haji tahun ni tapi orang lebih tertarik nak tahu siapa artis pakai bikini duduk plessing manja dekat pantai bali.mudah nak diterima ke macam mana gua tak tahu la.

sinsiter menceritakan tentang semangat jahat yang masuk dalam badan budak2 lalu merasuk mereka membunuh ahli keluarga yang lain.kalau dalam scene hanturaya malaysia, lebih kurang kes kene rasuk la jugak.semangat jahat atau digelar mr boogie dalam cerita ni memang puaka watak dia.last cerita baru gua faham ape sebenarnya peranan si mr boogie ni dalam 'makan' jasad budak2 tak berdosa ni supaya bunuh keluarga mereka.fokus cerita ni pada seorang penulis yang mahukan comeback setelah kegagalan beberapa siri buku lampaunya, ellison yang tekad pindah ke rumah baru yang pernah jadi tempat pembunuhan misteri satu keluarga atas tujuan mahu buat kaji selidik untuk buku barunya yang bertemakan pembunuhan misteri sekeluarga ni.memang power allison ni.penulis buku yang ada potensi pegang job sebagai FBI dalam masa sama.penemuan sebuah peti atas loteng umah berisi video filem pembunuhan siri berapa keluarga membawa pada seribu satu macam pertanyaan.satu persatu video filem dikaji ellison sampailah mamat ni dapat beberapa 'hint' pasal mr boogie iaitu semangat yang nauzubillah dia punya jahat.awal2 pun gua tak syak si pembunuh ni sebenarnya semangat jahat.gua ingat mamat saiko mental mana yang jadi si pembunuh.nampak tak jahat cerita ni?sepanjang kaji selidik, ellison tak terlepas dari kene kacau - pemain video filem main dengan sendiri, 2 anak ellison kene rasuk dan meracau tak tentu pasal, berperang dengan si isteri dan bermacam lagi igauan ngeri.sekali baca, macam celaka pulak ayat igauan ngeri tu.entah dari mana tiba2 datang idea nak berpuitis pagi2 hari ni.dipendekkan cerita, akhirnya ellison tewas dan pasrah dengan semangat jahat mr boogie yang kerap mengganggu ellison dan keluarganya.ellison tekad berpindah ke rumah lamanya semula.time ni gua dah rasa macam nak tendang kerusi orang depan sebab kejahatan mr boogie masih belom terjawab walhal gua dah terperanjat entah berapa kali sebab terkejut.tu belom masuk makian dan remangan bulu roma dekat tengkuk.gua rasa macam jahanam pulak kalau direktor stop cerita pasal semangat jahat mr boogie semata-mata lepas ellison pindah ke rumah lamanya.elak orang ramai pakat2 rejam kasut kat skrin putih besar panggung.macam cerita2 tamil, dipenghujung cerita baru segalanya terbongkar.kesungguhan ellison buat research rupanya jadi jerat pada diri ellison sendiri dan keluarga sebab dia sebenarnya tengah sambung 'kerja' mr boogie untuk cari mangsa seterusnya lalu resap masuk dalam jasad budak kecik dan memilih anak perempuan ellison sebagai mangsa.akhir cerita, ellison, isteri serta anak lelakinya jadi korban ditangan 'anak perempuannya' dimalam hari raya korban.

pada awalnya gua tak tahu pun scene wayang gambor sekarang ni ada tayang cerita power macam ni.nak harapkan 'ape celop tokk' memang jahanam.elak ada pulak berdarah kepala sebab hantuk kepala sendiri dekat dinding.maklumlah, orang2 lost dengan scene wayang gambor macam gua ni memang menagih satu cerita power untuk dijadikan comeback.ternyata cerita sinister ni tak mengecewakan.lepas abes tengok cerita ni, gua langsung tak sentap korbankan duit dan rasa ngantok dan berani claim comeback gua pada scene wayang gambor kali ni kira berjaya.memang saiko cerita ni.sound effect cerita ni memang mainkan role penting dalam kasi mood saiko sepanjang 1 jam 50 minit durasi cerita.sound system kat TGV bukit indah malam semalam memang pada tahap champion.bagi yang ada masalah cepat melatah, jantung lemah atau lemah nafsu, cerita ni memang tak sesuai ditonton.pergi la swap tiket tengok ape celop tokk.kahkahkah ! mungkin tak salah kalau gua claim cerita ni cerita paling saiko of the year.gelojoh betol gua buat keputusan walhal masih berbaki 2 bulan sebelum tahun 2012 sampai penghujungnya.memang gua rekomenkan la pada siapa yang minat scene cerita horror.agak2 geram teringat makwe lama insyallah bole lupa sekejap.gua kasi 9/10 untuk cerita ni.sangat direkomendasikan !

Sunday, October 14, 2012

Typo

sekarang dah nak dekat masuk pukul 2 pagi.gua masih terkebil kebil nak pujuk mata masuk tido.bukan ape.memandangkan gua sekarang ada dekat kampung,so gua kene setting bangon awal untuk ke kerja.sejam atas moto untuk ke tempat kerja kalo tak setting dengan baik bole masuk dalam kegagalan hidup jugak sebenarnya.tolak tepi kes tayar bocor atau minyak abes atas jalan.rasa nak terberak atas moto sudah cukup memadai.berbalik pada cerita,give up punye pasal last2 gua capai henset & melayan kerenah applikasi smartfon.belek satu persatu sampai naik bosan.

dalam banyak2 applikasi,gua semacam eksaited godeh applikasi blogger-droid yang gua sempat install dulu tapi sampai ni tak pernah guna.malam ni memang detik sejarah.tak pasal2 semangat nak menulis gua datang walaupun besar dugaan melanda masa nak menaip.diam tak diam,berjaya jugak gua siapkan entri kali ni.

fuh bole tahan puaka jugak update entri pakai henset cuit-cuit ni.kemain gasak typo writting.kalo gua jadi editor,memang dh berbakul makian si penulis dapat.sebelum gua amek keputusan nekad hempas telefon pintar ni,gua rasa ada baik jugak kalau gua cuba pujuk mata ni masuk tido sampai berjaya.besok gua nak 'menoreh' lagi woi..

selamat malam..
Published with Blogger-droid v1.5.8

Saturday, October 13, 2012

3 Belang

kira2 dekat sebulan dah gua 'melaram' dengan adidas 1906Er.walaupun bukan brand new macam kat kedai al-ikhsan, tapi sekurang-kurangnya kasut bundle made in pasar karat johor ni bole tahan bikin gua puas hati jugak sebenarnya.kusyen lembut dan ringan menambah lagi stim gua untuk lebih comfort stick dengan kasut  3 belang ni.tambah lagi ni kasut adidas pertama dalam hidup.so bole faham macam mana passion exsaited tu.

semenjak gila main bundle masa hujung2 era zaman belajar tak kurang jugak masa bergelar pengganggur agung dulu, rajin jugak menyelam blogspot bundle & secara tak langsung rajinlah jugak jengok2 kasut adidas sama ada secara sengaja atau tak sengaja. walaupun masa tengah jobless dulu, nak carik seringgit dalam dompet pun kadang2 bukan main payah, tapi passion nak sarungkan kaki dengan kasut adidas tak pernah pudar.

tak dinafikan bermacam-macam jenis model kasut dikeluarkan oleh adidas.dari era vintage sampai era gangnam style ni, adidas bagaikan bernafas dalam revolusi & inovasi tersendiri.kalo perasan, afdlin shauki pun sarung kasut adidas jeremy scott panda bear. ala kasut kepala beruang panda yang dia selalu pakai kalau buat show dengan boboi tu ha.walaupun gua masih 'hijau' dalam scene kasut adidas ni, tapi secara jujurnya gua rasa model kasut adidas sekarang ni macam pundek dia punya design.kalo nak dibandingkan dulu dengan sekarang, design kasut adidas era dulu2 nampak lebih garang & jauh lebih vintage ! sekarang ni lebih pada pesen sport tapak tebal2..sebelum raya ari tu gua ada singgah teman budak kilang carik barang raya dekat Johor Premium Outlet (JPO).alang2 dah masuk tempat shopping selera YB macam ni gua tak lepaskan peluang masuk outlet adidas.bukan senang mat bundle nak masuk outlet besar macam ni.setahun masuk sekali pun dah kira rare sebenarnya.tempoh hari, gua perhatikan memang banyak display model tapi tak ada satu pun yang berjaya menarik nafsu muda untuk angkat sepasang sebab rata2 design semua macam puaka.jenis sport tebal2 yang berlambak.tak ada pulak design baru yang nampak santai2 macam adidas rekord,west germany mahupun avanti.tak tahu la kenapa nafsu muda gua tak 'in' dengan kasut2 jenis tapak tebal ni.cakap la pesen kasut mat skater, mat skrembler sekalipun.memang gua tak tertarik nak pakai jauh sekali nak beli  walaupun secara amnya kasut macam ni jauh lebih selesa bila dipakai kalau nak dibandingkan sneakers.

sekarang ni memang tengah menggila passion nak kumpul kasut adidas lama2 buat koleksi peribadi.maklumlah gua bukan ada makwe atau skandal nak dibuat koleksi.dari buat koleksi benda yang bukan2, gua rasa ada baik jugak kalau gua jadikan kasut sebagai buruan.at least tak ada cerita KLMJ dikemudian hari.hye old skool adidas, come to papa babe..

Sunday, October 7, 2012

Si Jendol Dan Scene Bela Ikan.

seingat gua last gua terjebak dengan scene bela ikan peliharaan ni kira-kira 7,8 tahun dulu.time tu memang tengah 'in' dengan scene ikan kepala jendol yang orang gelarkan flower horn.gua tak tahu la time tu nak claim sape yang ada bela ikan flower horn ni sebagai trendy atau poser.kalo diikutkan reason yang menggelodak jiwa muda gua nak bela ikan ni sebab gua dah takde mende nak dibuat duduk rumah.maklumlah dulu masa zaman belajar mana rumah gua ada pasang internet.laptop,smartfon jauh sekali.paling2 bangsat ada pun pc old skool gua.boring2 last2 gua pergi kedai ikan dan beli anak ikan flower horn.gua beli time tu seekor RM7 kalo tak silap.jenis dah berpangkat bapak mak ikan memang mahal.stok2 jejak beratus seekor.celaka punye taukeh kedai.pandai diorang main harga time tu.kira sape bukak kedai ikan jual flower horn time tu kira boleh buat duit la senang cakap.

memandangkan gua memang takde pengalaman bela ikan sebelum ni,pertama kali bela ikan kepala jendul ni kira satu pengalaman baru jugak la buat gua.mana taknya,dari sini la gua tahu function anti-klorin.gua ingat air kita guna seharian untuk mandi dan masak air tu dah cukup equilibrium untuk seekor ikan.ternyata gua silap.dari sini jugak la gua tahu function air pump filter, nak kasi air kaler ijau atau biru, landskapping akuarium mahupun jenis makanan ikan yang sesuai.jangan ingat manusia je ada taste nak makan sedap2 bagai?dulu bila berduit sikit, rajin jugak gua beli kiub cacing frozen.jenis campak dalam air dia hancur.sejak dah lama tak into dengan scene bela ikan ni,gua tak tau la ada lagi ke tak jual benda alah ni kat kedai ikan.bukan main suka ikan flower horn gua makan cacing frozen ni dulu.bila dan sengkek, gua mampu beri makan pellet je.jenis makan ikan kecik sebungkus RM2 tu bole dikira la dalam sebulan berapa kali.

walaupun ikan tak pandai meleset-leset dan bermanja-manja dekat pergelangan kaki macam kucing, tapi ramai sebenarnya tak tahu yang ikan jugak ada sifat manjanya yang tersendiri.statement berani mati ni gua kaji masa nak beri ikan jendol gua makan.bila gua bukak je penutup akuarium petanda gua nak beri makan, secara automatik ikan gua dah tahu yang gua datang nak beri makan.daripada posisi malas, ikan ni akan mula laju berenang sampai atas permukaan air.tunggu bila gua nak campak makanan.penah sampai satu masa, ikan jendol  gua siap melompat seolah-olah tak sabar menunggu santapan.melihat gelagat si jendol, hati gua jadi girang dan seronok.nampak sangat dia cukup ramah dan mesra.bila tiba hari minggu dulu, lepas selesai solat subuh, rajin jugak gua menjenguk ikan dekat laman rumah.biasanya gua akan spend setengah jam hingga sejam duduk belek2 ikan depan akuarium.sampai mak gua perli-perli 'hai,pagi-pagi dah tengok anak..' bila2 fikir balik,gua lebih rela kene perli macam ni dari kene perli rampak makwe orang lain.

dipendekkan cerita, menjelang raya tahun 2004 atau 2005 macam tu,gua sekeluarga macam biasa akan balik beraya dekat rumah moyang gua yang terletak dekat area larkin.betol2 dekat dengan hospital puteri yang terkenal dengan makwe2 nurse berdenyut.selama seminggu beraya di kampung, gua terpakse upah sorang budak satu lorong dengan umah gua untuk jaga beri makan & basuh air ikan sepanjang ketiadaan gua nanti.gua dah siap awal2 ajar dia macam mana nak basuh air, letak anti klorin bape banyak, kasi ikan berapa kali sehari dan hal ehwal penjagaan yang lain.mak gua siap kasi upah awal2 mintak tolong jaga.nak mintak tolong orang dengan tangan kosong macam tak sedap pulak bunyinya.dipendekkan cerita lagi, lepas seminggu beraya sakan, gua pun balik semula ke rumah.alangkah terkejutnya gua bila tengok kenapa air dalam akuarium dah serupa air tasik indah water.berlumut kaler hijau bagai.cuma beza air dalam akuarium tu gua yakin 100% takde bendasing buangan manusia (baca: yellow submarine).gua tengok si jendol dah terbongkang dalam tu.gua dah syak lain.dipendekkan lagi cerita emo ni,at last budak lorong gua mengaku yang dia sengaja kasi lebih makan kat si jendol sebab malas nak datang kasi makan hari2.kira kes one in a hole la ni.sekali henjut punya stail yang akhirnya buatkan air jadi tak equilibrium akibat lebihan makanan.gua tak syak kalo makanan pellet ikan tu mungkin ada chemical yang bole jadikan air beracun mungkin.sampai hari ni gua tak marah apetah berdendam.gua anggap jodoh si jendol dengan gua dah sampai penghujungnya.makwe yang kita paling sayang pun akan pergi jugak tinggalkan kita satu hari nanti inikan pulak ikan peliharaan.

sampai hari ni gua masih tak dapat nak ingat gua tanam ke atau gua buang mayat si jendol dalam longkang depan umah gua.macam mana cara sekalipun gua lupuskan jasad si jendol, yang pergi tetap jugak akan pergi.begitu jugak makwe lama yang pergi akan tetap diingat sebagai makwe lama.

cet..jauh pulak gua menyimpang.

sebenarnya gua baru beli akuarium baru tadi untuk letak ikan puyu yang nenek gua beli.akuarium lama dah jadi tukun agaknya kat belakang rumah tu.kata orang2 lama, ikan puyu ni ibarat penjaga umah dari masukan makhluk halus.banyak jugak gua dengar orang cakap macam ni tapi kesahihanya gua tak berani nak cakap macam mana.gua layankan je cakap orang2 lama ni.

ok la..nanti gua sambung cerita pasal si puyu plak kalo rajin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...