Friday, February 10, 2012

No Goodbyes

ada peribahasa melayu berbunyi 'bila terhantuk,baru nak sedar..' kalaulah peribahasa melayu ni bole diibaratkan seperti lauk sweet sour,dah pasti ianya lebih asam tak kurang gula.baru balance taste dia.tak over masam,tak over manis.baru sedap2 tekak.macam mana sedap tekak menelan,macam tu jugak la 'sedap' dia punya kiasan.faham ape gua nak sampaikan?tapi sebelum tu,ape kene mengena peribahasa dengan lauk sweet sour ni.sekilas baca,macam jahanam pulak bunyi intro gua ni.

ye gua sedar,gua dah lama tak into dengan scene blogging.so far,gua baru menulis 3 entri yang tak power mana pun sebenarnya.instead of 3 entri,gua sepatutnya dah bole menulis paling2 jahanam pun 10 entri ! tak tahu kemana hilangnya semangat lembu gila matador gua bila menulis.gua dapat rasakan spirit gua nak menulis dah tak setebal dulu.diam tak diam,makan 4 tahun jugak gua dah terjebak dalam scene blogging ni.dah bermacam benda gua melabon dalam blog usang ni.dari borak sampah,dari jiwa lara,dari spontan,dari pengalaman,dari kekecewaan,dari kegembiraan - semua ada.malah,sebelum gua kenal makwe,gua dah kenal dulu scene blogging.kalo makwe pun dah sayang,inikan lagi benda alah ni.perlu bagitahu jugak ke?

tadi masa lepak tarik teh dengan membe sekampung,sorang dua ada bukak cerita pasal scene blogging.kalo sebelum ni,ramai antara mereka selesa menjadi zuckerberg society,kini diorang dah maju setapak ke depan dalam dunia siber dengan create blogspot sendiri.at least,diorang tak terus menoleh kebelakang dengan status mengusik jiwa dari bekas makwe atau skandel di fesbuk.pada pandangan kasar gua,mempunyai blogspot sendiri juga merupakan satu perjuangan revolusi yang power.begitu juga medium escapism yang ngam ho ! at least,kita tak terus menerus hidup bersandar pada kenangan.kita bole lari dari bayangan memori dengan bekas makwe atau skandel dengan menjadikan blogspot sebagai medium meluah apa saja rasa yang terbuku dalam hati.dan gua start berblogging pun sebab jaded dengan kehidupan bersandar pada kenangan yang menghantui gua 4 tahun dulu.just write something coz sharing is caring.

semangat lembu gila memang selalu menyerang bila passion dan mood nak menulis tengah up.gua faham sangat sebab gua dah lalui benda alah ni dulu.kadang2 sampai satu tahap,setiap detik kau nak curi dengan menulis sesuatu agar bisa dijadikan satu masterpiece bergelar entri.dan tak salah kalo gua cakapkan semangat lembu gila ni selalunya menyerang mereka yang baru create their own blogspot.passion nak menulis tu memang lain macam.sampaikan cerita sembelit nak berak pun kalo bole dikongsi,mahu dicoretkan dalam blog.teringatkan spirit ni,gua tak semena-mena datang semangat nak menulis sesuatu buat julung kali ni.gua tak mahu passion dan mood nak menulis gua terkubur begitu saja.

write or die ! no goodbyes :)

Saturday, February 4, 2012

The King Of KLMJ !


bak kata omputeh 'picture gives thousand of words'
bak kata gua,thousand of words itu menyimpan seribu satu macam KLMJ !

Friday, January 13, 2012

Review Album : Green Love 'The Last Time Mistakes'

** sebelum mengulas panjang lebar dalam kolum review kali ni,gua rasa patut juga gua berterus terang.sebenarnya review kali ni lebih pada nak menghidupkan kembali semangat menulis gua yang dah tersadai lama tunggu masa jadi artifak purba.semenjak dah sibuk membanting tulang cari rezeki ni,kehidupan gua tak lari dari perulangan - pergi kerja balik kerja,badan dah letih terus tarik bantal.so bole faham kenapa gua jarang menulis ditambah dengan kehidupan tipikal orang berkerjaya yang tak lari dari kesibukan dan tanggungjawab.selain nak tarik balik mood menulis,review kali ni juga secara tak langsung nak tolong promote band yang berasal dari selatan tanah air yang bergelar green love atau bahasa ruminya cinta hijau.bukan hari hijau.itu green day band punk rokk california.tak ada kaitan langsung dengan topik panas kali ni.

green love ditubuhkan pada tahun 2007 diselatan tanah air dianggotai 4 anak muda berbakat besar.tak payah gua kenalkan sorang-sorang.ingat ni muzik-muzik ape?cukup la sekadar menyebut 4 anak muda yang minat bereksperesi dengan muzik.seperti semua sedia maklum,muzik juga merupakan satu medium untuk meluahkan segala rasa hati yang mungkin sukar diterjemahkan melalui lisan.begitu juga dengan muzik grunge yang bukan hanya sekadar muzik bising,berat,bingit,raw as hell mahupun kotor.ianya lebih dari itu.yang menarik perhatian ramai tentang grunge adalah kontens kebanyakan muzik grunge yang agak rebel,jiwa luka,cinta karat,protes,hak asasi,kemarahan dan sebagainya.tak mustahil kurt mampu menulis lagu2 yang power yang sesetengahnya diadaptasi dari kisah silamnya yang penuh dengan erti sebuah hidup.

rasanya cukuplah intro yang tak serupa nak intro ni.itu pun entah jauh lari dari topik.panjang2 lagi melalut pulak.better gua stop dan straight to the point terus.


gua kenal green love pun masa era myspace tengah up.dulu myspace dah bole dikira jadi medium band2 independent nak promotes,spread and share their music - siap playlist yang satu masa dulu bole download mp3 sebelum admin myspace block kerja sedut menyedut ni.lepas dah kene block bagai,akibat dah tak tahan dan stim teramat,gua terpaksa curik2 rekod sebiji dua mp3 band ni dari profil page myspace mereka.hehe..sanggup buat kerja 'giler' semacam ni semata-mata dah tangkap feeling dengan band grunge local yang gua admire selain butterfingers dan bloodymary.

baru2 ni green love telah melancarkan album sulung diorang yang berjudul 'the last time mistake' yang mempertaruhkan 9 tracks kesemuanya.semenjak dapat menghidu kewujudan sebuah band power macam ni,gua sentiasa tertunggu 'buah tangan' semacam ini.rugi rasanya kalo tubuhkan sebuah band power tapi disbanded atau terus menerus menyepi tanpa sebarang release.paling2 bangsat pun bikin satu demo atau ep.

eventhough tak se-raw & se-dirty nirvana,green love masih tak lari dari seattle sound.selain dari nirvana (ini memang wajib ada bagi sebuah band grunge),mereka turut menamakan smashing pumpkins,silverchair,mudhoney,pearl jam,alice in chains,soundgarden,tad,sonic youth,deftones,korn,muse,placebo mahupun radiohaed sebagai antara pengaruh dalam karya muzik mereka.dari awal kenal green love,gua dah suka dengan cara permainan gitar yang banyak part tabs yang kemas dan sedap dihidangkan sebagai halwa telinga - kreatif,epik dan full of masterpiece ! ternyata muzik green love lain dari yang ada yang meletakkan mereka dalam kelas yang tersendiri.

dibawah adalah review ringkas mengikut tracklists.ini mungkin sekadar pandangan peribadi gua.apa telinga gua dengar,itulah yang gua sejujur mungkin akan ulaskan.

1) intro
- permainan riff gitar yang tak terlalu berat dan tak terlalu lemah.rolling drum pun cantik dan masuk dengan lagu.cukup ngam ! memang bikin tarik mood nak dengar tracks seterusnya.owh ya,ending lagu ni memang grunge nak mampos.lagu grunge kalo ending dia tak ada guitar distortion,efek bagai memang tak sah agaknya.

2) emotion = pain
- permainan gitar awal2 lagu memang awesome - teratur,kemas dan tak nampak bersemak.gua tak tahu naz (gitaris) pakai efek ape kat gitar dia.plucking gitar dia bunyi lain macam.macam ada pakai efek ataupun tuning dia bukan stendet.gua pun tak berapa arif bab setting2 gadget gitar ni.suara boris (vokalis) time chorus memang abes grunge.tarik dia memang up to the max.tak kedengaran langsung macam orang tahan sembelit 7 hari.drum dengan bassline semua masuk.siap terlepas2 lagi bunyi bass..owh ya,ni lagu baru yang gua tak pernah dengar sebelum ni.but this one's too nice :)

3) night day night
- ini pun lagu baru yang gua belom pernah dengar.apa yang menariknya tentang lagu ni ialah kombinasi padu bingit distortion gitar diselangi riff yang beralun cantik.jeritan boris semacam biasa padu dan tepat ke gendang telinga.lagu ni kurang sket dengan elemen guitar plucking tapi jangan resah.outro lagu ni anda disajikan dengan plucking yang sungguh epik.suka betol dengar ward (drummer) rolling drum untuk lagu ni.fuh !

4) no karma
-ni lagu paling terakhir gua curik dari myspace dorang dulu.hehe..cuma untuk album sulung ni,diorang rekod lebih cantik dan jelas.siap terlepas-lepas bunyi bassline.dah semacam jadi trendmark bagi green love start lagu dengan plucking tabs yang mampu menaikkan anjakan adrenalin ditahap maksima.kedengaran macam epik gilgamesh pun ada.dari intro,chorus,bridge,solo sampai abes lagu semua ngam.tak ada cacat cela..

5) hodoh
- satu2 lagu melayu yang ada dalam album ni.kalo butterfingers ada lagu 'ugly',green love pulak ada lagu 'hodoh'.haha ! lagu ni pada gua paling kurang vibe grunge dia.kalo boris nyanyi ikut slanga melayu tulen gua rasa lagi ok kot.kadang2 gua hairan kenapa band2 local ni suka nyanyi lagu melayu dengan tonansi slang mat saleh.gua tak pernah pulak dengar mat saleh nyanyi slanga orang melayu.kan?owh ya,lagu ni ada official video klip dia kat youtube.bole check it out..

6) empty glass
- going back to grunge vibe again along with green love trendmark - plucking guitar tabs for intro & distortion heavy sound for the chorus ! ketukan drum untuk lagu ni memang padu.kedengaran seperti kipas helikopter berputar pun ada.kalo cakap tak cukup lagi rolling memang tak tahu la nak cakap ape.jeritan menggila 'hey....' boris pada awal2 lagu memang jenis tak reti sakit tekak la mamat ni.nice song by the way.

7) year hope die
- ini lagu protes barangkali - protes untuk kezaliman terhadap rakyat palestin.malah lagu ni antara lagu awal gua dengar masa baru2 kenal green love.lagu kalo protes mood nak menyanyi tu pun kene raging jugak.jeritan boris memang tak terkata.malah tak salah kalo cakapkan lagu ni paling banyak part menjerit.semacam biasa naz bijak tangkap mood pendengar dengan intro yang....aihh malas gua nak ulang banyak kali.kalo dah power tu,power la jugak..cis dekat2 nak ending lagu tu ada pulak stop kejap then terus masuk bunyi bingit gitar part chorus.time ni la rasa macam nak tumbuk orang sebelah bila dapat sing along sama dalam gig.

8) not sure
- ni antara lagu lama green love yang direkod semula.lagu ni jugak yang buat gua jatuh cinta sama green love masa baru2 kenal dulu.nak bandingkan versi rekod lama dengan yang baru,gua rasa rekod lama lagi menggila si boris tarik vokal.tapi masih tak lari tune tarik menggila si boris untuk rekod baru ni.tak ada sikit pun kurangkan vibe grunge mahupun mood pendengar.tak kurang juga dengan ward yang kurang dirasuk semangat ketukan menggila dave grohl.bass duke pun bole tahan timbul kedengaran.what a perfect score !

9) pressure when i know something (about you)
- track last merangkap lagu baru yang gua belom pernah dengar sebelum ni.lagu ni sama macam track 3 dari segi sounds - more to distortion guitar along with nice riffs.lepas banyak kali ulang main,gua rasa ada certain part lagu ni ada iras2 lagu butterfingers 'delirium'.lagu ni memang rancak dan happy sing along.kali ini lagi sekali anda dihidangkan dengan bunyi terbarai efek guitar yang sungguh grunge !

pada gua,ini antara koleksi album grunge local terbaik,berkualiti & berbaloi yang patut dimiliki oleh pencinta muzik.kelebihan sesuatu band terletak pada kelainan yang mereka tonjolkan dalam karya dan pada gua green love mempunyai kelainan mereka yang tersendiri.tak menyesal melaburkan RM20 untuk sebuah material yang ada value yang tinggi.owh ya lupa nak bagitahu,album ini didatangi dalam bentuk digipack dengan design cover album yang sangat halus seninya.ingat ini bukan CDR beli kat kedai then terus bole copy burn.ini fromat pro-CD ! lirik untuk setiap tracklist ada disertakan in case kau nak sing along terpekik terlolong.sangat direkomendasikan..

untuk sebarang pertanyaan lanjut,sesi suai kenal,order & trade CD,kiriman surat cinta & kad raya,tikam belakang,tumbuk rusok,hantar TONTO,event atau gig,bole contact mereka melalui :

www.myspace.com/greenlovemusichijau
www.facebook.com/greenlove
sub.rock@yahoo.com
greenlove_noisysounds@yahoo.com

green love - year hope die


green love - no karma

Friday, December 30, 2011

2011,Epik Kehidupan Dan Buku Baru


diam tak diam,dah nak masuk tahun 2012.tahun 2011 bakal melabuhkan tirai.alhamdulillah nyawa masih dipanjangkan untuk bertemu tahun baru.moga2 tahun baru lebih bermakna dan lebih awesome.selamat merayakan kehidupan pada tahun baru !

2011 - nak ingat satu persatu ape yang jadi dalam life gua sepanjang tahun 2011 memang impossible.plus gua pun sekarang dah mudah sangat lupa.malah sampai satu tahap gua rasa penyakit lupa gua ni kalah orang alzemeir,melampaui orang senja.sampaikan bila gua lupa letak barang atau campak sepah sana sini,mak gua yang tolong ingatkan semula.for sake,this year umur gua baru cecah 23 sen.sapa parents dia ada pergi mekah,gua nak kirim kismis arab la.kahkahkah ! macam ape gua katakan tadi,it's imposible for me to memorize every single things happen in 2011.terlalu banyak sampaikan jika kapasiti kepala otak gua diformat pun belom tentu dapat ingat.randomly,cukuplah tahun 2011 akan dikenang sebagai tahun pasca hidup yang bergelumang dengan turun naik.tahun 2011 jugak gua buat kerja giler dengan tulis daily diari hasil pemberian hadiah hari lahir.kalo tak sampai tua gua tak pernah dan tak akan pernah ada daily dairi.malangnya tak bertahan lama.gua konsisten buat benda alah tu dalam 5,6 bulan macam tu.ingat bab kawin je perlukan konsisten?lepas tu gua dah diserang penyakit M.yes,sometimes tun M is rite on its own way.bak kata sorang membe gua 'kalo sifat malas tu sifat yang mulia,dah lama gua masuk syurga..' tapi sampai sekrang belom ada syurga untuk orang malas.ahh itu belum sentuh perihal minat baru,kene saman polis,dan bermacam hal lagi.terlalu banyak benda nak diselorohkan yang berlaku sepanjang tahun 2011.

mengenang tahun 2011,gua teringat akan new year eve tahun 2011.malam tu gua dengan sorang membe pergi makan malam kat taman sri pulai dekat2 area belakang UTM - restoran kasim.masa zaman study dulu,sebelum TTGB ada buat kempen boikot mapley,sebelum orang kondem mamak kasim sembelih biawak & dalam cawan teh ada tangkal,restoran kasim kira official pot cari makan dan ngeteh kami.after all,lepas dah dengar citer bukan2 pasal kasim,terus kami tak addicted dengan kasim.mengenang zaman study jugak,gua teringatkan era jadi mat kutu.enta kenapa bila zaman study dulu,gua jugak berkawan dengan sorang mat kutu (u know who you are peeps..) so chemistry nak jadi kutu agung tu nampak cerah.kalo tak ada benda nak buat,agak2 dan bosan melampau,memang la kami ke sana ke sini tak tentu arah.satu pengalaman hidup sebenarnya bila jadi mat kutu ni.tapi semacam biasa.bila sebut perihal kutu ni,menjadi dosa agaknya.dicemuh dipandang tipis.macam la mat kutu tak ada impian,tak ada harapan.setakat amek angin cuci mata tengok dunia luar tu kira jahanam jugak ke?bukan pergi merempit,curi ayam orang ke ape.nak terperap dekat hostel 24/7 jadi mati kutu pulak.so malam tu lepas abes isi perut,kami pun decide pusing2 area bandar.bandar johor malam2 tak ada ape benda sangat yang happening.paling2 king pun pasar karat,abes muda pun lepak stulang mahupun dangavbay.ini je la destinasi yang rasa bole pergi.last2 dah bosan2 kami melepak kat area danga bay sambil tengok reaksi orang ramai dimalam new eve.kadang2 malam new eve mengalahkan helloween party.dengan mercun cina nya lain.mat2 motor tak usah cakap.macam la wujud ustiah tahun baru mat motor.agaknya macam mana la new eve kat eropah ek?

tahun 2011 jugak dapat gua claim sebagai tahun transformasi.tahun 2011 melihatkan gua retired dari zaman study yang dah 17 tahun gua into kepada alam kerja yang usianya tak sampai setahun jagung.usia 17 tahun into dalam scene study adalah suatu jangka masa yang panjang.even quotes paling bangsat orang cerdik pandai 'proses pembelajaran adalah proses sepanjang hidup',pada gua usia 17 tahun dah extremely 'sepanjang hidup'.buat masa ni,biarlah gua peram dulu offer letter sambung master kat shelf.biar kasi masak ranum dengan anai2.buat masa ni gua belom tergerak nak continue zaman senja gua bergelar student.kalo tergerak pun niat,ianya semacam nak merentas sungai amazon.entah belom sempat dah jadi santapan pirana.but who know,future is unpredictable rite?

sepanjang 4 tahun di universitas,bermacam-macam benda gua facing.macam2 benda gua suka tak suka kene go through.malah sampai tahap hampir2 flunk pun ada.dalam hati gua cuma tuhan yang tahu.alhamdulillah dengan berkat setia bercinta sesama tuhan,dia izinkan gua sampai ke tahap ni.dalam banyak2 era study,tahun 2011 paling miserable,paling tak ngam,paling hell ! 2011 jugak the last year gua jadi super duper senior.bila bercakap bab senioriti ni,bagi gua tak ada ape yang hebat sangat pun bila kau dapat naik satu paku jadi senior.bukan bole take over the next naib canselor pun.cuma ada la sikit awesome-nya bila jadi senior ni.sikit je.tak luak mana pun.dalam ghairah bergelar senior ni,ada satu benda yang buat ramai final year student nak mengucap panjang.malah gua berani claim term paling horror dan watdefak yang student tak mahu dengar ialah final year projek (FYP).gua dulu semak kepala jugak nak decide tajuk projek.maklumlah,FYP ni bukan macam hunting hot chicks - sambil hisap rokok,muncung bersiul,hembus asap rokok 'O' shape,keluar ayat manis sepatah dua.ini benda serius yang silap decide bole jadi jatuh terduduk dibuatnya.last2 gua apply teknik 'nekad sesaat memasuki bilik mayat' yang disyorkan saudara bahruddin bekri dalam buku diari mat despatch - edisi lelaki baik.buat projek yang gua sendiri decide randomly.walhal satu benda gua tak tahu pasal projek tu.gua main bedal je asal bole.langit jugak nampak cerah bila dapat sorang supervisor yang gua bole claim agak cool,ngam ho mahupun tak canggung komunikasi dua hala.walaupun cuma 2 semester gua kene facing FYP ni,tapi impak dia memang kuat.giler babi mind torture tu bole rasa.bayangkan lah,gua penah duduk dalam lab yang gelap sorang2,dengan tak ada sapa dari 10 pagi sampai lewat semata-mata nak conduct the experiment.lagi hell bila result experiment semua macam haram dia punye observation.time ni la gua gasak main lagu 'metallica - hero of the day' live dari acer gua yang dah tenat sekarang ni sebagai peneman duka.

hari konvo gua pun enta dah makan berapa bulan berlalu.kadang2 datang rasa sayu bila terkenangkan bermacam-macam peristiwa yang terjadi semasa convovation day yang gua penah coretkan disini.at least gua happy bila dapat buat orang lain happy lebih2 lagi mak sendiri yang gua dah anggap macam true blood dunia akhirat.kalo arwah bapak dan atok gua masih ada,gua bole cakapkan hari itu adalah hari combo paling manis dalam life gua.sebahagian hidup gua membesar dengan 2 insan istimewa ni.semoga ceria & tenang disana,love..amin

gua minat some of sudirman evergreen song even gua tak membesar dengan lagu2 dia.semasa sudirman berpakaian baju jalur gemilang bersongkok bagai,gua masih di alam roh lagi.bagi gua he's the best entertainer ever made by malaya.lagu dia banyak berjiwa rakyat.salah satu lagu rakyat beliau yang gua tangkap stim ialah penganggur.gua suka lirik lagu tu.sangat jujur dan ikhlas.even ikhlas tu satu sifat yang susah nampak,tapi untuk lagu ni,gua tak peru nampak rasa ikhlas tu sebab lagu ni memang dah terang2 nampak sifat ikhlas tu.berseloroh pasal pengganggur ni,tahun 2011 berjaya buat gua terjebak dalam scene penganggur agung.lepas abes study,gua memang dalam mood huha-huha.kepala ingat nak enjoy selagi hayat masih dikandung badan.gua cuma keje sekejap as retailist kat sebuah pasaraya.itu pun lepas ekonomi bagai pelabuhan dipukul ombak.walaupun tak lama,gua anggap ianya satu pengalaman kerja yang sungguh meaningful.dari situ gua merasa macam mana berada dalam golongan minoriti yang bersuara kecil.gua merasa sendiri macam mana susahnya nak life surviving.time ni jugak la berat gua turun 5 kg.sampaikan terserempak membe lama claim gua main batu.atas bebrapa alasan,akhirnya gua kembali pada scene jobless.lama jugak gua jobless tak buat apa2 dekat rumah.gua cuma jual baju bundle through online untuk tampung duit kopi gua pergi negeteh dengan member.itu pun bukan main bercekik bagai.sampai tahap gua terpaksa pajak henfon bila dapat panggilan interview dekat kolumpo selain kasi settle urusan seri paduka baginda yang lain.akibatnya,gua tak redeem semula henfon tu sebab dah sangkak sangat time tu.syukur gua masih ada keluarga.kalo hidup berdikari mungkin sekarang ni gua dah dekat alam lain agaknya.gua steady pegang title jobless sambil rutin harian gua makan tido,makan tido.malam insomnia pagi jadi daysleeper.bangon tido check email bagai kot2 dapat panggilan kerja tapi kebanyakannya hampa.epik fail dalam scene jobless gua adalah bila gua sangut 4 kali interview straight.gua cuma mampu sedapkan hati sendiri bila lihat membe2 ramai berborak bakar line kat fesbuk pasal kerja.gua cuma beranggapan rezeki gua belum timbul.

dekat2 nak ending tahun 2011,barulah gua dapat kerja.alhamdulillah again.gua kerja dekat satu kilang buat base plate hard disc dekat salah satu area dalam johor yang paling hardcore dengan scene jemm-nya.berbekalkan wave 125 cabuk,gua harus teging tempuh benda2 macam ni.itu tak dikira isu berat sabit kesalahan jatuh mandatori lagi.diam tak diam,gua dan masuk 6 minggu ulang alik dari rumah ke tenpat kerja yang makan masa sejam.sampaikan budak2 kilang geleng kepala bila dengar gua buat benda 'gila' macam ni.itu belum berseloroh cerita hujan petir kilat sambung menyambung,cerita moto merajok tepi jalan bagai since the universal law for working is 'menoreh tetap menoreh !' ni bukan lagi zaman belajar bila hujan turun dengan senang hati bole skip kelas dan terus tarik selimut bantal dan bikin peta eropah.zaman heaven tu dah berlalu.sampai bila nak terus hidup bersandar pada kenangan.sampai masa kene berdiri sama realiti.sekarang dah masuk zaman tolak bantal buang selimut.suka tak suka kene redah.

memang betol orang kata,bila enter dunia kerjaya ni macam start a new life.seriously totally different dengan background life sebelum ni.jauh beza kalo nak dibandingkan dengan zaman study yang sangat enjoy & faking fun ! paling2 rabak pun fikir exam mahupun projek.menyampah2 dengan lecturer yang cerewet mengalah perempuan mengidam mempelam pun paling2 lama cuma satu,dua semester.naik semester baru dah dapat lecturer baru.memang tak ada masalah besar dari segi escapism.lain pulak ceritanya bagi orang kerja.kalo dah 10 tahun kerja hari2 mengadap muka boss yang annoying giler babi,sapa yang tak jadi gila babi?nak escapism celah mana kalo dah macam tu.nak main sorok2 dekat production line?nak wujudkan sistem semester dekat office?lagi sekali universal law kerja membisik 'menoreh tetap menoreh !' unless kau angkat kaki dari company.bila kerja ni banyak benda kau kene consider.gua pegang satu benda bila dah start kerja ni - the most valuable things while working is surrounding instead of salary' gaji berkepuk-kepuk but surrounding kerja macam tahi tak sedap jugak.elak nak bergosip bertepuk-tepuk bahu pun tak bernafsu.ahh nak menulis panjang perihal environment kerja pun gua belom ada banyak benda nak diceritakan.tunggu la gua buat sinopsis macam ni untuk tahun depan itupun kalo gua tengah naik syeikh dengan style penulisan ala2 novel ombak rindu mahupun bila YM sedang berbicara :p

in the end,usah diratapi benda yang dah berlalu pergi.jangan terus menerus hidup bersandar pada kenangan.let bygone be bygone.just move on.sempena menutup buku lama 2011 dan bukak buku baru 2012,gua ada satu pantun paling epik yang tiba2 datang terjah masa gua tengah layan mood menulis tadi.

ape barang plessing mitsubishi,
pancing makwe naik audi,
usah diratapi yang berlalu pergi,
semoga tahun baru lebih steady.

semoga tahun baru lebih kencang dan sukses dengan izinya insyallah :) selamat !

Wednesday, December 28, 2011

Scene Rare Tarik Teh


scene tarik teh dah semacam lali dengan kehidupan gua.dari zaman hingusan sampai dah besar tunjang ni gua masih lagi terjebak dan aktif dalam scene tarik teh dengan kaki2 teh yang lain.peredaran masa menyaksikan scene tarik teh dah semakin berkembang.lebih2 lagi dengan adanya mapley yang kebanyakan beroperasi 24 jam dalam sehari.memang tak patut dijadikan alasan nafsu shahwat lemah sebab seharian tak dapat tarik teh.mamak sana sini terang benderang.cuma mahu tak mahu je nak merayakan kehidupan.

bila orang dah ramai move on dengan scene tarik teh ni,gua dapat perhatikan scene ni dah mula mencapai satu tahap rare-nya yang tersendiri.dari era pak cik2 layan teh tarik bini dekat rumah,diorang dah mula pandai buat kelab kedai kopi (KKK) atau kelab kedai mamak (KKM) semata-mata nak kumpul kaki tarik teh.kadang2 orang senja ni bila mood bujang diorang datang,orang bujang pun kalah.ape korang ingat barang2 keperluan hidup je yang bole jadi barang rare?dalam zaman yang serba serbi gila ni,bekas makwe pun bole jadi benda rare jugak ape.

ahh gua menyampah betol la taip intro meleret2 pastu mati akal nak sambung.padahal main point pun tak masuk lagi.kehkehkeh ! memandangkan gua dah lama tak menulis,biarlah gua straight to the point terus.nanti agak2 mood nak menulis gua dah naik semula,bole la gua taip ala2 novel ombak rindu.

sebenarnya gua nak cakap satu benda je.

sekarang ni memang rare giler nak jumpa teh o suam segelas RM 0.80 !

kan?kan?

Monday, December 19, 2011

Memori Hujan


suasana bilik malam ni rasa dingin.tak seperti selalunya yang bole dikira agak bahang walaupun menjelang tengah malam.sejuk meresap sampai ke pangkal tulang.kaki terasa macam baru 10 minit berendam dalam ais walhal kipas bilik berputar tak ada la laju mana.cuma speed 1.lampu bilik dah dipadam.jauh beza dengan hari minggu yang seakan tiada kotak suis untuk mematikan lampu.cuma cahaya lampu suram bilik tidor yang menemani gua yang berseorang diri terlentang atas katil.masih merenung jauh didalam gelap.terkenang akan satu peristiwa.

pagi tadi semasa dalam perjalanan ke tempat kerja,gua ditimpa hujan yang dasyat.baju hujan kalis air yang sudah uzur langsung kedekut khidmat.abes lecun satu badan.office yang berhawa dingin sedikit sebanyak bikin gua kurang selesa.akhirnya,seharian gua tak berganjak dari kerusi malas pejabat.bukan malas berganjak disebabkan kerusi malas.tidak sama sekali.seluar yang lembap membuatkan gua rasa serba tak kena.dengan bau hapak lembap yang kurang menyenangkan.ditambah lagi dengan stokin dan sepatu yang basah.cukup forum untuk segala macam rasa tidak senang hati tak kira kepada diri sendiri mahupun orang sekeliling.akhir kata,angkat bendera putih jua akhirnya.gua tewas dengan situasi.

9-10 pagi..

12-1 tengah hari..

3-4 petang..

4.30 - 5.30 petang..

waktu pejabat ditemani dengan rintihan hujan yang tidak putus2 dari petala langit.diperhatikan dari jendela,hujan masih tidak surut bahkan terus menyembah bumi.melihat setitik demi setitik hujan yang mencurah membuatkan gua teringat memori zaman study.hujan dikira satu rahmat pada zaman study.hujan jugak umpama cuti am bagi pelajar.hujan jugak dianggap bahtera membedil mimpi.malahan hujan jugak dilihat sebagai pencetus segala rasa ketenangan dan kebebasan.

zaman study gua dah jauh melabuhkan tirainya.gua pasti akan rindu moment bila hujan turun semasa di kampus.gua pasti akan rindu segala macam ketenangan tatkala hujan turun semasa melayan mimpi di bilik.

gunalah rahmat yang satu ini sebaik mungkin sementara masih ada ruang.ruang bagi seseorang yang bergelar student amatlah luas untuk merasai nikmat ini.ianya mungkin akan menjelma bila engkau telah menjadi seperti aku,bila engkau sudah berdiri di tempat aku sedang berdiri,tapi percayalah nikmatnya jauh beda.

bila terkenangkan saat indah sebegini,terukir satu senyuman kurang gula dibawah sedar.gua sedar yang gua tak bole terus menerus bersandar pada kenangan.masa terus berlari.yang tinggal hanyalah memori.

Sunday, December 18, 2011

Open Table


orang tua2 penah berpesan,gaji pertama seeloknya keluarkan sikit untuk jamu tetamu.
baru dapat berkat.baru dimurahkan rezeki.
nampak gaya dah sampai seru gua nak open table.

bab nak open table tu bukanlah masalah besar.
cuma kadang2 gua naik heran,kenapa orang biasanya open table dengan siakap 3 rasa?
sampai sekarang gua tercari-cari jawapan munasabah disebalik persoalan yang satu ni.
apakah siakap 3 rasa pun ada trend macam fixie bike?

masalahnya bukan sekali dua gua terkena.
malah hampir setiap kali membe2 yang sudah sampai seru open table,
pasti siakap 3 rasa yang menjadi juadah santapan.
kenapa tidak ketam masak lemak cili api?
kenapa tidak sembilang masak gulai?

dikalangan membe2,sudah ramai yang awal2 memesan siakap 3 rasa.
lagi jahanam nak order dekat restoran seafood atas laut !
gua langsung tak membantah.
gua lebih pada mood bagi chance.
sekali sekala open table ape ada hal.
yang nak dibelanja pun bukan orang lain.
yang kenyang sama pun perut sendiri jugak.

kalo jadi insyallah hujung bulan ni.
kalo rasa sapa2 nak join majlis keramaian ni,bole kontek gua dengan segera.
tempat duduk dengan meja terhad.
first come first serve.
kehkehkeh !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...