Tuesday, May 31, 2011

Parody


title video je dah sah2 jahanam.watak utama je dah macam mintak terajang.kahkahkah !

budak ni memang superb dia punye parody.fukkin brilliant.ini salah satu miming parody yang pada gua cukup excellent & berjaya buat gua terbarai gelak.rase macam nak bagi penampar sebiji pun ada.haha..rasenye kat malaysia ni scene parody masih kurang menyengat tak macam negara2 europe sana.even time obama anouunce kematian osama kat white house pun diorang bole jadikan benda serius macam tu satu parody.kalo kat sini berani la lu buat2 main benda2 serius macam tu.senasib namewee la lu jawabnye.bagi diorang parody bukan satu benda yang memalukan.its like kinda of talent & at the same time sort of entertainment,release tension.hakikatnya,tak semua orang gemar kelihatan bodoh dikhalayak umum apetah lagi untuk tujuan tontonan umum.kalo yang jenis pemalu or lagi parah yang agak2 machoisme,awal2 lagi diorang dah tolak tepi.



biarlah gua petik satu kes parody yang penah kecoh dulu melibatkan seorang guru sekolah rendah dikenali sebagai cikgu shida.kes parody cikgu shida penah meletop2 satu malaya.masuk paper,masuk tv.sampaikan baru2 ni keluar paper 'cikgu shida 'dilamar'.gua ingat dia dah tamatkan zaman solo dia.rupe-rupenye dia dilamar produksi untuk berlakon.see..parody2 pun ada jugak produksi nak amek dia berlakon.tapi baru dia 'famous' sket dek klip miming dia kat youtube dah ramai dok melatah.keluarkan statement itu ini.jatuhkan nama profession guru la,enta ape lancau lagi.macam la hari ni kau jadi cikgu,hari ni jugak kau kene hold innocent green pass.ape pun tak bole.kalo macam tu pening la semua cikgu2 kat sini.setakat parody macam cikgu shida tu tak terok mane la nak buat anak murid jahanam.gua kalo budak2 pun hanya tersengih depan laptop atau pc kalo ye pun cikgu shida ni guru kelas gua.ini tak.korang sibok marah2 kat dia apesal?ape salah dia?dia ada kaco periuk nasik korang?rasenya steve chen lagi suke kot sebab cikgu shida ni secara tak langsung dah tolong promote youtube.kalo tu dah cara dia layan minat dia ape salahnye.at least itu kelebihan dia,bakat dia.bukan dia upload video bukan2 pun.just miming parody yang tak langsung tertakluk bawah mane2 akta yang bole disabit kesalahan.so,kalo agak2 lu bole layan video tu,just go on.kalo tak suke just ignore dan tak payah gatal2 tangan nak kutok2 siap maki hamun yang berat2.rase2 kalo tak bole terima parody baik pergi layan redtube sorang2 tak pun pergi cari blog azwan ali.kahkahkah !

Malang Tak Berbau

kate orang 'malang tu tak berbau..' kalo la malang tu ada keluarkan bau,nescaya bau kurang enak sekalipun orang sanggup hidu.yela..lagi bagus hidu dulu bau yang kurang enak tu daripada hidu bau yang lebih sengit dikemudian cerita ye tak.

pagi ni gua bersemangat bangkit dari tido.kalo settlle hari ni dapatkan declaration signature daripada lecturer,kire2 hari ni officially last day gua kat kampus.berkobar-kobar jugak hati nak meninggalkan kampus ni.lagi cepat settle sume lagi bagus.selagi tak settle semacam ada benda yang tak kene.tak tenang jadinye.dengan semangatnya gua pikul beg sling gua padat berisi thesis2 sebanyak 4 salinan.berat bole tahan.beg sling gua plak kecik je.so memang macam sardin la gua pack dalam beg tu.nasib la..dah tak ada beg lain.on the way pergi fakulti,hujan turun agak lebat.nasib dah dekat sampai fakulti baru start hujan lebat.lain gua tak risau sangat.gua risau air hujan tembus then kene thesis gua.elak print colour dia mengembang je.nasib beg tu tak bocor.

sampai2 fakulti,gua terus terjah bilik lecturer.harapan gua besar moga2 lecturer ada kat bilik.sebab selalunya lecturer gua ni memang jenis jarang merayap.dengan kate lain dia memang selalu stay kat bilik dia.tak sesetengah lecturer.macam pelesit.kejap je lesap dari bilik.nak dijadikan cerita time sampai je depan bilik dia,gua perhatikan bilik dia gelap.aiseh..macam dia tak ada plak.tak seperti selalunya.gua pun tanpa banyak bunyi terus mesej dia.

'salam,en. x ada di mana?sy nak dtg jumpe encik dapatkan signature untuk thesis sy.bole?'

lepas gua tekan button send,lame jugak gua tunggu dia reply.gua dah naik jenuh menunggu.sekali sekale gua belek2 henset untuk ilangkan bosan.

selang bape jam,henset gua berdering.ada calling la plak..

dia : 'hello..awk nak mintak signature ea?besok dalam petang2 sikit bole sebab saya tak ada sekarang ni.ada meeting kat luar..'

gua : ok2 bole.terima kasih.

lemah semangat gua.semangat gua yang dah melonjak lonjak tadinya merundum macam seorang laki yang baru lepas kematian isteri.tak ada rezeki lagi.besok je la gua settlekan sume bisik hati sambil cube pujuk2 hati.

tibe2 kepale ni terase macam nak balik rumah memandangkan kat bilik gua dah tak ada ape2 barang.laptop tak ada,bantal tak ada,baju2 pun dah banyak hantar balik.lepas fikir2 8 kali,gua pun decide nak balik rumah.besok je la gua datang semula.tanpa fikir panjang,gua teros isi minyak moto full tank dan gerak balik rumah.on the way nak balik rumah,ada la dah masuk separuh perjalanan,tibe2 beg sling gua putus kat tengah jalan.lain gua tak fikir.gua terfikir pasal isi kandungan beg tu je.dah la time tu baru green light kat traffic light.so korang bole bayangkan macam mane banyaknye deretan kereta.nasib time jatuh tu kereta dari arah belakang sempat mengelak.kalo tak elak abes penyek thesis gua kene lenyek tayar kereta.gua time tu dah gelabah giler babi.gua lincah2 stop moto tepi jalan dan berlari anak pungut beg tu.tengok2 beg ada kesan koyak sket akibat bergesel dengan jalan barangkali.shit ! mencarut panjang jugak gua tadi.bukak2 beg,tengok thesis gua dah kemek sket kat bahagian atas dengan bawah akibat kesan hentakan ke atas permukaan jalan raya time jatuh tadi.hati pun dah jadi tak tentu arah.tak sedap pun ye.

sampai2 umah gua terus bukak beg,belek2 keempat-empat copy thesis semuanya kemek kat bahagian hujung.aiseh ! tapi alhamdulillah tak terkoyak or calar muke depan dia.kalo tak memang alamat kene jilid baru la.dah la tengah sangkak ni.mane gua nak cari duit sampai RM200 paling2 pun.ahh gua nekad amek langkah drastik.amik penukul besi,kain pengalas then buat ape yang patut.ketuk2 sisi atas bawah kasi string balik.payah jugak nak kasi dia string balik.masih kemek dan berkedut-kedut.hasilnye not bad la even ada kesan permukaan kemek kat sisi atas bawah thesis tu masih nampak kesannya.harap2 supervisor gua tak comment pasal rupe paras thesis tu nanti.aiseh..

lni bukan thesis gua tapi lebih kurang macam ni la rupenye.cume cover dia warna merah.

Sunday, May 29, 2011

Saturday, May 28, 2011

Usang





sekadar beberapa keping gambar yang gua sempat snap tempoh hari.nak snap banyak2 gua naik risau.maklumlah tak pasal2 datang depan rumah orang then snap gambar.kalo pakai DSLR kire ok lagi.ni rilex2 pakai kamera henset.nanti ape pulak kate jiran sebelah menyebelah.silap2 hari bulan diorang pulak naik curiga.time gua snap gambar ni pun gua pakai helmet dikalis dengan wiser gelap.nak cover line cemerlang punye pasal.

gambar pertama tu gua snap dari arah sudut sisi rumah ni manakala gambar kedua dan terakhir tu gua snap dari arah depan yang betol2 menghadap rumah jiran.time snap pun lincah2 then terus blah.kerja tak sampai seminit la katekan.kalo dilihat dari mata kasar,rumah ni memang menarik,cantik,luas dan nampak mewah.cat pun nampak fresh lagi macam baru dicat semalam.tingkap rumah pun masih elok.siap black tinted.tak ada kesan kene baling dengan batu pun.gate rumah pun masih tegap.belom roboh dan nampak terjage.ibarat rumah idaman disinggah sana.hatta sekali imbas memang tiada cacat cela

sebelum bercerita lanjut pasal rumah ni,biarlah gua ceritakan dulu kisah gua time sekolah rendah dulu.hakikatnya,menjadi budak sekolah rendah memang tak lari dari ape yang disebut 'telan bulat2'.orang suap kau telan.kadang2 cerita yang enta pasti atau tidak kesasihannya semua akan ditelan bulat2 termasuk la kisah rumah banglo ni.banyak cerita gua dengar pasal rumah banglo ni time di bangku sekolah rendah dulu.dan yang pasti kebanyakannya adalah cerita2 yang kurang enak.ahh time tu orang cerita sikit punye banyak semua nak angkat serious.sampaikan cerita hantu dalam stor sekolah pun gua percaya bulat2.bengap ! dulu rumah banglo ni memang uzur.tak ubah seperti rumah2 usang yang telah ditinggalkan lama.walaupun dah 11 tahun meninggalkan alam sekolah rendah,tapi daya ingatan gua terhadap rumah banglo usang ini masih segar lagi - dengan pagar roboh,dinding rumah retak,cermin rumah pecah sini pecah sana,semak samun menebal keliling rumah.tak ada sape nak jage,tak ada sape nak amek pot.kedudukan rumah ni yang terletak betol2 bersebelahan sekolah menambahkan lagi cerita yang kurang enak.tak tahu la sama ada sekadar cerita rekaan atau memang betol2 berlaku.ada yang cakap time malam2 pak guard yang jage terdengar suara mistik dari arah rumah banglo usang ni.tak kurang juga terlihat kelibat orang berdiri menghadap tingkap di ruang atas rumah ini dan bermacam macam lagi cerita2 misteri.dengar2 cerita pemilik rumah ni dulu ialah pasangan suami isteri lanjut usia berketurunan cina.tapi gua tak tahu la pulak pokok pangkal hujung cerita pemilik rumah ni.sama ada pindah rumah lain ataupun mereka mati dah terbiar terbengkalai rumah ni tanpa penghuni.

tapi itu dulu punye cerita.sekarang ni macam ape yang korang tengok dalam gambar tu.sampaikan gua pun tak perasan bile kontraktor pecah rumah banglo usang ni dan renovate jadi rumah banglo baru.kalo korang perasan kat sebelah rumah ni ada sebuah lagi rumah yang dah berpenghuni.randomly rumah ni agak lame jugak terbiar tanpa penghuni.sejak2 siap direnovate sampai sekarang masih belum ada yang berminat nak menyewa atau membeli.tak tahu sebab ape.nak kate design rumah ni tak menarik tak jugak.personally,serious shit rumah ni dah cukup perisa nak tarik nafsu materialistik gua sekalipun.tak tahu la belah mane tak kenanya unless orang tu penah tahu kisah silam rumah ni.itu kire cerita lain la.sayang seribu kali sayang gua tak ada simpan gambar lame rumah banglo usang ni sebelum direnovate.kalo ada simpan bole jugak gua taruk kat sini.tak ada rezeki la korang nak tatap.

Thursday, May 26, 2011

Secebis Harapan


dah lame sebenarnya gua pendam feeling ni.susah nak sebut dengan kate2.hanya kata hati barangkali yang paling mudah untuk gambarkan ape sedang dilalui.serious shit gua paling menyampah bile berdepan dengan dilemma.ibarat mandi tak basah,makan tak kenyang,kentut tak bunyi,tidur tak lena dan bermacam2 hal lagi.kire2 dalam hidup ni memang tak dapat dielak dengan situasi berdepan dilemma.dan bile berseloroh berkenaan dilemma,pasti akan berkait rapat dengan kekusutan lebih2 dalam membuat pilihan yang benar dan tepat.susah sebenarnya nak buat keputusan yang tepat ni.kadang2 kite rase decision yang kite buat tu benar,tepat & terbaik tapi sebaliknya pulak yang jadi.kebiasaannya memang macam tu la - lain yang kita harapkan lain plak yang jadi.kadang2 benda yang kite tak pernah nak menaruh harap itulah yang mudah jadi sehingga terkadang sehingga kita pun berasa ianya sesuatu keajaiban.itulah namanye rezeki.

ada la membe gua sorang ni.cukuplah gua perkenalkan sebagai zali (bukan nama sebenar) sebaye dengan gua.bezanya dia jauh lebih matang dari gua.mungkin sebab dia dah merantau, hidup di negeri orang,dah berjumpa dengan ramai orang so pengalaman hidup dia lebih banyak dan secara tak langsung menjadikan dia lebih matang.kadang2 bile sesekali dia balik kampung,kami ngeteh la bersama.bukak cerita itu bukak cerita ini.dalam ghairah bercerita tu,kadang2 terselit,terlepas jugak la sekerat dua rungutan.dia tegas balas 'tak baik merungut.dah ini jalan dan rezeki yang tuhan dan tetapkan untuk kau..' bile fikir2 balik ada betol jugak ape dia cakap even dia tak memahami ape yang sedang gua rase.at least gua dah cukup berterima kasih pada dia sebab dah berjaya sedapkan hati & at the same time kembalikan moral gua yang semakin malap ibarat pelita yang sudah kehabisan sumbunya.

sebenarnya bukan la gua merungut tak tentu pasal.sekadar berkongsi dilemma diri sendiri yang kini berada di persimpangan.ibarat telur di hujung tanduk.terlanggar sedikit maka goyang dan jatuh pecahlah ia.macam tu la ape yang gua rase dalam hal nak menentukan hala tuju future life.alhamdulillah gua selamat abeskan PhD (Pengajian habis Dah) so gua memang tak ada rase nak sambung master atau nak further study.kepale otak gua dah tepu dan lesu.rasenye riwayat alam pembelajaran sudah sampai klimaksnya.cume alam pekerjaan sahaja yang sedang ligat bermain dalam kepala otak.so ape lagi yang termampu.dah itu sahaja kitaran normal kehidupan manusia di Malaysia amnya - belajar,kerja,kerja,kerja,kawin,meninggal.kire2 di malaysia lebih kurang macam tu la stereotype route life dia.yang merunsingkan bukan masalah keciciran kerja ke ape.itu bukanlah perkara yang merunsingkan sangat.insyallah kalo dah rezeki tak kemana.tapi yang lebih merungsingka,gua memang betol2 dah kurang interested dengan field yang gua tengah into sekarang ni - engineering.dulu gua main sebat je course ni sebab terikut2 membe.tak tahu pun mekanikal engineering tu ape,field2 kerja dia macam mane.kate membe gua mekanikal ni tak heavy sangat.nampak dia apply mekanikal,gua pun belasah la sekali.sekali dah amek mak ai mendidih jugak kepale otak dibuatnye.nasib tak giler.nak menyesal pun tak ada gune.nasik dah jadi bubur.kadang2 sampai satu tahap bile kenang2 gua tersengih seorang diri seakan tak percaya yang gua berjaya abeskan degree gua dalam engineering dan semua ini tak akan tercapai tanpa pertolongan kawan2 yang banyak membantu.sedangkan masa first year dulu gua hampir2 flunk dah.tuhan masih sayangkan gua kot.alhamdulillah.

maybe ramai cakap gua rugi,sia2 kan peluang yang ada depan mate tak kurang jugak ayat2 standard orang melayu 'ish..sayangnye anak si bedah tu.dah belajar tinggi ' biaselah..jadi jurutera ni orang pandang.bakal mak mertua dengar pun kompom diorang tak reject.cerah mase depan la katekan.ahh biarlah orang nak kate ape.sebab orang tak dapat rase ape korang rase.kadang2 dengar cakap orang pun kelaut jugak kite.paling selamat buat decision atas kehendak dan minat sendiri.gua rase otak gua ni bukan otak engineer la.gua bukan kretif pun,gua bukan kritis mane dalam menjana idea,bukan hebat melangit pun,gua pun bukan cekap mane nak selesaikan masalah.terlalu kejam pulak kalo gua cakap gua tersalah pilih course dulu.dah kire merungut.ape plak kate zali bile dia terbaca penulisan ini.tentu dia kecewa dengan sikap gua.sekarang ni gua kire2 macam nak sambung KPLI.jadi guru lepasan ijazah.dulu memang gua tak berape minat jadi cikgu.tapi enta la macam mane sekarang ni (sebenarnya lame jugak dah ) gua berminat pulak dengan bidang perguruan.selayaknya gua ni jadi guru agaknye.biarlah gua fikir masak2 dulu dalam menentukan sesuatu pilihan yang tepat.gua tak mahu tersilap langkah lagi.cukup2 lah gua terikut2 dengan cakap orang,cukup2 la gua tak mengiyakan minat gua.kali ni biarlah gua sendiri buat keputusan hidup.ini hidup gua bukan hidup orang yang sibok2 nak tentukan A,nak tentukan B mahupun C untuk life gua.kalo benarlah tuhan dah tetapkan rezeki gua
dalam field yang gua tengah into sekarang ni,gua redha.disini la rezeki gua.kalo la rezeki gua jadi cikgu,gua terima seadanya.mungkin benar kate hati gua yang meluap2 selama ni untuk menjadi seorang guru yang menggunung dengan secebis harapan.

Saturday, May 21, 2011

Dato'

balik2 mengeteh tadi gua lepak2 amek mood depan tv.saje belek2 rancangan2 kat astro.rasenye yang rajin bukak astro cume adik dengan mak gua je.abang gua termasuk gua memang tak hirau sangat dengan scene tv ni.paling2 pergi pun kami layan maharaja lawak je.lame jugak la gua tak tengok tv.beza dengan zaman sekolah gua dulu.tv dah ibarat macam penyambung nyawa.mane taknye.balik2 sekolah menengah dulu dah layan sinetron sepanyol kat tv2,then sambung plak layan telenovela kat tv3.mane tak jadi hantu kalo hari2 rutin balik sekolah macam tu.ni semua penangan ter-follow mak,nenek gua layan cerita siri la ni.kadang2 gua rase cerita2 siri ni pun celake jugak dia punye attraction.mengalahkan dadah pulak.sekali dah mengikuti terus tak bole miss.so ada baik jugak jangan mengade2 nak pujuk diri follow mane2 cerita2 bersiri kat tv unless korang partner share yang kejenye pagi2 main golf atau goyang kaki kat umah tapi tiap2 bulan duit masuk macam haram dia punye banyak.itu bole konsider kot.

dari satu channel ke satu channel gua alih.tak ada satu pun yang lekat.most of the slot after midnite agak hopeless.tau la pagi2 bute ramai orang membute tapi kalo ye pun tak payah la on air slot2 yang bikin mood gua yang jarang bukak tv ni pun turut same terbantut.memang potong stim betol la.ape jadah pagi2 bute nak layan iparku diva.kepale jimbit dia.at last,gua layan discovery channel pasal ledakan nuklear chernoby.subhanallah..untung malaysia tak ada earthquake.dekat sejam jugak lekat depan tv layan discovery channel ni.

lepas tamat siaran pasal chernobyl disaster tu,enta macam mane gua bole teralih channel.enta macam mane jugak gua bole stick kat satu channel.terpampang wajah seorang tokoh motivasi yang dikenali ramai.sebot je name beliau pasti ramai ingat.tak kurang jugak yang tersenyum lebar dek parody2 nusantara terhadap beliau.so gua search google image.belek punye belek last2 pic ni jugak pada mate gua yang paling meriah.cukup meriah bukan gambar berlatar belakang pokok kelape.ala2 safari gitu.bukan senang nak dapat pic2 rare macam ni.so ape la salahnye gua berkongsi.sharing is caring ye tak.


tak kenal beliau baik terjun lombong la.ape macam cukup meriah & cool tak?

sekali gua bole stick dalam slot bersama dato fadilah kamsah kat astro oasis tadi.peh true tak true la kan jiwa mude gua.macam sukar nak percaya.tapi tu la kebenaran.haha...tajuk motivasi dia pasal alam perkahwinan dan penceraian if i'm not mistaken.quite interesting topic.lagi feel dengar beliau beri motivasi dari layan slot yang merepek meraban kat astro tadi.kelakar jugak dato ni sebenarnya dalam serius2 dia bermotivasi.gua pun sempat mencuri sesaat dua berdekah dengan telatah beliau.bole fight2 dengan amir raja lawak kalo bakat dia diketengahkan.kehkehkeh ! just a joke la.tapi gua respect sama dato.beliau ada karisma tersendiri.lihat cara dia kendalikan slot motivasi dia je gua dah dapat rase potensi dia dalam attract penonton2.gua admit benda tu even gua bukan hardkor fan.salute la dato !

sejak2 rumah dah pasang internet,gua letak tv jauh ke belakang.malahan dalam kepale hotak gua dah set.tak ada tv pun tak ape asalkan jangan terputus dengan internet.gua bole hidup tanpa tv tapi tidak tanpa internet.internet gua letak sebagai candu utama untuk ruang libur gua.kebanyakan rancangan kat tv pun bole download through internet atau tengok kat youtube.not a big problem at all.setakat drama nur kasih,maharaja lawak mahupun video panas nuar berahim just name it.its all at your finger tip - just search lebai google and click.

Friday, May 20, 2011

McKassim


ni restoran kassim taman sri pulai johor.restoran ni memang terletak betol2 belakang U gua..disini la gua lepak petang2 kene teh tarik,pot merayakan kehidupan.kadang2 bosan2 tak ada mende nak buat pun pergi sini.hatta tempat ni dah macam bilik kedua gua selain bilik kat hostel.banyak jugak cerita2 KLMJ gua kat tempat ni.

tapi semua tu dulu la.time 2nd and 3rd year.time tu nasi putih dengan ayam goreng baru RM 3.30.ayam besar.kire berbaloi kalo nak dibandingkan dengan harga mamak stall yang lain.bile dah muak makan nasi,pekena roti plak.semenjak semester ni gua memang jarang lepak restoran kasim ni.banyak reason sebenarnya.1st sebab harga makanan dah naik.last makan kat sini time tu gua amek nasi putih letak ayam goreng sekali kene RM 4 ! peh ! kalo dah jejak RM 4 memang dah lari budget makan.lu bayangkan kalo tu sekali makan kat sini,kalo 1 hari lu makan 3 hari mau2 tak kurang RM 10 ++ jugak kene spend untuk sehari.that's why gua quit makan kat sini.gua prefer beli nasi kat food court dalam area U gua yang jauh lebih murah dan sedap.gua ada bace dalam blog TTGB pasal boykot mapley boykot ! actually nami TTGB pun facing situasi same macam gua bile makan kat mamak.one of those relating to the price which is overprice.dan gua yakin mamak stall kat area bandar2 macam kolumpo jauh lebih mahal kalo nak dibandingkan dari segi harga.kadang2 cukup melampau.cekik darah ! gua penah makan mee maggi goreng dengan air teh o ais kat sebuah mapley kat depan city square (area bandar johor) gua kene charge sampai RM 8 ++ ! celake ape mee maggi sebungkus sampai RM 5,6 ringgit kan.gua boleh terima kalo dia nak charge lebih sket sebab sewa kedai mahal (area2 kedai kat bandar JB tu meamng mahal sewa dia) tapi biarlah releven sket harga tu.dah penah gua kene klepet time makan kat restoran kassim ni.gua order ayam tandori.saje nak test power boleh pergi ke tak ayam tandori dia.bajet dapat la certain part ayam contoh macam kepak atau peha ke,sekali datang ada la 5 pieces kecik.gua pun tak kesa la sangat.nak try rase punye pasal.sekali dah lepas makan baru tau harga dia RM 5 ! tersentap kejap dibuatnye.

2nd one yang buat gua quit makan mapley sebab hygiene issues.kalo lu orang pengikut setia blog TTGB,terpampang besar2 bawah header blog kempen boykot mapley boykot.selain isu harga yang melampau,salah satu isu lain melibatkan kebersihan.ada pembaca yang jumpe maggot la dalam ayam,dalam ayat ada tahi dan bermacam macam lagi hal.sepanjang gua makan mapley tak penah lagi gua jumpe benda alah tu.so far ok atau mungkin gua terlepas padnang dan telan benda2 tu semua.tu gua tak pasti.nak bagitau,gua ni agak geli sebenarnya dengan tikus rumah.setakat hamster gua bole handle lagi.tapi tikus rumah ni gua jadi kalah.nampak kelibat tikus rumah pun kadang2 meremang dah bulu roma gua.geli geleman jadinye.tak tahu apesal.nak dijadikan cerita ada la satu malam tu gua lepak2 makan kat restoran kassim ni.memandangkan table dalam restoran semua dah full,so gua decide makan kat bawah (area luar depa ada open beberapa additional table) dengan sorang membe.kalo lu orang rujuk gambar atas tu,korang bole nampak ada separation kawasan bawah dengan kawasan atas (dalam restoran) ada semacam satu benteng yang dilapik dengan mozek yang lebih tinggi menandakan kawasan restoran dan bawahnya pula adalah tar jalan dimana mamak2 ni open additional table.gua masih ingat lokasi gua duduk time tu.betol2 dekat dengan sinki yang berwarna putih tu.air basuhan tangan akan mengalir melalui salur paip yang kemudiannya dialirkan pada sebuah geriji.time tengah sedap2 makan time tu,bole pulak kelibat seekor tikus yang dianggarkan macam saiz seekor anak kcuing tercongok muncul dari arah bawah geriji.gua yang tengah sedap makan pun jadi tak tenteram.takot2 je tikus tu merayap2 then turun ke bawah.dah la meja gua dekat dengan geriji tu.dapat dia datang dan lalu bawah meja gua,memang gua nekad lari tinggalkan makanan.lincah2 blah.nasib la kalo time tu gua tengah makan ayam tandori pun.peh horror siot.tapi bagi orang yang kental dengan tikus,diorang tak kesa sangat kot.sekali tikus datang diorang sergah tikus tu dah lari.kalo gua elak tikus tu sergah gua.tak ke naye tu.harap restoran je cantik sekali celah2 macam tu ada plak membe kite sorang ni tercongok.kalo ye pun pantau la kan.masalahnye depa bisnes makanan.dan one of the most criteria yang perlu diutamakan bile menjalankan bisnes sebegini of course hygiene kan.dah tu sampai nampak kelibat yang tak sepatutnya nampak ape lancau itu namenye hygiene kan?personally la,gua akan utamakan hygiene dulu bile makan kat sesebuah gerai.kalo sedap tapi tak jage kebersihan tak gune jugak.

kalo mate korang belom roboh lagi,baca dengan teliti ayat yang gua highlight hasil dari survey mata2 kempen boykot mapley boykot dalam TTGB ni.ni gua bole klasifikasikan sebagai kes double horror ! serious shit horror.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...