Wednesday, June 30, 2010

KongKang #1



filem ni memang fukkin 'A' ! blend action,komedi,stunt yang memang awesome.tak rugi beli tiket wayang lepas frust tengok video luna maya dengan ariel peterporn..

japan kalah semalam dengan paraguay.terima SMS mengatakan maria ozawa berkabung setahun dari acting..

so ini chance untuk bertaubat dari dunia filem gelap.beralih ke arah filem2 arus perdana pulak..

Tuesday, June 22, 2010

Kasih Atan #2



hidung berair,kerap bersin,mate jadi sembam & rabak.tu belom masuk handkerchief jadi basah.nak gune sapu tangan banyak kali pun dah jadi tak stim.inikan lagi nak lap peluh.yucks !

dulu2 even selsema pun tak la seteruk sekarang ni.masih steady dan bole handle lagi.sapu tangan pun masih bole buat kesat peluh.tapi sekarang ni tak lekang sapu tangan dari hidung.asyik nak bersin.pastu hidung berair je.nak buat keje pun tak dapat.asyik nak layan hidung berair je.kadang2 rase nak tumbuk je hidung ni laju2..

orang cakap biase kalo kerap bersin,idung berair ni ada kaitan dengan resdung.abang gua ada resdung.nenek gua pun ada resdung.maybe gua pun ada potensi besar nak kene resdung.tapi sape nak kan.gua pun tak nak dapat penyakit.tapi kalo tuhan dah nak kasi,redha aje la.kadang2 gua rase macam nak pergi buat medical check up whether gua ni ada resdung ke tak.tapi peristiwa melihat dengan mata kepale sendiri kaedah & rawatan pesakit resdung membuatkan gua lenyapkan hajat tu..

antara effect sampingan dan paling 'brutal' akibat idung berair dan masalah kerap bersin yang gua facing selama ni ialah suhu badan yang naik secara tibe2.badan rase panas semacam.last2 melarat sampai demam.dalam bulan ni je dah masuk 2 kali gua demam.dan dua2 demam start dengan masalah yang gua tengah facing ni..

tapi yang bestnya bile dah melarat2 sampai demam,at least gua ada reason kukuh nak pergi dapatkan MC.buruh macam gua ni ape la sangat nak bermain2 lidah dengan orang atasan.hujan,moto rosak,terlewat bangun pun kene datang kerja.kalo ada MC lain cite.tak datang kerja pun gaji jalan macam biase.kat tempat gua ada sebuah klinik jual MC.gua test nak ponteng kerja dengan beli MC kat klinik tu.tapi gua rase klinik tu dah 'panas' la..tak ape la.tinggal next week je gua akan memburuh.lepas ni gua dah kembali seperti normal.yeah neutral kembali ! hopefully la time gua kerja kelak,ada 2 atau 3 klinik yang sudi nak menjual MC.jangankan nak dating,nak honeymoon dengan buah hati pun tak ada masalah..

orang tua2 cakap minum air rebusan herba2 cina ni bagos.banyak khasiatnya.ala setakat herba misai kucing atau herba sarang burung tu bukanlah rare nak jumpe kat seng seh.pahit2 pun bole handle lagi.tapi kalo suruh jumpe tabib cina gua surrender.tapi kalo tabib tu amoi cute,pakai skirt pendek gua bole pertimbangkan..

Tuesday, June 1, 2010

Tribute : Pengayuh Beca..

keadaan petang ni memang tenang.keluar aje dari kerja,gua tengok langit cerah.10 jam terperap dalam 'kandang' bole stuck jugak kepale.detik 5.50 petang paling gua tunggu2.then gua dah bebas buat sementara waktu dari belenggu kerja.tadi gua bawak standard 80-100km/j.malas nak lenjan2.bawak santai2 sambil melayan keindahan petang.perjalanan pulang ke rumah hanya memakan masa lebih kurang 15 minit.sebelom sampai rumah,gua kene lalu dihadapan sebuah sekolah agama.sekolah agama yang pernah menjadi tempat gua menyetan semasa gua di era zaman jahiliyah dulu.keadaannya masih seperti dulu.hanya warna cat yang sudah berubah.gua tengok ramai kanak2 pulang melintas jalan.tak kurang juga yang bersungguh mengayuh basikal.mengingatkan memori gua mengayuh basikal time zaman skola dulu.dalam kesibukan lalu lintas,tibe2 penglihatan gua terpaku pada seseorang di pinggir jalan.seseorang yang cukup sinonim dengan cebisan kehidupan gua.seorang yang banyak menabur jasa ketika gua masih di alam ria persekolahan.nama dia pak haron.pak haron ni kurus orangnya,sederhana tinggi,berkulit sawo matang.masa silih berganti,hari kian berganti,kini uban di rambut dan janggutnya jelas dimamah usia.tapi yang pasti dia masih mengagahkan dirinya dalam mencari sesuap rezeki yang halal.masih gah basikal tua yang diubah suai menjadi beca disisinya.masih setia pak haron bersama kekasihnya itu.beca yang digunakan untuk membawa penumpang,kanak2 pulang dari sekolah.gua juga banyak menyimpan memori bersama kekasihnya.sebab kekasihnya yang menjadi teman gua pulang dari sekolah suatu mase dulu..

gua start naik beca pak haron ni start gua darjah 1 lagi.mase tu tahun 1995.old school la siaa..dan gua diberitahu mak gua yang pak haron dah start kayuh beca sebelum gua masuk tadika lagi (atau mungkin semasa gua masih main patong ultramen lagi..)punya la setia pak haron ni dengan perkerjaannya sebagai pengayuh beca.pagi amek budak hantar pergi sekolah.tengah hari amek budak balik sekolah.then hantar budak pergi sekolah agama.petang2 amek budak2 balik sekolah agama.begitu la rutin hidup pak haron.pak haron gemar akan lagu keroncong.gua masih ingat lagi time dia pacak sebijik radio depan beca dia.dia pasang kaset lagu keroncong sekuat2.sambil mengayuh kepale dia melayan alunan irama keroncong yang merdu.dulu kat area tempat gua,kelibat pengayuh beca memang ramai.kalau jalan2 bandar dulu memang selalu nampak pengayuh basikal.siap ada 'pot' khas pengayuh beca.betapa besarnya pengaruh & empayar pegayuh beca kat area gua time tu.mase tu pun ramai lagi yang nak naik beca.gua dengan mak gua pun dulu selalu jugak naik beca pergi ke bandar atau pulang dari bandar.teksi memang berlambak.tapi gua memang super meluat melihat gelagat dan aksi mat2 meter ni.ada yang terlalu kerek.nak henjut tambang lebih dari had.padahal tak sampai 1km pun jarak perjalanan.paling gua marah dengan sikap mat2 meter ni ialah 'trend' tak mahu angkut penumpang yang jarak perjalanan tidak jauh.mereka cakap adalah sangat sukar hendak angkat penumpang yang lokasi rumah dekat dengan bandar macam gua.taktik mereka senang.charge satu teksi untuk jarak perjalanan yang singkat dengan tambang standard time tu Rm5.00 untuk perjalanan sehala.cibs ! ini memang melampau.itu reason kukuh kenape gua fuck sangat teksi time tu dan terpakse mencari alternatif lain dengan menaiki beca.melalui pengalaman,pengayuh beca rata tak demand,tidak mengada2 atau banyak songeh & lebih berbudi bahasa.itu yang gua puji tentang pengayuh beca..

itu semua kegemilangan di era sebelum zaman millenium.sekarang dah masuk tahun 2010.dekat 10 tahun kite melangkah ke era millenium.gua tengok pengayuh2 beca kat area gua semakin pupus.lenyap dimakan arus pembangunan.lenyap dimakan arus permodenan.gua berani cakap sekali gua keluar jalan2 bandar,kebarangkalian gua jumpe pengayuh beca adalah 1 daripada 1 juta (1/1000000).yes gua berani keluarkan statement ni sebab gua yakin dengan kenyataan gua ni.mana pergi pengayuh2 beca yang dulunya rancak meredah terik mentari demi sesuap rezeki?kemana lenyapnya pengangkutan tradisional ini?menjadi besi buruk?mana pergi warga emas berjiwa kental seperti pak haron ni?huh !

time study dekat melaka dulu,gua lihat depan afamosa meriah beca2 dihiasi dengan bunga2,bendera jalur gemilang.gua terfikir jugak.tak kan la beca famous dekat negeri bersejarah ni je kot.itu pun lebih menjerumus kepada tourist attraction.yela..nak jumpe beca dekat eropah, arab macam nak jumpe budu kat negeri johor.memang rare la kalo jumpe pun.alang2 nak promote cuti2 malaysia,dapat la tumpang sekaki promosikan transport yang semakin dilupakan ni..cis ! tak kan asal gua nak naik beca,gua kene pergi depan afamosa kot?ini giler namanya.jalan raya dah semacam medan pembunuhan.kadar kematian akibat kemalangan jalan raya semakin menjadi2.bole dikatakan perjalanan hari2 gua ke tempat kerja gua jumpe binatang terkorban di jalan raya.katak mati meletop,kucing mati berkecai,biawak mati terbongkang.macam2 stail la..itu binatang.abes kite yang bergelar manusia ni pun dah senasib.sebab tu gua cakap jalan raya dan semacam medan pembunuhan.ya pembunuhan akibat perbuatan manusia.lagi ramai manusia mencipta kereta,trelar,motosikal lagi banyak nyawa melayang saban hari..ape kene mengena kadar kematian dengan cerita pengayuh beca pulak.aiseh man.sudah terlajak jauh..hmm realitinya,kite terpakse menelan bulat2 yang zaman sekarang zaman teknologi.zaman pembangunan.zaman moden..orang berfikiran ortodoks dianggap melayang jauh ketinggalan dibelakang.naik beca dah tak dipandang.sekarang paling2 busuk pun ada motosikal.sampaikan ada motosikal LC pun nak usha awek awal2 kene reject.ramai awek2 nak yang ada bumbung.tak basah time hujan kate mereka.cis ! ape la sangat nilai motor pada zaman sekarang ni.inikan lagi nilai sebuah beca..

kadang2 gua rindu terkenangkan zaman gua naik kenderaan berbumbung ni.last time gua naik beca pun gua dah tak ingat.tapi memang dah agak dimakan usia jugak la kemarau tu..walaupun gua dah lame meninggalkan alam ria persekolahan,tapi gua tak kan lupekan jasa pak haron pada gua.dengan beca dia la gua dapat menimba ilmu.walaupun gua dah pakai motosikal,gua tak akan lupekan jasa semua pengayuh beca yang pernah berkhidmat kepada gua.sedangkan didalam benak kepale hotak gua bermain suatu persoalan.masih ada ruangkah untuk pengayuh2 beca macam pak haron ini meneruskan pekerjaan mulia mereka ini ditengah2 pembangunan yang semakin menggila ini?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...