keadaan petang ni memang tenang.keluar aje dari kerja,gua tengok langit cerah.10 jam terperap dalam 'kandang' bole stuck jugak kepale.detik 5.50 petang paling gua tunggu2.then gua dah bebas buat sementara waktu dari belenggu kerja.tadi gua bawak standard 80-100km/j.malas nak lenjan2.bawak santai2 sambil melayan keindahan petang.perjalanan pulang ke rumah hanya memakan masa lebih kurang 15 minit.sebelom sampai rumah,gua kene lalu dihadapan sebuah sekolah agama.sekolah agama yang pernah menjadi tempat gua menyetan semasa gua di era zaman jahiliyah dulu.keadaannya masih seperti dulu.hanya warna cat yang sudah berubah.gua tengok ramai kanak2 pulang melintas jalan.tak kurang juga yang bersungguh mengayuh basikal.mengingatkan memori gua mengayuh basikal time zaman skola dulu.dalam kesibukan lalu lintas,tibe2 penglihatan gua terpaku pada seseorang di pinggir jalan.seseorang yang cukup sinonim dengan cebisan kehidupan gua.seorang yang banyak menabur jasa ketika gua masih di alam ria persekolahan.nama dia pak haron.pak haron ni kurus orangnya,sederhana tinggi,berkulit sawo matang.masa silih berganti,hari kian berganti,kini uban di rambut dan janggutnya jelas dimamah usia.tapi yang pasti dia masih mengagahkan dirinya dalam mencari sesuap rezeki yang halal.masih gah basikal tua yang diubah suai menjadi beca disisinya.masih setia pak haron bersama kekasihnya itu.beca yang digunakan untuk membawa penumpang,kanak2 pulang dari sekolah.gua juga banyak menyimpan memori bersama kekasihnya.sebab kekasihnya yang menjadi teman gua pulang dari sekolah suatu mase dulu..
gua start naik beca pak haron ni start gua darjah 1 lagi.mase tu tahun 1995.old school la siaa..dan gua diberitahu mak gua yang pak haron dah start kayuh beca sebelum gua masuk tadika lagi (atau mungkin semasa gua masih main patong ultramen lagi..)punya la setia pak haron ni dengan perkerjaannya sebagai pengayuh beca.pagi amek budak hantar pergi sekolah.tengah hari amek budak balik sekolah.then hantar budak pergi sekolah agama.petang2 amek budak2 balik sekolah agama.begitu la rutin hidup pak haron.pak haron gemar akan lagu keroncong.gua masih ingat lagi time dia pacak sebijik radio depan beca dia.dia pasang kaset lagu keroncong sekuat2.sambil mengayuh kepale dia melayan alunan irama keroncong yang merdu.dulu kat area tempat gua,kelibat pengayuh beca memang ramai.kalau jalan2 bandar dulu memang selalu nampak pengayuh basikal.siap ada 'pot' khas pengayuh beca.betapa besarnya pengaruh & empayar pegayuh beca kat area gua time tu.mase tu pun ramai lagi yang nak naik beca.gua dengan mak gua pun dulu selalu jugak naik beca pergi ke bandar atau pulang dari bandar.teksi memang berlambak.tapi gua memang super meluat melihat gelagat dan aksi mat2 meter ni.ada yang terlalu kerek.nak henjut tambang lebih dari had.padahal tak sampai 1km pun jarak perjalanan.paling gua marah dengan sikap mat2 meter ni ialah 'trend' tak mahu angkut penumpang yang jarak perjalanan tidak jauh.mereka cakap adalah sangat sukar hendak angkat penumpang yang lokasi rumah dekat dengan bandar macam gua.taktik mereka senang.charge satu teksi untuk jarak perjalanan yang singkat dengan tambang standard time tu Rm5.00 untuk perjalanan sehala.cibs ! ini memang melampau.itu reason kukuh kenape gua fuck sangat teksi time tu dan terpakse mencari alternatif lain dengan menaiki beca.melalui pengalaman,pengayuh beca rata tak demand,tidak mengada2 atau banyak songeh & lebih berbudi bahasa.itu yang gua puji tentang pengayuh beca..
itu semua kegemilangan di era sebelum zaman millenium.sekarang dah masuk tahun 2010.dekat 10 tahun kite melangkah ke era millenium.gua tengok pengayuh2 beca kat area gua semakin pupus.lenyap dimakan arus pembangunan.lenyap dimakan arus permodenan.gua berani cakap sekali gua keluar jalan2 bandar,kebarangkalian gua jumpe pengayuh beca adalah 1 daripada 1 juta (1/1000000).yes gua berani keluarkan statement ni sebab gua yakin dengan kenyataan gua ni.mana pergi pengayuh2 beca yang dulunya rancak meredah terik mentari demi sesuap rezeki?kemana lenyapnya pengangkutan tradisional ini?menjadi besi buruk?mana pergi warga emas berjiwa kental seperti pak haron ni?huh !
time study dekat melaka dulu,gua lihat depan afamosa meriah beca2 dihiasi dengan bunga2,bendera jalur gemilang.gua terfikir jugak.tak kan la beca famous dekat negeri bersejarah ni je kot.itu pun lebih menjerumus kepada tourist attraction.yela..nak jumpe beca dekat eropah, arab macam nak jumpe budu kat negeri johor.memang rare la kalo jumpe pun.alang2 nak promote cuti2 malaysia,dapat la tumpang sekaki promosikan transport yang semakin dilupakan ni..cis ! tak kan asal gua nak naik beca,gua kene pergi depan afamosa kot?ini giler namanya.jalan raya dah semacam medan pembunuhan.kadar kematian akibat kemalangan jalan raya semakin menjadi2.bole dikatakan perjalanan hari2 gua ke tempat kerja gua jumpe binatang terkorban di jalan raya.katak mati meletop,kucing mati berkecai,biawak mati terbongkang.macam2 stail la..itu binatang.abes kite yang bergelar manusia ni pun dah senasib.sebab tu gua cakap jalan raya dan semacam medan pembunuhan.ya pembunuhan akibat perbuatan manusia.lagi ramai manusia mencipta kereta,trelar,motosikal lagi banyak nyawa melayang saban hari..ape kene mengena kadar kematian dengan cerita pengayuh beca pulak.aiseh man.sudah terlajak jauh..hmm realitinya,kite terpakse menelan bulat2 yang zaman sekarang zaman teknologi.zaman pembangunan.zaman moden..orang berfikiran ortodoks dianggap melayang jauh ketinggalan dibelakang.naik beca dah tak dipandang.sekarang paling2 busuk pun ada motosikal.sampaikan ada motosikal LC pun nak usha awek awal2 kene reject.ramai awek2 nak yang ada bumbung.tak basah time hujan kate mereka.cis ! ape la sangat nilai motor pada zaman sekarang ni.inikan lagi nilai sebuah beca..
kadang2 gua rindu terkenangkan zaman gua naik kenderaan berbumbung ni.last time gua naik beca pun gua dah tak ingat.tapi memang dah agak dimakan usia jugak la kemarau tu..walaupun gua dah lame meninggalkan alam ria persekolahan,tapi gua tak kan lupekan jasa pak haron pada gua.dengan beca dia la gua dapat menimba ilmu.walaupun gua dah pakai motosikal,gua tak akan lupekan jasa semua pengayuh beca yang pernah berkhidmat kepada gua.sedangkan didalam benak kepale hotak gua bermain suatu persoalan.masih ada ruangkah untuk pengayuh2 beca macam pak haron ini meneruskan pekerjaan mulia mereka ini ditengah2 pembangunan yang semakin menggila ini?
No comments:
Post a Comment