Saturday, February 25, 2012

Bile Berseloroh Pasal Scene Laptop




Acer Aspire S3

laptop pertama gua memang old skool.biarlah gua gelar dengan nama acer old skool.kalo sekarang ni pakai buat online kat mamak,mesti ramai mengata cakap gua tawaduk atau mungkin ortodoks.silap hari bulan awek pandang pun sebelah mata.kalo laptop pun dah sebelah mata,inikan lagi tuannya.ahh malas nak cakap.buat sakit hati je.ye,gua admit laptop2 sekarang ni semua dah power2 & kencang2 belaka.mana ada orang nak pakai laptop tebal2 jenis terjatuh hempap kaki boleh dapat MC sehari.biasanya yang suka pakai benda2 old skool ni pesen dah tak kesa orang nak kata ape.jenis dah tak amek port benda2 yang up too date atau mungkin dah pencen jadi trendy.ape ingat fashion je bole masuk kategori up too date & trendy?scene laptop pun sama naik ape.

kebiasaanya benda2 old skool ni orang puji dari segi ketahanan dia.dalam kata lain berapa lama dia bole berkhidmat,berapa lama boleh guna.sebagai contoh,body kereta old skool lebih mantap,lebih keras,lebih gagah kalo nak dibandingkan dengan body kereta sekarang yang kita tengok dah macam kertas kene renyuk bila eksiden.begitulah jugak dengan scene laptop.mengikut perkiraan kasar,dah makan 4 tahun setengah acer old skool berkhidmat.kalo laptop tu benda yang bernafsu nak hidup berpasangan & berkahwin,paling2 bangsat pun dah ada sorang anak agaknya.tak pelik kalo tiba2 gua ada acer notebook 4".anak la katakan.malah,acer old skool gua sampai sekarang masih bole dipakai guna walaupun dah masuk era sakit tenat.itu pun bukan ape.dah banyak kali terjatuh - jatuh dari meja study masa kat universitas lain,jatuh masa eksiden motor lain dan entah bermacam jatuh lagi.itu belom masuk kes terduduk atau terhentak.gua rasa kalo laptop sekarang ni,terduduk sikit elak dah terbarai.rosak itu ini.lebih2 lagi jenis yang slim2 ni.lagi la kebarangkalian nak jahanam tu tinggi.silap ari bulan jadi roti tisu agaknya.

semenjak hidup menyewa rumah ni,gua rasa laptop atau pc adalah satu keperluan yang wajib ada.gua bole steady lagi kalo kat rumah sewa tak ada tibi,astro,mangga solex atau tong gas asalkan ada laptop atau pc.baru2 ni gua terpaksa jadi macgyver pomen acer old skool.kasi format balik,tampal selotape tebal2 kat bawah casing laptop yang dah pecah (casing laptop ni silap2 dah jadi barang rare & vintage agaknye),cabut pasang semula ram card,ketuk tekan sana sini.sekilas pandang macam laptop kutip kat tombot pun ada.mana taknya.dengan selotape bertampal sana sini.nasib ada sticker band minor threat & municipal waste.ada la jugak nilai estetika.sebenarnya sejak abes study,gua dah pencen dari guna acer old skool ni.kalo sampai tahap nak masuk windows pun bukan main payah,sape yang tak nak declare pencen.dari tahan sakit hati,tambah dosa dengan makian berat lagi baik pencen terus.itu pun time buat final projek dia dah buat perangai,meragam tak tentu pasal.meradang jugak gua bila laptop meragam tak kene timing ni.mana gua nak cekau duit beli laptop baru kalo dah dekat hujung2 akhir semester.gua bukan tokan jual beg deuter murah.berkepuk-kepuk duit masuk dalam poket.itu lain cerita la.nak tak nak terpaksa lenjan pakai janji final projek setel.lepas dah setel nak rosak,nak merajok,nak mintak cerai ke memang gua redha.berbalik cerita,akhirnya berkat sabar,acer old skool dapat berkhidmat semula.walaupun ada masa kebiolan melanda,at least gua dah mampu tersenyum.at least dapat guna acer old skool buat layan movie,dengar lagu,buat kerja microsoft word sikit2 yang bagi gua dah cukup ngam ho daripada mati kebosanan dalam rumah sewa.

berkhidmat dengan acer old skool memang perlukan kesabaran yang tinggi.tak pasal2 gua yang kurang sabar ni pun bole jadi sabar.ini satu nilai murni yang gua dapat belajar dari acer old skool walaupun kadang2 kantoi jugak tahap kesabaran gua.mana taknya.orang lain bukak application,main game,layan movie kat laptop depa bukan main laju pergi loading dia - tak sangkut2,sekali kena dekat acer old skool,mengalahkan tunggu bulan jatuh ke riba dia punya lembap.kadang2 sampai tahap jemm terus pun ada.kencing la kalo tak sakit hati.berat mata memandang berat lagi hati memikul.tapi tak kan nak tunjuk dengan hentak2 terajang laptop depan orang.itu bukan bangang.itu dah tahap bagral.nak tak nak kene 'layan' sambil2 cari mood untuk bersabar.ingat pakai laptop old skool ni ayam2 ke dia punya caring?kalah caring dekat makwe tau.gua penah terkena.kebiasaanya,masa kita copy folder atau files,akan keluar satu taskbar tunjuk tempoh masa diambil untuk copy files yang kita mahukan.selalunya dalam jam,minit atau saat bergantung pada berapa besar file yang kita nak copy tu.ada sekali sampai kat acer old skool,jejak beratus jam nak copy satu folder.kalo di-convert dah makan 3,4 hari nak copy.kepala hangguk dia ! ini giler namanya.

sekarang ni gua dalam usaha tengah kumpul duit nak angkat sebiji laptop baru bagi menggantikan acer old skool.gua rasa dah sampai masa acer old skool menabur khidmat.kasi chance dia rest in heaven.

gua sebenarnya malas nak survey,usha details sangat perihal scene laptop ni.scene laptop ni bukan macam scene makwe.biasalah,manusia ni kan tak pernah puas.bila dah berkenan yang ini,nampak yang lain,yang lebih sikit mulalah berubah hati - nak yang itu pulak.kebiasaanya macam tu la lumrah alam.no wonder la balak kalo dah ada awek penyejuk dimata penawar dihati,nampak lagi berdenyut,mengancam as fukk,yang penyejuk dimata penawar dihati pun bole jadi janda.berbalik cerita scene laptop,lepas abes survey at the end gua berkenan dan jatuh hati pada acer aspire S3.nak beli macbook pro air macam celake sangat dia punya mahal.tak dapat macbook pro air,dapat acer ni pun dah kira cun ape.sekali pandang memang betol2 bakar line.ada iras2 macbook pro air.meroyan sangat nak macbook pro air,pergi cari stiker apple,tampal kat depan logo acer.abes cerita.

makan tahun sebenarnya gua tanam cita-cita ('impian' dah semacam useless imaginary word) nak beli laptop baru.dari zaman study sampailah zaman dah kerja ni.masih belom tercapai lagi.gua anggap belum ada rezeki,belom ada tuah.yela,tuah ayam nampak dikaki,tuah manusia siapa tahu.mungkin kali ni gua dah abes gamble guna 'teknik sesaat memasuki bilik mayat' - kene nekad dulu baru bole datang rasa berani.ye sekarang gua dah ada dalam bilik mayat.tunggu gua update entri pakai ultrabook - soon or sooner.ceh,berlagak siot gua.kehkehkeh !


Tuesday, February 21, 2012

Patah Hati Lebih Pedih Dari Patah Kaki



sejak dari edisi lelaki baik,gua dah tangkap stim sama siri buku edisi mat despatch.malah,karya bahruddin bekri pun gua adore secara suka2.tak sangka pulak at the end gua bole jatuh cinta pada karya seni beliau.kali ni siri mat despatch berkisarkan perihal patah hati.memang kene sangat dengan mood gua semenjak dua menjak ni.kalo patah kaki orang boleh nampak bila kita jalan bertopang atau mungkin dengan kaki bersimen,tapi patah hati tak siapa nampak,tak siapa tahu.hati kita terlindung.cuma sang empunya dan sang pencipta yang tahu apa hati kita tengah pikul - tak kira pikul yang nikmat atau sebaliknya.bercakap pasal patah hati,gua rasa kebanyakan orang dah merasa macam mana palatnya bila patah hati.patah hati tak akan jadi tanpa harapan.harapan pula bole datang dalam pelbagai bentuk dan cara.salah satu harapan yang dekat dengan kita adalah harapan cinta.dan harapan cinta bagi pujangga dan para pencinta tak lain tak bukan mahu cintanya dibalas setimpal.tapi dalam hidup ni,kebiasaanya lain yang kita harapakan,lain pulak yang jadinya.begitu jugak dengan cinta.kadang2 kita berjanji bagai,bersama merancang masa depan,mahu sehidup semati,mahu susah senang bersama,mahu bersama masuk syurga,tapi sampai satu masa kita jugak yang jatuh mencium tanah.

patah hati jugak tak akan jadi kalo hanya bertepuk sebelah tangan.cinta yang dibalas setimpal semestinya ada tindak balas berbalik.kalo lari kejap dari topik hati,ianya macam hukum newton ketiga.lebih kurang macam tu la analoginya.kau tak akan rasa nikmat cinta andai kau bertepuk sebelah tangan.ianya harus dirasa oleh kedua belah pihak.andai bertepuk sebelah tangan,itu cinta buatan namanya.bukan cinta agung.bercakap pasal cinta agung,ianya lambat laun akan membentuk satu perasaan sayang luar biasa yang mendalam - yang kadang2 sangat dasyat sehingga mengakibatkan sang pencinta hanyut dibuai perasaan ini.ya,ianya memang indah untuk dinikmati.sebab tu orang berani claim,bila tengah bercinta,tengah sayang bagai,bau kentut pun jadi wangi.

tapi bila perasaan hebat ni mula surut dan makin menjauhi kita,lain pulak yang timbul.kita rasa gelisah sebab kita kehilangan sesuatu yang dekat dengan kita iaitu cinta.masa ni,kita akan rasa down seolah-olah tiada jalan penghujung untuk kita cari jalan keluar.masa ni la semua benda kita buat semacam tak ngam.itu ini tak kena yang akhirnya mengakibatkan kita patah hati.bukan mudah untuk melupakan segala memori dan kenangan manis kita bersama si.si dia pun bukan orang lain.orang yang penah bertapak dalam hati kita,yang penah kita sayang atau sampai saat & detik ini masih kita sayang & cinta.mana mungkin semudah ABC kita bisa melupakannya.malah,tengok live band mahupun menonton cerita wayang pertama bersama si dia pun dianggap satu memori indah yang akan kita ingat sampai bila2 even ianya tak sehebat pemberian sejambak bunga mawar merah mahupun candle light dinner di sebuah restoren paling romantik di atas muka bumi ni.

eh,semacam pulak bunyinya.ok gua stop dulu sebelum gua ter-emosi melampau.

ok,kali ni edisi mat despatch mengisarkan kisah watak utama iaitu rayyan yang kene menggalas tugas berat iaitu membaik pulih semangat sepupunya,aman yang sedang berpatah hati.ingat nak baik pulih semangat orang patah hati ni senang2 macam makan kacang kuda ke ape?kalo doktor datang merawat silap hari bulan doktor pulak yang lagi parah.sampai macam tu sekali dia punya penangan.disamping masalah patah hati aman,rayyan juga berdepan dengan pelbagai masalah dalaman lain dari kalangan rakan serumahnya,rakan sepejabat mahupun rakan perempuannya yang bermacam ragam dan karektor.mampukah rayyan menyelamatkan aman?apa rahsia untuk membaik pulih semangat bila patah hati?

kebanyakan orang yang patah hati,mereka memilih untuk mendekatkan diri kepada yang esa.kadang2 gua tak hairan bila manusia hanya cari tuhan bila sedang berduka atau ditimpa bencana.bila senang,bila tengah gembira,nak sebut 'ALLAH' sekali pun amat susah.bila bersedih senang pulak cari tikar sejadah.senang pulak tadah tangan.mungkin itu lumrah manusia.kasih sayang memang ada kat mana2.malah kasih sayang pertama kita terima adalah kasih sayang ibu bapa.dari kasih sayang ibu bapalah kita mengenal kasih sayang yan lain.mungkin apabila kita kehilangan kasih sayang dari seorang kekasih,patut juga kita kembali kepada kasih sayang pertama yang kita terima iaitu kasih sayang ibu bapa.jadi andai kau berpatah hati,carilah kau kasih sayang kedua ibu bapa.mungkin ini antara isi yang gua boleh coretkan bagi membaik pulih semangat bila patah hati.sebenarnya banyak lagi 'azimat' lain yang bole diabstrak dari buku ni untuk dijadikan panduan hari mendatang.nak kata buku ni untuk orang yang sedang bersedih sebab patah hati pun tak la jugak.sesuai sebenarnya dibaca oleh semua tak kira yang sedang bercinta,baru putus cinta mahupun merancang nak bercinta.

bagi gua,memang tuhan datangkan buku ni tepat pada masa gua perlukannya.rock2 gua pun,bila sedih menitis jugak air mata.gua macam mat despatch jugak.manusia biasa yang ada hati dan perasaan malah tak lari dari melakukan kesilapan.andai kata cinta tu bisa membuatkan dunia jadi indah,gua tumpang gembira atas cinta itu.tapi andai kata cinta itu bisa mengakibatkan dunia bersedih,maka gua akan tumpang berduka kerana makin ramai jugak la yang akan patah hati.

cinta umpama keseronokan bermain layang2.apabila talinya putus,ia akan terbang jauh dari kita dan hilang ditelan awan gelap.hargailah cinta selagi ianya masih ada bersama kita.jangan dah patah hati,baru nak tangisi.dah terambat.ibarat nasi dah jadi bubur.

mungkin apa yang gua coretkan sekadar satu tribute buat mereka yang patah hari termasulah diri gua sendiri.apa pun jadi,hidup mesti diteruskan walaupun hari ni terukir satu sejarah mahupun terpalit satu titik hitam.semoga pujangga2 yang patah hati bisa kuat untuk meneruskan kehidupan tanpa kehadiran cinta yang setia menunggu.

'memutuskan ikatan kasih sayang tak semudah memutuskan ikatan benang..' - gua


Sunday, February 19, 2012

Streamyx & Kelangsungan Hidup


'kalo la satu dunia claim internet tu satu keperluan asas,rasanya dah lama gua lemas'

***
umah sewa gua dah pasang streamyx.
laju dia bole pergi sampai 4Mbps.
setakat nak download satu album full,masih bole tersenyum lebar.
silap hari bulan,sebelah tangan tekan keyboard,sebelah lagi kopek kulit kacang cap ngan yin.

gua rasa cukulah gua buat kerja gila pergi online kat ciber cafe baru2 ni.
kadang2 sekali 2 trip - lepas balik kerja & malam lepas makan malam.
tak sanggup rasanya dah tua2 macam ni nak online fesbuk dekat ciber cafe.
tak power langsung nak updet status bila budak sebelah meja gasak jeling usha memanjang.
walaupun charge ciber cafe dah tak secekik darah macam era gua tengah menggila dulu,
at least RM2 untuk 1 jam tu lepas buat duit gua beli nasi lemak telur pagi2 sebelum gerak pergi kerja.

dah ada internet ni,gua harap gua tak kene insomnia semula.
sekarang ni bukan macam gua jobless dulu.
rabak2 online sampai jauh subuh,pagi hari jadi daysleeper.
sekarang ni,hari gelapl lagi gua dah kene bangun.
paling2 jahanam pun,sebelum pukul 1.30 gua dah kene stop semua aktiviti alam siber.

hari ni gua rasa macam dapat semangat baru.
sedar tak sedar dengan adanya kehadiran streamyx,gua kembali bernyawa.
terima kasih streamyx.

Friday, February 10, 2012

No Goodbyes

ada peribahasa melayu berbunyi 'bila terhantuk,baru nak sedar..' kalaulah peribahasa melayu ni bole diibaratkan seperti lauk sweet sour,dah pasti ianya lebih asam tak kurang gula.baru balance taste dia.tak over masam,tak over manis.baru sedap2 tekak.macam mana sedap tekak menelan,macam tu jugak la 'sedap' dia punya kiasan.faham ape gua nak sampaikan?tapi sebelum tu,ape kene mengena peribahasa dengan lauk sweet sour ni.sekilas baca,macam jahanam pulak bunyi intro gua ni.

ye gua sedar,gua dah lama tak into dengan scene blogging.so far,gua baru menulis 3 entri yang tak power mana pun sebenarnya.instead of 3 entri,gua sepatutnya dah bole menulis paling2 jahanam pun 10 entri ! tak tahu kemana hilangnya semangat lembu gila matador gua bila menulis.gua dapat rasakan spirit gua nak menulis dah tak setebal dulu.diam tak diam,makan 4 tahun jugak gua dah terjebak dalam scene blogging ni.dah bermacam benda gua melabon dalam blog usang ni.dari borak sampah,dari jiwa lara,dari spontan,dari pengalaman,dari kekecewaan,dari kegembiraan - semua ada.malah,sebelum gua kenal makwe,gua dah kenal dulu scene blogging.kalo makwe pun dah sayang,inikan lagi benda alah ni.perlu bagitahu jugak ke?

tadi masa lepak tarik teh dengan membe sekampung,sorang dua ada bukak cerita pasal scene blogging.kalo sebelum ni,ramai antara mereka selesa menjadi zuckerberg society,kini diorang dah maju setapak ke depan dalam dunia siber dengan create blogspot sendiri.at least,diorang tak terus menoleh kebelakang dengan status mengusik jiwa dari bekas makwe atau skandel di fesbuk.pada pandangan kasar gua,mempunyai blogspot sendiri juga merupakan satu perjuangan revolusi yang power.begitu juga medium escapism yang ngam ho ! at least,kita tak terus menerus hidup bersandar pada kenangan.kita bole lari dari bayangan memori dengan bekas makwe atau skandel dengan menjadikan blogspot sebagai medium meluah apa saja rasa yang terbuku dalam hati.dan gua start berblogging pun sebab jaded dengan kehidupan bersandar pada kenangan yang menghantui gua 4 tahun dulu.just write something coz sharing is caring.

semangat lembu gila memang selalu menyerang bila passion dan mood nak menulis tengah up.gua faham sangat sebab gua dah lalui benda alah ni dulu.kadang2 sampai satu tahap,setiap detik kau nak curi dengan menulis sesuatu agar bisa dijadikan satu masterpiece bergelar entri.dan tak salah kalo gua cakapkan semangat lembu gila ni selalunya menyerang mereka yang baru create their own blogspot.passion nak menulis tu memang lain macam.sampaikan cerita sembelit nak berak pun kalo bole dikongsi,mahu dicoretkan dalam blog.teringatkan spirit ni,gua tak semena-mena datang semangat nak menulis sesuatu buat julung kali ni.gua tak mahu passion dan mood nak menulis gua terkubur begitu saja.

write or die ! no goodbyes :)

Saturday, February 4, 2012

The King Of KLMJ !


bak kata omputeh 'picture gives thousand of words'
bak kata gua,thousand of words itu menyimpan seribu satu macam KLMJ !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...