Tuesday, September 27, 2011

Wordless Wednesday #1


Gambar


ahad lepas adalah big day.agak keterlaluan gua cakap itu hari gua.hari itu sebenarnya lebih 'besar' untuk mak gua yang banyak bersusah payah untuk buatkan that day come true.hari yang sekian lama ditunggu-tunggu.hari yang paling gua risaukan entahkan menjelma entahkan tidak.alhamdulillah gua dah selamat konvo setelah 4 tahun hidup berkampus.hari konvo yang julung2 kali gua dapat raikan.maklumlah..gua bukan budak kepala A+ macam budak sekolah MRSM yang dah penah lalui detik merayakan hari konvo dengan jubah dan topi budak tadika.so sesekali peluang pakai 'aksesori' yang mungkin hanya muncul sekali seumur hidup,so ape lah kiranya gua meraikannya dengan cara gua yang sederhana - bersama seluar hitam wrangler bundle RM40 ,kemeja nicecall bundle RM10,blazer paul smiths bundle RM15,kasut kulit pun bundle RM20 dan juga tali leher zipper pinjaman dari abang RM10++.gua sedar gua tak berkemampuan macam sesetengah orang.beli blazer dekat topman siap full suit,beli kemeja dekat zara,beli seluar kat isetan.sape lah gua ni nak beli barang2 branded macam tu semua.bak kata mak gua 'tutup atas bawah terbuka..tutup bawah atas terbuka..' ye gua sedar.gua bukan orang berada.

pagi2 tu sebelum konvo gua dah stenbai beli bateri energizer AAA untuk digunakan bersama kamera digital olympus nanti.maklumlah..hari setahun sekali sebegini rugi rasanya tak pulun abes dengan bergambar.bukan apa..buat tatapan di hari tua.agak lama sebenarnya gua tak bergambar.kalo bole di-listkan antara benda paling lama gua tak buat,gua berani letak 'photoshoot' di top of the list.kira2 makan berbulan atau mungkin jejak tahun jugak kamera digital olympus gua tersadai usang dalam kocek beg deuter.memang tak amek pusing langsung.mungkin bateri dalam kamera tu pun dah kong.sebab tu gua decide beli bateri baru.lepas je ganti bateri lama dengan bateri yang baru dibeli,gua pun tekan button 'on cam' di badan olympus.lenses yang terbenam laju memacu keluar diikuti dengan bukaan pengkatup lenses.skrin yang tadinya gelap mula mengeluarkan bacaan LCD dan selang beberapa minit,paparan free zoom captured mode pun muncul pada skrin.tertumpu pada pemandangan satu sudut bilik bujang gua.gua tenung skrin dengan mata yang tajam.

kabur dan berbintik halus seakan tompok titisan air hujan.

itu yang gua perhatikan pada skrin.tak seperti paparan selalunya - jelas dan terang.hujung lens digosok lembut dengan cebisan kain lap kaca mata dengan sangkaan mungkin ada butir habuk halus lekat pada skrin.tapi hampa.masih seperti sediakala pada paparan skrin.gua tak terus menerus gabra.gua terus tekan button 'setting' kot2 ada setting lari atau gua ter-default mode.lepas puas godeh sana sini,paparan masih lagi tak ubah seperti sebelumnya.gua dah hampir putus asa nak jadi mcgyver.takot pulak jadi seperti tikus membaiki labu.gua tekan button 'off' dan simpan semula olympus dalam beg deuter.

gua memang betul2 kecewa.pada hari gua nak menggunakan khidmat olympus,dia mula buat hal.mungkin dia tak tahu hari itu adalah big day tuannya.gua tak menyalahkan olympus.mungkin patut gua terima takdir macam tu.macam mana dia nak amek pot dengan gua sedangkan gua tak pernah nak amek pot kat dia sebelum ni?what comes around goes around.bole tahan lasak jugak olympus berkhidmat.ke gig lain,semsa berjalan ke utara lain.lagi pun hayat olympus sudah lama dan uzur.terngiang detik membeli olympus di queensbay 3 tahun setengah yang lalu.sudah tiba masa olympus untuk berehat panjang setelah penat dipetik oleh tuannya.fuh ! gua memang betol2 terdesak nak pinjam kamera sapa memandangkan masa dah suntuk.nak pinjam kawan2 pun gua dah semacam tawar hati.mungkin bukan rezeki gua agaknye untuk bergambar dengan orang tersayang di big day itu.

luar dewan dah sesak dengan lautan manusia.dengan ibu bapa lain,dengan graduasi lain,dengan staff lain,dengan photographer lain,dengan international studetnts lain, dengan pak guardnya lain.sampaikan kebarangkalian nak jumpa mak atau bapa yang tersesat pun bole jejak 1/1,000,000.dah ibarat seekor semut yang terjatuh ke dalam gula pasir gamaknya.ada yang pose bersama family mahupun rakan sekuliah,ada yang asyik melambung topi tadika,ada yang buat gaya kuak lentang atas padang rumput,ada yang mengendong jambak bunga.macam2 gelagat dan aksi.semuanya atas satu kata nama - bergambar.flash dari kamera digital mahupun DSLR memnuhi segenap ruang.

gua cuma memerhati dalam senyum yang kurang gula.tak sanggup rasanya gua nak manahan nafsu mata yang makin meliar tapi mahu tak mahu gua terpaksa memerhati gelagat sekeliling.cuma hati yang tahu betapa gua terkilan.gua simpan dalam2 perasaan itu dalam hati.biar tak ada yang perasan.

'total RM500...'

terpacul sebaris ayat dari mulut amoi putih melepak berambut lurus merangkap si photographer.gua tengok amoi ni memang ada gaya photographer profesional.gua yang payah nak senyum pun bole jadi tersenyum dibuatnya.'ter' sebab gua pun tak tahu senyuman tu gua buat2 atau betol2 ikhlas.gua harap ianya ikhlas.maklumlah ikhlas tu benda subjektif yang susah nak nampak.macam semut hitam yang duduk atas batu di tengah malam yang gelap.orang tak nampak tapi dia ada kat situ.itulah sebaris ayat saudara bahruddin bekri pasal ikhlas yang gua ingat sampai hari ni.

gua sebenarnya tersentap dengar ape yang amoi tu cakapkan kat mak gua.serious shit gua memang betol2 terkedu.dalam masa yang sama gua rasa macam nak patahkan balik masa.tak payah makan bertahun-tahun.cukuplah sekadar hanya untuk sejam yang lalu.RM500 bukan la nilai yang sedikit bagi orang kurang berada macam gua.RM500 tu banyak nilainya.lepas buat duit belanja barang rumah untuk sebulan.Rm500 jugak lepas buat beli sebiji ipod touch 32gb 2nd yang gua idam-idamkan selama ni.itu pun the cheapest in town.senang cakap RM500 tu besar nilainya bagi orang bukan korporat macam gua.

gua lihat mak gua bayar deposit yang tak seberapa.helaian kertas yang tentera digit dikeluarkan dari wallet.disisip satu persatu.gua cuma memerhati dengan perasaan yang bercampur aduk.kalaulah masa bole dihenti sebentar,gua sanggup curi duit cashier dan ganti duit yang dipegang mak dengan duit hasil curian.sampai begitu sekali imaginasi liar gua.kadang2 gua terfikir jugak kenapa orang sanggup merompak,menyamun,meragut,meminjam,memras ugut malah membunuh demi wang segera.semuanya kerana terdesak.ya terdesak dengan kesempitan.orang terdesak memang akan lakukan apa sahaja tanpa fikir baik buruk halal haram.tak percaya cuba tonton filem john q !

tak pasal2 mak gua kena belanja besar buat gua.bila gua cakap 'mahal tu mak !' dengan nada sedikit garang,mak gua hanya tersenyum tawar.'tak apa duit bole cari..anggap la ni hadiah mak kat iff..' berlegar2 kata mak di benak kepala.dalam sedang khayal menaip,mata gua turut berkaca.gua tahu kasih seorang ibu memang tinggi darjatnya.sejahat-jahat anak pun tetap dia mengaku anak.gua rasa tak perlu pun mak gua spend duit sampai beratus-ratus semata-mata nak buat studio fotoshoot.gua tak mahu sebenarnya tapi mak gua yang beriya-iya sangat mengajak.mungkin mak dapat rasa gua terkilan sebab tak dapat bergambar semasa big day tempoh hari.malah satu gambar dengan rakan sekuliah pun gua tak ada.apetah lagi dengan family sendiri.abes ilang mood gua satu hari tu.sebab tu dia semahu-mahunya mengajak gua pergi studio foto.kadang2 gua rasa terharu jugak dengan segala pengorbanan yang mak buat selama ni.sampaikan detik gua dah tak sepatutnya buat dia susah pun,dia sanggup lagi bersusah payah demi gua - demi anak dia.cis ! tembaklah diri sendiri dengan shortgun macam ape yang kurt cobain lakukan kalo satu hari nanti kita lupa akan jasa seseorang yang bergelar ibu.

dalam seminggu lagi baru bole siap gambar yang paling mahal pernah exist dalam life gua.walaupun tak sehebat monalisa,ia masih sebuah nilai - nilai yang menyimpan seribu satu macam cerita yang tak mungkin gua lupakan sepanjang hayat.

Sunday, September 25, 2011

Sekeping Nota Buat Bekas Roomate


masa gua 2nd year dulu,gua penah satu roomate dengan mamat ni.cukuplah gua perkenalkan dia dengan jolokan kecik.ada lagi pundek panggil dia pendek.sampaikan kadang2 gua pun terikot-ikot panggil dia pendek.lepas fikir dua tiga kali gua rasa macam tak sedap pulak nak gelar orang dengan nama yang bukan2 eventhough dia ngam dengan kita sekalipun.eh korang ingat orang bersaiz XXL suka ke orang gelar diorang bob?jenis hati kama bole buat bergadoh,jenis hati tisu bole jadi putus kawan jugak apa.

masa awal2 perkenalan dengan kecik,banyak sangkaan gua meleset.melihatkal fizikal kecik akan mengatakan dia baru abes khatam buku KBSM sejarah tingkatan 4.ditambah lagi dengan muka decent yang sekilas pandang ada iras2 alex turner,si vokalis arctic monkeys yang pekat slang sheffieldnya - tak nampak berjanggut apetah lagi berjambang yang menyukarkan lagi usaha nak mengecam senioritinya.kecik nampak muda dari usia.tapi sekarang ni gua jumpa dia dah makin brader2.dah bela misai macam johnny deep.

proses perkenalan adalah satu proses pembelajaran.

korek punya korek,last2 baru gua dapat tahu kecik ni senja 2 tahun dari gua.sebaya dengan abang gua rupanya.mati2 la gua ingat dia baru khatam buku KBSM sekolah menengah.kehkehkeh ! lagi sekali gua tewas dengan kata kamus omputeh don't judge book by its cover.dunia jadi super duper awesome bila secara kebetulan kecik pun budak sekampung dengan gua.faktor umur dan tempat tinggal mungkin membuatkan kami tak mengaku orang sekampung.maksud sekampung disini bukan la dia duduk satu kampung atau satu taman dengan gua.bukan...cukuplah kalo gua katakan dia pun anak jati pontian - sama2 menikmati kehidupan alam ria kecil dan sweet seventeen di sebuah daerah kecil yang pada gua banyak menyimpan seribu senyum.dunia ini sederhana kecil bukan?

kehadiran kecik sedikit sebanyak membuatkan life campus gua jadi sedikit happening.tak ada la sunyi macam bertapa sorang2 dalam gua yang gelap - tidak lagi meraba raba jauh sekali memejam mata.kami dah macam blue blood eventhough sesekali sekala bertegang urat.bahan membahan dah jadi kebiasaan.gua tahu gua tak up to date macam orang lain.gua sedar gua tak urban macam sesetengah orang.tapi sampai sekarang gua masih bole tahan menyengat bila main game FIFA 2007.ini semua gara2 kenangan manis gua tewaskan kecik 10-0 dalam game kalah mati game bola ni.time tu gua rasa gua la raja FIFA sepanjang zaman.berlagak giler gua.haha..owh ya.kecik pun penah ayamkan gua giler babi sebenarnya sampaikan seharian suntuk gua kena bahan.what comes around goes around..

kecik ada satu naluri kebanyakan orang bujang.dia sangat fanatik dan memuja liverpool fc.malah dari zaman kegemilangan fernando torres sampailah era bebal mamat ni sepak punai bertenggek time match dengan matchester united tempoh hari,dia masih lagi setia bersama the reds.manakan tidak dulu bilik kami di hostel penuh dengan poster fernando torres mahupun skuad liverpool fc yang dia gila-gilakan.setiap match liverpool kecik tak miss tengok.cakaplah pukul berapa,jauh pagi mana sekalipun,kecik tak akan miss.kadang2 sampai satu tahap,dia sanggup suruh gua kejutkan dia jauh pagi semata-mata untuk pergi melihat match liverpool.kecik memang betol2 kena rasuk dengan the reds.tak ada apa mampu menyelamatkan dia dengan dunia dia.

walaupun chemistry gua dengan kecik banyak,tapi ada satu benda yang gua kontra dengan dia - gua tak fanatik bola.time tu gua memang memuja the red devil tapi belum sampai tahap memuja apetah lagi fanatik.malah menjadi lalang pun tidak.dalam satu season pun bole kira berapa kali gua pergi tonton match.malah bermain bola pun gua tak tahu berbeza dengan kecik yang aktif main bola pada setiap petang.senang cakap gua memang sengal ubi bab2 berkaitan bola.

bila dah abes study ni,gua rasa free sangat dari macam benda.masa terluang gua punya lah banyak sampai gua pun kadang2 tak tahu nak spend free time tu dengan buat benda apa.ikutkan kepala nak je gua pergi travelling.jalan2 tengok dunia sementara gua masih belum terikat dengan komitmen kerja.tapi bila memikirkan kewangan yang bagai pelabuhan dipukul ribut,gua terus lupakan hasrat yang gua dah tanam berkurun lamanya tu.memandangkan season baru EPL dah bermula,sambil2 lepak mengeteh kat kedai mamak pada hujung minggu,gua pun jadi terikot-ikot kawan yang kaki bola.agak keterlaluan jugak kalo gua katakan gua bole layan EPL sebab manchester united.

tadi gua saje IM dengan kecik.saje borak2 pundek dalam IM termasuklah perubahan diri yang gua sebutkan tadi.bukan ape..eventhough kami satu kampung,tapi memang jarang jumpa.sekali sekala teserempak kat bandar atau di kedai mamak tiap hujung minggu tu ada la.tu pun tak berkesempatan lepak semeja kene teh tarik bersama.

gua rasa tak ada benda yang perlu dipelikkan tentang perubahan hidup seseorang.everybody's changing bak kata tim rice oxley.hidup ni memang penuh dengan misteri.

Saturday, September 24, 2011

Hantu Seberang 80-an

gua tak pasti sama ada youtube masih hit atau tidak semasa era 90-an.maklumlah gua mula kenal dan jatuh cinta mendalam dengan dunia siber pun ketika era millenium.malah pc old school pertama gua pun 'lahir' pada zaman millenium - pada tahun 2002.so bole dikatakan gua memang buta IT pada zaman 90-an.atau mungkin agak miserable kalo gua katakan gua langsung tak tahu nak guna browser untuk open lebai google sekalipun pada ketika itu.sebab tu gua tak tahu youtube ape cerita pada zaman 90-an.sekarang bukan macam zaman 90-an dulu.pc cikai2 dengan monitar besar gemuk sebiji tu pun dah macam haram dia punya mahal.jejak 2k jugak.no wonder la ramai tak mampu nak miliki sebiji pc masa tu.no wonder ramai yang buta IT masa tu.dah pc pun tak mampu inikan lagi laptop.not in the list la..sekarang ni mak cik felda pun dah pakai laptop sendiri.dah tahu nak skype dengan anak yang belajar jauh2 mahupun dan tahu baca berita harian online.silap2 youtube dan bole buat layan lagu oldies omputeh mahupun lagu bollywood era rishi kapoor mahupun amitabh bachan masa muda.

youtube memang dah listed as one of the most visited site.tolak tepi lebai google mahupun yahoo.dan tak mustahil youporn wujud sebab tempias dari youtube.tak perlu rasanya nak bukak cerita panjang lebar pasal youtube.rasanya semua dah tahu ape benda toutube ni,ape content dalam youtube ni,dan macam mana nak guna youtube ni.rasanya budak 1 hari baru pandai masuk youtube pun dah bole godeh youtube.nothing really matters.actually bukan gua nak berceloteh pasal youtube.dah tersimpang jauh sebenarnya.ok la memandangkan masa tahun 90-an gua totally out of some kind of youtube ni,so scene CD atau DVD masih lagi take over.time ni la DVD player tengah meletop.umah yang dilihat ada DVD player adalah rumah yang cool.ditambah lagi dengan set hi-fi.fulamak cukup forum.ada satu DVD player dah cukup memadai eventhough jenama ayam sekalipun.

masih gua ingat lagi waktu itu.sekitar tahun 1990 an macam tu.ketika gua masih bergelar budak hingusan.dunia kecil gua semacam horror giler babi,seram sejuk sampaikan terpaksa follow bontot mak setiap kali hendak ke dapur.kalo nak diikutkan rumah gua bukanlah pesen rumah kampung yang sesetengahnya terletak jauh di hujung dunia,dikelilingi hutan tebal atau mungkin jauh dari segala macam fasiliti awam.tidak sama sekali.alhamdulillah lokasi rumah gua cukup 'sifat' - tepi kanan kiri depan belakang ada jiran yang skala jarak sangatlah dekat.cukup segala fasiliti awam malah jauh sekali dikelilingi hutan tebal.so kalo nak dikatakan horror memang tak sangat la kalo nak dibandingkan dengan suasana rumah2 yang gua sebutkan atas tadi yang jauh lebih scary lebih2 lagi bila waktu malam.alhamdulillah rumah gua so far tak ada kejadian aneh.tak ada pulak gua terdengar aksi orang tenggek2 pinggan mangkuk dan orang mengetuk2 tempurung kelapa pada waktu malam atau mugkin terlihat kelibat atau terdengar suara aatau bisikan aneh.itu yang gua bersyukur sangat.setakat bunyi siling rumah tiba2 berbunyi seakan ada objek berlari itu dah jadi perkara buka aneh.malah gua dah naik lali dengan benda tu.tabiat kucing yang gemar stay atas siling dan mengejar tikus pada waktu malam barangkali.

dunia hitam ni terjadi semuanya gara2 DVD player dan juga CD pirates.dah jadi lumrah alam agakye orang menyalahkan objek2 tidak bernyawa acapkali berlaku sesuatu kurang elok pada diri sendiri.gua rasa time 80-an dulu meletop-letup dengan cerita seram dari seberang.bukan main calang cerita seram indonesia dulu kalo nak dibandingkan dengan sekarang yang dah mengarut.silap2 cerita seram thai pun belum cukup thrill nak fight2 dengan cerita seram indon era 80-an.terbayang wajah pelakon suzanna yang diberi jolokan 'the queen of indonesia horror' yang memang 'otai' dalam scene cerita seram indonesia pun dah cukup malapetaka.serious shit gua masih terngiang2 wajah scary suzanna dalam cerita sundal bolong eventhough sekarang ni gua dah tak layan cerita2 macam ni yang dulunya bikin dunia gua jadi gelap misteri dan dibayangi rasa takot yang teramat.sebenarnya gua bukan teringin sangat atau saje mengada-ngada nak pasang cerita ni.kalo boleh gua lagi tak mahu tengok cerita2 sebegini.better lagi gua tengok undertaker dalam WWE.tapi enta macam mana gua bole terjebak pun gua tak tahu.jangan katakan gua.mak nenek malah mak cik pak cik gua pun sama naik.sampaikan CD misteri mak lampir tu pun bole rotate dari satu tangan ke satu tangan.hmm what to say..

dah lama sebenarnya gua tak tengok cerita2 seram indon era 80-an ni.semenjak DVD player rumah hancor terbarai,sampaikan satu tahap gua jadi lupa dengan cerita2 sebegini.CD2 pun entah kemana tercampak.tak nampak kelibat langsung.memandangkan sekarang ni youtube dah bole take over role DVD player,tadi gua saje2 layan cerita sundal bolong dekat youtube.enta kenapa dalam banyak2 cerita yang diupload dalam youtube tu,gua bole naik syeikh tengok cerita ni.kadang2 benda2 random ni susah nak dijangka.dari satu part ke satu part selesai sampailah abes cerita.sedar tak sedar gua dah berjaya tonton cerita yang pernah jadi igauan ngeri gua time kecik2 dulu.rasanya cukuplah gua layan cerita sundal bolong je.tak sanggup rasanya nak layan cerita seram lain.ini pun dah cukup bikin gua tergiang2 kembali wajah suzanna yang lebih 'fresh' dari sebelum ni.jangan terbawa-bawa dalam mimpi suda.

gua sempat belek2 youtube kejap.saja tinjau trailer2 cerita seram indonesia.ternyata youtube tak mengecewakan halwa mata gua.agak bersepah trailer2 cerita seram indoesia.kalo nak tengok trailer cerita seram indon era 80-an gua awal2 raise white flag.tak tengok trailer pun gua dah bole bayangkan betapa scary,betapa horror,betapa creepynya jalan cerita.penah sorang membe berseloroh pada gua pasal scene cerita seram dari seberang.dari ape yang dilabon,gua tak syak kalo membe gua pun dulunya sorang kaki cerita seram indon era 80-an.tapi dalam rancak berborak,dia sempat mencelah something yang membuatkan ramai kaki cerita seram indon era 80-an jadi kecewa kononya cerita seram indon sekarang dah banyak merapik.dah tak se-trill dulu.paling celaka bila cerita2 sebegini dicampur aduk dengan adengan2 18SX.ada yang extra pundek siap jemput sorang dua pornstar untuk berlakon sama dalam cerita yang dikatakan seram.watdahel ! itu filem buletone ke apa?tak pasti sama ada untuk tujuan komersial mahupun ini suda jadi trend filem konon seram dari seberang.

bukan itu saja.melalui pemerhatian gua jugak,kelibat2 hantu dalam cerita2 seram sekarang dah macam super duper annoying.dengan mekap ke parit,dengan custom dress ke laut.sampai satu tahap gua rasa macam tak perlu plak nak tonjolkan 'the real hantu' dalam layar perak.takot jadi bahan gelak pulak.susah sebenarnya nak jadi hantu lebih dari hantu ni.

how i miss the indonesia hantu back in 80's !

Friday, September 23, 2011

Suprise #1


si dia tahu gua suka snickers..


the most awesome wish card i've ever read.

si dia kata akan ada suprise #2.seriously gua rasa sangat bersyukur sebab tak ada heart attack.alhamdulillah..

Thursday, September 22, 2011

Bismillah..Rock N' Roll...

hidup berjiran ni memang kene pandai amek hati jiran tetangga,hormat menghormati,toleransi,beramah mesra,bertegur sapa dan bermacam lagi nilai murni kemasyarakatan.

sebelum bercerita dengan lebih lanjut,ada baik jugak kalo gua perkenalkan jiran sebelah menyebelah dengan rumah gua iaitu encik samsuddin dan juga encik mohammad atau lebih mesra gua panggil long mat merangkap pak long belah bapak gua.tapi tuhan lebih sayangkan pak long.pak long dah kembali ke rahmatullah 4 tahun lepas.yang tinggal hanyalah mak long.mak long gua ni merupakan akak kepada bapak gua.umur dia gua tak pasti dan gua tak tergerak hati nak bertanya.cukuplah sekadar gua menyebut sudah melangkaui batas warga emas.hubungan gua dengan mak long gua ok je even tak semesra mana.tak semesra mana tu bukanlah bermaksud gua tarik atau bermasam muka dengan dia.ish tak ada la sampai macam tu.kami ok..cuma ibarat teh o pesakit diabetes yang kurang 1 sudu gula kalo nak dibandingkan teh o orang sihat.begitulah gamaknya.

lebaran baru2 ni digunakan sebaik mungkin untuk 'beramah-mesra' dengan jiran tetangga.pelbagai cerita berjaya dihidangkan acapkali tour beraya ke rumah jiran.itu memang dah jadi trend.kata ramah mesra.so cerita2 pun haruslah yang mesra2 belaka.abang gua dengan kisah calon bini,adik gua dengan cerita sekolah asramanya..senang cakap masing2 ada cerita masing2.memandangkan gua baru je tamat belajar,so semacam biasa gua ditalu,dilempar,diserang dengan soalan berkenaan tempoh pengajian lalu.semua gua steady jawab denganm tenang dan yakin.padahal kepala gua terngiang-ngiang saat2 gemilang gua copy & paste assingment kawan2 mahupun anak toyol bawak masuk exam.bile ingat2 benda macam tu gua terus tak mahu ingatkan zaman belajar gua.

teros gua diaju dengan soalan standard lepas tamat blaja - kerja.bila gua cakap belom kerja dan masih menjawat jawatan jobless agung,diorang kasi ayat penyedap hati 'tak apa.belom ada rezeki lagi..' mendengarkan baris ayat sebegitu gua hanya mampu senyum tawar sambil buat memek muka cool.sebenarnya gua dah 2 kali kantoi interview.2 diffent company sekali dua2 gua sangkut.dalam hidup ni gua penah dengar ada orang kena badi mayat mahupun badi bangkai binatang yang quite famous dikalangan orang melayu kita.tapi gua menolak sekeras-kerasnya bila wujud badi interview.ke gua pioneer badi interview?kehkehkeh ! dalam sesi beramah mesra dengan jiran tetangga tempoh hari,gua terlepas kata pasal badi interview ni.berkali-kali mak long gua tanya apa sebab tak lepas sesi temuduga.gua yang nak membalas balik pun bukan main payah.sebenarnya ada reason kenapa gua kantoi.cuma gua tak realise benda tu masa 1st interview dan keep on doing on the next.bile gua fikir2 balik semua tu datangnya dari diri sendiri yang rasanya tak perlu gua sebutkan kat sini.biarlah gua sendiri yang realise benda tu dan ubah cara.the world not learning from you rite?

tadi gua terima panggilan telefon dari mak long.gua pun rasa hairan jugak tak ada angin tak ada ribut mak long tiba2 call nak jumpa sekejap depan rumah.tengok2 jam dah dekat pukul 11 malam.urgent case maybe sampai dekat2 tengah malam bersungguh-sungguh nak jumpa.gua pun on.dengan berseluar pendek jeans potong dan baju bundle leher dah gelebeh,gua selamba kuar depan rumah.mak long dah tercongok tunggu depan pagar rumah.belom gua sempat menuturkan sepatah ayat,mak long dah berbunyi..

'dengar mak cakap iff ada interview kan isnin depan?'

gua pun balas spontan dan ringkas 'ye mak long..'

jawapan mak long gua pun 2x5 - spontan dan ringkas 'alhamdulillah..'

suasana sunyi dan dingin malam tu dipecah belahkan dengan dialog kami.lagi kan pulak dengan suara lantang dan nyaring mak long.mau2 tenggelam kejap bunyi bising cengkerik.

tak da..sebenarnya mak long nak jumpa iff ni sebab besok pagi mak long dah nak kena pergi johor sebab ada majlis kawin.terlanjur tadi mak long tengah baca2 (faham2 je la baca2 dalam islam ni - almathurat,doa2 or bacaan2 harian dan seangkatan) tiba2 mak long teringat something nak suruh iff buat masa nak pergi interview tu.

gua hanya setia mendengar dan menadah telinga.

'baca bismillah 19 kali dan jugak doa haikal...doa haikal tu print atas kertas A4 dan lipat masuk poket..insyallah' pesan mak long dengan nada semangat ala2 Ernesto "Che" Guevara mengkerah gerilanya.

'doa haikal...?'
sepatah terpancul dari mulut.tak kuat dan tak jugak selembut berbisik.sedap2 buat halwa telinga sendiri dengar.blur2 pun ye jugak.seriously ni 1st time gua dengar doa haikal.maklumlah ilmu gua ni secetek telaga separa kontang,iman gua ni senipis kulit bawang.insyallah gua search lebai google nanti.bismillah tu kalo tak pernah dengar memang alamat nak kene tendang.time tuisyen dulu enta beratus ribu kali agaknye gua dengar sifu (gua gelar cikgu tuisyen gua sifu.he's super sifu u know..) ucap 'bismillah..rock n' roll...' setiap kali sebelum test dimulakan.kadang2 gua rasa gua ni terlalu mengejar urusan seri paduka baginda sehingga terlupa ada yang lebih penting dari itu.gua sedar - gua alpha,gua pelupa..terima kasih buat mak long yang bagi kunci ketenangan yang selama ni gua cari2.kepada dia kita berpanjatkan doa dan kepada dia jugak kita bertawakal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...