Thursday, September 15, 2011

Pirates


jobless macam gua ni memang banyak masa.memang tak hairan jika seorang jobless macam gua mampu abadikan masa tidur jejak setengah hari.tapi gua tak.lama sangat tido bole bikin kepale otak gua jadi krem.

memandangkan dah banyak sangat masa terluang,dalam sehari gua bole downlaod movie jejak 5,6 buah.itu pun bergantung pada kelajuan internet dan masa ruang libur.kalo gua banyak menghabiskan masa depan pc,maka banyak jugak la jumlah movie yang bole didownload sekali gus.

cakap la movie dari ceruk mana sekalipun.semua abes gua godeh,cari sampai ke lubang cacing link untuk download dan buat benda yang sepatutnya.

baru2 ni gua terjumpa sorang membe.dia penah kerja jaga kedai cd pirate kat area bandar.bab jumpa kadang2 ni la bole jadi satu penyakit iaitu borak lama2.segala bagai topik keluar.alhamdulillah membe gua ni dah insaf dari scene kedai cd pirate dah beralih ke arah job yang lebih mulia.

dalam masa sibuk pung pang pung pang itu ini,dari satu cerita ke satu cerita,membe gua sempat tanya..

'kau buat ape sekarang?' 'masih mencari lobang kerja.sekarang aku duduk rumah je - mengabiskan beras,tengok movie, download movie memanjang..'

dalam rancak sembang tu,dia tempelak..

'dulu time aku kerja,ada tokan jual satu cerita RM20.mesti kau dah banyak download cerita2 yang rare.tolak dengan tauke kedai nak je dia amek..

gua diam sejenak.dalam masa sama kepala otak gua masih berlegar-legar memikirkan sesuatu.gua terbayang duit,gua terbayang muka tauke kedai,gua terbayang syaiton.

kalo tak fikirkan halal haram dah lama jugak gua buat kerja macam tu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...