Monday, September 19, 2011

Kemarau #4 - Usang

barangkali sekarang ni sedang musim hujan.tatkala melayangkan badan pada kerusi malas di halaman rumah,gua perhatikan titis2 air hujan turun mencurah-curah lebatnya dari petala biru.mendengar titisan hujan yang menyembah bumi benar2 membuatkan hati menjadi tenang.ibarat baru melepaskan jauh segala macam masalah yang membelenggu jiwa.tidak dapat dinafikan hujan itu satu nikmat dari yang maha pencipta.

dalam susana damai yang sekejap tika tu,lalu laju dihadapan rumah sekumpulan kanak2 berbasikal yang baru pulang dari sekolah.laju mengayuh riang dalam lebat hujan.kemeja putih dan seluar slack biru di badan sudah basah lecun ditimpa air yang semakin rancak mencurah.gua hanya sekadar berteduh memerhati dari laman rumah.sesekali gua terasa angin sejuk meresap laju di hujung kaki manakala tangan pula sudah lama memeluk tubuh.

sepintas lalu terlintas dibenak pemikiran akan cerita usang dari arwah datok yang terpakse mengayuh basikal cabuk dari rumah untuk pergi ke sekolah yang jauhnya berbatu menyeberangi jalan tanah merah membuatkan hati berdengus.tempias rasa cekal dan tabah dalam jiwa si tua dalam mengejar ilmu.begitu jugak semasa dia menjadi guru.kerangka usang ini jugak la yang menjadi tunggangan.

bila terlihat kelibat bocah2 kecil berbasikal pulang dari sekolah tu,sedikit sebanyak hati jadi rindu dengan kerangka usang ini.dalam sedar tak sedar pandangan terbayang akan basikal pertama yang dibeli oleh ayah semasa di darjah 3 yang gua masih ingat lagi akan warna dan rupa parasnya.dengan basikal itulah gua meredah hujan dan dengan basikal tu jugak la gua meredah terik panas ke sekolah.jangankan semasa era sekolah rendah,malah semasa era sekolah menengah pun gua masih setia mengayuh.

sekarang ni semua dah cukup mudah.tak tahu menyudu pun boleh kenyang.anak2 sekarang sudah tidak perlu bermandi peluh mengayuh kerangka uzur ke sekolah.kini rata2 sudah mampu ber EX5,sudah mampu ber WAVE 125,sudah mampu ber RXZ.paling2 cikai pun sudah ber C70.sejak had umur memiliki lesen kenderaan bermotor dilonggarkan,sudah ramai berpaling pada kenderaan bermotor ini dah mula meninggalkan kerangka uzur ini di belakang rumah,di dalam stor mahupun di bawah terik mentari.yang tinggal hanyalah jasad berkarat yang semakin daif.hanya tunggu masa menjadi besi buruk.

bersambung...

kemarau #1
kemarau #2
kemarau #3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...