Tuesday, December 25, 2012

Rindu

sebenarnya gua tengah rindu dengan bermacam benda sekarang ni.tapi tu la..rindu ni bukan benda yang bole sebut sedap mulut.kalo jenis rindu yang betol2 true dia punya kesan memang bole sampai menusuk hati,bole buat jiwa gila.

gua akui dah jarang nak belek2 blog usang ni apetah lagi nak updet.harap je dah pakai henset smartfon yang dah tersedia applikasi blogger droid tapi rasa malas nak menulis tetap jugak menguasai diri.secara tak langsung banyak jugak la cerita yang gua rasa tak terlalu heavy & bole dijadikan bacaan umum terkubur dalam benak fikiran begitu saje.

memandangkan gua dah lama tak updet entri baru ditambah dengan rasa malas teramat,gua rasa entri ringkas suda cukup memadai.at least semangat menulis gua belom lagu terpadam dengan rasa malas melampau yang kian membuak buak.lagipun gua memang tak gemar nak menaip pakai henset cuit2 ni.gasak typo memanjang.

baru gua perasan yang semenjak dua ni entah kenapa entri yang aku up semuanya stail nak 3,4 perenggan.dah macam syarat sah essei SPM bahasa malaysia pulak gayanya.tulis panjang2 berjela bukan ramai yang nak baca pun.kehkehkeh ! memang betol2 syok sendiri ni.gasak la..setelah dikenalpasti,gua rasa tak ada faktor pendorong mana pun yang potong mood nak menaip pendek2 dan beralih pada stail taip macam karangan SPM ni.nak kata aku ter-influence dengan gaya penulisan penulis2 buku mainstrem jauh sekali tak ada.hakikatnya gua ni bukanlah pandai sangat menulis panjang2 sampai masuk 3,4 perenggan.tengok entri lama2 pun dah tahu gaya gua menulia tak ubah macam budak baru belajar nak pegang pensel dan belajar menulis abjad.

gua rindu sebenarnya nak menulis entri pendek2.mana perginya mood santai nak menulis macam 2,3 tahun dulu.ku-seru,menjelmalah kau..
Published with Blogger-droid v1.5.8

Sunday, December 16, 2012

Bila Berseloroh Perihal Kawin

lama betol rasa gua tak godeh blog usang ni.nak kata bizi memburuh tak pun.gua masih beruntung sebab masih bole meraikan hidup dihari minggu kalo nak dibandingkan dengan membe2 senasib aku yg kadang2 kene masuk kerja pakse.memang fakap feeling dia lebih2 kalo tak dibayar untuk kerja lebih masa.bersyukur bukan jadi orang yang tak perlu jadi slavery hari minggu?

sebenarnya gua on the way balik dari majlis kawin sorang membe time belajar dekat kampus dulu.diam tak diam kad kawin dah menyongol depan umah.tak sedap plak rasa tak pergi bila orang dah bersusah payah kirim kad undangan bagai.memandangkan hari ni hujung minggu,apelah kira kalo gua korbankan masa cuti dengan pergi undangan yang entah sekali seumur hidup.itupun kalo membe ni kekal berbini satu.

pagi2 lagi gua dah gerak dari umah ke rumah sewa sorang kawan di pekan nenas.gua nak tumpang parking motor je sebenarnya.sebagai orang yang menumpang kereta orang lain,takkan gua plak nak buat orang tertunggu-tunggu ye tak.tepat jam 10 kami gerak ke lokasi pengantin di dewan tasik ampang.kira hari ni dalam sejarah jugak sebab ni rasanya majlis kawin paling jauh gua pernah pergi.nasib mengenangkan kawan baik2 sama2 belajar dekat matrix sampai abes universitas,kalo tak malas jugak gua nak berjalan jauh2 ni.

bole tahan grand jugak majlis membe gua ni.siap ada pelayan dayang bagai.view dewan depan tasik seluas mata memandang menambahkn lagi rasa eksklusif majlis yang dh sedia berseri.gua syak majlis macam ni makan belanja besar jugak.sewa dewan je gua rasa dah rabak nak bayar inikan lagi set karaoke,set hidang makan,set pelamin mahupun mak andam.majlis selera yb macam ni bukan main2 pinya majlis.bajet semua nak kene cukup.tak bole main kira ngam2.

terfikir kejap gua dlm perjalanan balik sambil ditemani hujan rintik2 jatuh atas bumbung kereta viva ni.kira2 kasar baru setahun kami abew belajar.tapi dalam setahun ni,enta berapa kawan sama2 belajar dulu naik pelamin.tolak tepi yang dah merisik,hantar tanda mahupun dah bertunang.pelik jugak gua tengok diorang ni kumpul duit kawin.kemain cepat lagi kalo nak dibandingkan dengan gua yang masih terkial kial ni.pastu buat majlis grand pulak tu.mana nak cekau duit.memang dasyat semangat orang nak kawin ni.

betol la cakap sorang membe gua ni.kalo kita ada niat baik nak bernikah,insyallah tuhan permudahkan walaupun bajet kita memang ngam2 lepas beli meggi buat tampung hujung bulan.senang cakap,rezeki orang nak kawin ni tak putus2.kalo niat baik,tuhan pun permudahkan segala urusan.cuba kalo niat nak rampas bini atau laki orang,mesti macam2 halangan datang.masalahnye,gua tengah takde makwe ni tapi ada niat nak kawin kira macam mana tu ek?kahkahkah !
Published with Blogger-droid v1.5.8

Saturday, November 24, 2012

Sebesar Mana Dugaan Scene Henset Smartfon,Besar Lagi Dugaan Syaiton

cuti hari sabtu macam hari ni memang sepatutnya digunakan sebaik mungkin oleh orang2 bekerjaya tak kira orang gomen atau swasta.penat lelah 5 hari bekerja seeloknya dibalas setimpal pada hari sabtu mahupun ahad.kadang2 rasa macam kasihan jugak bila tengok orang kerja hari minggu ni.masa yang sepatutnya diluangkan untuk meraikan hidup bersama keluarga atau yang tersayang terpaksa dikorbankan demi tuntutan kerja atau senang cakap demi keperluan wang ringgit.

semenjak kilang gua slow down ni,gua dah tak payah nak fikir lagi kene masuk kerja half day yang kadang2 buatkan gua terpaksa batalkan segala rancangan pada hari sabtu gara2 kene datang kerja.kadang2 rasa macam poser jugak kerja hari sabtu ni.macam palat pun ada.jadi semenjak dah dapat surat pelepasan hari kerja pada hari sabtu,gua rasa macam dah free sket dari cengkaman kerja.untuk beberapa bulan akan datang gua dah bole bermalas malas pada hari sabtu tanpa sebarang gangguan kerja.

hari ni hari sabtu yang bole tahan memenatkan badan.walaupun penat tapi gua rasa pengisian hari sabtu gua hari ni kira bermanfaat jugak la dari gua duduk rumah makan tido tak tentu hala.at least gua dapat pandang awan biru kat kampung sendiri.setidak tidak pun dapat jugak lihat dengan mata kepala sendiri mana la tahu kot2 mekdi yang baru dibuat kat kampung gua runtuh kene protes dengan orang kampung.

dipendekkan cerita hari ni gua pergi keluar teman sorang kawan sekampung survey harga henset.membe gua ni nak beli henset smartfon sebiji lepas keadaan henset dia dah tenat sangat cuma tunggu masa nak ke parit.dah alang2 nak tukar henset baik beli jenis smartfon terus.senang sebenarnya pakai smartfon ni.walaupun henset ni awal pangkal nama dia ada 'smart",tapi pada gua henset pesen macam ni takdelah smart mana kalo tuannya pun sengal nak guna.elak2 pakai henset smartfon semata mata nak nampak up too date mahupun nak nampak trendy.sebenarnya banyak benda kau bole buat dengan henset smartfon ni.paling2 bangsat lepas check makna perkataan 'circumstance' tanpa perlu selak kamis oxfod.

berbalik pada cerita survey henset tadi,hari ni je entah berapa kedai henset yang kami dok survey.kalo nak diikutkan,antara scene paling rare gua into semenjak dah berganjak dewasa ni ialah scene henset.bole dikira atau senang cakap dalam sebulan atau 3 bulan straight memang tak pernah datang nafsu nak survey atau amek tahu.mana model baru dengan lama pun gua tak tahu.kalo tahu pun sekadar dari internet.nafsu nak survey memang tak penah datang dengan sendiri.beza dengan zaman gua study kat matrix dulu.scene henset memang tengah up time tu.masih gua ingat,model nokia pegang pasaran henset global.sekarang ni sapa pakai nokia mesti ramai pandang semacam macam la pakai henset nokia tu dosa besar.

semenjak agak lama lost dari scene henset,hari ni baru gua tahu yang sony adalah pioneer henset android bukan samsung.kira satu info baru jugak buat orang2 yang dah lost macam gua ni.banyak jugak hari ni gua tanya itu ini pasal scene henset global.yang kasihannya bila mengenangkan nasib membe gua yang sorang ni.dia dari awal dah aim nak beli henset samsung wonder.tapi bila dah kene basuh dengan cina tauke kedai pasal sebiji model henset sony,teros membe gua ni termenung panjang.model henset sony tu kalo tak silap gua sony neo L.harga dia,applikasi yang support version android,video HD & beberapa spec lain teros buatkan membe gua ni dalam dilemma.teros dia tak amek tahu pasal henset samsung tadi.macam puaka jugak penangan henset sony neo L ni.nasib iman senipis kulit bawang gua ni gagah lagi.kalo tak dengan gua2 pun hanyut.

gua faham situasi orang dilemma ni macam mana.gua dah banyak kali jugak ada dalam situasi dilemma.memang selebet jugak feeling orang dilemma ni tapi nak buat macam mana sebab bukan manusia yang teringin sangat nak letak diri mereka dalam dilemma.percayalah,sebesar mana dugaan henset smartfon yang canggih manggih lagi mampu menggelapkan mata,besar lagi dugaan melawan godaan syaiton.semoga kita semua tenang menjalani hidup dalam dunia teknologi yang serba mencabar ni.
Published with Blogger-droid v1.5.8

Friday, November 16, 2012

14 November...Sebuah Lagi Cerita Kenangan

Tanggal 14 November 2011 memang segar dalam ingatan gua walaupun dah setahun berlalu.
Walaupun semakin hari ingatan manusia makin lemah dan semakin banyak kapasiti otak digunakan untuk memikirkan tentang banyak ilmu hidup tapi gua bersyukur kerana masih lagi diberikan kekuatan memori untuk mengingati masa silam.

Mana entah surat conformation letter yang gua lipat elok2 dulu & simpan rapi dalam sampul surat saiz A4.entah dah terbuang entah dah lunyai basah kene air hujan.gua sebenarnya dah cadang nak simpan conformation letter tu sebagai tanda kenangan.maklumlah,setahun dulu tawaran kerja ni la yang beri gua sinar hidup baru lepas 4 kali gagal interview.memang pundek rasa gagal interview ni.dah la time tu gua memang tengah kering poket.so peluang kerja macam ni la yang gua tunggu2 & akhirnya alhamdulillah gua berjaya bernafas semula.sebab tu gua berani claim apa2 pun yang bersangkut paut dengan scene kerja gua sekarang ni seolah-olah satu kenangan yang mungkin muncul sekali dalam hidup.sape cakap simpan gambor atau hadiah dari makwe lama tu je bole dijadikan kenangan?kadang2 bila fikirkan balik,lebih baik simpan conformation letter dari gambor makwe lama.lagi pun tak baik simpan gambor makwe lama yang mungkin dah jadi makwe,tunangan atau bini orang.mungkin barang2 kenangan lama ni memang perlu dilupuskan agaknya.mungkin..

Setahun bergelar orang bekerjaya ni banyak mengubah keadaan sebenarnya.gua rindu zaman bergelar jobless agung dulu.rindu jadi daysleeper,rindu scene jual bundle,rindu jadi retailist supermarket & paling deep rindu zaman belajar yang catchy & happy.kadang2 gua hairan kenapa time tengah sibuk belajar dulu passion nak kerja tu membuak-buak macam orang meroyan tak tentu hala.bukan main kuat kata hati nak cepat abes belajar dan masuk alam pekerjaan.gua rasa kalo tak semua pun,kebanyakan student2 akan rasa macam ape yang gua rasa - tepuk dada tanya selera.yes,manusia memang tak pernah puas.lepas dah selangkah masuk alam kerja ni baru gua dapat rasa betapa besarnya tanggungjawab yang kau kena pikul.macam selebet pulak kalo cakap benda ni satu bebanan since the universal law of working - menoreh tetap menoreh ! walaupun rasa cemburu pada sang masa makin membuak-buak tapi gua tetap akan jadi pekerja kilang buat masa seakrang ni.bukan seorang cikgu yang tengah bergembira menghabiskan masa cuti sekolah,bukan seorang traveller yang sedang ghairah pijak bumi nyata mahupun seorang buruh binaan yang sedang sedap hisap rokok suria sambil ketawa dengan gelagat rakan walaupun ditengah terik panas matahari.

Cepat betol setahun masa berlalu.diam tak diam gua dah setahun bekerja.walaupun tak selebat gaji membe2 sekampus dulu yang macho upload gambor fesbuk dekat offshore,at least dengan rezeki hasil penat kerja ni la gua dapat teroskan hidup,dapat bahagiakan family mahupun tolong sikit sebanyak orang yang memang tengah in need.dalam masa setahun jugak,scene kawin membe la paling banyak mengubah keadaan.dekat fesbuk je enta berapa invitation kawin gua dapat.tak tahu la entah dapat pergi semua entahkan tidak.dari kawan zaman sekolah,PLKN,matrix sampai la kawan universitas dulu.meriah jugak scene kawin ni sebenarnya.setakat scene membe2 beli kereta import,scene membe join MLM tu gua dah tak heran sangat.gua faham sangat perangai orang dah pegang duit sendiri ni macam mana.apa gua bole katakan, gua tumpang gembira buat kawan2 yang dah sampai seru nak berumah tangga.memang tekak gua dah gatal nak makan nasik minyak membe2 agaknya.

Ahh panjang pulak gua melalut.sebenarnya dari hari tu gua dah nak cadang nak menulis pasal tarikh keramat ni.malas punya pasal abes delay sampai ke hari ni.nasib baik semangat nak menulis tu masih ada.kalo tak memang terkubur jadi cerita kenangan tak kesampaian.gua rasa its time to move on untuk kehidupan lebih better insyallah.semoga 14 November akan kekal jadi tanggal kenangan sekaligus mampu lenyapkan segala kenangan pahit yang pernah wujud dalam life gua.memang kenangan ni satu ebnda yang mudah disimpan & mudah jugak dilupakan mungkin.teroslah hidup bersandarkan kenangan..

Sunday, November 11, 2012

Kegagalan Hujung Minggu

kebiasaanya hari ahad bole dicop sebagai hari yg jauh dengan mood keceriaan.jauh beza kalo nak dibandingkan dengan hari sabtu yabg lebih ceria & bahagia.dan setiap kali bangkit dari tilam empuk pada hari ahad, setiap kali itu jugaklah gua berharap yang ianya bukanlah another boring sunday.seelok eloknya masih memberi gua sinar kegembiraan biarpun sisa cuti & segala kenangan manis hujung minggu sudah sampai ke penghujungnya.

kebiasaan hari ahad orang bujang diabadikan sebaiknya dengan basuh stok baju kotor termasuk uniform kerja,mandikan motor atau kereta,kemas bilik bujang yang bersepah,basuh cadar tilam bagai dan paling2 bangsat diabadikan dengan tidur secukupnya.bercakap pasal tidur secukupnya,gua yakin malam sabtu adalah malam orang bujang.malam sabtu la ramai keluar buat aktiviti muda.ada yang pergi lepak ngeteh dengan kawan2,pergi test kereta,pergi keluar tengoj wayang dengan makwe,pergi tengok bola omputeh mahupun pergi mancing udang galah.mungkin lumrah alam jadi orang bujang ni memang tak lekang dari bermacam aktiviti yang kadang2 membawa sampai ke siang hari.so no wonder ramai antara orang bujang mengabadikan hari ahad dengan bermalas-malas lepas semalaman beraktiviti.

walaupun gua bukan jenis kaki bangon pagi pergi joging,enta macam mana lepas subuh tadi,gua teros tak bole nak pujuk mata sambung tido macam biase.bukan ape,lepas dah bekerjaya ni,jangan mimpi la nak rasa kenikmatan tido lepas subuh macam zaman bergelar student dulu.memang heaven sebenarnya lepas subuh sambung tido sambil ditemani hening pagi.lepas dah tepu sangat atas katil,gua amek keputusan nekad capai laptop & bukak laman sosial fesbuk.sejak dah aktif bermain twitter ni,gua rasa macam dah tak stim sangat nak menyetan lebih2 kat fesbuk.malah nak updet status kat fesbuk pun dah jarang2 sangat.tak macam baru2 tengah kemaruk berfesbuk dulu.ada saje idea nak diperah atau dilabon untuk dijadikan status.tujuan gua bukak fesbuk tu pun bukan la nak up status ke ape tapi lebih kearah nak usha line membe2 fesbuk.maklumlah sekarang ni tengah musim orang kawin.manusia siber sekarang dh jarang pos kad kawin ke rumah.diorng lebih suka post invitation kawin guna fesbuk.lebih mudah & jimat kos mungkin.

lepas abes belek satu persatu notification & invitation bagai,gua stick pada satu news feed.dipos oleh seorang yang gua cukup kenal & tak asing.terpampang satu gambar yang pada gua memang betol2 dah menambah buruk mood pagi ahad yang sediakala sebal & muram.cepat2 gua tekan button like dan teros sign out dengan seribu satu macam perasaan yang bercampur.

sampai sekarang ni gua tak faham kenapa gua tekan button like dekat gambar makwe lama & pakwe baru dia.nak kata gua suka langsung takde rasa suka.nak kata gua marah pun macam orang gila pulak tiba2 nak marah tak tentu pasal.senang cakap tu memang reaksi spontan yang tak terlintas langsung dalam kepala hotak.bila dah malam ni baru gua sedar yang gua dah buat satu keputusan yang bijak atau sebaliknya.gua pun sekarang tengah fikir ape pulak makwe lama fikir bila gua tekan button 'like' kat gambor dia dengan pakwe baru dia.entah2 dia fikir aku tumpang bahagia.ahh sampai tahap macam ni gua memang dah malas nak fikir pasal perasaan orang.lantak la dia nak fikir ape.yang pasti gambar tu dah cukup nak bagitahu yang dia tengah bahagia walhal gua jugak yang keparit.

walaupun gua penah tekan button 'like' dekat gambor raya neelofa,ternyata tak semudah disangka tekan button 'like' dekat gambor makwe lama.menikam sungguh perasaan tekan button 'like' dekat gambor makwe lama tadi.gua harap sangat akan ada button 'dislike' untuk masa akan datang .hancur terbarai mood hari ahad gua.semoga makwe lama bahagia pada hari ahad ni.
Published with Blogger-droid v1.5.8

Friday, October 26, 2012

Review: Sinister Movie

terlebih dahulu gua ingin amek kesempatan untuk ucapkan selamat hari raya aidiladha buat semua muslimin dan muslimat sekalian.walaupun sambutan hari raya aidiladha tak semeriah seperti sambutan aidilfitri, tapi gua tetap merasakan aidiladha meriah sebab masih berpeluang makan nasi himpit dengan rendang daging,sambal kacang, lodeh & ayam masak merah.bukankah hari raya orang melayu cukup sinonim dengan makanan tradisi ni?dan mungkin ramai tak perasan, selain duit raya (baca: budak kecik), rancangan televisi mahupun gambar raya di fesbuk, rendang daging, ayam masak merah dan sambal kacang jugak menyumbang kepada kemeriahan hari raya. bagi yang tak setuju, cuba tahun depan sambut hari raya dengan bertemakan bihun goreng basah ataupun nasi beriani kambing gam.kalau tak luak pun,sikit sebanyak dah potong stim hari raya .memang lain 'stim' bila makan ketupat pagi raya dengan makan bihun goreng basah.cubalah..

semalam petang time lepak ngeteh dengan kutu2 tarik teh, kami ada borak kosong pasal sambutan hari perayaan yang kerap jatuh pada hari jumaat.memang gua perasan benda alah ni dalam tempoh setahun dua lepas dan menolak sekerasnya kalo ada teori illuminati mahupun cakap atas pagar yang bukan2 pasal jatuhnya kebanyakan perayaan pada hari jumaat.'fenomena' seperti ni terus mengingatkan gua pada cerita knowing lakonan nicholas cage.dalam cerita tu ada satu keping kertas yang tentera kod tarikh berlakunya sambungan bencana alam.at least ada la jugak evidence nak cakap ianya satu teori sains ke ape.beza sangat dengan gua yang tak ada azimat dalam bentuk tarikh jauh sekali terjumpa kod rahsia tertanam belakang rumah.bagi gua, benda ni satu norma - satu kebetulan mungkin.giler jugak nak fikir deep sangat pasal benda macam ni.cukuplah gua perlu tahu yang kiamat akan jutuh pada hari jumaat.celaka apa gua merapik sampai masuk cerita kod tarikh dan apa kaitan dengan hari raya korban plak?

tolak tepi cerita pasal hari raya korban.jauh sangat dah gua menyimpang ni.

kalo diikutkan, lama jugak gua tak into dengan scene wayang gambor.makan bulan jugak kalau dikira-kira balik.last gua layan wayang pun cerita ice age 4.itu pun lepas kene bakor dengan housemate umah sewa.celaka apa gua penat2 baru balik keje dia ajak layan wayang gambor.nasib cerita ice age 4 tu tak heavy dan bole kasi mood santai2.pesen cerita melayu murahan elak gua dah siap-siap pasang kuda-kuda masuk tido.akibat dah lama sangat berehat dari scene wayang gambor, semalam gua berpeluang redeem kemarau wayang gambor yang melanda semenjak dua ni dengan tonton cerita yang kira baru jugak keluar panggung.tajuk cerita dia sinister.filem arahan scott derrickson bertemakan horror dan ada sikit unsur alam ghaib.memang 'jahat' cerita ni.berkali jugak gua terlepas makian separuh sedar.tak sangka sekarang ni bukan tenung lama2 makwe berdenyut & pakai seksi je bole tambah dosa, tengok cerita horror pun bole jadi sebab manusia tambah dosa.

gua memang cukup lemah bab nak review2 ni.memang tak pandai dan bukan masuk dalam kepakaran gua la senang cerita.tapi memandangkan gua dan cakap awal2 yang cerita ni 'jahat', so gua terpaksa la review dengan ringkas dan 'jahat'.dah jadi lumrah alam agaknya kebiasaan orang memang suka nak tahu dan amek pusing pasal benda yang 'jahat'.orang tak nak amek tahu artis mana yang pergi tunaikan haji tahun ni tapi orang lebih tertarik nak tahu siapa artis pakai bikini duduk plessing manja dekat pantai bali.mudah nak diterima ke macam mana gua tak tahu la.

sinsiter menceritakan tentang semangat jahat yang masuk dalam badan budak2 lalu merasuk mereka membunuh ahli keluarga yang lain.kalau dalam scene hanturaya malaysia, lebih kurang kes kene rasuk la jugak.semangat jahat atau digelar mr boogie dalam cerita ni memang puaka watak dia.last cerita baru gua faham ape sebenarnya peranan si mr boogie ni dalam 'makan' jasad budak2 tak berdosa ni supaya bunuh keluarga mereka.fokus cerita ni pada seorang penulis yang mahukan comeback setelah kegagalan beberapa siri buku lampaunya, ellison yang tekad pindah ke rumah baru yang pernah jadi tempat pembunuhan misteri satu keluarga atas tujuan mahu buat kaji selidik untuk buku barunya yang bertemakan pembunuhan misteri sekeluarga ni.memang power allison ni.penulis buku yang ada potensi pegang job sebagai FBI dalam masa sama.penemuan sebuah peti atas loteng umah berisi video filem pembunuhan siri berapa keluarga membawa pada seribu satu macam pertanyaan.satu persatu video filem dikaji ellison sampailah mamat ni dapat beberapa 'hint' pasal mr boogie iaitu semangat yang nauzubillah dia punya jahat.awal2 pun gua tak syak si pembunuh ni sebenarnya semangat jahat.gua ingat mamat saiko mental mana yang jadi si pembunuh.nampak tak jahat cerita ni?sepanjang kaji selidik, ellison tak terlepas dari kene kacau - pemain video filem main dengan sendiri, 2 anak ellison kene rasuk dan meracau tak tentu pasal, berperang dengan si isteri dan bermacam lagi igauan ngeri.sekali baca, macam celaka pulak ayat igauan ngeri tu.entah dari mana tiba2 datang idea nak berpuitis pagi2 hari ni.dipendekkan cerita, akhirnya ellison tewas dan pasrah dengan semangat jahat mr boogie yang kerap mengganggu ellison dan keluarganya.ellison tekad berpindah ke rumah lamanya semula.time ni gua dah rasa macam nak tendang kerusi orang depan sebab kejahatan mr boogie masih belom terjawab walhal gua dah terperanjat entah berapa kali sebab terkejut.tu belom masuk makian dan remangan bulu roma dekat tengkuk.gua rasa macam jahanam pulak kalau direktor stop cerita pasal semangat jahat mr boogie semata-mata lepas ellison pindah ke rumah lamanya.elak orang ramai pakat2 rejam kasut kat skrin putih besar panggung.macam cerita2 tamil, dipenghujung cerita baru segalanya terbongkar.kesungguhan ellison buat research rupanya jadi jerat pada diri ellison sendiri dan keluarga sebab dia sebenarnya tengah sambung 'kerja' mr boogie untuk cari mangsa seterusnya lalu resap masuk dalam jasad budak kecik dan memilih anak perempuan ellison sebagai mangsa.akhir cerita, ellison, isteri serta anak lelakinya jadi korban ditangan 'anak perempuannya' dimalam hari raya korban.

pada awalnya gua tak tahu pun scene wayang gambor sekarang ni ada tayang cerita power macam ni.nak harapkan 'ape celop tokk' memang jahanam.elak ada pulak berdarah kepala sebab hantuk kepala sendiri dekat dinding.maklumlah, orang2 lost dengan scene wayang gambor macam gua ni memang menagih satu cerita power untuk dijadikan comeback.ternyata cerita sinister ni tak mengecewakan.lepas abes tengok cerita ni, gua langsung tak sentap korbankan duit dan rasa ngantok dan berani claim comeback gua pada scene wayang gambor kali ni kira berjaya.memang saiko cerita ni.sound effect cerita ni memang mainkan role penting dalam kasi mood saiko sepanjang 1 jam 50 minit durasi cerita.sound system kat TGV bukit indah malam semalam memang pada tahap champion.bagi yang ada masalah cepat melatah, jantung lemah atau lemah nafsu, cerita ni memang tak sesuai ditonton.pergi la swap tiket tengok ape celop tokk.kahkahkah ! mungkin tak salah kalau gua claim cerita ni cerita paling saiko of the year.gelojoh betol gua buat keputusan walhal masih berbaki 2 bulan sebelum tahun 2012 sampai penghujungnya.memang gua rekomenkan la pada siapa yang minat scene cerita horror.agak2 geram teringat makwe lama insyallah bole lupa sekejap.gua kasi 9/10 untuk cerita ni.sangat direkomendasikan !

Sunday, October 14, 2012

Typo

sekarang dah nak dekat masuk pukul 2 pagi.gua masih terkebil kebil nak pujuk mata masuk tido.bukan ape.memandangkan gua sekarang ada dekat kampung,so gua kene setting bangon awal untuk ke kerja.sejam atas moto untuk ke tempat kerja kalo tak setting dengan baik bole masuk dalam kegagalan hidup jugak sebenarnya.tolak tepi kes tayar bocor atau minyak abes atas jalan.rasa nak terberak atas moto sudah cukup memadai.berbalik pada cerita,give up punye pasal last2 gua capai henset & melayan kerenah applikasi smartfon.belek satu persatu sampai naik bosan.

dalam banyak2 applikasi,gua semacam eksaited godeh applikasi blogger-droid yang gua sempat install dulu tapi sampai ni tak pernah guna.malam ni memang detik sejarah.tak pasal2 semangat nak menulis gua datang walaupun besar dugaan melanda masa nak menaip.diam tak diam,berjaya jugak gua siapkan entri kali ni.

fuh bole tahan puaka jugak update entri pakai henset cuit-cuit ni.kemain gasak typo writting.kalo gua jadi editor,memang dh berbakul makian si penulis dapat.sebelum gua amek keputusan nekad hempas telefon pintar ni,gua rasa ada baik jugak kalau gua cuba pujuk mata ni masuk tido sampai berjaya.besok gua nak 'menoreh' lagi woi..

selamat malam..
Published with Blogger-droid v1.5.8

Saturday, October 13, 2012

3 Belang

kira2 dekat sebulan dah gua 'melaram' dengan adidas 1906Er.walaupun bukan brand new macam kat kedai al-ikhsan, tapi sekurang-kurangnya kasut bundle made in pasar karat johor ni bole tahan bikin gua puas hati jugak sebenarnya.kusyen lembut dan ringan menambah lagi stim gua untuk lebih comfort stick dengan kasut  3 belang ni.tambah lagi ni kasut adidas pertama dalam hidup.so bole faham macam mana passion exsaited tu.

semenjak gila main bundle masa hujung2 era zaman belajar tak kurang jugak masa bergelar pengganggur agung dulu, rajin jugak menyelam blogspot bundle & secara tak langsung rajinlah jugak jengok2 kasut adidas sama ada secara sengaja atau tak sengaja. walaupun masa tengah jobless dulu, nak carik seringgit dalam dompet pun kadang2 bukan main payah, tapi passion nak sarungkan kaki dengan kasut adidas tak pernah pudar.

tak dinafikan bermacam-macam jenis model kasut dikeluarkan oleh adidas.dari era vintage sampai era gangnam style ni, adidas bagaikan bernafas dalam revolusi & inovasi tersendiri.kalo perasan, afdlin shauki pun sarung kasut adidas jeremy scott panda bear. ala kasut kepala beruang panda yang dia selalu pakai kalau buat show dengan boboi tu ha.walaupun gua masih 'hijau' dalam scene kasut adidas ni, tapi secara jujurnya gua rasa model kasut adidas sekarang ni macam pundek dia punya design.kalo nak dibandingkan dulu dengan sekarang, design kasut adidas era dulu2 nampak lebih garang & jauh lebih vintage ! sekarang ni lebih pada pesen sport tapak tebal2..sebelum raya ari tu gua ada singgah teman budak kilang carik barang raya dekat Johor Premium Outlet (JPO).alang2 dah masuk tempat shopping selera YB macam ni gua tak lepaskan peluang masuk outlet adidas.bukan senang mat bundle nak masuk outlet besar macam ni.setahun masuk sekali pun dah kira rare sebenarnya.tempoh hari, gua perhatikan memang banyak display model tapi tak ada satu pun yang berjaya menarik nafsu muda untuk angkat sepasang sebab rata2 design semua macam puaka.jenis sport tebal2 yang berlambak.tak ada pulak design baru yang nampak santai2 macam adidas rekord,west germany mahupun avanti.tak tahu la kenapa nafsu muda gua tak 'in' dengan kasut2 jenis tapak tebal ni.cakap la pesen kasut mat skater, mat skrembler sekalipun.memang gua tak tertarik nak pakai jauh sekali nak beli  walaupun secara amnya kasut macam ni jauh lebih selesa bila dipakai kalau nak dibandingkan sneakers.

sekarang ni memang tengah menggila passion nak kumpul kasut adidas lama2 buat koleksi peribadi.maklumlah gua bukan ada makwe atau skandal nak dibuat koleksi.dari buat koleksi benda yang bukan2, gua rasa ada baik jugak kalau gua jadikan kasut sebagai buruan.at least tak ada cerita KLMJ dikemudian hari.hye old skool adidas, come to papa babe..

Sunday, October 7, 2012

Si Jendol Dan Scene Bela Ikan.

seingat gua last gua terjebak dengan scene bela ikan peliharaan ni kira-kira 7,8 tahun dulu.time tu memang tengah 'in' dengan scene ikan kepala jendol yang orang gelarkan flower horn.gua tak tahu la time tu nak claim sape yang ada bela ikan flower horn ni sebagai trendy atau poser.kalo diikutkan reason yang menggelodak jiwa muda gua nak bela ikan ni sebab gua dah takde mende nak dibuat duduk rumah.maklumlah dulu masa zaman belajar mana rumah gua ada pasang internet.laptop,smartfon jauh sekali.paling2 bangsat ada pun pc old skool gua.boring2 last2 gua pergi kedai ikan dan beli anak ikan flower horn.gua beli time tu seekor RM7 kalo tak silap.jenis dah berpangkat bapak mak ikan memang mahal.stok2 jejak beratus seekor.celaka punye taukeh kedai.pandai diorang main harga time tu.kira sape bukak kedai ikan jual flower horn time tu kira boleh buat duit la senang cakap.

memandangkan gua memang takde pengalaman bela ikan sebelum ni,pertama kali bela ikan kepala jendul ni kira satu pengalaman baru jugak la buat gua.mana taknya,dari sini la gua tahu function anti-klorin.gua ingat air kita guna seharian untuk mandi dan masak air tu dah cukup equilibrium untuk seekor ikan.ternyata gua silap.dari sini jugak la gua tahu function air pump filter, nak kasi air kaler ijau atau biru, landskapping akuarium mahupun jenis makanan ikan yang sesuai.jangan ingat manusia je ada taste nak makan sedap2 bagai?dulu bila berduit sikit, rajin jugak gua beli kiub cacing frozen.jenis campak dalam air dia hancur.sejak dah lama tak into dengan scene bela ikan ni,gua tak tau la ada lagi ke tak jual benda alah ni kat kedai ikan.bukan main suka ikan flower horn gua makan cacing frozen ni dulu.bila dan sengkek, gua mampu beri makan pellet je.jenis makan ikan kecik sebungkus RM2 tu bole dikira la dalam sebulan berapa kali.

walaupun ikan tak pandai meleset-leset dan bermanja-manja dekat pergelangan kaki macam kucing, tapi ramai sebenarnya tak tahu yang ikan jugak ada sifat manjanya yang tersendiri.statement berani mati ni gua kaji masa nak beri ikan jendol gua makan.bila gua bukak je penutup akuarium petanda gua nak beri makan, secara automatik ikan gua dah tahu yang gua datang nak beri makan.daripada posisi malas, ikan ni akan mula laju berenang sampai atas permukaan air.tunggu bila gua nak campak makanan.penah sampai satu masa, ikan jendol  gua siap melompat seolah-olah tak sabar menunggu santapan.melihat gelagat si jendol, hati gua jadi girang dan seronok.nampak sangat dia cukup ramah dan mesra.bila tiba hari minggu dulu, lepas selesai solat subuh, rajin jugak gua menjenguk ikan dekat laman rumah.biasanya gua akan spend setengah jam hingga sejam duduk belek2 ikan depan akuarium.sampai mak gua perli-perli 'hai,pagi-pagi dah tengok anak..' bila2 fikir balik,gua lebih rela kene perli macam ni dari kene perli rampak makwe orang lain.

dipendekkan cerita, menjelang raya tahun 2004 atau 2005 macam tu,gua sekeluarga macam biasa akan balik beraya dekat rumah moyang gua yang terletak dekat area larkin.betol2 dekat dengan hospital puteri yang terkenal dengan makwe2 nurse berdenyut.selama seminggu beraya di kampung, gua terpakse upah sorang budak satu lorong dengan umah gua untuk jaga beri makan & basuh air ikan sepanjang ketiadaan gua nanti.gua dah siap awal2 ajar dia macam mana nak basuh air, letak anti klorin bape banyak, kasi ikan berapa kali sehari dan hal ehwal penjagaan yang lain.mak gua siap kasi upah awal2 mintak tolong jaga.nak mintak tolong orang dengan tangan kosong macam tak sedap pulak bunyinya.dipendekkan cerita lagi, lepas seminggu beraya sakan, gua pun balik semula ke rumah.alangkah terkejutnya gua bila tengok kenapa air dalam akuarium dah serupa air tasik indah water.berlumut kaler hijau bagai.cuma beza air dalam akuarium tu gua yakin 100% takde bendasing buangan manusia (baca: yellow submarine).gua tengok si jendol dah terbongkang dalam tu.gua dah syak lain.dipendekkan lagi cerita emo ni,at last budak lorong gua mengaku yang dia sengaja kasi lebih makan kat si jendol sebab malas nak datang kasi makan hari2.kira kes one in a hole la ni.sekali henjut punya stail yang akhirnya buatkan air jadi tak equilibrium akibat lebihan makanan.gua tak syak kalo makanan pellet ikan tu mungkin ada chemical yang bole jadikan air beracun mungkin.sampai hari ni gua tak marah apetah berdendam.gua anggap jodoh si jendol dengan gua dah sampai penghujungnya.makwe yang kita paling sayang pun akan pergi jugak tinggalkan kita satu hari nanti inikan pulak ikan peliharaan.

sampai hari ni gua masih tak dapat nak ingat gua tanam ke atau gua buang mayat si jendol dalam longkang depan umah gua.macam mana cara sekalipun gua lupuskan jasad si jendol, yang pergi tetap jugak akan pergi.begitu jugak makwe lama yang pergi akan tetap diingat sebagai makwe lama.

cet..jauh pulak gua menyimpang.

sebenarnya gua baru beli akuarium baru tadi untuk letak ikan puyu yang nenek gua beli.akuarium lama dah jadi tukun agaknya kat belakang rumah tu.kata orang2 lama, ikan puyu ni ibarat penjaga umah dari masukan makhluk halus.banyak jugak gua dengar orang cakap macam ni tapi kesahihanya gua tak berani nak cakap macam mana.gua layankan je cakap orang2 lama ni.

ok la..nanti gua sambung cerita pasal si puyu plak kalo rajin.

Wednesday, September 12, 2012

Radio Angker

 'dilahirkan menajdi seorang lelaki yang penakot sedikit sebanyak memberi sedikit tamparan buat kaum adam macam aku..' - gua

Monday, September 3, 2012

Ramadhan & Lebaran

masuk hari ni genap dah 17 hari kita menyambut syawal.diam tak diam dah 17 hari jugak kita selamat menyambut kemenangan setelah berhempas pulas sebulan berpuasa.tahniah kalo selamat tahan godaan syaitonirojim semasa ketibaan ramadhon tempoh hari.yang tewas tu cuba lagi dan terus mencuba.macam mana gaya nak tekel makwe pan asia,macam tu la jugak gayanya nak tekel diri dari godaan sayiton supaya tak curik2 makan meggi semasa matahari tegak atas kepala.

puasa tahun memang sejarah julung kali buat diri sendiri.berbeza dengan puasa tahun lepas mahupun sebelumnya.bercerita perihal puasa gua untuk tahun lepas,memegang takhta penganggur agung menjelang bulan ramadhon sesuatu yang bole dikira heaven jugak sebenarnya.makan minum sahur dan berbuka puasa semuanya disediakan oleh ibunda walaupun duit dalam tangan tak berapa nak lebat.so tak perlu risau nak fikir sampai tahap sakit kepala hotak celah mana nak cari duit beli makanan sahur dan bukak puasa macam era bergelar student dulu.semua tersedia lebih2 lagi bila duduk bersama keluarga tersayang.sekilas imbas mengenangkan detik ramadhon gua semasa bergelar penganggur agung sedikit sebanyak mengajar gua jadi seorang yang malas.ya sangat malas.kadang2 gua rasa macam useless sheep pun ada.jadi daysleeper hampir separuh siang hari.nasib la mak gua faham time tu gua baru abes belajar dan mahukan rehat seenak-enaknya setelah mengabadikan kepala hotak untuk menyiapkan projek final tahun semester ditambah lagi dengan sarat exam yang bole tahan kejam torture minda.so menjelang ramadhon tahun ni,gua selamat menjalankan ibadah puasa sebagai seorang pekerja kolar biru.dengan suasana yang jauh beza dari sebelumnya,gua berjaya harungi godaan syaiton untuk berpuasa dibulan ramadhon pada tahun ni dengan tenang dan steady.walaupun agak lepak melayan kerenah majikan dan kerja,gua masih mampu menahan diri dari berbukak puasa meggi kari panas semasa matahari sedang terpacak terik atas kepala.paling hell bila kene paksa stay up dekat kilang gara2 kemahuan majikan yang mahu gua settlekan kerja urgent sebelum dibenarkan pulang berbukak puasa.last2 gua terpaksa bukak puasa dekat kilang bertemankan pc old skool kilang.memang tak ngam feeling berbukak dekat tempat kerja ni sebenarnya.berkat kesabaran & sikit keteguhan iman senipis kuli bawang ni,alhamdulillah tahun ni gua dapat full kuota salah satu rukun islam ni.

rasanya belom terlambat gua nak wish salam lebaran.lambat 17 hari pun bole accept lagi ape.nasib la mood orang sambut raya ni tak sama macam mood makwe sambut besday.lambat wish seminit atau ada orang lain wish lagi awal dari kita dah mula nak tarik muka.cakap lupa nak wish besday diorang la ape.celaka jugak rasa dia bila dapat makwe pesen macam ni.berbalik pada cerita lebaran, tahun ni gua beraya dekat rumah moyang di larkin.kalo ikutkan hal ehwal hati, memang gua prefer raya kat rumah sendiri.lebih santai dan punk rokk ! tak banyak ragam dan tak banyak kerenah.raya tahun ni jugak sedikit berbeza buat diri sebab secara officialnya gua dah out of list dari terima sampul berisi duit.paling2 bangsat gua dapat ada la dalam RM30.tu pun belas ihsan sorang dua pak cik gua yang masih menaruh kepercayaan pada gua untuk menerima lagi duit raya.mungkin untuk kali yang terakhir memandangkan menjelang raya tahun ni,gua dah mula bekerjaya.daripada makan penendang free daripada pak cik mak cik,baik gua claim retired awal2 dari scene terima duit raya ni.mungkin gua dah perlu belajar terima hakikat yang gua dah mula masuk era pra-kocek pokai menjelang lebaran.setahun dua lagi gua dah kene belajar beratur panjang dekat kaunter bank muamalat untuk tukar duit raya.

bercerita pasal lebaran jugak,tahun ni la gua paling santai dan bersederhana dalam bershopping raya.tak macam raya tahun lepas walhal gua tengah jobless lagi time tu tapi shopping raya macam orang kaya keje pelantar minyak kat arab bersatu.ala...shopping raya pada gua paling heavy pun dekat bundle je.bukan gua ke butik2 korporat pun.jangan silap judgement.lepas dah bekerjaya ni pun gua masih stick dengan scene bundle,inikan lagi bab nak bershopping raya.75% kebarangkalian datang dari bundle.tapi raya tahun ni memang sejarah bila gua langsung tak beli ape2 buat pakai raya.pergi2 cari barang,satu pun tak ada yang lekat melainkan sepasang baju melayu teluk belanga.barang lain semua recycle tahun2 lepas punya.mana yang elok dan sedap2 masuk badan,itulah yang gua sarung buat pakai raya.

dalam meriah2 beraya,pasti ada yang sadisnya.macam jahanam la pulak kalo nak claim out of list dari terima duit raya sebagai moment sadis raya tahun ni.itu gua bole handle lagi walaupun rasa macam nak terajang pintu bila tengok budak hingusan asyik mengira duit raya.sadis yang gua maksudkan ada bersangkut paut dengan hal ehwal hati sebenarnya.cewah ! semenjak gua dah terputus kasih dan membujang kembali ni, raya tahun ni la gua tak pertama kali gua raya tanpa si dia.nak sedih pun tak ada guna sebab makwe lama tetap beraya sebagai makwe lama.KLMJ jugak kadang2 bila terkenang cerita raya dengan makwe lama ni.nasib la gua tak pernah kacau sambal kacang dengan makwe lama.mahu2 tak lalu seumur hidup nak makan sambal kacang menjelang syawal.naya je.btw,salam lebaran buat makwe lama dan terima kasih atas wish hari raya dari si dia :) walaupun beraya tanpa seseorang bergelar makwe, gua masih dapat berpeluang beraya ke rumah makwe membe2 yang rata2 mempelawa gua menemani mereka.malas la gua nak cerita panjang lebar pasal scene beraya rumah makwe ni.faham2 je la sesi bertemu bakal bapak mak metua ni dia punya mesra macam mana.gua yang menempel ni tumpang amek berkat dan restu je la.nak melebih2 nanti kene claim kacau daun plak.berat jugak tugas sandang gelaran jejaka tak bermakwe ni.berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

kah kah kah !

salam lebaran dari gua & TMOL..

Sunday, August 12, 2012

Semangat

 
semangat ni kadang2 dalam bentuk yang bukan2.ada semangat yang baik ada pulak yang sebaliknya.macam jugak orang muda kemaruk nak kawin.dia punya semangat datang kerja buat OT bukan main lain macam lagi.sampai lupa hari minggu adalah hari nak berehat-rehat mahupun keluar ajak makwe pusing bando.

sabtu lepas memang gua semangat abes nak datang kerja.nak kata kerja banyak,ada la jugak tapi belum sampai tahap berlambak lambak sampai memaksa diri datang kerja.cuma macam ape gua cakapkan tadi - semangat.kalo diikutkan sabtu lepas gua off day dan kalo ikutkan hati dah lama gua blah balik kampung hari jumaat lepas balik kerja.bulan2 puase ni memang 'in' bile dapat berbuka puase dengan family.terasa riuh & meriah kalo nak dibandingkan seharian berbuka puasa di luar bersama kutu-kutu rumah sewa.kalo nak diikutkan hati jugak,gua dah stenbai bawak beg deuter besar berisi laptop,buku mat tiara,selai baju basahan tanda nak balik kampung.lepas terima mesej dari sorang membe ajak lepak malam jumaat (sambil usha2 bazar karat cari baju,seluar, spender raya..) gua terpaksa lupakan hasrat nak balik kampung.last2 lepas balik kerja hari jumaat tu,gua terus balik semula rumah sewa sarat dengan beg deuter sekali.

macam biasa mak gua dah memang sedia maklum hari sabtu mana yang gua kerja dan hari sabtu mana yang gua off day.kira peka jugak la mak ni dengan isu2 semasa berkaitan diri gua ni.semacam biase jugak mak gua akan call atau paling2 bangsat pun mesej bertanyakan 'jadi balik petang ni?' pada setiap hari jumaat.kalo gua reply 'balik2 lepas kerja kang..' dan secara automatiknya gua dah tau mak gua akan reply ape...'ok...'
kadang2 gua rasa lagi bagos mak gua relpy 'ok..' berbanding reply mesej dari makwe yang cuma taip 'k...' kita dah taip mesej panjang2 last2 dia reply 'k..' je.sape yang tak panas hati.kalo tak fikirkan hal ehwal pahala dan syurga memang dah kene maki macam tak pernah belajar mengeja kat sekolah ! ahh nak marah kat makwe pun,gua bukan ada makwe pun.selepas diberitahu yang gua datang semangat nak kerja hari sabtu,mak gua terus pujuk cakap tak usah kerja hari sabtu.balik rumah je.rehat2kan badan.memikirkan OT gua super duper sikit time bulan puasa ni,gua nekad jugak nak datang kerja buat OT hari sabtu.last2 mak gua pasrah.

dipendekkan cerita, gua terlambat bangon tido hari sabtu lepas.nasib gua datang kerja overtime bukan hari kerja biasa hari sabtu tu.bangon2 pagi gua rasa badan dah semacam.macam rentan2 urat pun ada tapi gua buat dek je.malas nak amek port sangat.mungkin penat merayau malam dengan membe sampai jauh pagi belom ilang lagi.itu pasal dia tangkap segala urat sendi bagai.sepatutnya gua masok kerja pukul 8,akibat lambat bangon sejam gua lewat masuk kilang.pukul 9 baru gua scan kad kat pondok guard.masuk je ofis semacam biasa kutu2 ofis dah kemaruk bising macam ada temasya.maklumlah mentang2 hari sabtu boss2 besar dan manager semua tak datang.menyetan la diorang ni semua.tak sampai sejam gua belek2 komputer,badan gua dah rasa sejuk semacam.nak kata air-cond dalam ofis gua tu sejuk sangat,tak la jugak.ni mesti ada yang tak kene dengan sistem badan gua.tak tahan sejuk punya pasal gua teros mengular jap masuk surau.bentang sejadah,off light dan amek mood nak tido.gua dapat lelapkan mata sekejap walaupun dalam keadaan badan yang tak optimis langsung.terjaga dari tido,gua dah rasa macam dekat alaska dia punya sejok.badan pulak rasa sakit menggila macam baru kene libas dengan cota.mata dah mula naik panas.

pukul 11 pagi gua dah scan kad kat pondok guard petanda gua dah hilang semangat nak kerja.mana taknya,nak buat kerja pun terpaksa berpaut tubuh macam mat gian lepas kene japp dengan heroin ape cerita?biarlah gua tak buat duit asalkan gua selesa dapat rehat2kan badan kat rumah kelak.biasa demam2 ni memang nak cari bantal dengan selimut je.tak datang stim nak cari duit atau ngorat makwe jiran sebelah.dekat sejam gua bersabung nyawa atas moto dalam perjalanan dari kilang ke rumah.memang melayang2 gua bawak moto dengan kepala tak berape nak center sangat.hell jugak rupanya bawak moto time demam ni.sampai rumah gua terus campak beg dan terus landing atas katil empuk.

petang2 sikit dekat berbuka puasa, mak gua tanya 'awal balik?tak kerja ke tadi?'

dalam hati gua menjawab 'maafkan saya mak sebab hilang semangat nak dengar kata mak...' kalo dengar cakap mak dah tentu gua ada selera nak bedal chicken chop yang mak gua belikan tadi.betol2 potong stim la..

Wednesday, July 25, 2012

Lepas-Lepak (Pass-port)

time study dulu,gua ada rasa tercabar jugak la bile tengok membe2 yang datang dari jauh2 semenanjung sudah bergambar depan merlion park yang dah menjadi destinasi wajib untuk claim seseorang tu penah jejak kaki ke singapore.tolak tepi cerita mereka yang dah sampai ke universal studio dan sempat upload gambar berlatarbelakang optimus prime atau bumble bee dekat fesbuk.memang betol-betol bakar line jiran sebelah republik singapore (sebut: orang johor) macam gua ni.

sebenarnya dah lama gua pasang angan-angan cita-cita nak ke singapore.sejak gua di awal semester sampailah gua dah tamat study,jangan kata jejak kaki ke tanah singapore, lepas imigresen pun belom mampu lagi.semua gara-gara gua belom punya passport sendiri walaupun umur dah hampir2 menjangkau pertengahan 20-an.ye orang tak up too date macam gua ni memang selayaknya pegang passport dalam lingkungan umur sebegini barangkali.bak kata bidalan omputeh sekaligus mengingatkan pada album ep band butterfingers 'better late than  never', akhirnya pada angka 24 gua berjaya pegang passport sendiri.lepas ni mak gua dah tak bole kate ape kalo tiba2 kene hantar rombongan merisik ke filipina sebab tak mustahil pertemuan & jodoh anak dia bole dengan orang filipina sekalipun.

memandangkan cita-cita nak ke singapore dah lame sangat gua pendam,sampai masa nak kene letupkan jugak.cepat2 gua pakat dengan sorang membe pasal plan nak ke singapore.si membe bagi isyarat 'ON' memandangkan dia pun tengah kemaruk nak 'melancong' lepas balik dari korea selatan tempoh hari.nak penuhkan cop passport imegresen pun ye kot.berbekalkan pengalaman ber-boss-kan orang singapore,research ala kadar & bantuan printed maps dari google maps,gua berjaya jugak jejakkan kaki ke tanah kota singa.plan asal nak night escape dekat sana tapi bila dapat tahu singapore ni ada rulez tak membenarkan night escaping,gua terus tukar plan 'pergi balik hari'.lagi santai, power dan murah.

seharian berjalan dekat singapore memang bikin badan lepak & tapak kaki rasa macam nak tercabut.rasa menyesal pulak gua tak bawak selipar.bajet nak nampak macam tourist sangat masuk singapore dengan pakai kasut.last2 tapak kaki rasa keras selain melecet sebab banyak sangat berjalan.rasanya foot patch MLM pun tak jalan kalo tampal semalaman.paling2 kene gi umah urut makwe thailand baru reda sikit.

seharian berada di singapore,gua bole listkan beberapa langkah berjaga yang patot dititik berat sebelum hanyut dibuai penangan makwe berdenyut singapore.

1) bawak atau beli siap2 makanan (roti,air kotak,cekedis,mekdi atau kfc) dari malaysia.kalo nak lagi jimat,makan siap2 nasik berani kambing kat malaysia sampai perot overload.jangan mengada2 nak jadi bando sangat beli makanan dekat singapore.murtabak 20 dollar tau !

2) bawak air masak extra satu botol besar (1 liter).ini disebabkan kat singapore memang payah nak jumpe tandas ada kepala paip.jenis tiba2 kene sembelit or perot tak lawas,memang hell dibuatnya.so air botol extra tu bole dijadikan penyelamat in case ada imergency case nak melabur saham.bukan ape,pesen gua memang tak selesa nak selet2 pakai tisu ni.tak tahu la korang macam mana.

3) better bawak selipor selain dari kasut.agak2 rase nak nampak bando sikit,time masok singapore tu pakai la dulu kasut.lepas dah puas berkasut,bole tukar pakai selipar sebab kita banyak berjalan kat sana.gasak nak charge cab pun bole botak kepala dibuatnye.

4) tukar duit dulu siap2 kat malaysia.cari masa bilamana currency rate tengah jatuh,then amek keputusan bijak tukar duit kat money changer.gua pergi tempoh hari currency rate $1 dollar = RM2.51..

5) bawak pen extra sebatang.tempoh hari gua terpakse tebalkan muke pergi pinjam pen sorang makwe masa nak isi arrival form kat imegresen singapore.ini betol2 kes kedekut taik hidung masin !

6) belajar hack password wifi singapore.gua menyirap tak dapat up check in fourthsquare time kat merlion park.belom lagi dapat bako line makwe2 gua musang dengan butterworth tapi dah gagal..celake !

gua tengah plan nak pergi batam plak lepas ni.sebab rasanya batam dengan paris tak berapa banyak beza pun.kat batam pun ada minyak wangi cap imperial nights jugak ape..sebelum menutup tirai,gua kasi upload beberapa keping gambor gua dekat singapore tempoh hari untuk tatapan umum :p




Wednesday, May 23, 2012

Esok


'usah berpaling diri,kerana esok terbit sinarmu...' - nostalgia

lama dah gua tak update entri blog..lama tak menulis tak bermaksud gua dah quit scene blogging.gua tetap ada dalam kancah penulisan orang2 bersuara kecil ni.

tiba2 gua datang semangat nak menulis balik bila naik jemu seharian kene bebel dekat kilang tadi.agaknya nak tunggu jiwa kacau,moral down,patah semangat baru nak paksa diri untuk menulis.nampak sangat gua ni lemah semangat.

bila dah berjaya menulis 2 rangkap perenggan ni,tiba2 gua rasa puas.puas macam baru lepas berjaya lafaz akad nikah dengan gadis pilihan hati walaupun gua belom ada pilihan hati jauh sekali melafaz akad.tapi lebih kurang begitulah akronimnya hasil perbualan dan pengalaman bercakap dengan orang2 yang dah sah mendirikan rumah tangga.banyak sebenarnya kejadian2 yang berlaku dalam tempoh gua berhibernisasi dari dunia penulisan blog ni yang gua dah sepatutnya coretkan tapi terbiar terkubur.hilang macam tu saja..mungkin bukan rezeki gua nak berkongsi.

ok la..nanti gua sambung lagi cerita dalam entri seterusnya.jam tangan casio gua dah menunjukkan digit 3.30 pagi.gua masih terkebil - kebil melawan kedegilan mata untuk tutup sekaligus tutup semua dugaan & cabaran hidup gua hadapi untuk hari ni.gua masih ada hari esok untuk berjuang begitu juga hari2 seterusnya.untuk hari esok,biarlah gua fikirkan apa bakal terjadi untuk keesokan hari.untuk penutup hari ini,cukuplah setakat entri singkat ini.

insyallah bertemu lagi dalam entri rekaan gua yang seterusnya.selamat !


Wednesday, April 18, 2012

Turning Annoying To Magic


orang tua ni cuba jadi cool,tapi dia tetap annoying dimata dunia...

semenjak terputus kasih ni,gua memang jarang nak bermesej jauh sekali nak bergayut panjang lebar dalam talian.paling2 sibuk pun gua balas mesej membe satu dua ajak lepak ngeteh tarik teh.itu pun bila tiba hujung minggu.hari2 biasa memang gua tak berapa into sangat dengan scene henset ni.main campak lempar suka hati.agak2 dengar bunyi mesej atau call baru gua capai henset.tak ada lagi sekejap2 gua tatap skrin kot2 ada mesej atau call masuk.senang cakap,henset benda yang gua dah bole tolak tepi.kalo ada ranking,conform jatuh mendadak.silap2 bole terkeluar ranking terus.walaupun buat masa ni henset bukanlah satu keperluan wajib,tapi enta kenapa gua datang giler pasang angan2 besar nak beli satu smartfon dalam masa terdekat ni.semacam rasa gatal tangan nak cuit2 skrin samsung galaxy atau iphone tu.walaupun secara amnya,samrtfon tak ubah kegunaanya macam henset cikai2 yang lain iaitu bertujuan komunikasi,tapi gua lebih selesa letak objektif nak beli sebiji smartfon atas sebab applikasinya.gua rasa semua yang pakai smartfon pasti bersetuju dengan statement berani mati gua ni.setakat nak mesej atau call,pakai nokia RM75 macam gua pakai sekarang pun dah cukup lepas.siap bole buat rejam anjing giler lagi bila kene kejar.

***
masa on the way tunggu order makan tadi,gua terima satu mesej.macam ape gua cakapkan tadi,agak rare sebenarnya nak dengar henset gua berbunyi bila kene hari2 biasa.malah bukan menjadi perkara menghairankan kalo seharian suntuk gua tak menerima sebarang mesej atau panggilan. 'tett....tett..' henset gua berbunyi menandakan ada mesej masuk.walaupun 'tett..tett..' adalah tone paling menjengkelkan bagi pemilik smartfon masa kini,tapi bagi pemilik monotone macam gua ni,itulah tone paling epik yang henset monotone mampu hasilkan.tak salah kalo gua cakap itu tone paling lejen since early henset pun memang didatangi dengan tone sedemikian rupa.ringing atau message tone dari ziana zain,maher zain atau anuar zain not in the list lagi.berbalik,gua pun tekan button 'open' untuk membaca mesej.sebaris ayat SMS stendet terpapar di skrin.melihat nama pengirim SMS,tak semena-mena gua jadi tak sedap,resah bagai walaupun dalam tenang yang dibuat-buat.

'td ptg hp n97 myra hilang.tp jmpa blk.myra ttinggal kat koperasi.careless nya myra.td time tgh cr hp myra tingatkan kmo.sbb dlu kmo slalu bletiaq kalo brg myra ilang.huhu..'

ada pujangga berkata 'selalunya persahabatan selalu diakhiri dengan percintaan,tetapi percintaan tak selalu diakhiri dengan persahabatan..' walaupun ada kalanya ada benar kata si pujangga,tapi dalam kes epik fail percintaan,gua berjaya menepis kata manis si pujangga.buktinya walaupun dah terputus kasih,gua masih lagi tak memutuskan ikatan persahabatan dengan makwa lama walaupun dia dah berstatus makwe orang lain.walaupun dah jarang bermesej atau bergayut macam zaman geli2 dulu,at least gua atau si dia masih bole contact macam biasa tanpa ada ape2 perasaan deep yang bole mengundang pelbagai kontolversi walaupun jauh disudut hati masih terbuku rasa sayang.demi persahabatan,soal hati harus dipersetankan.

abes je baca ayat akhir SMS tadi,gua tersenyum sorang diri.tak sangka gua makwe lama atau lebih manis gua panggil si dia masih ingat gua sebagai seorang yang kuat berletir bila dia careless letak barang bersepah-sepah then jadi kalut bagai bila cari2 tak jumpa.no wonder dulu,dia yang kalut makin bertambah kalut bila start kene marah dengan gua on the spot setiap kali mengadu careless letak barang.kalo orang2 tua selalu keluarkan kata penyedap telinga 'kita marah anak bukan sebab kita benci,tapi kita sayang anak sebenarnya..', macam tu la jugak perumpamaanya dengan pesen pakwe jenis kuat berletir ni - luar abes brutal marah bagai tapi dalam hati berbunga-bunga.cuma tak nampak je.kalo nampak jatuh tipis la kelakian orang2 lelaki jiwa batu macam ni.bagi yang sedang hangat atau sedang hangit bercinta tu,hargailah seadanya kalo pakwe atau makwe pesen kuat berletir bila masa careless letak barang bersepah2 then nak cari tak jumpa.bila ditenung dari sudut berbeza,kuar berletir ni pun bole dikira satu amanah & anugerah dari tuhan jugak sebenarnya.

bukan soal makwe lama mesej atau soal tiba2 teringat makwe lama kat sini.makwe lama tetap jugak makwe lama.tak akan berubah title 'makwe lama' even si dia mesej 24/7 sekalipun.

sampai sekarang gua tengah fikir2.

'apa lagi benda annoying yang gua pernah buat masa bersama dengan makwe lama yang dia masih ingat sampai sekarang selain kuat berletir bila masa dia careless letak barang?'

kalo pun si dia ada jawapan untuk persoalan tu,biarlah dia tahu seorang diri.biarlah dia semat dalam hati,hempedu,limpa atau kepala hotak sekalipun.bagi gua,cukuplah sekadar gua gelar jawapan itu sebagai 'turning annoying to magic !'

Tuesday, April 3, 2012

Lady Boss


sekarang dah masuk bulan april.diam tak diam dah jejak 4 bulan lebih gua bergelar mat kilang.salah satu pekerjaan yang gua tak pernah terbayang sama sekali sewaktu bergelar budak hingusan dulu.dari kecik gua dah tanam dan semat dalam2 dalam kepala hotak yang gua nak jadi seorang pegawai bank bila dah besar nanti.bila masa berubah,macam2 benda jugak berubah.alangkah manusia boleh berubah,alangkah hati pun bole berubah,inikan lagi cita-cita.ternyata cita-cita bisa menjadi angan2 bagi seorang sang pemimpi macam gua.

ahh abaikan la pasal cita-cita.memang kebiasaanya dalam hidup ni,lain kita rancang lain yang jadinya.kebiasaanya begitulah.gua bersyukur dan terima seadanya apa yang telah diberikan tuhan pada gua sekarang ni.rezeki setiap manusia tuhan dah tetapkan.gua percaya yang itu.

november tahun lepas,secara offcially-nya gua dah start new life.life yang jauh beza dari life gua sebelum ni.kalo sebelum ni gua banyak masa nak melangok,nak melepak tarik teh merayakan kehidupan,nak jadi kutu tak tentu pasal sampai jauh pagi,menyelam bundle kini semua tu dah jadi terhad.masa gua banyak diabadikan di tempat kerja.dengan kata lain dalam sebuah kilang yang dikelilingi mat2 kolar biru mahupun mesin2 yang tak pernah merungut beroperasi 24 jam.

dalam memikul tanggungjawab kerja,gua bersyukur sebab dapat seorang boss yang agak caring dan tak segan ilmu.cukuplah gua perkenalkan dia sebagai miss cath (bukan nama sebenar).even gua banyak buat silap dan kadang kala keep on repeating the same old mistakes,dia tetap guide gua macam ibu guide anak yang baru nak belajar berjalan.dah la ni 1st job gua,bila dapat seorang boss yang nice macam dia,gua rasa macam palat pulak nak buat tahi dengan dia.maklumlah,bila orang buat baik dengan kita,kita pun harus balas setimpal dengan kebaikan yang telah kita terima ye tak.bukan ape.dalam tempoh 4 bulan setengah bekerja,ada la jugak sorang dua membe yang offer job kat company diorang selain yang berani bukak lobang kerja yang boleh bikin otak senget bila terlalu banyak fikirkan benefit terutamanya dari segi tangga gaji.kalo ikutkan hati dan faktor2 penolak lain dah lama gua jump ke company lain,kejar gaji lagi tinggi dan tinggalkan boss gua seorang diri.tapi bila fikir kebaikan dia,gua pujuk hati snediri untuk lupakan hasrat dan segala hasutan membe2.bila dikenang semula,mungkin gua ibarat menolak rezeki yang mungkin jarang sekali datang depan mata.sampai ada member gua bersuara 'alah,kau blah je.tak payah fikir boss ko,dia bukan fikir pun pasal kau...' ye mungkin itu kata orang.tapi bila kau dah ada kat tempat aku ada sekarang ni,kau mungkin akan bertindak macam apa aku buat sekarang - sabar dalam membalas budi.

'tett...tett...tettt...'

'hello..zai,can u come upstairs by 11 0'clock.have something to talk with you..'

kedengaran suara boss gua dari dalam talian.gua pun tanpa banyak bunyi teros naik ofis boss gua dan jumpa dia in personal.at first kami discuss perihal kerja.memang tadi gua diberi sedikit tugasan.memandangkan gua stuck,so memang gua refer dengan dia aje.abes aje discussion,dia terus bukak satu cerita.gua dengar dengan tenang.cuba buat2 muka steady.cuma sesekali gua mencelah dengan ayat2 manglish (malay+english) gua yang memang hancor terbarai.banyak benda jugak gua sempat mencelah perihal budaya orang melayu bila bercakap omputeh,perihal orang suka bergosip dan bawak khabar angin,perihal kasih sayang keluarga dan jugak terselit sikit2 cerita peribadi yang tak terlalu deep & kontolversi.gua dapat simpulkan boss gua ni memang jenis open minded dan boleh dibawak berborak pasal macam2 benda.seribu kali sayang english gua tak berabuk.kalo tak elak gua bancuh 2 cawan kopi siap dengan biskut cream krakers sambil borak2 macam orang elit dekat starbak.

selepas dari sesi personal talk itu,secara offcially-nya jugak gua dah pikul tanggungjawab sebagai quality planner berseorangan diri.kalo sebelum ni gua buat kerja berdua dengan dia,kini gua dah kene jadi lebih independent.semua gara2 boss gua yang telah selamat di-transfer ke deparment lain.dengan erti kata lain,gua yang akhirnya ditinggalkan oleh boss yang gua respect dan salute sepanjang karier dikandung badan.mungkin agak kejam gua katakan dia meninggalkan gua.bukan begitu sebenarnya.tak ada siapa yang meninggalkan siapa dalam hal ni.lebih senang kalo gua ibaratkan situasi gua alami ni macam satu scene dalam cerita ombak rindu dimana aaron aziz terpaksa tinggalkan maya karin setelah sah bernikah.walhal dalam hati berat untuk meningalkan si isteri yang dicintai,tapi apekan daya,dah begitu kata direktor.tapi dalam alkisah gua ni,mana ada kelibat encik direktor,cukuplah sekadar menurut kata suratan takdir.

walaupun apa pun jadi,berat mana hati nak terima,berat mana kaki nak menapak & melangkah,hidup mesti terus diteruskan.

'brader,kita mesti terus hidup !'

masih segar lagi kata2 osmantikus dalam cerita kembara seniman jalanan dalam benak kepala hotak gua ni.mungkin tu salah satu favourite quotes paling berpengaruh untuk diri gua dalam usaha nak tarik semula semangat nak terus hidup.

'zai,don't feel sorry for yourself.even from now on we're not in the same team,u still can come to me if u facing any dificulties.i still be here & support u from behind...'

at least kata2 dia yang ni bisa buat gua tersenyum nipis untuk hari mendatang.kind hearted boss never die !

Sunday, April 1, 2012

Totally R.I.P !


dari depan dah nampak brutal.belom masuk dalam lagi..


tampal selotape kat tepi yang nampak lagi rare tu..


ni artwork.tolong jangan salah sangka..

notakaki : gua baru dapat pengganti si old skool.dengan ingatan tulus ikhlas,gua tetap ingat pada yang lama.

Saturday, March 24, 2012

'D'


gua rasa makan 5 tahun jugak gua dah pegang lesen kelas 'D'.
dalam tempoh 5 tahun,bole kira berapa kali gua tekan pedal minyak dan pulas stering.
selebihnya cuma jadi penumpang atau peneman.orang yang bawakan ke mana nak pergi.

sampai satu masa gua rasa macam gatal jugak kaki nak tekan pedal minyak.
kadang2 sampai satu tahap membuak-buak jugak keinginan nak bawak family jalan2 dengan kereta.
kalau tak jauh2 pun,at least sebulan sekali dapat gaji bawak pergi makan pun dah cukup buat hati girang.
kalah berbunga-bunga hati bawak makwe keluar dating.

semenjak opel old skool dah lama bertukar tangan,gua dah tak merasa nak cuba2 beranikan diri bawak kereta lagi.
dulu masa baru2 dapat lesen,rajin jugak gua panaskan enjin,keluar masuk kereta dari starr umah.
sampai sekarang gua ingat pesan arwah atok 'bila dah slow nak masuk simpang,lorong atau selekoh,pakai gear 2..'
kalau opel old skool masih ada lagi,mungkin sekarang gua tak kekok bawak kereta atas jalan besar.
sekarang ni tak salah kalau cakap gua dah lupa step2 nak memandu macam apa yang pernah cikgu memandu gua ajarkan dulu.memang dah totally lost.
terdetik juga rasa berani dalam diri nak try bawak kereta membe2 dengan niat nak mahirkan skill memandu.
at least tak la menggelabah besok lusa kalau keluar kereta atas jalan.maklumlah,sekarang ni gua tengok kereta atas jalan raya dah macam ikan piranha kat sungai amazon.berebut-rebut tunggu mangsa santapan.

baru2 ni mak gua ada dongeng suruh beli sebiji kereta family.
tengok gaya abang sulung gua macam malas amek port pasal scene kereta.
secara tak langsung,tugas sebagai family driver dah jatuh pada bahu gua.
memang patut pun.dah gua sorang pemegang lesen kelas 'D' dalam family setakat ni.
memandangkan adik bongsu gua pun belajar jauh,jadi senang sikit nak pergi jenguk dia bila ada kelapangan.
sekarang ni gua memang tengah fikir dalam2 pasal hal ni.
maklumlah,nak pilih kereta ni pun macam nak pilih calon isteri jugak.
bukan jenis ayam2 punya pilihan.

tapi kebiasaanya kata2 ibu ni memang penuh dengan keajaiban & azimat tersembunyi.
benda2 yang tak selari dengan jiwa kita pun kadang2 bole jadi sebaliknya bila kita mendengar kata si ibu.
sebab tu gua rasa terkesan dengan cerita si tanggang.
kalo dia dengar kata mak dia,mungkin dia dah jadi manusia yang hidupnya tenang di atas muka bumi.
macam tu la jugak dengan situasi gua sekarang ni.cuma beza gua bukan watak cerita mitos.

mungkin gua perlu beristiharah.
kita merancang,tuhan merancang.
tapi sebaik-baik perancang tetap tuhan.

Sunday, March 18, 2012

Tribute : Selamat Pengantin Baru !

video
Internasionale (dum dum tak cover)

time belek2 koleksi klip video yang bersepah-sepah dalam external hard disc,gua terjumpa video ni.mengingatkan gua zaman muda2 dulu (muda la sangat) time tengah menggila jamming.bole dikira time ni kami tengah kemaruk nak main laju2.lagu balada ramlah ram yang slow2 pun kalo bole nak cover main laju2.bila dah tepu sangat main lagu 3,4 kord rock hentam keromo ni,kitorang cover pulak lagu2 punk rokk yang bole di-sing along.sampaikan lagu brothers 'teman sejati' pun kami pernah bawa dalam versi thrash.memang jahanam.haha ! bila diingat balik,ketawa sorang diri jugak dibuatnya.kalo tak silap video ni direkod tahun 2008/2009 macam tu.memang totally D.I.Y.studio jamming ni pun dengar2 dah R.I.P..

sebenarnya tujuan gua post video ni sebagai tribute buat drummer merangkap kawan sekampung,kaki ngeteh tarik teh,kawan borak kosong mahupun kakitangan awam kerajaan yang hari ni selamat berakad nikah.sekarang ni memang musim tengok membe2 tunang & naik pelamin agaknya.gua jugak yang masih ditakuk lama.semoga berkekalan hingga ke anak cucu.hardcore2 jugak alau,jangan lupa rumah tangga sudah.haha !

insyallah majlis pihak laki nanti gua datang kalo tak ada aral melintang.kalo ada live band lagi ngam.bole lepas gian testing power lepas dah lama tak beraksi :p agak2 bole lagi ke nak ketuk drum laju2 lepas dah kawin ni?hehe..btw,selamat pengantin baru !

Saturday, February 25, 2012

Bile Berseloroh Pasal Scene Laptop




Acer Aspire S3

laptop pertama gua memang old skool.biarlah gua gelar dengan nama acer old skool.kalo sekarang ni pakai buat online kat mamak,mesti ramai mengata cakap gua tawaduk atau mungkin ortodoks.silap hari bulan awek pandang pun sebelah mata.kalo laptop pun dah sebelah mata,inikan lagi tuannya.ahh malas nak cakap.buat sakit hati je.ye,gua admit laptop2 sekarang ni semua dah power2 & kencang2 belaka.mana ada orang nak pakai laptop tebal2 jenis terjatuh hempap kaki boleh dapat MC sehari.biasanya yang suka pakai benda2 old skool ni pesen dah tak kesa orang nak kata ape.jenis dah tak amek port benda2 yang up too date atau mungkin dah pencen jadi trendy.ape ingat fashion je bole masuk kategori up too date & trendy?scene laptop pun sama naik ape.

kebiasaanya benda2 old skool ni orang puji dari segi ketahanan dia.dalam kata lain berapa lama dia bole berkhidmat,berapa lama boleh guna.sebagai contoh,body kereta old skool lebih mantap,lebih keras,lebih gagah kalo nak dibandingkan dengan body kereta sekarang yang kita tengok dah macam kertas kene renyuk bila eksiden.begitulah jugak dengan scene laptop.mengikut perkiraan kasar,dah makan 4 tahun setengah acer old skool berkhidmat.kalo laptop tu benda yang bernafsu nak hidup berpasangan & berkahwin,paling2 bangsat pun dah ada sorang anak agaknya.tak pelik kalo tiba2 gua ada acer notebook 4".anak la katakan.malah,acer old skool gua sampai sekarang masih bole dipakai guna walaupun dah masuk era sakit tenat.itu pun bukan ape.dah banyak kali terjatuh - jatuh dari meja study masa kat universitas lain,jatuh masa eksiden motor lain dan entah bermacam jatuh lagi.itu belom masuk kes terduduk atau terhentak.gua rasa kalo laptop sekarang ni,terduduk sikit elak dah terbarai.rosak itu ini.lebih2 lagi jenis yang slim2 ni.lagi la kebarangkalian nak jahanam tu tinggi.silap ari bulan jadi roti tisu agaknya.

semenjak hidup menyewa rumah ni,gua rasa laptop atau pc adalah satu keperluan yang wajib ada.gua bole steady lagi kalo kat rumah sewa tak ada tibi,astro,mangga solex atau tong gas asalkan ada laptop atau pc.baru2 ni gua terpaksa jadi macgyver pomen acer old skool.kasi format balik,tampal selotape tebal2 kat bawah casing laptop yang dah pecah (casing laptop ni silap2 dah jadi barang rare & vintage agaknye),cabut pasang semula ram card,ketuk tekan sana sini.sekilas pandang macam laptop kutip kat tombot pun ada.mana taknya.dengan selotape bertampal sana sini.nasib ada sticker band minor threat & municipal waste.ada la jugak nilai estetika.sebenarnya sejak abes study,gua dah pencen dari guna acer old skool ni.kalo sampai tahap nak masuk windows pun bukan main payah,sape yang tak nak declare pencen.dari tahan sakit hati,tambah dosa dengan makian berat lagi baik pencen terus.itu pun time buat final projek dia dah buat perangai,meragam tak tentu pasal.meradang jugak gua bila laptop meragam tak kene timing ni.mana gua nak cekau duit beli laptop baru kalo dah dekat hujung2 akhir semester.gua bukan tokan jual beg deuter murah.berkepuk-kepuk duit masuk dalam poket.itu lain cerita la.nak tak nak terpaksa lenjan pakai janji final projek setel.lepas dah setel nak rosak,nak merajok,nak mintak cerai ke memang gua redha.berbalik cerita,akhirnya berkat sabar,acer old skool dapat berkhidmat semula.walaupun ada masa kebiolan melanda,at least gua dah mampu tersenyum.at least dapat guna acer old skool buat layan movie,dengar lagu,buat kerja microsoft word sikit2 yang bagi gua dah cukup ngam ho daripada mati kebosanan dalam rumah sewa.

berkhidmat dengan acer old skool memang perlukan kesabaran yang tinggi.tak pasal2 gua yang kurang sabar ni pun bole jadi sabar.ini satu nilai murni yang gua dapat belajar dari acer old skool walaupun kadang2 kantoi jugak tahap kesabaran gua.mana taknya.orang lain bukak application,main game,layan movie kat laptop depa bukan main laju pergi loading dia - tak sangkut2,sekali kena dekat acer old skool,mengalahkan tunggu bulan jatuh ke riba dia punya lembap.kadang2 sampai tahap jemm terus pun ada.kencing la kalo tak sakit hati.berat mata memandang berat lagi hati memikul.tapi tak kan nak tunjuk dengan hentak2 terajang laptop depan orang.itu bukan bangang.itu dah tahap bagral.nak tak nak kene 'layan' sambil2 cari mood untuk bersabar.ingat pakai laptop old skool ni ayam2 ke dia punya caring?kalah caring dekat makwe tau.gua penah terkena.kebiasaanya,masa kita copy folder atau files,akan keluar satu taskbar tunjuk tempoh masa diambil untuk copy files yang kita mahukan.selalunya dalam jam,minit atau saat bergantung pada berapa besar file yang kita nak copy tu.ada sekali sampai kat acer old skool,jejak beratus jam nak copy satu folder.kalo di-convert dah makan 3,4 hari nak copy.kepala hangguk dia ! ini giler namanya.

sekarang ni gua dalam usaha tengah kumpul duit nak angkat sebiji laptop baru bagi menggantikan acer old skool.gua rasa dah sampai masa acer old skool menabur khidmat.kasi chance dia rest in heaven.

gua sebenarnya malas nak survey,usha details sangat perihal scene laptop ni.scene laptop ni bukan macam scene makwe.biasalah,manusia ni kan tak pernah puas.bila dah berkenan yang ini,nampak yang lain,yang lebih sikit mulalah berubah hati - nak yang itu pulak.kebiasaanya macam tu la lumrah alam.no wonder la balak kalo dah ada awek penyejuk dimata penawar dihati,nampak lagi berdenyut,mengancam as fukk,yang penyejuk dimata penawar dihati pun bole jadi janda.berbalik cerita scene laptop,lepas abes survey at the end gua berkenan dan jatuh hati pada acer aspire S3.nak beli macbook pro air macam celake sangat dia punya mahal.tak dapat macbook pro air,dapat acer ni pun dah kira cun ape.sekali pandang memang betol2 bakar line.ada iras2 macbook pro air.meroyan sangat nak macbook pro air,pergi cari stiker apple,tampal kat depan logo acer.abes cerita.

makan tahun sebenarnya gua tanam cita-cita ('impian' dah semacam useless imaginary word) nak beli laptop baru.dari zaman study sampailah zaman dah kerja ni.masih belom tercapai lagi.gua anggap belum ada rezeki,belom ada tuah.yela,tuah ayam nampak dikaki,tuah manusia siapa tahu.mungkin kali ni gua dah abes gamble guna 'teknik sesaat memasuki bilik mayat' - kene nekad dulu baru bole datang rasa berani.ye sekarang gua dah ada dalam bilik mayat.tunggu gua update entri pakai ultrabook - soon or sooner.ceh,berlagak siot gua.kehkehkeh !


Tuesday, February 21, 2012

Patah Hati Lebih Pedih Dari Patah Kaki



sejak dari edisi lelaki baik,gua dah tangkap stim sama siri buku edisi mat despatch.malah,karya bahruddin bekri pun gua adore secara suka2.tak sangka pulak at the end gua bole jatuh cinta pada karya seni beliau.kali ni siri mat despatch berkisarkan perihal patah hati.memang kene sangat dengan mood gua semenjak dua menjak ni.kalo patah kaki orang boleh nampak bila kita jalan bertopang atau mungkin dengan kaki bersimen,tapi patah hati tak siapa nampak,tak siapa tahu.hati kita terlindung.cuma sang empunya dan sang pencipta yang tahu apa hati kita tengah pikul - tak kira pikul yang nikmat atau sebaliknya.bercakap pasal patah hati,gua rasa kebanyakan orang dah merasa macam mana palatnya bila patah hati.patah hati tak akan jadi tanpa harapan.harapan pula bole datang dalam pelbagai bentuk dan cara.salah satu harapan yang dekat dengan kita adalah harapan cinta.dan harapan cinta bagi pujangga dan para pencinta tak lain tak bukan mahu cintanya dibalas setimpal.tapi dalam hidup ni,kebiasaanya lain yang kita harapakan,lain pulak yang jadinya.begitu jugak dengan cinta.kadang2 kita berjanji bagai,bersama merancang masa depan,mahu sehidup semati,mahu susah senang bersama,mahu bersama masuk syurga,tapi sampai satu masa kita jugak yang jatuh mencium tanah.

patah hati jugak tak akan jadi kalo hanya bertepuk sebelah tangan.cinta yang dibalas setimpal semestinya ada tindak balas berbalik.kalo lari kejap dari topik hati,ianya macam hukum newton ketiga.lebih kurang macam tu la analoginya.kau tak akan rasa nikmat cinta andai kau bertepuk sebelah tangan.ianya harus dirasa oleh kedua belah pihak.andai bertepuk sebelah tangan,itu cinta buatan namanya.bukan cinta agung.bercakap pasal cinta agung,ianya lambat laun akan membentuk satu perasaan sayang luar biasa yang mendalam - yang kadang2 sangat dasyat sehingga mengakibatkan sang pencinta hanyut dibuai perasaan ini.ya,ianya memang indah untuk dinikmati.sebab tu orang berani claim,bila tengah bercinta,tengah sayang bagai,bau kentut pun jadi wangi.

tapi bila perasaan hebat ni mula surut dan makin menjauhi kita,lain pulak yang timbul.kita rasa gelisah sebab kita kehilangan sesuatu yang dekat dengan kita iaitu cinta.masa ni,kita akan rasa down seolah-olah tiada jalan penghujung untuk kita cari jalan keluar.masa ni la semua benda kita buat semacam tak ngam.itu ini tak kena yang akhirnya mengakibatkan kita patah hati.bukan mudah untuk melupakan segala memori dan kenangan manis kita bersama si.si dia pun bukan orang lain.orang yang penah bertapak dalam hati kita,yang penah kita sayang atau sampai saat & detik ini masih kita sayang & cinta.mana mungkin semudah ABC kita bisa melupakannya.malah,tengok live band mahupun menonton cerita wayang pertama bersama si dia pun dianggap satu memori indah yang akan kita ingat sampai bila2 even ianya tak sehebat pemberian sejambak bunga mawar merah mahupun candle light dinner di sebuah restoren paling romantik di atas muka bumi ni.

eh,semacam pulak bunyinya.ok gua stop dulu sebelum gua ter-emosi melampau.

ok,kali ni edisi mat despatch mengisarkan kisah watak utama iaitu rayyan yang kene menggalas tugas berat iaitu membaik pulih semangat sepupunya,aman yang sedang berpatah hati.ingat nak baik pulih semangat orang patah hati ni senang2 macam makan kacang kuda ke ape?kalo doktor datang merawat silap hari bulan doktor pulak yang lagi parah.sampai macam tu sekali dia punya penangan.disamping masalah patah hati aman,rayyan juga berdepan dengan pelbagai masalah dalaman lain dari kalangan rakan serumahnya,rakan sepejabat mahupun rakan perempuannya yang bermacam ragam dan karektor.mampukah rayyan menyelamatkan aman?apa rahsia untuk membaik pulih semangat bila patah hati?

kebanyakan orang yang patah hati,mereka memilih untuk mendekatkan diri kepada yang esa.kadang2 gua tak hairan bila manusia hanya cari tuhan bila sedang berduka atau ditimpa bencana.bila senang,bila tengah gembira,nak sebut 'ALLAH' sekali pun amat susah.bila bersedih senang pulak cari tikar sejadah.senang pulak tadah tangan.mungkin itu lumrah manusia.kasih sayang memang ada kat mana2.malah kasih sayang pertama kita terima adalah kasih sayang ibu bapa.dari kasih sayang ibu bapalah kita mengenal kasih sayang yan lain.mungkin apabila kita kehilangan kasih sayang dari seorang kekasih,patut juga kita kembali kepada kasih sayang pertama yang kita terima iaitu kasih sayang ibu bapa.jadi andai kau berpatah hati,carilah kau kasih sayang kedua ibu bapa.mungkin ini antara isi yang gua boleh coretkan bagi membaik pulih semangat bila patah hati.sebenarnya banyak lagi 'azimat' lain yang bole diabstrak dari buku ni untuk dijadikan panduan hari mendatang.nak kata buku ni untuk orang yang sedang bersedih sebab patah hati pun tak la jugak.sesuai sebenarnya dibaca oleh semua tak kira yang sedang bercinta,baru putus cinta mahupun merancang nak bercinta.

bagi gua,memang tuhan datangkan buku ni tepat pada masa gua perlukannya.rock2 gua pun,bila sedih menitis jugak air mata.gua macam mat despatch jugak.manusia biasa yang ada hati dan perasaan malah tak lari dari melakukan kesilapan.andai kata cinta tu bisa membuatkan dunia jadi indah,gua tumpang gembira atas cinta itu.tapi andai kata cinta itu bisa mengakibatkan dunia bersedih,maka gua akan tumpang berduka kerana makin ramai jugak la yang akan patah hati.

cinta umpama keseronokan bermain layang2.apabila talinya putus,ia akan terbang jauh dari kita dan hilang ditelan awan gelap.hargailah cinta selagi ianya masih ada bersama kita.jangan dah patah hati,baru nak tangisi.dah terambat.ibarat nasi dah jadi bubur.

mungkin apa yang gua coretkan sekadar satu tribute buat mereka yang patah hari termasulah diri gua sendiri.apa pun jadi,hidup mesti diteruskan walaupun hari ni terukir satu sejarah mahupun terpalit satu titik hitam.semoga pujangga2 yang patah hati bisa kuat untuk meneruskan kehidupan tanpa kehadiran cinta yang setia menunggu.

'memutuskan ikatan kasih sayang tak semudah memutuskan ikatan benang..' - gua


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...