Tuesday, June 28, 2011

4 Flat Wannabe


sekadar hiasan

semalam secara rasminya result exam untuk semester akhir telahpun selamat dicatatkan di portal rasmi universitas.kebiasaanya semester last ni banyak palat dari harumnya even total kredit subjek tak banyak mane tapi still meruncingkan kepale hotak.

officially,result semester akhir gua paling giler babi terok kalo nak dibandingkan dengan semester2 sebelum ni.memang hell dia punye dropped.ahh nasib la.buat sujud syukur suda.yang penting gua dah tutup kamus alam pembelajaran dan bole melangkah ke dunia baru yang lebih heavy.

***

tadi time tengah makan satu meja dengan mak dengan nenek, nenek gua ada berbunyi.

'berape lagi pointer iff nak dapat 4 flat?..'

peh ! time tu jugak la rase macam nak tersembur nasi keluar dari mulut.gua tahan2 je sambil teguk2 air sejuk dalam cawan.

'banyak jugak nak jejak 4 flat..' gua balas spontan.

***

jahanam !
ni semua gara2 sedara mara sepupu sepapat yang ada dapat 4 flat.
abes tak pasal2 gua pun kene tempias.
ceh,jangankan 4 flat,dean list pun gua tak pernah.

Saturday, June 25, 2011

Potong Stim


mood gua dah tak berape nak sedap lepas balik dari ngeteh tadi.walhal sebelum lepak tadi gua bukan main ceria lagi.tolak tepi la ape yang diborakkan kat warung tadi.hal ehwal kaki lepak ni memang mengundang macam2 topik.nak himpun semua jadi satu pun kadang2 payah.

rasenye ramai dah pakat2 cantik nak tonton cerita legend ni even kali ni tak ada kelibat musang paling awesome sapa lagi kalau bukan si megan fox.tapi benda ni bukan masalah besar.pengganti si megan ni boleh tahan hot jugak ape.

masuk hari ni 2 kali gua kene bakar dengan membe2 yang rata2 dah pakat2 nak tonton transformers 3 rabu ni.siap nganjing2 lagi nak belanja tiket wayang free.celake !

mane taknya.rabu ni gua start busy memburuh kot.celah mane gua nak pergi layan transformers 3.

betol2 potong stim la macam ni.

Thursday, June 23, 2011

Akta Janggut


terik jugak cuaca pagi ni.terbakar dibuatnya kulit semasa ride moto tadi.ni semua gara2 panggilan interview.

sampai2 sorang akak yang bole tahan berdenyut interview gua.tengok sekilas pandang paling2 pergi pun setahun dua tua dari gua.macam2 benda dia tanya.dari itu ini.gua jawab macam biase - selamba dan cool.

lepas selesai sesi soal jawab yang agak sengit,dia pun bertanya.

'ada nak tanya ape2 lagi?..'

baru gua nak jawab dia dan mencelah..

'akak tahu time ni mesti tak ada nak tanya ape2 kan ?..'

aikk..silap ari bulan gua bekhen jugak akak ni.gua belum jawab ape2 dia dah tolong jawabkan.terlampau maju sangat akak ni.

'yup..' balas gua ringkas

nak dekat2 abes sesi interview tak formal tu,akak tu sempat mencelah..

'nanti datang kerja isnin ni,tolong shave licin janggut dengan trim sket sightburn..' hensem awak ni kalo buang janggut.smart macam sekolah2 dulu tak ada janggut.ke awek suke ada janggut?'

akak ni memang betol2 menguji keimanan gua nampaknye.

gua jawab 'ok' dengan muke sedikit kelat lalu berjalan beredar keluar dari bilik interview.

Sunday, June 19, 2011

Punk Rock Jalanan



sungguhku menyesal telah mengenal dia
dan aku kecewa karna menyayanginya
dan aku tak akan mengulang kedua kalinya…

reff:
kusimpan rindu dihati gelisah tak menentu
berawal dari,kita bertemu kau akan kujaga
kuingin engkau mengerti betapa kau aku cinta
hanya padamu aku bersumpah kau akan kujaga sampai mati
kuingin tau siapa namamu dan kuingin tau dimana rumahmu
walau sampai akhir hayat ini…
jalan hidup kita berbeda aku hanyalah punk rock jalanan
yang tak punya harta berlimpah untuk dirimu sayang…

*
kutunggu kau kutunggu kunanti kau kunanti
walau sampai akhir hayat ini (2x)


kukira kau setia padaku ternyata kau menduakanku
diriku akhirnya tak menduga…
kukesal kini kualami perjalanan cinta selama dulu
kukira kau bosan padaku…
ternyata kau menduakanku..


dulu kau berjanji akan sehidup semati(itu gombal!!)
dan aku kecewa karna menyayanginya
dan aku tak akan mengulang kedua kalinya

Adore

Niaga ‘bundle’

MEMILIKI perniagaan ‘bundle’ walaupun masih bergelar penuntut di Unisel menjadi kebanggaan Norfariza Azami iaitu anak usahawan berjaya. Gadis kelahiran Kota Bharu, Kelantan berusia 21 tahun yang dibesarkan di ibu kota ini memang peramah dan senang didekati.

Barangkali ada yang beranggapan tidak mungkin anak usahawan berstatus Datuk sanggup menjalankan perniagaan pakaian yang dianggap lusuh oleh segelintir orang, namun baginya ia sesuatu yang menyeronokkan.

Segala-galanya bermula apabila dia sekadar suka-suka menjual pakaian bundle apabila memikirkan ada orang tidak gemar kelihatan dalam pakaian baru. Untuk itu, secara berahsia dia melakukan perniagaan tanpa pengetahuan ibu bapanya menerusi blog dihasilkan sendiri iaitu sugarshop bundle@sugar88@yahoo.com.

“Bila sambutan semakin memberangsangkan, baru saya berani menceritakan hal ini kepada emak dan ayah. Alhamdulillah, kedua-duanya tidak menghalang saya berniaga, bahkan memberi semangat supaya bijak mengendalikan perniagaan. Namun, paling penting adalah tumpuan terhadap pembelajaran.

“Dari situ saya semakin berani mengorak langkah kerana daripada sekadar hobi, kini ia jadi pemangkin kepada saya untuk meneruskan usaha ini. Saya menganggap inilah permulaan langkah yang baik, justeru ia membentuk rangkaian niaga seterusnya. Titik-tolak ini saya anggap sesuatu yang menarik tetapi tidak membuatkan alpa dengan tugas sebagai pelajar walaupun memiliki perniagaan sendiri secara talian,” katanya.

Dia turut melakukan tinjauan terhadap blogger dan menerusi mereka serta peminat barangan bundle, dia mendapati kebanyakan golongan itu tidak menggemari pakaian baru, sebaliknya lebih gemar menampilkan pakaian lusuh tetapi berkualiti.

Apabila semakin mengenali aneka fesyen bundle, corak atau trend dicetuskan membuatkan dia semakin menguasai bidang itu yang disifatkan sungguh menyeronokkan.

Ditanya mengapa sanggup melakukan dua kerja dalam satu masa sedangkan keluarga mampu memberi segala keperluan, gadis gemar berdikari ini berkata, dia tidak mengharapkan wang saraan keluarga kerana padanya berniaga menerusi blog memberinya pengalaman berharga.

Dalam soal perbelanjaan harian pula, keluarga memahami dirinya dan memperuntukkan bajet tertentu bagi keperluan harian.

Katanya, setiap bulan bapanya memberi RM1,000 hingga RM1,500 untuk perbelanjaan, termasuk bagi membeli pakaian atau aksesori, justeru dia gadis yang gemar bergaya dengan fesyen ‘up to date’.

Menurutnya, peruntukan itu tidak termasuk soal pembelian buku atau aspek berkaitan kuliah kerana segala keperluan itu diuruskan bapanya yang mementingkan aspek pendidikan anaknya.

Gadis yang gemar mengumpul koleksi kasut ini sedar seleranya bertukar kasut mengikut tema warna pakaian membuatkan dia menitikberatkan fesyen terbaru mengenai perkembangan kasut.

Dia melakukan tinjauan di kompleks beli-belah serta melayari Internet bagi meneliti aliran terbaru di pasaran supaya tidak ketinggalan.

“Daripada kasut berbentuk sandal, wedges’, tumit tinggi hingga ke but, semuanya saya ada. Saya juga gemar menaiki motosikal berkuasa tinggi dan membeli but bertumit tinggi. Dalam soal memilih kasut, saya cerewet dan ini menyebabkan bajetnya tinggi sedikit. Namun tidak bermakna setiap bulan ia dihabiskan untuk membeli kasut.

“Mungkin sikap saya boros sikit, kadangkala bajet ‘lari’, tetapi saya ada simpanan sendiri untuk waktu terdesak. Kalau tidak, saya hubungi ayah dan memaklumkan apa saja masalah dihadapi,” katanya.

Mengenai kenderaan pula, si gadis ini diberikan sebuah kereta oleh keluarganya dengan peruntukan berasingan RM800 sebulan untuk keperluan minyak bagi menyenangkan urusan pergi dan balik ke asrama.

Oleh kerana dia belajar di Unisel yang terletak di Bestari Jaya (dulu Batang Berjuntai) serta tinggal berjauhan daripada keluarganya di Puchong, Selangor, keluarganya mengambil berat akan dirinya.

Norfariza mengakui bidang pengurusan acara, terutama berkaitan muzik, turut menarik minatnya sehingga mendorongnya mengendalikan persembahan gigs di bawah band Indie.


INFO

NAMA: Norfariza Azami
JAWATAN: Pengarah
UMUR: 23 tahun
LAHIR: 7 April 1988
HOBI: Menyelam ‘bundle’, melayari Internet, melancong
PENDIDIKAN: Diploma Pengurusan Perniagaan, Universiti Selangor (Unisel)
CITA-CITA ASAL: Ahli perniagaan
MAKANAN KEGEMARAN: Nasi ayam
IMPIAN: Memiliki restoran dan bidang pengurusan acara
KERETA: BMW 325i

sumber: harian metro, 19 Jun 2011

rezeki tu ada kat mane2.mahu tak mahu saje kan..nurfariza azami, i adore u la !

Behind The Scene : Tour Maharaja Lawak Di Johor

satu siaran televisi yang gua rase bole masuk dengan gua ialah maharaja lawak.gua tak deny yang gua memang naik hantu dengan program ni.time layan raja lawak pun gua tak naik sheikh macam ni.giler babi la aura maharaja lawak ni.malahan orang yang dok follow tengok maharaja lawak pun lebih ramai rasenye kalo nak dibandingkan dengan zaman raja lawak dulu.maybe ada jozan kot.tu yang ramai kene rasuk histeria maharaja lawak.

minggu lepas maharaja lawak berlangsung live di stadium tertutup MBJB.ni kire tour terakhir maharaja lawak sebelum final minggu depan.dah alang2 depa turun johor ada baik jugak gua pergi tengok secara live.maklumlah bukan senang nak jumpe,nak tengok depa ni beraksi depan mata kepala sendiri.so plan2 random dengan 2,3 orang membe.at last kami decide pergi tonton maharaja lawak.tapi........itu pun kalo dapat pas masuk.rasenye mesti ramai orang johor yang turun nak tengok live maharaja lawak lebih2 lagi orang kulai.maklumlah kumpulan sepah kan dari sini.mau tak satu kampong turun support.

kul 11 pagi kami dah lincah siap2 gerak.cuaca agak panas pagi ni.nasib naik kereta membe gua.kalo naik moto alamat memang gua pun fikir 8 kali nak pergi.pung pang pung pang dekat2 pukul 1 jugak kami sampai kat depan stadium tertutup MBJB.betol2 depan city plaza bersebelahan depoh polis.mak datok ! bukan main ramai,bukan main panjang lagi orang beratur nak amek pas.bajet gua dah sampai awal (memandangkan pas masuk bole amek pukul 3 petang) rupanya gua silap.enta dah beribu orang beratur panjang nak dapatkan pas masuk.dalam hati gua dah 50-50.ni elak tak lepas masuk.kalo nasib baik bole la dapat masuk.dah macam celake lautan manusia beratur depan stadium tu.sampai2 gua dengan sorang membe terus beratur ikut barisan.nasib badan la beratur kat line agak belakang.depan2 memang dah pack orang beratur.mane yang lewat ha memang alamat beratur lagi belakang la jawabny.

ada la dalam 3 jam jugak kami beratur sambil2 cuci mata.awek yang datang bukan main lagi dressing.ada yang datang macam nak pergi main salji kat alaska.setakat terbonjol sana sini tu perkara biase la.ok la,dekat2 pukul 2.45 macam tu baru kaunter amek pas masuk dibuka.time ni la orang dah macam haram.time ni jugak la gua dah mule naik geram.mood jadi nak marah2,nak maki hamun semua.ni semua gara2 budak2 yang tak reti beratur.terus potong que ke depan amek pas.ini celake namenya.orang penat2 beratur panjang2 depa senang2 tanpa rase bersalah potong que orang.sorang pak cik kat belakang gua dah bising2.
'tak ada sivik la diorang ni.timbang rase la sikit orang yang beratur ni woi...'

lebih kurang macam tu la teriak abang belakang gua ni.ala bang.kalo cakap dengan orang bebal ni tak ada gune jugak.kite pulak naik bebal sama.

keadaan dah tak terkawal.polis,RELA dah macam abes tangan nak mengawal lautan manusia yang seakan hilang kawalan.







ni antara beberapa keping gambar yang gua smpat snap tempoh hari.giler babi riot tak?pic last tu gua sempat snap sorang budak pengsan (terbaring berbaju merah) semua pic ni gua snap time gua celah2 masuk ke depan.gua dah give up sebenarnya time ni nak beratur panjang.mane bole tahan kalo yang baru datang sedap2 potong que orang yang beratur kan.tapi gua tak berganjak pun.tak sanggup rasenye gua nak bersesak-sesak ditengah lautan manusia yang sedang menggila.dalam tengah menggila-gila tu gua sempat mengalih tumpuan kat sorang mak cik dengan anak kecik dia yang dah menangis akibat tak tahan diasak.giler jugak trivia maharaja lawak ni sampaikan mak cik tu pun sanggup rempuh lautan manusia dengan anak dia semata-mata nak saksikan sendiri maharaja lawak.gua tak tahu la ape kesudahan mak cik tu.sama ada dia dapat ke tak pas masuk.gua memang dah surrender time ni.dalam hati yang tadinye 50-50 dah menurun jadi 90-10.tinggal 10% je kebarangkalian gua nak dapat pas masuk.gua pasrah.mungkin tak ada rezeki gua nak tengok kali ni.tapi kalo bukan kali ni bile lagi kan?lepas ni final berlangsung kat shah alam.ni buatkan semangat gua dengan membe2 teros nak stay.1 je kami nak buat nanti - masuk curi.

lepas dah surrender,sempat gua layan talk show dari man raja lawak 5 dengan jehan.sempoi jugak si man ni dekat luar.tak terlepas jugak talk show ringkas dari abang jem kite -sallih yaakob sempena promosi rancangan dia yang bakal gantikan siaran maharaja lawak - salih yaakob i follow.

tapak kaki dah rase nak pecah sebab lame sangat berdiri.lenguh bukan main.dekat2 pukul 8 baru depa open door.time ni la semua berebut2 beratur.bertolak-tolak,bersesa-sesak.time ni la gua dapat rasekan suasana riot.memang giler babi riot.dah macam gua join demonstrasi pulak rasenye.kami cuba nak masuk curi tapi tak berhasil.kawalan orang astro bersama RELA dan pihak polis berjaya mematahkan cubaan kami.depa check semua satu2 pas masuk.ceh ! mane yang bernasib baik ada pas masuk dapat la masuk.gua dah mencarut berat time ni.harapan nak masuk curi pun macam tak berhasil nampaknye.jangan katekan yang taka da pas masuk ni tak bole masuk.sampaikan yang ada pas masuk pun ada yang sangkut lagi kat luar.orang astro cakap depa nak arrange betol2 kot2 dah tak ada kerusi kosong.

time ni orang2 yang ada tiket dah start maki hamun,marah2 kat orang astro,krew2 maharaja lawak,RELA dan jugak polis.abes diorang rempuh pintu masuk yang dah diikat dengan tali oleh pihak RELA dan polis.sampai terbuka ikatan tali.time ni la adengan rempuh merempuh,tolak menolak,jerit menjerit berlangsung.itu tak termasuk yang ketok2 dinding kaca.sumpah riot !

lepas dah ramai merusuh kat luar,baru krew2 maharaja lawak benarkan masuk.itu pun sorang dua sekaligus.tak masuk ramai2.time ni la orang sibuk merempuh nak terlepas masuk.2 orang membe gua terlepas masuk time adengan berasak-asak ni even dia tak ada pas.celake ! gua dengan sorang mmbe yang tak berjaya lepas masuk sebab gua tersepit dicelah lautan manusia yang seakan buas kelaparan.gua naik lemas dalam ramai2 macam tu.kali ni la rase give up gua dah sampai kemuncak.meamng tak da harapan la kali ni gua nak tengok.lebih2 lagi lepas tengok membe gua dah berjaya masuk curi.memang down jugak la.gua dengan sorang membe pun lepak2 tepi divider stadium.kami bual2 hampa sambil sedut2 udara segar malam.

jam dekat tangan dah masuk kul 9.45 malam.time tengah duduk2 berbual tu,ada sorang budak teriak dari arah atas sebuah tangga.

'wei,jom masuk..ikut sini sambil tangan tunjuk ke arah sebuah tangga..'

kami pun ape lagi.berlari laju ke arah tangga dan menaiki dengan girang.gua perhatikan belakang gua ramai yang follow masuk ikut tangga tu.berdebah sungguh.kalo tahu tak perlu susah payah beratur berpanas nak amek tiket.kalo tak ada tangga ni mesti satu hari ni gua sia2 kan begitu je.

masuk je dalam stadium tu memang bersepah-sepah manusia.mane yang duduk di bawah,mana yang berdiri di atas.hampir setiap pelusuk stadium dipenuhi lautan manusia.gua dengan membe tadi masih tercari-cari angle baik yang bole jadi pot kami.last2 gua dapat satu pot baik.betol2 menghadap pentas maharaja lawak.even dari jarak jauh tapi still nampak jelas.nampak AC mizal muncul je hati gua dah berbunga-bunga.dari satu persembahan ke satu persembahan gua dapat saksikan.sepah memang kelakar terok malam tu.ustazah norbaiyah wannabe.haha..salute la sepah ! puas bergelak tawa dalam tu even tapak kaki dah tak larat nak menapak.lenguh siak dari pagi sampai ke malam belasah berdiri je.tapi gua memang puas la malam tu lagi2 dapat jumpe taukeh jambu,rahim R2,man,jehan,abang jemm,kumpulan sepah dengan mata kepala sendiri :) awesome man !

Tuesday, June 14, 2011

Perjalanan

time on the way nak ke bando tadi,membe gua stop kat 7 eleven.dia nak beli top up.dah lame tak top up katenye.ada la dalam seminit dia pung pang pung dalam kedai serbaneka tu.gua sekadar menunggu dalam kereta.memang tak ada function pun kalo gua masuk sekali.bukan ada benda pun gua nak beli.

lepas dah settle semua,time dalam kereta membe gua bukak cerita.

'kecik2 la budak yang jage 7 eleven tadi.nampak budak lagi..'

gua pun mencelah,

'budak2 lepas SPM agaknye..'

'agaknye la..' balas membe gua tadi.

***
time nak tido tadi enta kenape kepale gua terngiang-ngiang perbualan tu seolah-olah mencantas memori lame tatkala lepas SPM dulu.time tu memang rase happening sangat.seolah-olah gua dah berjaya tewaskan usain bolt dalam balapan 100m olimpik - rase puas,fun dan excited.rasenye tak pernah terfikir langsung pasal perjalanan masa depan yang masih jauh.mase itu,seolah-olah gua la wira,gua la perkasa dan gua jugak la hero.merdeka' bak kate budak2 yang baru abes exam.

baru2 ni sorang membe gua angkat kereta.dah lame dia mengidam nak beli kereta ni.sampaikan kat laptop dia pun dia gune wallpaper kereta idaman dia ni.at last dapat jugak ape yang dihajati - honda EK 2 pintu.siap dah bikin masuk enjin type R.berderau jugak darah gua naik dengan dia lebih2 lagi bile dia tarik.memang celake dia punya laju.biase la trend anak mude sekarang.rela bercinta dan berkahwin dengan kereta.bab bikin2,solek2 kereta jejak ribu2 tu benda biase dah.gua admit sekarang ni serba serbi susah.nak cari duit susah,nak cari kerja susah malah nak cari makwe atau pakwe yang betol2 memahami jiwa pun sangat lah susah.susah sebenarnya nak kumpul aset sendiri.tak semua mampu miliki aset hasil usaha sendiri.dikalangan membe2 kamceng dari zaman sekolah dulu,masuk 2 orang dah berjaya beli kereta sendiri.even pakai duit loan sekalipun,itu tetap satu usaha jaya yang bole nampak hasilnya.yang berlagak plessing bawak awek dengan dengan kereta hasil duit mak bapak memang ramai.eventhough dia pernah flunk time same2 study kat matrix dulu,tapi tuhan sentiasa buka pintu rezeki.alhamdulillah dia dah buktikan yang gagal sekali bukan petanda gagal selamanya.sekarang dia dah berkerjaya,dah ada kerja stabil,dah ada kereta,dah ada koleksi rekod vinyl yang rare dan yang ketara dia dah ada kehidupan dia sekarang.enta besok lusa naik pelamin pulak.gua tumpang hepy dan adore dengan kejayaan hidup dia.

'kejayaan orang lain akan buatkan kita bukak mata dan merenung diri sendiri buat seketika..'

diam tak diam dah 6 tahun zaman lepas SPM berlalu pergi.6 tahun adalah satu perjalanan masa yang panjang.bermacam-macam benda bole jadi sepanjang 6 tahun.jatuh,bangun,turun naik.

genggam segulung ijazah belum menjanjikan kejayaan.masih banyak liku,masih penuh rintangan dan masih menunggu dugaan yang berbagai rupa.gua masih merasakan perjalanan hidup terlalu jauh.belum nampak gua sedang mengorak langkah,belum ada sebarang petanda yang cerah menanti di hujung sana.gua umpama pungguk di kala bulan mengambang.hinggap megah didahan disebalik suram bulan malam.terlelap seketika jatuh ke tanah.


ramli sarip - perjalanan hidup

Monday, June 13, 2011

Fobia


lain orang pasti lain rase fobia dia.cari la 2 orang dalam dunia ni dan tanya 'kau fobia pada ape? kompom jawapan yang diberikan oleh 2 orang tadi tak sama.kalo same pun itupun secara kebetulan agaknye.ada sorang membe gua dia bukan main takot dengan anjing.pantang nampak anjing,awal2 lagi dia dah lincah lari eventhough anjing tu tengah rilek2 baring sambil usha2 awek denyut berjalan kaki.tak ada petanda langsung nak mengejar orang ke ape.buah hati pulak fobia dengan tikos.gua gedik2 sebut atau ajuk2 bunyi tikus dalam fon pun dia dah yawww semacam.dalam diam tak diam,gua pun fobia dengan tikus sebenarnya.jangan tanya kenape.tak ada jawapan munasabah untuk itu.haha..senang cakap berlainan orang pasti punya rase fobia yang bermacam-macam dan berbeza-beza.ada yang lawak,ada yang gore dan tak lari jugak yang mengarut dan mencarut.tapi itulah fobia sebenarnya.susah nak digambarkan dengan kata2.

dan bile bercakap pasal fobia ni gua sebenarnya ada benda nak dikongsi.ceh malu sebenarnya gua nak bercerita tapi entahlah kenape tangan ni gatal sangat terus menerus menaip papan kekunci.nak jentik tangan sendiri jugak terase sakit.ahh lantak la.sape2 nak menganjing pergi mati la.gua buat2 cool je walaupun kaki dah terase keras nak terajang pintu kuat2.

ok ceritanya begini..

dulu time tengah kecoh pasal wabak SARS,ramai yang dinasihati supaya pergi buat medical check up lebih2 lagi pada yang ada symptom penyakit ni dan gua salah satu darinya.fuh ! banyak sebenarnya symptom penyakit ni yang gua sendiri dah tak ingat.ape yang gua ingat dan pasti,time tu gua kene demam + sesak2 nafas.dan ini salah satu sumptom penyakit ni.ini bukan main2 punye sesak nafas.hampir tiap2 malam kene sesak nafas dan buatkan gua susah nak tido.baring tak kene duduk tak kene.memang terseksa rasenye time tu.tuhan je yang tahu ape yang gua rase.hati pun dah tak sedap,mak gua pun dah naik tak senang,last2 kate sepakat dicapai - pergi buat medical check up.nak tak nak,suke tak suke,malas tak malas gua kene la jugak pergi buat medical check up.sebenarnya gua ni agak fobia dengan benda2 yang bersangkut paut dengan hospital ni.gua paling tak suke pergi hospital.bukan tak suke hospital tapi gua naik seram tengok alatan2 hospital yang tajam2,gua naik ngeri kene cucuk,kene cungkil,kene rodok,kene belah dengan picagari,pisau dan segala macam alatan tajam yang lain.paling sadis,gua jenis yang fobia nak tengok darah.kasi la darah depan mate macam mane pun,sikit hari bulan gua pening,kepale rase sejuk dan terus rase nak pitam.terok kan?tapi ni la kebenaran.biase kalo sakit ke ape memang jarang gua pergi hospital.paling2 pun pergi farmasi beli ubat.tu pun bagi kes penyakit2 yang tak berape nak heavy macam demam,batuk,selsema.syukur alhamdulillah gua tak diberi ujian dengan sakit2 kronik seperti lemah jantung,kencing manis,sakit buah pinggang mahupun asma.penyakit2 semacam ni dah sah2 kene pergi jumpa doktor.kot2 perlu dibedah ke ape.bukan jenis bole makan2 ubat farmasi je dah bole sembuh.

berbalik cerita asal,masa tibe giliran gua,doktor tu check la tekanan darah gua,amek bacaan suhu badan,periksa nadi denyutan jantung dan enta ape bagai lagi.nak lagi dapatkan result yang lebih baik,dia pasang wayar2 kat badan gua dan suruh gua bernafas secara normal.then lepas tu ada bacaan ape tah seakan graf yang gua sendiri tak tahu benda alah ape tu.difahamkan itu bacaan nadi jantung.dari graf tu tahu jantung kite ni normal atau bermasalah.maklumlah sesak2 nafas ni biasenye berkaitan dengan masalah jantung.lepas diteliti graf tu,doktor cakap jantung gua normal.tak ada masalah.sambil2 tu dia tanya sama ada gua ada ke luar negara atau tak.yela kot2 gua dijangkiti penyakit ni time ke luar negara.gua yakin jawab tak ada.doktor tu macam tak puas hati lagi.last2 dia suruh gua pemeriksaan darah.dengar je pemeriksaan darah lutut gua dah naik lemah.ni mesti kene amek darah satu balang.dah sah2 kene cucuk jarum picagari.ahh ! ni part gua paling tak sanggup bab2 nak medical check up ni.gua cube2 nak mengelak.gua temberang doktor tu cakap gua baru amek darah semalam.haha..doktor tu pun beta balik 'semalam lain cerita dik.kali ni untuk further sample..' ada sorang akak misi belakang tu dah gelak2.'muke sikit punye legend tapi penakot' agaknye itu bisik hati si misi tadi.ahh suda ! ikutkan hati gua nak je lari laju2 keluar dari checking room tu.last2 lepas gagal mengelak,gua pasrah jugak.nak tak nak gua kene relakan doktor buat kerja dia yang gua sangat tak gemar.sebelum tu gua sempat mencelah 'doktor,sakit tak?buat slow2 ea doktor' gua dah semacam orang bangang mencelah.doktor tu dah gelak2 kan gua.begitu jugak dengan misi tadi.sepanjang dia amek darah tu sepatah haram gua tak pandang.tak alih2 rase pedih2 kene suntik je.tau2 dah penuh satu balang darah.lepas je dari tu,terus gua rase pitam,bergigil-gigil badan,pening kepale semacam.sampaikan nak berjalan keluar pun dah tak larat.gua amek mood layan kepale yang tengah high tu seminit dua,then dah rase sedap sket baru bole jalan.

alhamdulillah,tak ada pulak doktor suspek gua kene SARS lepas pemeriksaan tu.sesak nafas gua pun dah beransur pulih.cume certain time je dia datang.tapi tak seteruk sebelum ni.bile diingat-ingat balik,gua pulak tergelak sorang.bile bukak cerita pasal hal ni depan mak gua,tak abes2 dia terbarai gelakkan gua.terok sangat perangai anak dia yang sorang ni.

cukuplah sekadar satu kisah berkaitan dengan fobia untuk kali ni.banyak sebenarnya cerita2 lain yang terselit unsur fobia yang menyimpan senyum dan seribu satu macam perasaan lain.bukan hari ni insyallah di kemudian hari.

p/s : sebenarnya gua tergerak nak menulis perihal fobia ni lepas belek2 blog ni.serious gore nak mampos konten blog ni.nak belek lame2 takot fobia gua menyerang pulak.bagi yang ada fobia macam gua jangan la nak mengade ngade usha lame2.baik pakat2 layan blog hanis zalikha lagi awesome.

Saturday, June 11, 2011

Gua Punye Cerita..


hidup gua sekarang ni dah semacam ada pattern pulak.ada naik dan ada turunnya.dah semacam perulangan pun ye.saban hari buat benda same,rutin hidup yang sama.tak akan gua bermimpi besok bangon2 tido tibe2 gua tengah hiking dekat alaska mahupun sedang menikmati permandangan indah gunung fuji.tak akan !

gua tengah naik sheikh dalam pada masa sama fun nikmati life gua sekarang ni.life sebagai seorang jobless yang terlalu 'bebas' - bebas dari segala macam belenggu masalah yang boleh bikin kepale kusut dan mood jadi tak berape nak sedap.korang penah jumpe orang mengamuk sebab desperate dengan life diorang tak?kalo tak pernah gua rase better korang tengok sendiri dengan mata kepale korang.huh ! trill sial.senang cite memang tak ada ape sangat yang berkecamuk dalam kepale otak sekarang ni.jarang gua nak meradang-radang tak tentu pasal atau cakap sorang2 lagi.just go through the life & livin it up.mujur la ada kawan2 yang sama2 sedang bercuti.rutin hidup gua memang tak lari dari menikmati keseronokan bersama rakan2.buah hati jauh nak dating pun.so kawan2 je la tempat nak berhibur - hang out dekat kedai mamak berjam-jam main game bola,petang2 lepak ngeteh,tengok wayang dan paling ketara gua dan kembali jadi insomnia.malam gua berjaga siang hari dah macam burung hantu.macam tu la ape yang gua gambarkan sebagai 'pattern' tadi.berulang-ulang saban hari.nak bosan pun tak ada guna.

sampai satu tahap gua jadi jaded dah nak cari kerja.apply sana sini tak dipanggil2 jugak.alah keje ayam2 je kot.bukan kerja serious pun.itu pun bukan main payah lagi nak dapat.ape nak buat tak ada rezeki.kalo dah rezeki tak kemane.sekali apply pun bole dapat.buat masa ni gua usaha cari duit sendiri.jual 'baju2 lusuh' kat internet.even hasil tak seberapa sangat,tak macam join MLM tapi gua seronok buat kerja ni.biarlah orang nak kate ape.nak jijik ke,nak mengate ke.gua malas amek pusing.yang penting gua berusaha cari duit halal.at least dengan duit hasil penjualan baju2 tu,lepas la jugak gua bayar bil telefon.sekarang ni dengan cara ni je la gua berdikari cari duit sendiri.cukup la lepas untuk diri sendiri.nak kaya tu tak la tapi cukuplah sekadar menyenangkan.dulu time jadi student,sekali duit elaun masuk,bukan main enjoy tak ingat dunia.maklumlah dalam tangan ada selepuk duit beribu-ribu.duit beli buku ala tak sampai RM200 pun.tolak tepi duit makan minum.selebihnye enjoy saje.tak tahu langsung nak manage duit.boros melampau.last2 duit dah kering gigit jari.gua ada satu masalah sebenarnya.nak kate serious sangat tak la jugak.cume benda ni agak merunsingkan.gua ni seorang yang boros terok.kadang2 gua risau dengan sikap gua ni.sape yang kenal gua diorang tahu la gua ni macam mane orangnye.lepas dah facing sendiri susah payah nak cari duit,baru la nak beringat sket.nak tak nak gua kene belajar atau setidak pun cube nak manage financial gua.kadang2 nak lepas RM10 dalam wallet pun payah.sampai tahap macam tu susahnye gua rase nak cari duit.tipu la kalo tak perit tapi tu lah kenyataan.at least ape yang gua lalui ni satu pengalaman hidup.tak rase sendiri gua tak tahu macam mane.nasib la gua stay dengan family buat mase sekarang ni.kalo nak diikutkan dah lame gua stay dengan abang gua lepas abes belajar dulu.cari kerja ayam2 kat bandar johor.tapi bile fikirkan keadaaan kewangan gua yang semacam pelabuhan kene pukul ombak,gua batalkan niat tu.giler ! celah mane gua nak cari duit makan,minum,duit minyak moto.even abang sediri sekalipun tak sedap la pulak gua nak ketok duit dia memanjang.dia ada life dia.gua malas nak kaco sangat.sekali dua tu tak apa la,kalo dah selalu sangat lain pulak jadi nanti.alahai kalaulah duit bole diswastakan..

walaupun gua tahu,kehidupan gua yang sebegini cuma buat sementara waktu,tapi gua rase ni la precious moment dalam life gua.lepas ni sudah tentu gua akan tinggalkan life yang gua tengah go on ni.lepas ni gua akan menempuh alam baru.alam pekerjaan yang sudah pasti akan banyak 'mencuri' masa gua.alam yang perlu ada komitmen.sudah pasti gua perlu isikan kapasiti otak gua dengan benda2 semacam ni.bukan mudah nak menggalas suatu tanggungjawab yang diberi.berkerja itu amanah yang terlalu berat.tak semudah makan kacang depan tv.sampai satu masa kalo dah temu seru,naik pelamin jugak.alangkah orang separa siuman pun terdetik hati mereka nak hidup berpasangan,inikan pulak manusia normal seperti kita.bile bukak fesbuk dah ramai jugak membe gua naik pelamin.tu tak termasuk yang bakal naik pelamin.tunggu makan nasik minyak je la.itu belum masuk cerita yang dah bergelar suami,isteri,bapak atau mak orang.padahal zaman sekolah dulu mereka lah kawan bergurau bertumbuk.bile dah besar panjang,sekali jumpe semula bukan main lain lagi perubahan.biaselah,pengalaman tu mematangkan seseorang.kadang2 kita pulak terase asing.kini usia dah mencecah 23 tahun.gua dah kire masuk alam pra-dewasa.bagi gua pra-dewasa.mungkin bagi orang lain angka tu dah cukup dewasa pada mereka.kadang2 bile bercakap pasal umur ni,gua jadi stick pada satu mazhab - 'ala umur tu angka je..' tak tahu la bole pakai ke tak mazhab tu.tak lame lagi gua akan berdepan,berjumpa,bersalam dengan orang2 'lame' yang jauh sudah matang,yang sudah lebih makan garam dan yang pastinya lebih mengerti erti sebuah kehidupan.pada masa tu,nak menyetan sangat pun tak bernafsu agaknye.elak bercakap benda2 heavy je.nak melawak2 bangkai pun kene bertempat.silap hari tersilap laku elak makan pelangkung pulak.kadang2 gua tertanya pada diri sendiri, apekah gua belum cukup puas enjoy?selalu jugak persoalan tu bermain di benak pemikiran.lebih2 lagi bile gua baring sorang2 sambil menggelamun perihal masa depan yang gua sendiri tak tahu hujung pangkal ceritanya.ahh ! manusia memang tak akan pernah merase puas.sementara masih ada ruang libur yang seketika ni,harap ianya tak disia-siakan begitu saje.gua tak mahu bila dan busy kerja nanti gua tercari-cari pula ruang berlibur ibarat orang tua berjiwa muda melepak sampai jauh pagi de kedai2 mamak.

eh,apesal macam serious pulak bunyi?padahal awal2 nak cerita santai2 je.macam la besok nak take over najib jadi PM.siol la.kahkahkah !

Thursday, June 9, 2011

Bersabarlah Akak..

peh lame jugak gua tak update.semenjak dua ni semacam tak ada mood nak menulis.kadang2 ada benda nak cerita,cume nak menaipnye saje yang malas.tempias hampir seminggu bermalas-malas di rumah agaknye.

kali ni gua nak bercerita sikit pasal sorang membe gua ni.actually bukan nak bukak cerita pasal membe gua ni tapi perihal akak dia.memandangkan time balik tuisyen dulu,akak dia selalu la jugak tumpangkan balik,so kire secara tak sengaja kire ngam jugak la even tak rapat mane.time akak dia kawin pun gua datang.berbunga hati tengok akak dia dah naik pelamin.berseri seri bak kate orang tua tu.

dalam tahun lepas,gua ada dapat berita kurang enak daripada membe gua ni.time IM kat fesbuk,sempat la dia kongsi kesedihan pasal akak dia.gua semacam biase jadi pendengar even gua ni bukan la pendengar yang setia mane pun.selagi gua berpegang pada azimat 'hari ni hari orang,entah esok lusa hari kita plak',gua cube dan belajar jugak untuk jadi pendengar yang setia.tak dapat menolong ape,at least gua dapat bagi kate semangat dan pada mase same dapat sedapkan hati orang tu dah cukup manis la.membe gua ni pulak memang jenis yang straight to the point.tak ada hide ape2 dengan gua.maklumlah dah kenal lame.family dia pun kire dah kenal dengan gua ibarat dicincang air tak akan putus gamaknye.dia bukak cerita perihal akak dia.akak dia disahkan mengghidap kanser otak.gua tersentap sekejap dengar.sepanjang gua kenal akak dia,diaseorang yang ceria.gua masih ingat lagi time majlis kawin dia.bukan main meriah lagi.agaknya bagaimana la keadaan akak dia sekarang?enta2 terlantar atas katil wad bersama linangan air mata.sadis tapi itulah kenyataan.ujian tuhan tak ada siapa mampu melawan.

disebalik berita kurang enak tu,gua dikhabarkan satu berita gembira.akak dia disahkan hamil.ternyata tuhan tidak la kejam sesama umatnya.dalam ujian bagai sempat dia selitkan curahan rezeki.tadi sedang asyik berfesbuk,kami sempat IM.dah selamat melahirkan anak dah.alhamdulillah.cume yang tak sedap didengar keadaan akaknya bertambah terok.dia bagitahu gua,akak dia makin kritikal.doktor sahkan akak dia dah hidap kanser tahap 4 which is the last stage of cancer disease.mungkin harapan untuk dia melihat dunia berbaki 6 bulan atau paling pergi pun setahun ! peh.tersentap gua buat kali kedua.hampir tidak percaya dengan berita yang baru diterima.awal2 lagi gua mati2 ia sekadar permulaan kanser.bagus jugak pergi check awal.prevention is betetr than cure kate orang putih.tak sangka pulak dah masuk stage 4.pilu,sedih mengenangkan nasib akak dia.gua hanya mampu keluarkan statement..

'sabar rin..ni ujian tuhan bagi kat engkau dengan family.tuhan tak akan beri suatu ujian tanpa hikmah.ia ada cume tersembunyi.just pray for him.he know everything..'

itu je yang gua mampu ungkapkan saat itu.gua faham perasaan dia.gua faham perasaan family dia.tak mudah menerima suatu kenyataan.kadang2 orang lebih sanggup berfantasi sesuatu yang indah dari menelan suratan realiti yang perit dan menikam.agak panjang jugak kami IM.dari masalah kepada cerita kawan2,perihal kehidupan dan sebagainya.kalo dah akrab,dah ngam cerita seluar dalam sekalipun pun tak terlepas.

sampai saat ni,gua masih terkenang-kenang muke akak dia.lebih sadis,akak dia sudah kabur penglihatan,tak mampu nak bergerak dan tak terdaya segala kudrat.inikan pulak hendak melihat si anak yang masih kecil.oh ! cukup lah.perit telinga yang mendengar,berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.walaupun gua bukan sape2 dalam keluarga dia,tapi gua tumpang sedih dengan berita ni.berkali-kali gua ingatkan diri sendiri,mungkin hari ini hari orang,entah esok lusa hari kita.tak ada siape tahu.harapan gua cume mahu lihat akak dia kembali pulih.setidak-tidaknya dapat melihat dengan mata kepale sendiri rupa paras si anak kecil yang tidak mengerti derita yang ditanggung ibunya.kalo diteliti dengan cermat,kadang2 tanpa sedar tak sedar kita pun tak terlepas dari terima ujian cume dalam bentuk yang berbeza.untuk akak,tak ada ape saya mahu ungkapkan.seakan kelu seribu bahasa.menadah tangan,berpanjat doa moga2 akak beransur pulih dan bole meneruskan kehidupan seperti sedia kala.tuhan tak akan beri suatu ujian tanpa hikmah.bersabarlah wahai akak.

Monday, June 6, 2011

KontolVersi


anu dalam botol - sebuah cerita diambil dari kisah benar seorang lelaki insaf yang dah potong anu lalu ingin kembali ke kejadian asalnye.kalo jutawan sekalipun tak mampu mengubahnya - kalo dah potong tetap potong.lepas tonton cerita ni,gua berani klasifikasikan cerita ni sebagai sebuah kisah pedoman.malah watak2 dalam penceritaan jugak rasenye memang benar2 wujud dalam bentuk realiti.malah gua penah tanya macam2 benda time chat berjela2 dengan seorang transexual yang mengaku sudah potong anu dia.don't give a damn about them.so ape salahnye buat cerita untuk tujuan kesedaran bersama.banyak yang tersirat sebenarnya disebalik jalan cerita filem ni.tapi yang peliknya,celah mane datangnye kritikan2 yang kononya cerita ni berpotensi besar nak menjahanamkan akhlak2 penonton.kononya dengan isu gay la,berlaku jenayah sexual la dan entah ape bagai lagi lebih2 lagi dikalangan orang melayu.ha ni la satu penyakit orang melayu.tahunya nak mengkritik saje.tak penah nak cube berfikiran terbuka sikit.asal dengar pelik2 sikit mule nak bikin kontroversi,kondem,boikot sana sini.no wonder la melodi kat tv3 bole 'hidup' selama 19 tahun dan majalah mangga boleh laku sampai hari ni.

even gua agak lewat tonton filem ni,personally ini bukan cerita kontroversi seperti yang diwar-warkan.lari dari filem local yang tipikal.sudah2 la dengan trend cerita rempit2,lumba2,kejar mengejar.dan yang terlepas pandang,sekarang ni tengah nak up trend gangster2,kaki2 pukul,abang2 kawasan pulak.perasan?tak salah kalo gua cakap korang patut tonton cerita yang sangat jujur ni.

p/s : sampaikan menulis pun gua terlalu jujur.

Wednesday, June 1, 2011

Scene Kerja


dekat2 pukul 10.45 pagi jugak baru gua tersedar.padahal semalam sebelum tido sedikit punye awal gua kunci alarm kat henset tapi sepatah haram bunyi alarm tak dengar.hampeh betol.lepas melayan mood mamai2 atas katil seminit dua,gua bergegas masuk bilik air.lepas dah bersiap,gua pun bersarapan ala kadar sekadar alas perut.misi gua pagi ni cukup besar ibarat gajah yang sedang hamil gamaknya iaitu ingin mencari part time job.ala keje ayam2 je.cukuplah dulu setakat dapat menampung duit poket yang tengah kering.so,sementara tak ada buat ape2 ni ada baik jugak gua cari sebarang kerja yang bole datangkan hasil.nak mengharap duit mak je memang naik segan dibuatnye.bukan nak teros keje serious pun.kat wall fesbuk gua penuh dengan status membe2 yang semacam kene angau carik kerja bersesuaian dengan kelulusan.maklumlah baru lepas abes belajar la katekan.memang la semangat lembu giler tu tengah meresap tinggi.itu la sampai tak cukup penuh wall fesbuk dengan status pasal kerja.gua tak dengki rezeki orang.suke tengok membe berjaya.tapi kalo dah sampai tahap dapat pergi interview pun nak update kat status,ape cerita?tau la dapat interview syarikat oil and gas.gaji lebat,cerah masa depan tapi tak payah la sampai nak kasi satu tahu satu dunia kan.ceh ! dah macam nak show off plak.kadang2 naik rimas jugak dibuatnye.

first & last time gua keje lepas SPM dulu.time tu la merase pengalaman cari kerja dengan membe yang rata2 masih fresh dengan scene2 cari kerja ni.banyak sebab sebenarnya gua tak kerja part time mase cuti semester.sebab utama ialah cuti semester yang pendek.paling2 pergi pun 4 minggu.kalo kene cuti semester yang panjang plak kebanyakannya kene buat short semester dan macam cuti semester panjang tahun lepas,busy buat praktikal.so memang terhad faktor masa untuk kerja part time masa cuti semester.bile berseloroh pasal scene kerja ni pulak,pengalaman 1st time cari kerja tu sebenarnya amat berguna.sekarang ni baru gua perasan benda tu.banyak sebenarnya 'trick' yang kene belajar dan perlu tahu sebelum nak apply job ni.dulu time apply kerja lepas SPM dengan membe ,dia ada la ajar sikit sebanyak 'trick' especially bile nak jawab soalan2 cepumas dari interviewer.banyak yang apply keje sangkut sebab gagal jawab soalan interviewer.padahal soalan bodoh2 je.tak ada la power mane soalan dia sampai tahap menguji pengetahuan am ke ape.

tadi gua pergi apply keje firstly kat sebuah kedai sebaneka.time gua parking moto je dah nampak sorang budak jage depan kedai masuk.baru lepas SPM agaknye.muke pun tak nampak matang mane lagi.dia tersenyum sambil menyapa 'ye bang..' sewaktu nampak gua hendak masuk ke kedai.gua agak budak ni pekerja merangkap receptionist agaknye kat kedai tu.gua pun tanpa banyak bunyi teros start dialog.

gua : dik,nak apply keje kosong nak kene jumpe sape ek?

budak : jumpe akak tu bang.

gua : ok.terima kasih..

sorang akak dalam lingkungan 20-an.supervisor barangkali.seperti sedang sibuk monitor anak2 buahnya melakukan kerja.rata2 gua tengok pekerja2 kat situ adik2 lagi.muke semua stok nak baru lepas sekolah je.siot la gua je yang dah bermisai,dah berjanggut.ahh nasib la.yang penting kerja halal suda.akak tu pun bertanya kat gua 'kerja kosong ye dik?' gua pun reply 'aah kak..'akak tu pun capai sebuah buku dan sebatang pen.dia suruh gua tulis name penuh,alamat,no fon,tarikh lahir dalam tu.gua belek2 muke surat sebelumnya dalam buku tu penuh aje dengan name2 yang memohon part time job.selesai je tulis ape yang diminta,dia semacam biase start tanya gua soalan cepumas.

akak : ni nak keje bape lame?'

gua : gua dengan yakin dan pantas jawab 'agak2 sampai hujung bulan 7 ni..'

akak : 'ai..sekejapnye' dengan nada yang sedikit berubah..

gua : 'eh..tak kesa la kak.lame pun tak kesa..sebelum raye ke..' dengan cube nak cover2 balik statement tadi.

akak : sebelum ni buat ape?

gua : tak ada buat ape2. (malas nak cakap gua baru abes belajar..)

akak : ok2..nanti kalo ada panggilan kerja akak bagitau..

lepas je sesi soal jawab ringkas tu,gua terus blah.time atas moto,gua berkali-kali salahkan diri sendiri.akibat dah lame sangat tak pergi interview.abes ilang semua skill2 dan trick2 nak jawab soalan cepumas semacam ni.kadang2 sampai satu tahap gua rase macam nak rewind balik moment sesi soal jawab ringkas dengan akak tu sebab pada awalnye gua macam dapat rase peluang gua nak dapat kerja part time job kat kedai tu amat cerah.nampak gaye macam akak tu memang tengah nak pakai orang.cume yang silapnye gua tak prepare dan tajamkan skill dan 'trick' nak jawab soalan2 cepumas interviewer macam akak tu tadi.gua tak berhati-hati time nak menjawab soalan akak tu.sepatutnya time akak tu tanya nak kerja bape lame gua balas 'nak kerja seumur hidup kat sini akak..' kalo gua jawab macam tu maybe peluang nak dapat tu cerah sikit.kalo tak dapat pun at least sipi2 pun dah cukup cantik dah.aiseh man ! terlepas peluang tadi.

ok ni several list soalan2 standard yang selalu ditanya berserta jawapan yang boleh dikire ngam dengan soalan cepumas.kalo ada jawapan lagi mengancam lagi power.

soalan 1: lepas ni nak sambung belajar mane2 tak?
jawapan : tak mahu sambung belajar dah.mahu kerja terus (even lepas ni korang nak sambung overseas pun,cakap je tak nak sambung study lagi)

soalan 2 : nak kerja berape lame ni dik?
jawapan : rasenye mahu kerja lame (cakap je lame even 1st day dah rase nak cabut)

soalan 3 : tak kesah kerja lebih mase?shift malam?
jawapan : boleh.no hal.. (even korang memang bukan mat2 OT atau tulang dawai besi sekalipun)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...