Wednesday, December 29, 2010

Made In China



murah,kurang berkualiti,cepat terbarai,senang ditong sampahkan,master copycat & ramai orang senang kene klepet.tu description yang bole diberi bile sebut product2 made in china.

dulu time tengah giler mp3, gua pun penah jadi mangsa klepet barang made in china ni.time tu memang tak fikir la barang china ke hape janji dapat mp3 dah cukup manis.tak sampai 3 bulan pakai,mp3 tu dah terbarai.ceh ! dah terhantuk baru tersedar.cukuplah sekali.

baru2 ni (tak ada la baru sangat,makan sebulan dua jugak dah) kat tempat gua ada buat phone fair.memandangkan tempat gua ni memang jarang ada event or ape2 jenis fair (melainkan fun fair) so kire phone fair ni dapat menarik ramai orang datang.serious crowded giler ! ada la sorang membe ajak usha2.gua on je.sampai kat sane, bertimbun2 tag 'iphone murah !,blackberry murah !' kalo harga iphone kat situ sebiji bole dapat RM250-RM400 berbanding harga iphone ori yang cecah riban2, ceh watdahel la kan.then ape lagi.naik meroyan la orang2 yang dah lame mengidam nak pakai iphone tu.tak kurang juga beberapa kenalan yang sama beli dek tertipu dengan iphone made in china ni.pakai satu hari besok dah ada problem.message tak bole send la,tak bole call la, wi-lan tak function la.kene sorang kenalan ni lagi la.dia punye iphone china yang baru beli ada problem.then nak mintak tukar dah tak bole.dealer cakap kene tambah duit kalo nak tukar yang baru.ah memang sah la dah kene klepet.yang sedihnya ramai yang kene klepet tu majoritinya melayu.

gua penah bertekak dengan sorang membe pasal barang china ni memandangkan sikap membe ni yang 'asal bole pakai' tanpa fikir mutu dan kualiti barang yang dibeli.setakat murah tapi pakai sekejap dah terbarai tak gune jugak kan.baik la keluar duit lebih sket beli barang yang ada kualiti asal puas hati dan dapat gune barang tu lebih lame.kualiti tak semestinya yang branded kan.laptop acer still ada kualiti even tak la sebranded sonny vaio atau apple macbook.same je beli barang murah.then rosak nak kene beli lagi.kat situ je dah nampak pembaziran.kepuasan tak dapat tapi duit kene keluar.

tak semua product china ni terbarai dan tak ada kualiti.kalo tengok product china macam haier still ada kualiti dan lepas SIRIM.umah gua pun pakai toaster haier.sampai sekarang steady je buat roti bakar.produk made in china yang dimaksudkan ialah yang cap ayam (tak ada brand) sebab gua penah terbace yang produk2 cap ayam ni sebenarnya dibuat dari recycle material.contoh mesin basuh yang dah rosak terbarai akan dilonggokan.pekerja akan pilih mane komponen yang masih elok lalu diasingkan untuk digunapakai semula.komponen2 ni akan dibawa ke kilang untuk dipasang pada casing mesin basuh yang baru.dah terciptalah sebuah mesin basuh yang 'baru' then dijual laris macam goreng pisang.

p/s : 'in the end, the customer doesn't know or care, if you are small or large as an organisation.she or he only focuses on the garment hanging on the rail in the store - Giorgio Armani'

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...