Saturday, April 3, 2010
Londang Dekat Melaka Bukan Dekat England..
'Lie...Lie...Lie....'
ni cebisan lirik 'flat earth society' dari kugiran band punk rock california bad religion.ape sebenarnya yang cube disampaikan oleh guitarist mr.brett melalui lagu ini?ape yang cube dicernakan dari minda waras anda?aku yakin fan2 mereka sudah tahu yang band kegemaran mereka ni terdiri daripada golongan intelektual yang tidak hanya memfokuskan minat,idea mereka terhadap muzik semata2 tapi lebih kepada menyampaikan idea menerusi lagu2 mereka dan secara tak langsung mengajak kita sama2 berfikir tentang ape yang ingin disampaikan.sampai atau tidak mesej yang ingin disampaikan itu terpulang pada individu.rajin ko research dapat la ko 'tangkap' ape isinya tp kalo hanya sekadar nak mendengar muzik,itu sahaja la yang engkau dapat.simple..
flat earth society mengisarkan percanggahan pendapat atau mungkin juga percanggahan teori sains mengenai bentuk sebenar muka bumi yang sebagaimana telah di-claim sebagai berbentuk rata (flat) oleh sebuah pertubuhan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'flat earth society'.'Lie...Lie...Lie....' itu sendiri jelas menunjukkan penentangan terhadap teori ahli pertubuhan ini.jelas sekali yang ianya menolak sekeras2 teori yang mengatakan muka bumi berbentuk rata dengan menganggap ia sebagai sains palsu atau name scientifiknya 'pseudoscience'.haha...pening bukan nak claim ape sebenarnya bentuk muka bumi kita yang semakin tua ni.dasyat2..
dulu kite disuruh telan bulat2 yang bentuk muka bumi ni berbentuk sfera.masih aku ingat lagi dengan buku teks KBSM sains darjah 4 yang terang2 cakap 'bumi berbentuk sfera'.terngiang2 juga kata cikgu yang mengajar aku subjek sains mase tu,cikgu yeek yang dok berkali2 cakap 'bumi berbentuk sfera ye bukan bulat' dalam slank chinese dia dan aku juga super yakin yang cikgu2 sains kat seluruh pelusuk akan ajar benda yang same jugak.ada cikgu nko ajar 'bumi bentuk segitiga ke?or bentuk polygon ke?'tak ada kan.seribu kali sayang.mase tu kite telan bulat2 even tak tahu pun benda alah ape sfera tu.kalo macam sekarang pun budaya 'telan bulat2' ni masih wujud lagi.mungkin penjelasan yang diluar batasan pemikiran atau faktor malas nak amek port sangat punca budaya ni terus menjalar hingga ke hari ni.memetik kate seorang lecturer yang ajar aku 'saya tak salahkan awak semua,tapi kadang2 saya nak salahkan juga mangkuk ayun yang acuh tak acuh mendidik awak.main pakai ajar je tapi ape yang sedang awak belajar pun awak tak tahu'
mungkin teori yang dikemukakan ahli2 flat earth society ni sedikit banyak membuat ramai berhalusinasi sejenak.lagi bengang pasti pengkaji muka bumi dan alam semesta yang dah pegang bulat2 teori bentuk bumi ini.tak kan selama ni kita ditipu oleh fakta sains yang mengatakan bumi adalah sfera.kalo macam tu ape guna aku betol jawab soalan exam isikan tempat kosong 'bumi berbentuk _____' ?tapi bile dipertimbangkan lagi,tak bole jugak nak salahkan teori pertubuhan ni membabi buta.mungkin mereka ada bukti kukuh claim bentuk muka bumi ni adalah flat.kalo tak tak kan mereka berani nak prove teori mereka sampaikan wujudnya sebuah pertubuhan,yela..setiap manusia ada pendirian masing2.percanggahan pendapat,pendirian,teori atau idea tak bermaksud seseorang itu perlu dihukum,disisihkan hanya kerana itu jalan yang mereka pilih..kan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment