Monday, October 24, 2011

Mati


sumber : KAMIHIDUP

selama 23 tahun hidup,gua tak pernah tahu menahu atau nak amek tahu yang rukun solat semuanya berjumlah 126 rukun.tonggang terbalik sujud rukuk enta diterima tuhan entahkan tidak.takkan bila sampai ajal menjemput baru nak ambik tahu perihal pengetahuan ugama.

bila mendengar berita kematian rakan seawal lingkungan umur mahupun jauh lebih muda,buatkan gua terfikir sejenak.

'entahkan cukup bekalan yang gua nak bawak ke akhirat kelak?'

'entahkan cukup atau tidak pahala yang telah dibuat?'

'macam mana kalo gua mati esok lusa tapi amalan gua tak mencukupi lagi?'

kalo bole semua orang tak mahu mati.alangkah orang yang sudah tahu dia akan ke syurga pun tidak mahu mati,inikan pulak gua yang enta belum tentu nak hidu bau syurga.bukan gua menolak mati.mati itu pasti.cuma gua risau,gua kaget kalo mati tanpa bekalan yang secukupnya.ibarat terkapai2 lemas dalam air yang deras laju mengganaz.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...