Saturday, April 30, 2011

Ape Dah Jadi Dengan Scene Local Film?


sebenarnya gua nak menaip pasal epik cerita paling fail pernah gua tonton di wayang semalam iaitu PENUNGGU ISTANA tapi sorang membe gua, kucai yang same2 totnton dengan gua cerita ni dah review pasal cerita ni dalam blog dia.review dia pasal cerita ni cukup jujur macam ape gua rase - kelaut dan serius fail ! gua rase cerita nak menipu penonton macam ni tak perlu ditayangkan kat wayang.buat penonton rase nak terajang pintu masuk wayang kuat2 lepas abes tonton.harga tiket RM 11 buat makan dinner plate kat KFC lagi awesome rasenye.lain la kalo macam cerita paranormal activity.even ia sebuah cerita dokumentari tapi tak la nampak sangat unsur2 nak klepet dan 'lawak'.kalo nak menipu,menipu sampai orang percaya kita tak menipu.cis wakena beb ! ape la nak jadi dengan mutu scene local film sekarang ni.beza dengan scene cerita dulu2.even zaman p ramlee tak ada efek CGI yang gempak,tak ada tayangan trailer mengalahkan titanic atau tak ada barisan pelakon berdenyut2 macam lisa surihani atau nora danish tapi cerita dulu still tak bosan even dah tengok lebih 20 kali.itu beza cerita dulu dengan sekarang.masterpiece ! gua rase kalo p ramlee hidup lagi sekarang ni,dia pun geleng kepale tengok scene local film.lumpuh tunggu masa untuk mati.

pernah sampai satu masa gua jadi jaded nak tonton local film.tak kire la kat tibi heboh2 menggila promosi atau sehebat mane pun review dalam internet.only one word - no way ! those bullshit not enough strong to make me 'stim' ! mostly benda macam ni semua jauh panggang dari api.bukan gua ni tak mahu support local film ke ape.gua tak ada masalah langsung nak support scene local film.macam2 cerita dari pelbagai pelusuk negara gua dah tengok.tak kira la dari iran,UK,spain,brazil mahupun area2 middle east sekalipun.semua gua bole layan dengan syarat jalan cerita dia sedap.jangankan cerita panjang, alangkah cerita pendek yang tak popular dan tak masuk wayang pun gua bole layan,so no wonder la local film yang ada depan mata dan heboh diperkatakan gua tak bole nak layan.sebenarnya bukan tak mahu support cume gua dah naik serik.benda2 bersangkut paut dengan serik ni biasenye orang tak akan buat lagi.cukuplah sekali dua then terus tak nak dah.sebab tu gua cakap awal2,sampai satu mase scene local film buat gua jadi jaded.gua penat nak melayan 'kerenah' scene local yang bagi gua dah lumpuh tunggu masa nak mati je.satu masa dulu,bersepah sepah cerita pasal rempit keluar panggung.ada sampai bergado2 sesama director pasal kes curik2 scene or plot cerita.ini namenye bengap.mane tak timbul isu2 macam tu.dah bersepah2 cerita rempit so of course la plot cerita pun berkenaan rempit.dan bile bercakap pasal rempit,memang tak lari dari scene lumba,kejar mengejar,pukul sana sini.so no wonder la semua cerita pun akan ada plot cerita yang lebih kurang sama macam tu.so ape hal tibe2 nak keluar isu pasal curik2 scene kan?kalo tak mahu timbul isu2 curik mencurik ni,kenape dari awal2 tak buat cerita yang bukan ada bersangkut paut dengan rempit.kalo gua jadi director seriously dari awal2 gua dah tong sampahkan cerita pasal rempit2 ni.

nak buat cerita ni tak perlu nak ada efek CGI yang gempak2,tak perlu nak makan belanja besar2,tak perlu cari pelakon yanga ada nama or kata pasarnya 'popular'.ape ada pada popular?bile lu popular orang puja,bile lu dah tak popular orang lupa.macam tu je permainan popular ni - simple.tak ada ape pun yang gahnya dengan popular pada gua.tapi dah menjadi budaya orang kite banyak menilai orang seni atas nama popular bukan atas nama bakat.tambah lagi kalo ada rupe.terok macam mane pun bakat,ada muke memang bole 'pergi'.no wonder la orang masuk program realiti kalo ada rupe even bakat tak berape sangat bole 'pergi'.seriously,gua sangat minat dengan denzel washington.mamat ni muke memang tak ada,tapi dia ada bakat berlakon.dan tak ada masalah gua bole minat hampir semua lakonan dia.tak plak gua menilai dia sebab popular.gua rase dia jauh lagi popular dari shahizey sam.kalo kat malaysia lu muke pecah rumah,even ada bakat tak ke mane sangat la der.eh ape lancau gua boleh ajuk cakap adnan sempit.at least sebab adnan sempit la si shahizey sam ni dinobatkan bintang anugerah popular berita harian 2010.dapat kereta dapat rumah.gua jadi adnan sempit ape gua dapat?habuk pun tak dapat.ceh gua tengah bercerita pasal local film.jauh tersimpang.macam ape gua cakap, budjet,para pelakon,atau efek2 ni kire bonus.yang penting jalan cerita dan mesej yang nak disampaikan.bukan cerita yang semua nak nampak gempak tapi sampah belake.gua sampai sekarang tertunggu tunggu cerita seterusnya dari afdlin shauki.just one word for him - freaky in brilliant ! last gua tengok cerita mamat ni dekat wayang ialah papadom.memang gua sangat berpuas hati.tak rugi pelaburan tiket gua untuk cerita ni.blend yan cukup cantik dan awesome.ada unsur lawak,sinis,nasihat dan yang penting ada mesej positif pada penonton.cerita cuci sekalipun.still ada unsur2 lawak yang seperti kebiasaanya tapi still ada mesej berguna disebaik cerita tu.kadang2 gua rase kesian dengan penonton local scene.pada gua cerita yang sampah2 pun diorang bole claim cerita tu best giler,sedap giler dan sewaktu dengannya.ape yang bestnya pada diorang?adakah sebab yang berlakon tu farid kamil atau fasha sandha?ahh kalo sebab tu cerita bole jadi best gua rase mentaliti penonton local film dah kene virus.lagi terok dari virus trojan.ada orang heboh2 rekomen 'best giler cerita A ni.aku baru lepas tengok dekat wayang dengan awek aku tadi.serious best ! baik ko pergi tengok..' aku tanya cerita ape?dia cakap jangan pandang belakang congkak.gua pulak jenis yang tak mahu cepat melatah.gua amek cerita ni dari sorang membe dan tengok kat laptop.lu orang tau..tak sampai 10 minit gua dah tekan "X" kat atas hujung kanan GOM player.sampai sekarang gua tercari cari ape yang bestnya yang heboh diperkatakan penonton2 filem local.sudah2 la dengan lawak sold out begini.kadang2 sampai naik pelik gua.eh ke gua yang pelik?

mood gua masih bengang lagi lepas kene 'wakena beb' semalam.ni semua gara2 trailer yang konon gempak la padahal sampah giler babi.dengan gua sekali kene klepet.buat sesuatu tindakan berkiblatkan emosi adalah sangat tidak elok sebenarnya.so, gua nak cakap awal2 yang segala benda yang gua menaip ni bukan berlandaskan emosi tapi luahan jujur dari ape yang gua lalui,gua perhati dan gua alami.gua sangat kecewa dengan scene filem local sekarang ni.gua cukup bimbang kalo2 mentaliti penonton local film jahanam dek cerita yang entah ape2 sampai tak tahu nak beza mane satu cerita yang ada kualiti dan sebaliknya.menjelmalah wahai p.ramlee alaf baru.itu je harapan gua buat local film sekarang ni.yang lain sudah mati.maafkan saya scene local film.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...