Thursday, November 24, 2011

Rumah Sewa


masa study dulu,ramai dikalangan membe yang mengeluh harga makanan dekat johor ni mahal.
lebih2 lagi dari pantai timur.
gua tak deny ape yang diorang cakapkan.ada betolnya jugak.
selain dari makanan,gua rasa johor pun tak lari dari bayangan rumah sewa yang mahal.
masih belom bole fight2 harga umah sewa dekat melaka - teres setingkat 3 bilik dengan master bedroom pun baru RM300 !
dekat johor,umah jenis stendet2 pun harga dia bole lepas iphone 3GS 8gb seken.
itu belom masuk cerita duit deposit.
memang rasa macam nak terajang pintu sekuat hati.

cari umah sewa ni macam cari makwe jugak.
kene btol2 ngam puas hati.
tak bole sedap sauk je.
kene sabar.kene teliti.

Sunday, November 20, 2011

Isnin



Monday is my favorite time of year

I'm gonna tell you what I really think I like about Mondays
Cause they feel like Saturdays
When you don't gotta go to work
Every day is a holiday
I wake up when I want to
I do anything I wanna do
Can't wait for Tuesday

I really never liked Fridays (I don't)
I can't do what I wanna do (Like to)
Sold out at the movies (Go out)
Can't eat at the restaurants (Weekends)
Everybody want a good time
But the bar's full of cigarette smoke
I think I'll stay home
I think I'll wait for Monday

I live a 5 day weekend
I gotta year long holiday
Thank God it's Monday
The only place that I gotta go be
Is at the show or on the first tee
Thank God for irony
Nevermind the aggravation, modulation
Gimme another key

I'll tell you why I like Tuesdays (Wednesday)
Cause the're kinda like Christmas (New Years)
Come to think about Wednesdays (Thursday)
Are a little like Hanukkah (Every day is good)
Thursday's Thanksgiving
I'm talking about good living
I'll think I give thanks
Thank God it's monday

***

ahad bermaksud satu.
isnin pula bermaksud dua.
dua erti yang beda.

ada yang liat untuk bangkit.
ada yang menyampah nak join assembly.
ada yang rage against traffic jam.
ada yang berpekak telinga dihamun boss.

isnin lah ramai yang muka kelat.
isnin jugak la ramai yang naik darah.
isnin jugak la ramai yang terkena sawan.
isnin jugak la ramai yang diserang sakit.

bukan semudah yang disangka nak menempuh isnin.
terima kasih isnin.

Thursday, November 10, 2011

Trend Kahwin



stenbai la siap2 susun kad jemputan ikut turutan.
elak ada rumah yang termiss plak.
dah kenyang isi perut dengan nasi minyak,
jangan la pulak lupa bilas dengan duit salam kaut.

selamat pengantin baru !

Wednesday, November 9, 2011

Gam-pang


'benda yang beckham pegang tu namanya inhaler.bukan gam..'

masa tengah tarik teh dengan membe2 sebentar tadi,dalam rancak2 berborak kencang pasal segala macam hal kehidupan ada sorang mamat dalam lingkungan 20-an datang menerpa ke arah meja kami berempat.mamat ni tanpa memberi salam,tanpa memperkenalkan diri,tanpa rasa segan silu tarik keluar satu kerusi kosong dari meja bersebelahan dan placing bersebelahan seorang membe.kami berempat diam seribu bahasa dan cuma memerhati tindakan si mamat ni.masing2 tak bersuara.sepi dan sebarang kata-kata.

'tumpang tanya sikit,pinjam lighter kejap..'

sepotong ayat terpacul keluar dari mulut mamat ni.gua perhatikan membe gua kat sebelah dah terpinga-pinga macam baru satu hari belajar dengar bahasa perancis.terpinga-pinga nak fahamkan ape maksud mamat ni mungkin.gua pun macam kaget jugak nak fahamkan pada awalnya.yela..kalo nak tumpang tanya tu mesti ada persoalannya.then sepatah haram persoalan pun tak ada dah tiba2 nak pinjam lighter apa kes?kalo ye pun nak pinjam lighter,straight forward suda 'dik,pinjam lighter..' membe gua sorang pun hulur lighter dia pada mamat ni.mamat ni bakar rokok dia dan terus bersandar kat kerusi.lepas sedut sepam dua,baru dia pulangkan semula lighter.membe gua yang bersebelahan ni buat derk je la even rasa janggal semacam.maklumlah dah la tak kenal then tak kenal diri asal usul terus tarik kerusi lepak semeja macam dah lama kenal kejadah apa namanya tu.

selang dua minit,mamat ni bangun dari kerusi dan pergi jumpa salah sorang waiter kedai.kami berempat cuma memerhati dari meja.mungkin nak order air atau makan agaknye.selang beberapa minit,kat tangan mamat ni ada setin air sprite.dengan setin air sprite ditangan,dia kembali balik semula duduk di kerusi.tapi kali ni di kerusi belakang meja kami yang kosong.sambil2 ketis rokok,mamat ni layan cerita orang minyak yang ditayangkan di skrin besar kedai.sprite diatas meja cuma dibelek-belek.tidak dibuka sama sekali.kami buat tak tahu dan terus berborak macam biasa.

dalam rancak berborak tu,sorang membe gua ni mula bukak cerita.menurut dari cerita membe,mamat ni penagih gam tegar.dia kata selalu la jugak nampak mamat ni merayap sorang2 sampai kat bandar.then pow duit orang2 kat bandar seringgit dua buat beli air dengan gam mungkin jugak rokok.sampaikan ada orang kampung bercerita yang abang mamat ni sampai tahap kerat tayar basikal dengan pisau semata-mata tak mahu bagi mamat ni merayap tak tentu pasal dan mencari bekalan gam dekat bandar.kalo dah stim semua benda jadi sedap.makan kayu rumput pun macam ratah ayam goreng kfc agaknya.mamat ni sanggup bawak basikal yang dah ditoreh dan sanggup mengayuh basikal bertayarkan rim besi ke bandar semata-mata nak cari barang.

patot la kusut semacam je muka masa nak pinjam lighter tadi.dengan cakap pun bersepah-sepah.kepala dah kena makan rupanya.

tak semena mena 'tap...'.satu bunyi kedengaran dari arah belakang meja.kami berempat memandang ke arah belakang meja.tin sprite yang masih belum dibuka dilempar ke dalam longkang bersebelahan meja.kami berempat cuma diam melihat insiden yang berlaku sekejap tadi.fuh ! nasib dia tak lempar ke arah kami.kalo tak mahu bocor jugak kepala yang kena.elak malam tu ada pulak yang kena masuk emergency wad.lepas insiden baling membaling tu berlalu,tak sampai 5 minit lepas tu,mamat ni bangun dari kerusi dan terus blah.

dikalangan membe2 rapat,kebanyakan sudah tahu yang gua ni kalah dengan golongan orang kurang siuman ataupun mat2 lalok ni.nak kata sampai tahap pasca fobia pun bole la jugak.bukan la gua prejudis atau discriminate orang2 macam ni.tidak sama sekali.mungkin cukuplah insiden2 tak dijangka macam ni yang buatkan gua ada reason kukuh untuk pasca fobia yang melanda gua selama ni.

gua ada baca satu artikel dalam ni.dianggarkan 5210 orang mati antara tahun 1994-2008 akibat menghidu gam.watdefak ! dalam kita endah tak endah,situasi ni dah kira parah dan kronik.tak cukup2 dengan kematian akibat najis dadah,ada pulak kematian akibat typo drugs lain.nak kata bangang tapi pergi sekolah.tahu kira duit,tahu beza tin gam dengan tin air sprite.tahu kah anda menghidu gam bole menyebabkan kerosakan otak yang serius?sikit hari bulan bole join geng tanjong rambotan.nak huha-huha sekalipun bukan macam ni caranya.ini menjahanamkan diri sendiri.dalam kes ni,gam tak salah.yang salah orang yang bangang tahap dewa raja ni yang dah tak ada kerja lain pergi hisap gam.then menyusahkan orang lain.orang2 macam ni badan besar tapi otak kecik.lagi kecik dari sebutir zarah agaknya.

kesian sebenarnya dengan mat2 lalok macam ni lebih2 lagi yang muda2 gagah tapi otak dah reput tunggu masa nak mati.masalahnya nak kesian dengan orang yang tak tahu nak kesiankan diri sendiri pun macam tak ada guna jugak.ibarat mamat selekeh tak stylo nak tackle awek berdenyut yang high taste lagi hot ! kesudahanya cuma mengundang kecewa dan tak membawa erti apa2.harap2 pihak berkenaan akan luluskan akta hidu gam dan lebih peka dengan 'penyakit' ini.jangan dah semakin meruncing baru nak terhegeh-hegeh bertindak.selalunya kat negara kita macam gitu la adat resminya.

Sunday, November 6, 2011

ROKES


masa turun kolompo tempoh hari,gua sempat jugak singgah ke uya distro yang terletak kat seksyen 15 subang jaya.memandangkan hari tu gua stay umah membe kat seksyen 1,so alangkah dah berpijak di bumi subang jaya,apelah kiranya gua sekali jalan ke aim place dibawah jajahan subang jaya.lagi pun membe gua ni selalu jugak lepak chill dekat uya dengan housemate dia dan tahu lokasi uya distro itu sendiri.ini dah kira bonus dalam trip perjalanan gua ke kolompo tempoh hari.kalo tak sekarang bila lagi kan.alang2 menyeluk pekasam biar ke pangkal lengan.kalo sebelum ni gua cuma dengar2 nama uya distro dari kalangan blogger mahupun buyers buku2 bebas diselitkan jugak dengan tontonan beberapa video pelancaran kitab terfaktab dan juga novel awek chuck taylor di youtube,hari itu gua sendiri dah berjaya menjejakkan kaki ke uya distro.

menurut kata membe gua,area sekitar uya distro ni adalah tempat chill yang jadi tumpuan ramai orang metropolitan yang gemar lepak kat area2 sini.memang betol.gua perhatikan banyak sangat bistro,cafe mahupun francais2 macam starbuck mahupun subways.itu belom masuk deretan kolej2 swasta yang tumbuh bak cendawan lepas hujan di area yang gua kira kurang sesuai disebabkan banyak faktor especially environment.faktor luas kawasan yang terhad.dengan main road yang tak berapa nak smooth.dengan kiri kanan deretan kedai mahupun orang yang parking kereta.bila dah open kolej,mana sesak dengan sidewalk lagi bila budak2 kolej balik lalu lalang kat situ.giler !

uya distro ni memang bertemakan konsep santai.lokasinya yang terletak on 2nd floor of corner lots menambahkan lagi rasa privacy dan mood chill tu.sometimes ada band performance,ada event mahupun discussion.dengar2 yana samsudin yang berlakon cerita adnan sempit tu pun ada tumpang jugak kerepek kat situ.patut la ada tampal poster bini-biniku gangster kat uya.dalam tu ada ruangan macam bilik kecik siap set sofa,desk mahupun shelf yang meletakkan susunan buku2.tak kurang jugak art shelf yang menempatkan artwork frame.kalo agak2 ada talent dan tangan berseni,bole jugak nak tumpang hasil artwork kat sini untuk dijual.selain dari ruang buku2 bebas,uya distro jugak ada jual clothing macam jersey,baju2 band,gurl accesories,etc.

panjang pulak gua menulis pasal uya ni.padahal asalnya nak intro sikit je.melalut sampai masuk 2,3 perenggan.aiseh ! ok skip..

berbalik cerita asal,gua dapat sambar novel awek chuck taylor dengan rokes tempoh hari.tergerak jugak nak angkat kitab terfaktab sekali,tapi bila memandangkan duit pun ngam2 dan takot overrun budget,terpaksa hold dulu niat yang satu tu.bukan rezeki gua hari tu.terpaksa la tunggu rokes masuk MPH atau popular.kehkehkeh ! walaupun rokes dah lama on sale (dah masuk 3,4 bulan),gua baru berpeluang dapatkan rokes tempoh hari.tak up too date giler gua ni.orang dah pakai gear 4 gua baru masuk nak masuk gear 2.

rokes bukanlah sebuah majalah untuk mat rok.jauh sekali isi didalamnya menceritakan hal2 musik rok.rokes adalah sebuah majalah yang santai.tak berat sampai ke tahap migrain nak membacanya.bak kata abang jef bahri selaku ketua pengarang 'siapa-siapa pun ada rock masing-masing dalam diri mereka tak kira la samaada ustaz ke, askar ke, cikgu tadika, makcik makcik, tukang gunting rambut, kerani sekolah, tukang masak, ejen insurans dan sebagainya dan pemuzik rock pun kadang-kadang tak rock..' oleh itu,majalah ini sesuai dibaca oleh semua tak kira mat desperate,mat bunga,mat ofis,mat bonzer mahupun mat kopiah - no big deal.bagi isu pertama ni,'hujung minggu saya' dipilih sebagai tema random.bermacam-macam cerita berkenaan hujung minggu dikongsikan dalam majalah ini.kontribute semua kolumnis memang pada tahap terbaik.

bagi yang stress memikirkan masalah dunia,gua rasa tak perlu resahkan hati pergi beli kit kat kat seven eleven untuk tenangkan diri.cukuplah dengan membaca rokes sudah memadai nak buatkan segala rasa stress tu hilang.kalo tak luak pun,cukuplah buat kita lupa sekejap akan segala masalah yang melanda.ketawa besar jugak dibuatnya bila baca rokes ni.kadang2 dalam serius2 berwawancara terselit jugak pertanyaan2 spontan humor dan ayat2 power yang bisa mencuit hati.

tak payah nak tunggu krismas pun tak pe untuk dapatkan majalah rokes ni.majalah mangga yang mahal tu bole pulak beli tiap2 bulan tak miss,apalah kiranya bagi majalah yang keluar 4 bulan sekali ni.rasa2 malas nak cari kat kedai,bole cari dekat sini.

Saturday, November 5, 2011

2 In 1

gua rasa tak salah kalo mencuba benda yang baru asalkan jangan benda yang merapik meraban,yang mendatangkan kemudaratan,yang menjahanamkan diri sendiri mahupun yang sejak azali ditegah dan dilarang.

gua yakin art tu besar definisinya.kadang2 kencing sambil berdiri pun bole dikategorikan sebagai art blood jugak kalo kene pada tempatnya.

sometimes gua rasa semak tengok templete blogger ni.gua ada la jugak skodeng blog sorang dua awek.kira blogger famous la jugak.follower dia kalah ayah pin punya follower.ramai jejak beribu pun ada.gua buat kaji selidik sikit2 pasal dua tiga blogger ni.gua perhatikan dia punya hias blog memang tahap dewa awesome.dengan icon teddy bear bergerak,dengan lagu yang sedap2 buat layan kepala,jack sikit dengan tagline2 pawer pancing pakwe,extra nice dengan letak gambar2 bertudung ala hana tajima.perghh !

kadang2 bila bosan2 gua saja belek2 blog tutorial nak hias blog.tahu bunyinya agak annoying tapi kadang2 rasa teringin tu datang membuak-buak.ibarat gersang malam pertama.bukan sebab nak pancing makwe ke ape.saja nak bagi mata sedap memandang bila tengok blog sendiri.sebab gua pernah terbaca satu artikel mengatakan mood orang akan berubah-ubah dengan sight impression.dalam kes awek tadi,gua rasa ramai minat baca penulisan dia (termasuk gua) mungkin sebab sight impression orang kat blog dia even ceritanya sometimes termasuk dalam genre gedik santai,tapi everyone still hit the point.itu mungkin pada instinct gua.maybe yes maybe not.

memandangkan epik2 fail bab2 nak hias2 blog ni dah sampai ke satu tahap ledakan aneurysm,gua nekad tak mahu amek pot lagi pasal benda alah ni.macam apa gua sebotkan tadi - perasaan teringin tu datang membuak-buak.macam tak ada angin tak ada ribut tiba2 pokok kelapa bergoyang.amcam tu la perasaan 'ingin' ini datang tanpa diundang.

dengan adanya templete latest yang pada gua super duper kool,gua rasa ini satu peluang terbaik yang ditonjolkan pihak admin untuk blogger2 cetek kretiviti macam gua ni.'kool' kat sini membawa maksud yang deep sebenarnya.even kalah dari segi hiasan blog awek2 kreatif tadi,tapi ianya win dari segi complexity.design dia lebih pada simple but nice.tak complex dan tak messy.gua suka mood templete 'classic' berbanding yang lain.ianya nampak lebih kool ! mungkin gua ni dilahirkan untuk guna pakai.bukan dari genetik kreatif godeh sana sini macam mendiang steve jobs.

asalnya gua nak menulis secara ringkas perihal aidiladha gua pada tahun ni.enta macam mana bole tersimpang jauh dari cerita hari raya.ini semua gara2 sibok godeh setting templete blog.tukar itu tukar ini.last2 enta cerita apa gua tulis pun gua tak tahu.main sedap redah je.

kah kah kah !

by the way,selamat hari raya aidiladha semua :) selamat berkorban jangan terkorban !

Thursday, November 3, 2011

Kisah Tragedi Malu (KTM)


kalo nak diikutkan lama jugak la gua tak menjejakkan kaki ke kolompo (sebut kuala lumpur).makan bulan jugak tak ke kota metropolitan ni.gua ni pulak memang jenis bukan pesen nak melepak tak tentu arah lebih2 lagi kat tengah2 bandar besar macam kolompo tu.so ape jadah nak saje2 turun kolompo tu melainkan ada benda mustahak yang kene settlekan kat sana.meroyan macam mana pun hawa nafsu nak ke kinokuniya KLCC,gua tetap pendamkan dulu hajat itu dalam hati.

kelmarin gua kene turun kolompo sebab ada hal mustahak kene settlekan kat sana.kalo ikotkan hati memang gua malas nak turun lebih2 lagi bila tengah sangkak macam ni.nak tak nak gua terpakse pinjam sikit duit daripada keluarga.itu pun nenek macam tahu2 gua ni tengah sesak.belum sempat gua nak pinjam,dia awal2 dah hulur kat gua.maklumlah nak turun kolompo ni bukan ayam2 punya planning.meminjam kata seorang teman,'kat kolompo ni,keluar sikit duit,keluar sikit duit..'.lebih2 lagi orang bermusafir macam gua ni yang bukan anak kota yang urban,yang up to date dan master selok belok ragam kota besar.so kena la prepare semua tu dulu.duit tambang bas,duit makan minum,duit LRT,duit beli buku (kalo ye singgah bookstore),duit standby nak kene pow,duit klepet,duit tarik teh & kopi dan segala macam pangkat duit lagi.

semenjak terminal bas bersepadu (TBS) dah mula beroperasi,nampak gaya merasa la gua menjejakkan kaki ke terminal bas yang orang sebut2 agak gerek ni.gua tak tahu menahu langsung akan ke-gerek-an TBS ni dari sudut mana.ada sorang teman cakap nak beli tiket pun dah pakai sistem tunjuk IC semua.dah macam kat airport katanya.gua iyekan aje even gua memang tak pernah beli tiket bas tunjuk IC.first time menjejakkan kaki kat TBS ni gua memang rasa tempat ni ada potensi nak sesak macam puduraya.mungkin lebih hebat lagi.memandangkan gua sampai pun dah agak lewat malam,so memang tak sempat nak explore sekitar TBS.ditambah lagi terpaksa berkejar sebab dah janji dengan sorang membe yang akan pick up gua kat terminal KTM subang jaya nanti.tak sedap jugak nak buat orang menunggu lama.orang dah nak tolong dah kira beruntung.

lincah gua amek train pergi KL sentral dari TBS.eventhough jam di tangan dah menunjukkan waktu yang sesuai gantung kaki dekat rumah,orang tetap macam semut.gua terpaksa bersesak masuk komuter.dengan yakin gua melangkah masuk ke dalam satu pintu yang terbuka.terus cari tempat duduk kosong.alhamdulillah ada sebiji seat kosong,gua terus letak deuter yang pack giler babi dengan baju atas lantai dan terus lelapkan mata.sebelum lelapkan mata gua rasa macam something fishy dengan environment.semua dalam tu padang gua semacam macam la gua ni artis baru menang program realiti.ape yang tak kena gua merungut sorang.mata pun dah mengantuk,tanpa hiraukan sekeliling gua terus lelapkan mata.ada la dalam 5,6 minit,kaki gua terasa dikuis.bila gua bukak mata,sorang brader misai lewat awal 40-an pakai seragam biru tengah tenung gua dalam2.memek muka dia garang.macam sarjan misai dalam gerak khas pun ada.dalam tengah mamai2 tu dia bertanya.garang nada tonasi suara yang dilemparkan 'nak ke mana?' 'subang jaya' gua jawab spontan.brader polis tu terus suruh gua bangon dan halau gua dari seat.dia cakap gua salah masuk coach.yang gua masuk tu sebenarnya coach perempuan.patot la gua rasa macam ada benda tak kena masa baru2 masuk train tadi.patut la gua tak nampak belalai langung.semua lobang.celaka ! malas nak panjangkan cerita,gua terus angkat deuter kat lantai dan terus buat muka cool bangun dan beralih ke seberang.masa nak bangon tu gua perhatikan muka abang polis masih memandang tajam ke arah gua dengan misai masih melentik.betol2 marah barangkali.berang agaknya dengan sikap 'orang kota' murtad macam gua.

'bang,saya bukan orang kolompo.tu pasal la jakun sikit bang...'

tergerak jugak nak berkata macam ni sebelum beredar tadi.tapi bila fikir sesaat.macam kurang ajar la pulak.kang baik2 wak misai tu tak melenting,silap hari bulan gua pulak kene hayun depan orang ramai dalam train.ye saya salah abang polis.

sampai je kat KL sentral,gua masih lagi menahan malu.tapi gua cuba jugak buat tak tahu padahal dalam hati tuhan je yang tahu.rasa macam nak pakai topeng ala2 rey mysterio pun ada time ni.malu tak terkata lebih2 lagi bila terserempak awek2 dalam coach tadi yang asyik memandang slack.ada yang senyum2 sinis.tak mahu kalah jugak akak,mak cik2 sekeliling.celake ! turun dari train,gua tak terus gerak ke platform KTM KL sentral.saja lengah2kan tak mahu terus menerus beratur sekali dengan orang2 yang sama naik train dengan gua tadi.saja gua duduk2 dekat palang besi kat situ.bila orang yang menunggu dah bersesak ramai,baru gua beranikan diri beratur sekali untuk catch train ke subang jaya.

'setiap langkah yang berlalu akan menjadi sejarah dalam hidup dan sejarah itu jugalah yang mengajar kita untuk menjadi lebih matang..'

gua dah duduk selesa dalam train.yang pastinya kali ini bukan selaku belalai tunggal.gua perhatikan penumpang masih ada lagi yang terpaksa berdiri bersesak sementara menuju ke destinasi masing2.gua helah nafas panjang tanda lega.gua tunduk memandang ke lantai dan dalam sedar tak sedar,terukir senyum seorang diri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...