Saturday, September 5, 2009

Nape Ye ???

nape kisah budak putus jari,hangus muke sbb main mercun slalu keluar masuk paper or tv mejelang musim raye ?

musim tak raye tak ada budak main mercun ke?

******************************************************



ALOR STAR - Kebiasaannya kecederaan akibat bermain mercun hanya berlaku pada musim perayaan, tetapi lain pula dengan kes kali ini.

Muhamad Nor Azali Mohd. Akhir, 9, murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Seri Perdana di sini mengejutkan keluarganya apabila jari telunjuk, ibu jari dan jari hantunya cedera akibat bermain mercun tengah hari semalam.

Bapa mangsa, Mohd. Akhir Othman, 45, berkata, kejadian tersebut berlaku pukul 12 tengah hari di dalam sebuah bilik di rumahnya di Mergong di sini.

Menurutnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, dia semasa itu baru pulang dari bekerja dan sedang berehat di ruang tamu.

"Tiba-tiba saya terkejut terdengar bunyi letupan seolah-olah bunyi guruh.

"Saya mulanya tidak mahu menghirau- kan bunyi itu, tetapi terpaksa berlari masuk ke bilik selepas terdengar jeritan Nor Azali," kata beliau.

Mohd. Akhir berkata, dia sangat terkejut apabila melihat tangan kanan anaknya itu berlumuran darah dan ada kesan benda terbakar di lantai bilik tersebut.

Katanya, selepas ditanya anak bongsu daripada empat beradik itu memberitahu dia cedera kerana terkena mercun bola yang cuba dibakar.

"Menurut Nor Azali, dia terjumpa sebiji mercun bola itu di salah sebuah bilik di rumah yang dipercayai milik abangnya," katanya semasa ditemui sedang menemani Nor Azali di Hospital Sulta- nah Bahiyah di sini semalam.

Cerita Mohd. Akhir, anaknya itu tidak sempat membalingkan mercun tersebut selepas ia dinyalakan menyebabkan mercun yang dipegang mencederakan tangannya.

"Nasib baik tidak ada antara jari Nor Azali yang putus, cuma kecederaan pada jari hantu yang mengalami retak tulang,'' katanya.

Katanya, Nor Azali sebelum ini tidak pernah bermain mercun, malah dia takut melihat kanak-kanak lain bermain mercun pada musim perayaan..


notakaki : gua tak ada niat mau promote budak ni.nak letak pic gua menangis dgn jari berbalut letak kaler air warna merah nampak sgt ramai tak percaye nanti..sory ye adik :)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...