Saturday, July 23, 2011

Sabtu-day



kalo NOFX aku lagu 'thanks god its monday',gua pun kalo ada satu band punk rock style ala2 NOFX nak bikin sebiji lagu tajuk dia 'thanks god its saturday'.

personally,hari paling gua tunggu2 dalam 7 hari seminggu adalah hari sabtu.yup gua admit hari sabtu adalah hari untuk beristirehat,bersantai,bermalas-malas dan jugak hari untuk berlibur.setelah penat membanting tulang siang malam mencari rezeki pada hari am bekerja,hari sabtu lah menjadi hari 'membalas dendam' segala penat lelah.tak kira budak sekolah,tak kira mat rempit,tak kira orang gomen,tak kira agas2,tak kira akak JPJ - hatta hari sabtu adalah day for a week bagi semua.bagi yang dah berkeluarga,hari sabtu adalah hari bersama keluarga - bawak anak bini jalan2,beriadah mahupun berpicnic bersama keluarga tersayang.bagi yang bujang,hari sabtu jugak la hari nak berkepit dengan makwe.bagi yang dah masuk scene brader2 kereta,hari sabtu jugak la biasanya hari nak lepak2 tepi laut tayang kereta.malah pakcik2 lanjut usia pun diorang gemar berkaraoke lagu ahmad jais pada malam sabtu.

dalam ramai yang menyanjung kehadiran hari sabtu,ada jugak yang cuba mengelak dari berdepan dengan hari sabtu walaupun mereka sedar masa sentiasa berputar dan hari silih berganti.jauh ceruk mana pun mereka bersembunyi,hari sabtu tetap akan tiba.

kini gua tergolong dalam 'mereka' ni semua.

sejak sibok memburuh,hari sabtu bukanlah hari paling gua tunggu2 lagi.jauh beda masa bergelar pelajar dengan jadi pekerja ni.kalau dulu semasa belajar,hari sabtu la hari yang gua bole claim sebagai 'independent day' - hari bebas dari segala macam belenggu.jauh dari bangon awal pagi ke kelas,jauh dari buat assingment eventhough assingment memang berlambak2 :p hari sabtu adalah hari untuk chill out.lepak2 ngeteh dan borak2 kosong sambil pekene teh tarik dengan kawan2 sekampung yang rata2 pulang ke kampung pada hujung minggu,hari lepak2 hostel layan movie malah sangat femiliar sebagai hari keluar tengok wayang dengan makwe pakwe.

sejak 3,4 minggu kebelakangan ni,gua terpaksa bangon awal untuk bekerja di hari minggu.sebelum pukul 8 gua dah kene hand punch masuk kerja dengan muka lesu mintak disorok bantal dan selimut.its fukkin annoying man !

tadi pagi time matahari baru terpacak menyinar,dalam terik mentari tu gua dah kene sapu sampah2 yang ditinggalkan customer kat parkir kereta yang luasnya bole lepas sebuah padang bola.bile dilihat sekilas pandang keadaan parkir kereta tu,hampir segelinap sudut ada cebisan sampah sarap.terok betol sivik minded orang kita ni.suka2 hati buang sampah merata tempat.yang jadi mangsa cleaner jugak.fuh ! dalam sedar tak sedar gua pun terpukul dengan coretan tangan gua sebentar tadi sebab gua pun sama dengan je.people always make mistakes right?ni semua gara2 cleaner yang mogok tak datang kerja sebab tak masuk gaji.tak pasal2 gua kene take over tugas sapu sampah yang merata-rata kat atas permukaan jalan tar parkir kereta.boleh tahan mandi peluh jugak dibuatnya tadi.dalam hati memang rase macam nak maki je cleaner2 ni sebab diorang tak pasal2 gua yang kene buat kerja diorang semua.tapi bile fikir2 balik,tak bole jugak nak salahkan cleaner2 ni.gua faham perasaan orang yang tertindas macam mereka.diorang cari rezeki,gua pun sama tumpang cari rezeki di lubuk sama.kalo dah tenaga kita orang kerah,last2 hasilnya tak dapat sape pun tak bingit kan.kalo gua kat tempat mereka pun,gua akan bersependapat dengan tindakan mereka.dalam panas2 bermandi peluh tu,sempat jugak gua muhasabah diri betapa pentingnya kerja golongan minoriti macam cleaner ni yang kadang2 orang pandang sebelah mata pun tak mahu.malah ada pulak yang hina,yang jijik dan bermacam bagai.sekecik-kecik zarah pun,pasti ia ada kepentingan tersendiri.

jadi cleaner satu hal,kerja tolak troli yang customer tinggalkan kat parkir lagi satu hal.ini pun sebenarnya lagi satu tugasan cleaner yang terpakse diambil alih oleh retailist semua.hari sabtu memang kebiasaanya hari paling ramai customer datang membeli belah.so secara tak langsung,memang kena kerap top up susunan troli yang cepat giler babi berkurangan.kadang2 sejam sekali kene tolak troli yang ditinggalkan customer kat parkir kereta.kalo kene hari redup tak kesa lagi.tapi kalo kene tolak troli yang bersusun panjang waktu matahari tengah terik pacak atas kepala,peh itu yang tak sedap.naik menggelegak kepala berjemur bawah terik mentari.ini gua rase lagi satu sebab kenapa cleaner semua mogok nak datang kerja.kalo kene jenis yang ngada2 nak cuba2 tolak troli panjang berjela tu silap ari bulan boleh mandul siak.giler babi penat dan berat !

***

kire2 hari ni adalah hari terakhir gua akan bersikap kurang endah akan hari sabtu.minggu depan gua dah boleh kembalikan semula kepercayaan gua pada hari sabtu.bukan sahaja kepercayaan malah keseronokan,keunikan dan kehebatan hari sabtu ini.owh,thanks god its saturday again :p

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...