Tuesday, July 19, 2011

I'm Still Alive..

gua baru lepas abes menaip dan print satu surat rasmi berhenti kerja.bile dikenang balik lame jugak la gua tak menulis surat rasmi.abes lupa format2 surat rasmi yang gua dah belajar masa darjah 6 dulu - lapuk ditelan masa.

kire2 next week adalah minggu terakhir gua bekerja sebagai retailist kat sebuah pasaraya.sayang sebenarnya gua nak stop kerja.even gua baru masuk sebulan bekerja dan masih dikategorikan 'segar' dikalangan staff2 lain,tapi ke-akraban dan ke-kamcengan antara gua dengan staff2 lain yang buatkan gua berat hati nak retired.tapi atas desakan dan beberapa faktor konkrit,gua tak dapat mengelak dan terpaksa akur yang rezeki gua mungkin sampai sini saja.

even tempoh masa sebulan adalah satu tempoh masa yang singkat (mengikut rasa hati..) tapi gua tetap rasa ianya satu tempoh masa yang sangat bermakna dalam route life gua.serious shit its fukkin awesome ! satu perjalanan masa yang gua bole ibaratkan sebagai 'ladang pengalaman'.macam2 benda gua 'kutip' disamping dapat kenalan baru yang rata2 sungguh friendly.thanks dude sebab menceriakan hari2 gua :)

selama hampir sebulan gua bekerja,bermacam-macam ragam dan gelagat orang gua perhatikan.masa awal2 masuk kerja dulu gua jaga line air.so rutin harian gua pergi issue dan top up barang.awal2 masuk memang gua rase agak berat kerja ni lebih2 lagi gua kene angkat turun ber-cotton2 air botol,air tin,air kotak dan jugak air mineral,kene tarik jack berisi barang2 bertimbun diatasnya dan segala macam beban.ini semua gara2 gua terlalu manjakan diri.bile buat kerja berat sikit mula la gua naik tak sedap.kadang2 gua rase tak patut jugak gua terlalu manjakan diri gua selama ni.sepatutnya dari awal2 gua dan latih diri gua buat kerja,kerah sikit kudrat tulang empat kerat - tak mahu jadi terlalu lembik dan benyek macam nangka busuk.alhamdulillah berkat kesabaran dan ketabahan hati,selang beberapa hari kerja gua dah dapat tune kerja & bole resist dengan kerja2 berat.

kerja sebagai retailist ni sama jugak macam kerja melayan customer.disamping bekerja gua kene jugak melayan pertanyaan dan kerenah customer.gua lupakan kejap sikap panas baran gua bile masuk bab nak melayan customer.gua cuba beri layanan sehabis baik.muka kene sentiasa cool tak mahu ada kelat2.senyuman mesti kene murah even tengah bergaduh dengan makwe.kire2 kerenah customer ni memang bermacam-macam.kalo blend bole jadi rojak petis - ada yang mesra,ada yang moody semacam dan ada jugak yang jenis nak saiko orang.eh senang cakap bermacam ragam la.sampaikan ada sorang customer dulu penah tanya gua 'dik,root beer ni arak ke?..' sabar la nak oi..

lepas seminggu lebih jage line air,gua kene tukar jaga line susu tin,susu tepung dan minuman paket.kali ni gua bernasib baik sebab ada partner memandangkan line ni agak panjang.so memang tak cukup tangan nak jage sorang macam jage line air dulu.partner gua ni sorang cewek 2 tahun muda dari gua.kepale sedap2,otak giler2 dan paling biol dia suke gelak even gua buat lawak serious sekalipun.kadang2 gua rase terhibur jugak sepanjang bekerja.telatah dia yang sentiasa happy go lucky buatkan gua tak bosan dan terus 'hidup' nak datang kerja.line baru gua ni tak heavy mane.barang pun tak berat mane cuma paling tough pun kene angkat kotak tin susu je.tu je yang gua rase paling berat.yang lain ringan2 je.dengan ada partner,so gua rase kurang la sket beban yang gua tanggung.beza dengan mase jage line air dulu.kerja sorang2 semua beban nak digalas atas bahu sendiri.kadang2 tak menang tangan jugak nak handle.alhamdulillah sampai sekarang gua stay dekat line ni.sampaikan gua nak stop kerja pun partner gua berat hati dengan alasan senang bekerjasama dengan gua.eleh alasan je tu.

gua penah buat entri pasal kehidupan ni adalah simbolik simbiosis.sekilas pandang gua sebenarnya sedang melalui ape yang dinamakan kehidupan simbiosis ini.simbiosis dalam bahasa saintifik dalah hidup bergantungan.macam mesin ATM dengan duit.manusia perlukan duit untuk hidup dan mesin ATM la tempat yang harus dituju untuk keluarkan duit.means kedua-dua pihak memberi kebaikan baik mesin ATM mahupun duit pada manusia.macam tu jugak la dengan situasi kerja gua.gua bekerja untuk meneruskan kehidupan dan mengutip sebanyak mungkin pengalaman dan dalam masa yang sama gua memberi kesenangan pada customer.itu sudah cukup memadai buat gua rasa senang hati dengan ape gua buat sekarang.penah masa gua tengah tolak troli yang bersusun panjang,ada sorang membe menerpa ke arah gua dan melontarkan pertanyaan 'eh kau kerja sini zepa?macam tak percaya aku..' dalam nada tersipu-sipu.tak kurang jugak berbunyi 'aikk..ada degree kerja kat econsave je?..'ceh ! cuma tuhan saja yang tahu niat hati depa sama ada pertanyaan itu sekadar sinikal mahupun umpama katak ternampak kelibat ular.

ape yang pasti,gua malas nak amek pot sangat.gua still cari rezeki halal dan gua tak kacau periuk nasi orang lain.at least gua tak terus mendongak ke langit dan terus riak dengan ape gua ada sekarang.pernah lu terfikir suara hati golongan marhaen yang bersuara minoriti macam kami ni?pernah kau terfikir kepentingan golongan kecil macam kami ni?ada ke?melihat dengan sebelah mata ada la.even esok lusa bile rezeki gua dah timbul,gua tetap tak akan lupakan pengalaman yang gua pernah kutip selama bekerja kat sini.kalo dari kecik gua tak merangkak,sudah besar mane pun gua tak akan tahu berjalan.

gua sekarang dah jarang giler nak update status fesbuk.bukan sibuk mane pun sampai tak ada masa nak update status.tidak sama sekali.ada sahaja secebis masa untuk itu semua tapi gua je yang tak tergerak hati nak menaip sesuatu untuk dijadikan status.sebaliknya gua lebih banyak membaca update status rakan2.melalui pemerhatian gua,dah ramai jugak update job status depa dengan 'production engineer','project engineer','engineer at hang pala hang holding' dan bermacam lagi yang seangkatan.jadi molek dan ganah belako sek2 mung bak kate orang pantai timur.gua je yang masih lagi menanti buah tak gugur2.ibarat berjalan di dalam hutan tebal amazon yang tiada hujung pangkalnya.tapi gua teringat kate sorang membe gua 'ahh gua tak 4 flat pun masih hidup lagi sampai sekarang..' maybe cakap dia ada kaitan dengan kisah hidup gua sekarang.yes u see,i'm still alive man !

2 comments:

  1. Then buat apa pulak sekarang? :)

    ReplyDelete
  2. hebat entri lu arini.
    bole enjoy la ngan gaji ko sekarang ye..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...